Kenali Nadir Al-Nuri, individu yang telah bongkarkan isu Ustaz Ebit Lew

Semalam kita dikejutkan dengan seorang CEO Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri yang telah membongkarkan tentang isu Ustaz Ebit Lew. Pendedahan isu Ustaz Ebit Lew tersebut telah dikongsikan di applikasi Telegram, lalu tersebar luas di seluruh media sosial dan ramai mengatakan ia satu tindakan yang berani.

Kalau mana yang masih tak jelas dengan isu Ustaz Ebit Lew ni, kami letak ciapan yang meringkaskan isu tersebut di bawah:

Jap-jap, korang sebenarnya kenal tak siapa Nadir Al-Nuri ni secara mendalam? Hmmm…kalau tahu takpela, kalau yang tak tahu lagi ni…meh, kami explain sikit siapa dia.

Selain CEO CGM, beliau juga mengasaskan Pusat Inisiatif Strategik Malaysia Palestin

Inilah Nadir Al-Nuri. Imej dari Redaksi.

Muhammad Nadir Al-Nuri ialah seorang CEO untuk NGO Cinta Gaza Malaysia yang terletak di Bangi sejak 2013 lagi. Selain itu, beliau juga merupakan:

  1. Pengasas Pusat Kebudayaan Malaysia di Palestin.
  2. Beliau juga mengasaskan Pusat Inisiatif Strategik Malaysia Palestin untuk kajian dan penyelidikan.

Fakta menarik mengenai Nadir Al-Nuri ni, beliau merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pernah mengembangkan ajaran agama Islam di kawasan pedalaman. Beliau juga pernah menyambung pelajaran di Syria selama beberapa tahun sehingga berlakunya revolusi di situ yang memaksanya pulang ke Malaysia.

Tak lama lepastu, Nadir telah menyambung pelajaran di Universiti Islam Gaza dalam bidang Syariah. Beliau juga dikatakan masuk ke Gaza melalui Mesir ketika Dr. Mohd Morsi masih menjadi Presiden. Selepas tiga tahun belajar, beliau masih di sana dan menjalankan misi kemanusiaan untuk orang-orang Palestin.

Nadir juga…

Bernikah dengan balu pejuang Palestin & menjaga lima anak Palestin

Nadir Al-Nuri merupakan bapa untuk lima orang anak. Hal ini kerana beliau telah bernikah dengan seorang wanita Palestin yang merupakan balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi pada lima tahun lepas.

Nadir bersama lima orang anaknya. Imej dari Berita Harian.

Tujuan Nadir bernikah dengan Reem Al-Minawi adalah salah satu cara untuk memudahkan perjuangannya di Palestin. Dia mula mengenali Reem selepas bertemu dengan anak sulungnya, Naeem Mushtaha.

Masa tu, Naeem banyak membantu dalam urusan kebajikan beliau dan ia telah menggerakan hatinya untuk bertemu keluarga dari Naeem. Haa…daripada sinilah beliau berjumpa dengan Reem.

Mengenali hati Reem sangatlah sukar bagi Nadir. Terdapat berlaku beberapa kekangan seperti penerimaan keluarga Reem terhadap orang luar dan keluarga beliau tidak menyokong hasratnya kerana perlu menjadi bapa kepada lima orang anak. Namun, lepas tiga tahun, beliau akhirnya bernikah bersama Reem.

Ustaz Ebit Lew bakal menjawab segala fitnah yang dilontarkan kepada beliau

Selepas kenyataan dari Nadir Al-Nuri, Ustaz Ebit Lew tampil menyuarakan pendapatnya dengan pihak media. Ebit Lew juga menyatakan ini semua fitnah semata-mata.

Pada pukul 12 tengahari ni, Ustaz Ebit Lew bakal membuat live bagi menjawab segala fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap beliau.