Kenapa Kesatuan Eropah macam tak suka Malaysia? Ini antara ketidaksefahaman yang terjadi

Sejak kebelakangan ni nama European Union (EU) atau orang kita panggil Kesatuan Eropah selalu sangat muncul dekat media sosial, lepas tu dia dikaitkan dengan Malaysia pula tu. Benda bukan kes kecil tau, ni ibarat isu antarabangsa sampai melibatkan negara-negara lain kat Asia.

Tak cukup dengan tu, Menteri kita sendiri ibarat bertikam lidah dengan EU ni. EU still tak puas hati dengan kes dulu tu ke? Apa cerita sebenarnya ni?

Vaksin AstraZeneca yang Malaysia dapat jenis ori reject?

Apa beza jenis Asia dengan EU erk? Imej dari Astro Awani

Ada sebab tau kenapa kitorang cakap EU ni tak puas hati dengan Malaysia. Baru-baru ni je, pihak EU mengeluarkan kenyataan melalui agensi berita kesihatan, Code Blue yang mereka tidak mengiktiraf vaksin AstraZeneca keluaran kilang yang bukan dari EU, Amerika Syarikat, United Kingdom dan China.

Lebih tepat lagi, European Medicines Agency (EMA) hanya iktiraf vaksin AstraZeneca keluaran Vaxzeria (kilang pengeluar di Eropah) sahaja. Sekaligus memberi kemungkinan besar yang penerima vaksin AstraZeneca Malaysia diharamkan untuk travel ke Eropah, tapi sekarang ni nak rentas negeri pun susah macam mana kan.

Ini disebabkan, semua bekalan vaksin AstraZeneca yang diterima Malaysia datang dari sekitar Asia sahaja dan tak ada satu pun dari Eropah. Malaysia telah import vaksin dari Korea Selatan (SK Bioscience) dan juga Thailand (Siam Bioscience), tak lupa juga dengan satu juta bekalan vaksin AstraZeneca yang telah disumbangkan negara Jepun.

Arigato Jepun! Imej dari Sinar Harian

Semua kilang tu tak diiktiraf oleh EMA! Kenyataan EU membuatkan orang marah dengan kerajaan sebab katanya ramai yang mempunyai plan untuk bercuti di Eropah selepas pandemik berakhir. Tapi yang patut kita marahkan adalah EU tu, dah kenapa nak diskriminasikan benda macam ni.

Sebenarnya vaksin AstraZeneca yang Malaysia dapat ni bukanlah vaksin yang telah di reject, ia telah pun diluluskan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Even Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kita, Khairy Jamaluddin dah kata apa yang dilakukan oleh EMA ini sangat tidak adil.

Interview pun SOP kena jaga guys. Imej dari Astro Awani

“Kita harap bahawa tiada diskriminasi daripada kilang mana vaksin itu datang. Kilang AZ (AstraZeneca) guna formula sama, sama ada di EU, Korea Selatan, India ataupun Thailand, semua vaksin sama. Bagi saya untuk mengasingkan kilang-kilang tertentu tidak adil, namun kita akan terus minta penjelasan Kesatuan Eropah dan minta mereka melihat vaksin lain,” Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, petikan daripada Astro Awani.

Korang jangan risau, pihak EU dah pun ‘betulkan’ balik kenyataan dorang tu. Maybe sebab takut lah kot kena ‘gertak’ dengan Khairy. Dorang kata kenyataan sebelum ni adalah salah faham sahaja, boleh pula macam tu ye EU?

 “Orang luar boleh datang ke Eropah walaupun telah disuntik dengan apa-apa vaksin yang diluluskan penggunaan kecemasan oleh World Health Organization (WHO) walaupun belum diiktiraf di EU. Tidak ada halangan di situ,” Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, petikan daripada Free Malaysia Today.

Mungkin ni apa yang orang Maleis mahukan. Imej dari imgflip

Jadi kita sebagai rakyat ni kalau nak kecam tu buatlah kajian dulu ye, walaupun korang tak berapa berkenan dengan kerajaan sekarang ni at least kali ni kita kena bersatu mengecam EU pula. Sebab negara barat ni kebanyakannya jenis self-centered sikit, kira tak memeranjatkan pun bila dorang keluarkan kenyataan macam ni. Kenapa self-centered? Macam ni…

Membolot awal vaksin dengan jumlah yang banyak!

Semua depa nak bolot! Imej dari Youtube

Rasanya ramai ada terbaca pasal negara-negara yang lebih kaya ni membolot vaksin dengan jumlah yang banyak. Kalau nak ikut apa yang dilaporkan oleh media antarabangsa, memang benda tu terjadi pun sebenarnya. Tak boleh elak dah benda ni, macam apa yang kitorang sebut tadi lah. Depa ni negara-negara kaya.

The Guardian sendiri dah laporkan yang 53% vaksin terbaik dalam dunia telah dibolot oleh negara-negara yang kaya ni, masalahnya total population dorang tu cuma 17% je dari penduduk dunia. Ini meninggalkan lagi 83% penduduk dunia perlu berebut lagi 47% vaksin yang lain. Namun, masalah utama adalah apabila negara-negara miskin tak dapat peluang langsung nak beli.

Perkara ni sangat membimbangkan sebab apa yang mahu dicapai adalah herd immunity, tetapi agak susah untuk mencapainya jika vaksin tidak diagihkan secara adil ke seluruh dunia. Kita sendiri boleh tengok betapa terkesannya negara di benua Afrika dan juga India, bekalan vaksin juga agak kurang diterbangkan ke sana.

Situasi yang agak menakutkan di India. Imej dari World Economic Forum

Ini menyebabkan mereka dilanda tsunami COVID-19, India paling teruk kena apabila kes harian dorang pernah cecah angka 400 ribu! Apa yang lebih merisaukan adalah apabila wujudnya varian-varian baru virus COVID-19 akibat daripada mutasi, banyak varian baru yang menakutkan muncul seperti varian Delta dan juga varian Lambda.

Varian baru ni amat bahaya sebab keupayaannya untuk menjangkiti orang lain adalah lebih tinggi daripada virus COVID-19 yang biasa, sampaikan ada kemungkinan antibodi daripada vaksin pun tak mampu untuk melawan varian-varian baru ni. Jadi tindakan negara yang lebih kaya untuk bolot vaksin sangat tak bagus.

Tindakan bijak dorang tu akan memberi impak yang negatif terhadap situasi pandemik semasa, dalam erti kata lain ia akan memberi virus peluang untuk upgrade diri mereka! Ada lagi benda yang EU tak puas hati lagi guys, bukan setakat hal-hal pandemik je tau.

Kesatuan Eropah mengharamkan minyak sawit!

Tindakan EU ni sampai kacau periuk nasi orang! Imej dari China Dialogue

Ye betul! Dorang mengharamkan minyak sawit, minyak yang kita semua guna setiap hari untuk memasak tu. Benda tu memberi kesan yang agak besar terhadap Malaysia, ia disebabkan minyak sawit merupakan antara produk dagangan utama negara. Jadi bila dorang buat macam tu, agak merudum juga lah ekonomi negara.

Semua bermula pada Januari 2018, di mana EU mengambil keputusan untuk mengharamkan minyak sawit bagi kegunaan bahan api bio sekaligus mengekang import minyak sawit masuk ke Eropah. Dorang mendakwa yang penanaman sawit ni menyebabkan penebangan hutan berlebihan dan juga menyumbang kepada pemanasan global.

Tapi tu cuma dusta je, semuanya telah dijawab oleh Malaysia Palm Oil Council (MPOC). MPOC ni sebuah badan syarikat yang menjaga segala flow pasal minyak sawit di Malaysia ni, dorang menyatakan apa yang dibuat oleh EU adalah sebuah bentuk diskriminasi terhadap produk negara kita.

Mungkin ni lah yang EU fikirkan. Imej dari imgflip

Ia juga merupakan langkah atau strategi yang mungkin dilakukan oleh EU demi menjadi lebih dominan dalam Trade Wars, ini disebabkan jumlah eksport minyak sawit ke seluruh dunia adalah sangat besar. Mana taknya, dorang pun ada produk minyak keluaran Eropah juga macam minyak zaitun, minyak soya, minyak canola dan banyak lagi!

“Sebab sebenar untuk mengharamkan minyak sawit adalah kerana ia bersaing secara langsung dengan pokok rapeseed (minyak canola) yang ditanam di negara-negara EU. Dalam masa sama, mereka menuduh penanaman kelapa sawit sebagai tidak lestari dan ia sangat menunjukkan mentaliti penjajah,” kenyataan MPOC dalam siaran akhbar, petikan dari MPOC.ORG

Dipendekkan cerita, boleh jadi yang dorang ni jealous dengan Malaysia dan juga Indonesia (pengeluar terbesar minyak sawit dunia) sebab satu dunia guna minyak sawit tau! Minyak kita ni ada kat semua benda sebenarnya, dari marjerin, shampoo, sabun mandi, coklat, kalau nak senaraikan semua memang tak habis cerita ni.

Jangan tertipu dengan permainan anasir luar

Kita jaga kita? Imej dari BERNAMA

Kita sebagai rakyat Malaysia jangan cepat melatah dengan apa-apa yang dikatakan kepada kita, sebagai contoh pasal vaksin AstraZeneca dikatakan tak diiktiraf tu. Ramai gila yang bengang dengan kerajaan lepas dapat tahu, sedangkan hakikat sebenar ini memang perangai klasik bekas penjajah untuk keluar kenyataan begitu.

Yang pasal minyak sawit tu pun ramai juga macam support apa EU cakap tu, kata negara kita banyak tebang hutan untuk minyak sawit lah, kata kita penyumbang terbesar pemanasan global lah. Namun perkara yang sebenar dia semua tu hanya satu langkah untuk melemahkan negara kita dalam persaingan import dan eksport antarabangsa!

Sentiasa sokong apa negara kita buat dan kalau boleh jangan lah kita terlalu agungkan negara-negara barat ni, barang baik barang kita.