Santau angin wujud di Hong Kong? Ini kisah ilmu sihir yang dinamakan ‘Villain Hitting’

Sihir dan ilmu hitam ni agak popular di kalangan orang-orang Malaysia, kalau nak senaraikan jenis-jenis sihir yang wujud dalam masyarakat kita ni memang takkan habislah cerita dia. Mungkin disebabkan terlalu banyak filem tempatan yang menggunakan naratif sihir ni sebagai salah satu sales value untuk menarik penonton.

Tapi korang tahu tak dekat negara luar pun ada sihir yang agak sama dengan yang wujud di Malaysia. Yang menariknya, dikatakan orang ramai just boleh pergi ke bawah jambatan atau di kaki lima je untuk dapatkan khidmat dari penyihir. Sihir jenis apa je ni? Kalau nak tahu korang boleh teruskan membaca!

Villain Hitting, Santau versi Hong Kong

Pukul lagi benda tu makcik! Imej dari South China Morning Post

Banyak sebenarnya sihir yang popular di kalangan masyarakat kita ni, salah satunya adalah Santau. Itu merupakan jenis sihir yang paling banyak digunakan dalam filem-filem tempatan kita. Kepada yang tak tahu lagi, Santau ni adalah sebuah perbuatan yang dilakukan seseorang bagi menjatuhkan orang lain dengan menghantar musibah.

Sebagai contoh lah ye, seorang peniaga ni merasakan yang kedai sebelah telah membuat untung yang lagi banyak daripada dia. Jadi langkah mudah untuk dia bersaing adalah dengan mengenakan Santau kepada pemilik kedai sebelah tu. Selepas Santau dihantar, pelbagai perkara boleh terjadi seperti kemorosotan kesihatan, sales kedai tak jalan dan macam-macam lagi boleh jadi.

Begini kot pemikiran depa. Imej dari imgflip

Senang cerita, benda ni wujud disebabkan sifat hasad dengki manusia lah. Namun ternyata hasad dengki ni bukan hanya ada dekat Malaysia je tau, ini disebabkan sihir yang hampir sama konsep dia wujud dekat tempat luar. Tempat yang dimaksudkan tu adalah Hong Kong, sebuah wilayah yang dulunya dijajah British dan kini dikembalikan kepada China (nak tahu lanjut, KLIK SINI).

Sihir yang dimaksudkan pula adalah Villain Hitting atau dalam bahasa Kantonis-nya ‘Da Siu Yan’ iaitu sebuah perbuatan yang dipercayai dapat menjatuhkan orang lain tetapi dalam masa yang sama dianggap sebagai ‘perubatan allternatif‘. Macam mana benda yang mendatangkan masalah kat orang lain ni dapat mengubat orang pula kan?

Nampak intense gila ni. Imej dari Los Angeles Times

Kalau ikut sejarah, benda ni dah wujud lama sebenarnya. Katanya ia merupakan upacara yang digunakan oleh petani dulu-dulu di selatan China, ia dipercayai dilakukan bagi melindungi kampung mereka daripada harimau liar. Dikatakan ritual Villain Hitting ni juga adalah campuran daripada Buddhisme, Taoisme, pemujaan nenek moyang dan tradisi rakyat.

Bersejarahnya amalan ni sampaikan Biro Dalam Negeri (Home Affairs Bureau) Hong Kong pun telah mengiktirafnya sebagai warisan budaya negara mereka. Gila tak gila lah kan. Cuba kalau negara kita iktiraf Santau sebagai warisan budaya pula, rasa-rasa apa jadi?

Kalau korang pergi Hong Kong and ternampak makcik tua tengah pukul kertas guna kasut atau selipar kat bawah jambatan, tak lain tak bukan Villain Hitting la tu. Tu kira salah satu alat yang dorang guna dalam ritual ni, ada banyak lagi alat dan ritual yang terlibat sebenarnya dalam Villain Hitting ni. Kitorang cuba kupas satu-satu.

Mengetuk kertas yang ada lukisan manusia untuk menghantar musibah

Ini yang diketuk tu. Imej dari Lucky Thirteen

Terdapat langkah-langkah yang perlu dilalui semasa ritual sedang berlangsung, semua akan dimulakan dengan langkah pertama iaitu Sacrifices to Divinities. Ia dilakukan sebagai simbol pengorbanan kepada dewa-dewa mereka dengan membakar kemenyan (Incense) dan juga lilin (Candle).

Lepas tu, ritual akan diteruskan lagi dengan proses Report di mana pelanggan perlu menulis nama dan tarikh lahir mereka di atas satu kertas. Jika mereka nak target sesuatu individu dengan spesifik, mereka perlu menulis nama, tarikh lahir, dan meletak gambar diatas kertas yang lain yang dikenali sebagai kertas Villain.

Habis je semua tu, bermulalah aksi utama kita iaitu Villain Hitting. Ia merupakan aksi di mana penyihir akan menggunakan kasut pelanggan atau pun mereka punya sendiri untuk mengetuk kertas Villain. Namun, ada kertas lain yang dorang boleh guna sebagai ganti kepada kertas Villain tu. Yang menariknya, kertas tu ada lukisan manusia di atasnya. Dah macam Voodoo lah pula.

Habislah orang yang terkono tu. Imej dari imgflip

Ritual diteruskan lagi dengan Reconciliation dan Pray for Blessing, ia dilakukan dengan berdoa sambil memegang kertas Gui Ren iaitu kertas yang digunakan ketika ritual keagamaan mereka. Senang cerita benda ni walaupun niatnya nak hantar musibah kepada orang lain tapi salah satu langkah dalam ritualnya adalah bersifat ketuhanan. Agak ironi di situ.

Belum habis lagi tau benda ni, ada lagi langkah yang perlu dilakukan. Seterusnya, penyihir akan membuat Treasure Burning iaitu membakar kertas yang mempunyai simbolik sebagai harta untuk memuja tuhan mereka. Akhir sekali, penyihir akan membuat Cast Moon Block di mana pelanggan perlu bertanya apa-apa soalan yang akan diberikan jawapan ya atau tidak sahaja.

Tapi semua langkah-langkah ni boleh jadi berbeza mengikut tempat ye guys, ada juga yang bakar origami harimau dan ada juga yang membakar daging sekali dengan origami harimau. Kira lain orang lain version lah.

Begini ha rupa harimau dia. Imej dari Photography on the net

Walaupun terdapat kaedah yang berbeza, fungsi akhir dia adalah sama iaitu menyihir orang yang dikehendaki oleh pelanggan mereka. Yang mengejutkan, harga untuk melakukan ritual ni sangatlah murah! Pelanggan perlu bayar dalam 60 Hong Kong Dollar bersamaan RM32 je! Kalau nak Santau orang takdenya dapat murah macam tu.

Amalan yang dianggap sebagai budaya

Budaya yang diraikan oleh mereka. Imej dari Medium

Perkara ni macam ni kita tak perlu pun terkejut terhadap kewujudan dia, sebab dalam Malaysia pun ada juga perbuatan yang hampir sama. Tapi tak tahu lah benda yang sama ni wujud ke tak dekat tempat kita ni kan.  Cuma dekat sana mereka merasakan ia adalah aset budaya yang sangat penting dalam sejarah, amalan turun-temurun sejak beribu-ribu tahun dulu kot!

Namun, ada juga rakyat mereka yang memperlekehkan amalan sihir tradisi di Hong Kong ni, bagi mereka semua ni adalah benda yang mengarut. Sampaikan ada yang datang setakat nak cuba-cuba Villain Hitting ni tapi sasaran individu tersebut adalah Thanos (penjahat dalam filem Avengers). Penyihir pula ramai yang tua-tua, selalu juga lah dipermainkan. At least penyihir tu dapatlah duit kan.