‘Projek’ gelembung Langkawi berjaya? Apa lagi perkara akan ditambah oleh kerajaan?

Seperti kita semua tahu kerajaan dah pun membenarkan sektor pelancongan dalam negara kita beroperasi, tetapi kebenaran itu semua tertakluk dengan Standard Operating Procedure (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Mereka yang dibenarkan untuk join pula adalah mereka yang dah lengkap 2 dos vaksin sahaja.

Cuma tu lah, rentas negeri masih belum dibenarkan. Jadi hanya mereka yang sudah berada di negeri yang spesifik bagi tempat itu sahaja yang boleh datang. Namun, pengecualian telah dibuat terhadap Pulau Langkawi di mana kerajaan telah memberi kebenaran khusus bahawa ia akan dijadikan sebagai lokasi pertama pelancongan yang dibenarkan kepada semua rakyat Malaysia.

Maksudnya semua yang luar dari negeri Kedah dibenarkan datang ke Pulau Langkawi dengan menggunakan konsep gelembung pelancongan. Boleh dikatakan, ia merupakan ‘projek’ yang dilakukan kerajaan untuk mengkaji tentang gelembung pelancongan ni. Sudah berminggu ‘projek’ ini dijalankan, adakah ia berjaya? Apa langkah kerajaan yang seterusnya?

Gelembung pelancongan Pulau Langkawi berjaya!

Monumen kebanggaan Pulau Langkawi. Imej dari Sinar Harian

Mengikut kepada segala SOP yang telah dibuat oleh MKN sebelum membenarkan orang ramai datang ke Langkawi, pada mulanya ramai agak skeptikal. Sehinggakan ada miscommunication dalam kerajaan ketika itu, ini disebabkan Menteri Pelancongan pada awalnya membuat kenyataan bahawa mereka yang datang ke Langkawi tak perlu membuat ujian COVID-19.

Namun kenyataan itu ditukar sendiri oleh Menteri Kesihatan kita di mana semua yang akan masuk ke Langkawi wajib membuat ujian COVID-19. Ternyata langkah itu adalah betul apabila terdapat 5 kes positif dikesan diantara beribu pengunjung yang akan datang ke Langkawi, dalam erti kata lain, kita berjaya mengelak kesilapan sama yang terjadi pada PRN Sabah.

Hmmm. Imej dari imgflip

Tapi yang selebihnya semua berjalan dengan lancar, ini sesuatu yang mengejutkan apabila ‘projek’ gelembung pelancongan yang cuba dilakukan kerajaan ni dilihat seakan-akan berjaya! Walaupun dikatakan masih lagi ada kes positif baharu direkodkan di Langkawi, tapi jika semua pengunjung mengikut SOP yang sangat ketat, semua pasti baik sahaja.

Reaksi positif ini juga sekaligus membantu menggerakkan ekonomi negara di mana semua peniaga-peniaga yang terlibat dengan ‘projek’ ini dapat kembali bernafas, ini termasuklah pemain-pemain industri pelancongan yang sudah sekian lama menyepi. Mungkin ada yang memang menolak cadangan gelembung pelancongan ni. Tapi bagi sesetengah orang, ia adalah penyelamat kepada mereka.

Ini disebabkan semua pemain industri pelancongan tak ada income lebih setahun, sedangkan gaji mereka tu datang daripada pelancong-pelancong yang datang ke tempat mereka. Ada yang sampai terpaksa tutup kedai sebab tak mampu lagi menampung kos sewa semua, semua disebabkan industri pelancongan yang dah mati disebabkan pandemik.

Suasana di Langkawi yang kembali rancak. Imej dari Kosmo

Jadi lagi sekali kita boleh katakan yang projek gelembung pelancongan di Langkawi ni dikira berjaya! Ini menunjukkan kita mampu menaikkan kembali industri pelancongan dan sekaligus merancakkan ekonomi negara. Jadi lepas ni rasa-rasa kawasan pelancongan mana lagi yang boleh dibuka? Ini antaranya…

Geng-geng pulau di negeri lain pula akan dibuka

Pulau Tioman yang bakal dibuka pada Oktober. Imej dari Berita Harian

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) iaitu Dato’ Sri Nancy Shukri, katanya bandaraya Melaka, Pulau Tioman dan juga Genting Highland telah diluluskan untuk dibuka pada bulan hadapan. Tempat lain yang berada dalam barisan untuk dibuka pula adalah Pulau Redang dan Pulau Pangkor.

Semua tempat pelancongan itu bakal menggunakan konsep gelembung yang sama seperti Langkawi, Yang pasti, segala Standard Operating Prosedur (SOP) pasti akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Cuma tu lah, ada sedikit kecacatan lah dekat keputusan tu. Ini selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata yang Melaka akan menangguhkan kemasukan pelancong domestik ke negeri mereka yang sepatutnya dibuka pada awal bulan depan.

Ketua Menteri Melaka. Imej dari Malay Mail

“Pembukaan sektor pelancongan (di Melaka) tidak akan dibuka pada 1 Oktober seperti dimaklumkan MOTAC pada selasa (21 September) lalu. Selepas 90 peratus rakyat Malaysia telah divaksin barulah sektor pelancongan di negeri ini akan dibuka,” Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, Ketua Menteri Melaka, petikan dari Kosmo

Kalau nak diikutkan ia memang bercanggah dengan apa MOTAC umumkan, tapi sekarang pun kadar vaksinasi negara kita sangat laju ye guys. Jadi untuk mencapai lebih 90 peratus tu rasanya minggu depan kita dah boleh capai dah, even rentas negeri pun maybe akan dibenarkan dalam masa terdekat ni.

Disebabkan itu, kemungkinan besar pulau-pulau popular seperti Pulau Perhentian di Terengganu, malah Pulau Mabul di Sabah juga dibenarkan untuk dibuka kepada umum.

Betul tak? Imej dari imgflip

Tapi kan, tu semua kalau kita cerita bab bercuti, bagaimana pula dengan sektor sukan bagi peminat-peminat? Seperti perlawanan bola sepak tempatan di stadium, kerajaan dah boleh mula rangka SOP sekaligus membenarkan peminat mula datang ke stadium! Seperti pemain industri pelancongan, industri bola sepak tempatan juga semakin tenat dikala pandemik ni…

Sektor penting yang perlu dibuka kerajaan

Orang ramai kembali ke stadium? Imej dari Hello Kerja

Even sekarang pun masih lagi ada kelab yang tak mampu nak membayar gaji pemain, mungkin tu disebabkan management gaji yang tak berapa baik lah kan. Namun, salah satu sebabnya adalah ketidakhadiran penyokong di stadium. Itu membuatkan pasukan tidak mempunyai income dari segi jualan tiket perlawanan.

Ramai juga peminat dah ‘gian’ untuk menonton bola sepak secara live di stadium, mungkin akan ada yang berpendapat bahawa semua perlawanan tu boleh je tengok secara langsung di Youtube. Tetapi perasaan menonton di stadium sangat lain berbanding hanya menonton di skrin sahaja, ia juga dapat menolong pasukan kegemaran kita dari segi kewangan.

Tidak lupa juga dengan sektor pendidikan, seperti Institut Pengajian Tinggi (IPT) mahupun sekolah-sekolah. Ia perlu dibuka secepat mungkin, tapi dengan perancangan yang betul lah. Ini disebabkan murid dan pelajar ni terlalu lama menghadap pembelajaran di rumah. Cuma satu je lah, kerajaan kena belajar dari kesilapan lalu dorang.

Mungkin ni isi hati pelajar-pelajar kita. Imej dari imgflip

Sebelum ni terlalu banyak arahan last minute yang dikeluarkan oleh mereka sehingga merugikan pelajar dan juga membahayakan murid-murid kita, itu yang dimaksudkan dengan perancangan rapi perlu dibuat. Sebab lain pula adalah mereka merupakan masa depan negara kita, jadi ia adalah tanggungjawab kita semua untuk memberi mereka pembelajaran yang berkualiti!

Cepat ambil vaksin korang!

Tak kisah lah vaksin apa pun. Imej dari mStar

Sebab tu sekarang ni, benda paling penting adalah untuk korang mendapatkan vaksin! Even sekarang kerajaan dah pun meluluskan vaksin untuk remaja, jika ada kawan-kawan yang masih belum mengambilnya, sama-sama lah kita nasihat mereka supaya mengambil vaksin. Kita sikit lagi je nak menang ni.

Lagi cepat kita dapat vaksinkan semua orang, lagi cepat semua sektor dan industri yang penting ni dapat dibuka. Dalam pada itu, ekonomi negara juga akan berkembang pesat! Tapi kena ingat, walaupun korang dah ambil vaksin, SOP tetap kena jaga tau. Ini disebabkan korang masih lagi boleh dijangkiti COVID-19 dan berpotensi menyebarkannya kepada orang yang belum vaksin.

Senang cerita, kita jaga kita. Menang bersama!