- 1.2KShare sekarang!
- Email13
- Facebook1.2K
- Share
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Tak boleh dinafikan, pembukaan tahun 2020 penuh dengan pelbagai drama tak kisahlah dari dalam negara, mahupun secara global. Terbaru pada bulan ni pula adalah kes COVID-19 yang semakin memburuk, ditambah lagi dengan masalah bekalan air di Lembah Klang (yang katanya dah pun diselesaikan, syukurrr!)
Dan kata orang-orang tua, disebalik musibah, ada hikmahnya. Dan kat sinilah kita rasa terharu, sebab nampak macam mana petugas barisan hadapan bertungkus-lumus, cuba untuk membendung wabak ni dengan tersebarnya gambar-gambar mereka beberapa hari lepas…
Kalau korang tak faham juga… ingat tak apa PM Muhyiddin kata?
Tapi selain daripada mesej penting tersebut, rakyat Malaysia pun nampaknya cuba untuk menghantar mesej kepada petugas barisan hadapan kita ni – iaitu mereka di hospital yang menguruskan pesakit wabak, dan yang menguji kes yang disyaki. Malah dalam masa 24 jam je, pelbagai inisiatif yang dimulakan oleh rakyat Malaysia, khusus untuk membantu petugas kesihatan yang tak menang tangan menangani masalah wabak ni.
Dan ni apa yang mereka dah buat, dan apa yang kita boleh bantu:
1. Tajaan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan syif malam (yang sudah ditaja selama 3 malam)
Zarina, ketua dari sebuah portal – GoJob.my, yang membantu komuniti terpinggir di Malaysia untuk mendapat pekerjaan (termasuk katering). Jadi, bila dia dengar je berita tentang lockdown dan peningkatan kes wabak ni, dia terus terfikir satu idea dan terus melaksanakannya.
“Masa saya dengar je berita tu, saya tanya dua orang kawan saya yang merupakan ketua di Sg. Buloh dan Serdang, apa yang boleh saya bantu untuk meringankan kerja mereka? Dan Dr. Ferwahn bagitahu yang susah bagi mereka untuk mendapatkan bekalan makanan bagi mereka yang bekerja syif dari 8 malam ke 8 pagi. Dr Yasmin di Sg. Buloh pula bagitahu yang mereka perlukan bekalan kering.
Pada mulanya saya memikirkan cara kumpul dana untuk bayar pemilik catering. Bagaimanapun beberapa orang kawan saya berlatarbelakangkan F&B bagitahu yang mereka nak sponsor, malah ada yang kata mereka boleh dapatkan orang lain untuk bantu sama. Jadi sekarang ni kita ada Mozer’s, PichaEats, dan Puan Sri Nisa Bakri yang akan sponsor makanan, dan mereka dah di ‘booking’ sehingga 16 April!” – Zarina
Dalam masa yang sama juga, mereka berjaya dapatkan khidmat professional untuk pre-pack makanan tersebut, dan uruskan pengangkutan menggunakan Grab untuk bawa kesemua makanan tersebut kepada 20 pekerja syif malam yang bekerja 8 malam sampai 8 pagi tanpa rehat di Hospital Serdang, di mana setiap penghantaran bernilai sekitar:
RM55 (pengangkutan) + RM200 (makanan untuk 20pax) = RM255 setiap penghantaran
Ia dipanggil Projek Food4Frontliners, dan mereka dah berjaya dapatkan penajaan bernilai RM3K! Dan kalau korang berminat untuk membantu, korang boleh:
- Bank in tak kisahlah berapa korang nak bagi, asalkan seikhlas hati pada akaun untuk penghantaran makanan – Nyatakan makanan untuk COVID 19, nama dan nombor telefon korang semasa melakukan transaksi perbankan ke akaun berikut: Public Bank Berhad 212015428 (GoJob Sdn Bhd)
Malah sejak artikel ni disiarkan, ramai yang membuat sumbangan sampaikan mereka boleh tambah lagi sumbangan ke GHKL dan balai polis!
Mana-mana dana tambahan (duit lebih) juga akan dimasukkan ke dalam pembelian barangan tambahan macam…
- Chlorox/ disinfectant wipes
- Air mineral
- Minuman kotak
- Biskut
- Mi segera
- Gel mandian
- 20 buah Thermoscans (tengah kekurangan sekarang, dan harganya dianggarkan sekitar RM400 sebuah, dan mereka cuma dapat 6 buah je untuk Hospital Serdang pada 18.3.2020)
Dan kalau korang berminat untuk bantu lebih lagi, hubungi Zarina untuk Pasukan GoJob di 0122880444 🙂
Update: 20 Mac, 11.28 am
Jadi kalau korang nak bantu di kawasan tersebut, korang bolehlah menyumbang ke CIMB: 8603650423 (Persatuan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hulu Langat), atau hubungi nombor berikut
Puan Khalidah – 014 802 6468
Puan Fadhlina – 019 356 7372
Puan Suriati – 019 662 7409
3. Penjagaan kanak-kanak… sementara barisan hadapan ni jaga keluarga kita, kita juga kena jaga keluarga mereka
Ini merupakan inisiatif lain yang diketuai oleh inisiatif yang baru dibentuk, POWR (Projek Wawasan Rakyat), bertujuan mendorong perpaduan melalui inisiatif dari akar umbi.
Mereka sedar yang walaupun pekerja penjagaan kesihatan sibuk merawat kes Covid, tapi kebanyakan mereka juga mempunyai anak-anak tanpa pengawasan di rumah. Jadi mereka bekerjasama dengan Kiddocare.my yang menawarkan perkhidmatan penjagaan anak di Malaysia. Mereka nak bagi subsidi yuran penjagaan anak sekurang-kurangnya 50%, bermakna mereka hanya akan caj RM64 dan bukannya RM128 untuk slot 8 jam bagi seorang babysitter di rumah.
Semakin banyak sumbangan yang mereka terima, semakin banyaklah subsidi yang mereka akan bagi. Jadi, dermalah ke akaun bank Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di BANK ISLAM 14023010011219, dan buktikan transaksi tersebut ke 0135933496 🙂
Makluman penting – Korang kena referkan derma korang kepada “FrontlinersFirst” untuk membolehkan mereka kesan semua sumbangan dengan tepat.
Kalau korang berminat, korang juga boleh hubungi POWR untuk maklumat lanjut di [email protected] atau halaman Facebook mereka.
Dan ramai rakyat Malaysia lain yang membantu dengan pelbagai cara dengan #KitaJagaKita
Juga, terdapat pelbagai ringkasan sebab dan bantuan yang diperlukan di www.kitajaga.us, tak kiralah dari keperluan kaunseling kepada organisasi tertentu dengan keperluan makanan.
Wow. Semua ni dalam 48 jam je?
Ini adalah masa yang sukar untuk rakyat Malaysia, malah mungkin ada yang rasa lebih susah dari kebiasaan. Tapi satu benda je yang kita semua kena tahu – KITA JAGA KITA. Yang penting sekali selain daripada perkongsian ni adalah setiap dari kita sendiri perlu pertimbangkan, hulurkanlah bantuan yang bukan saja dari derma wang, tapi juga bantuan-bantuan lain yang mampu kita beri, walaupun dari rumah saja.
Dan yang paling penting …
- 1.2KShare sekarang!
- Email13
- Facebook1.2K
- Share