Alam Sekitar

Kota Kinabalu tak lama lagi lebih canggih dari KL?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Setiap kali pelancong dari dalam dan luar negara datang ke Sabah, dorang mesti puji negeri di bawah bayu tu semakin cantik dan membangun. Tak pun, tengok je la gambar-gambar yang kawan korang pernah post kat sosial media macam Facebook dan Instagram. Sampaikan ada pemandangan yang nampak macam kat oversea.

Dalam banyak-banyak tempat menarik di negeri bawah bayu ni, ada pembangunan yang pesat sedang berlaku di ibu kota negeri ni, iaitu Kota Kinabalu. Ia juga dikatakan akan jadi bandar yang sibuk macam Kuala Lumpur tak lama lagi. Kota Kinabalu pada asalnya cumalah sebuah kampung nelayan kecil, dan dikenali sebagai Api-Api. Macam-macam cerita keluar pasal kenapa nama tu diberi, tapi yang paling popular sekali sebab api yang membakar bekas pusat pentadbiran. Nama tu kemudiannya ditukarkan kepada Jesselton, bersempena dengan Sir Charles Jessel, Naib Pengerusi British Chartered Company pada 1899.

Foto yang dihadiahkan oleh Muzium Sabah melalui Lembaga Pelancongan Sabah.

Jesselton dipilih sebagai ibu kota negeri ni pada tahun 1946. Kemudian pada 1963, Borneo Utara bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, dan masa ni negeri tu dikenali sebagai Sabah, dan Jesselton pula diubah kepada Kota Kinabalu.

Sejak tu, Kota Kinabalu memainkan peranan penting sebagai hab komersial dan pusat pelancongan. Kota Kinabalu pun berubah sebab infrastruktur bangunan dan jalan raya semakin meningkat.

Flyover antara Jalan Lintas dan Tuaran di Inanam, Kota Kinabalu yang baru je siap tahun ni. Gambar asal dari www.azamjaya.my

Contohnya macam flyover yang ditunjukkan di atas. Kota Kinabalu nampaknya berubah menjadi lebih bandar, sekali imbas macam Kuala Lumpur.

1. The Aeropod nampak macam KL Sentral!

Bas pelancong dan van mini awam ditempatkan di hadapan Hotel Promenade buat masa ini. Imej dari www.1.bp.blogspot.com

Sampai sekarang, terminal bas semasa di KK takde ruang, yang menyebabkan berlakunya kesesakan di bandar. Terminal bas sementara buat masa ni terletak di depan Hotel Promenade dan Wawasan Plaza, di bawah bumbung zink panjang.

Van mini di Wawasan Plaza. Foto dari Wikimedia Commons.

Untuk menyelesaikan masalah ni, kerajaan negeri mencadangkan pembinaan baru yang dipanggil “KK Sentral” untuk memindahkan semua van dan bas mini di tepi jalan.

KK Sentral. Imej dari www.propertyhunter.com.my

Walaupun pembinaan dah siap, KK Sentral belum lagi beroperasi sepenuhnya.

KL Sentral. Imej dari www.semasaparking.com

KK Sentral ni lebih kurang macam KL Sentral ke? Tak juga, sebab KK Sentral ni boleh disamakan macam Pasar Seni Daya Bumi sebab dipenuhi bas, van dan juga kereta. Sampaikan bas awam terpaksa jadikan Hotel Promenade dan Wawasan Plaza sebagai terminal bas sementara.


Disebabkan populasi yang semakin meningkat, ramai orang Sabah menunggu masa supaya stesen keretapi akan dibangunkan di seluruh daerah di negeri tu. Ramai antara diorang yang datang dari Sandakan, Tawau, Keningau, Kudat dan beberapa daerah yang jauh untuk mencari pekerjaan.

Aeropod @ Tanjung Aru. Imej dari www.borneoholidays.com.my

Kat Kuala Lumpur, KL Sentral la yang jadi hab keretapi, bas, dan beberapa pengangkutan awam yang lain. Aeropod yang akan siap pada tahun 2022 tu macam KL Sentral la. Tapi, diorang bukan nak buat stesen kereta api je, tapi juga merupakan hab komersial masa depan di mana hotel, suite kediaman dan pusat membeli-belah akan dibina di kawasan sekitarnya.

Sebab utama di sebalik penubuhannya adalah supaya stesen keretapi sedia ada di Tanjung Aru dapat dihidupkan semula untuk meningkatkan lagi pergerakan untuk penduduk tempatan dan pelancong.

2. Mereka juga akan dapat LRT tak lama lagi?

Projek Aeropod (ilustrasi). Imej dari BorneoPostOnline.

Aeropod Tanjung Aru adalah pembangunan yang dicadangkan oleh DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) yang terdiri daripada ibu pejabat Jabatan Keretapi Sabah, Stesen Kereta Api, dan Sistem Jalan Lingkaran di Tanjung Aru. Perbandaran Tanjung Aru mudah diakses dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT 2).

Pembangunan komersil ni mengambil kira-kira 41.81 ekar (“Projek Tanah”). Dalam masa yang sama, peruntukan untuk LRT ada dalam projek Aeropod. Tapi buat masa ni, sistem pengangkutan hanya terhad kepada bas persiaran, bas awam dan van mini.

Timbalan Pengurus Besar Aeropod, Chan Tah Seong kata rangkaian kereta api adalah pengangkutan awam yang penting di negara-negara maju. Jadi bila urusannya cekap,semua orang dapat ke destinasi masing-masing dan dalam masa yang sama tak sibuk nak cari parking.

“Apabila pergi ke negara maju, kereta api adalah pengangkutan utama; orang tidak memandu kereta. Ia boleh dipercayai dan boleh mengangkut sebilangan besar orang dalam masa yang singkat.”- Chan Tah Seong

Antara kebimbangan yang wujud adalah keselamatan rakyat Sabah. Jalan di sesetengah tempat banyak yang berlubang, tanah runtuh berlaku dan ada juga tapak kaki babi hutan. Jalan-jalan ni nampaknya tak selamat untuk dilalui rakyat Sabah.

“Kapal terbang kan ada?”

Sebagai syarikat penerbangan paling berpatutan di negara ini, AirAsia hanya menawarkan dua laluan ke daerah Sandakan dan Tawau di Sabah. Jadi dengan adanya LRT, lebih banyak laluan untuk ke pelbagai destinasi, dan kos perjalanan juga adalah lebih selamat dan ekonomik. Jadi, “pembukaan besar” di Aeropod tu adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu.

3. Imago Mall yang macam Mid Valley

Gambar dari i.pinimg.com dan migc12.com

Kalau korang ni orang KL yang pernah ke KK, atau mungkin orang Kota Kinabalu yang balik ke tempat asal, korang mesti perasan yang Imago KK Times Square (aka Imago) ni nampak macam Mid Valley Megamall.

Terletak di tengah Petaling Jaya (Mid Valley) dan Kota Kinabalu (Imago), kedua-dua pusat membeli-belah ni mempunyai persamaan di mana bangunan ni nampak sama dari segi struktur bangunan segi empat tepat yang serupa, saiz sampailah reka bentuk dalamannya.

Satu-satunya perbezaan yang ada ialah Mid Valley mempunyai pusat membeli-belah mewah yang dipanggil The Gardens, manakala Imago pulak mempunyai restoran makan di luar dengan persembahan live band tempatan.

Persamaan paling jelas untuk kedua-dua mall ni pulak ialah susah sangat nak dapat parking spot. Dah habis pusing daripada tingkat 1 sampai 8 pun belum tentu jumpa.

Kewujudan pusat membeli-belah ni sebenarnya sesuatu yang mengejutkan untuk orang Sabah sebab bukan senang nak nampak pusat membeli-belah premium yang semakin membangun. Sebab, pusat beli belah yang kecil pun cuba sedaya upaya untuk kekal.

Kalau nak diikutkan, Kota Kinabalu sebenarnya dah diberikan status bandar 17 tahun yang lepas. Kalau kita tengok dalam gambar, banyak perubahan yang berlaku- terutama sekali dengan pusat beli belah yang semakin banyak, macam cendawan tumbuh lepas hujan. Mana taknya, di Kota Kinabalu saja ada lebih kurang 16 buah pusat beli-belah kecil dan besar pada masa ni. Beberapa tahun lepas, cuma Suria Sabah saja yang ada, dan sesetengah penduduk KK berpendapat yang ia lebih dari mencukupi.

4. Permintaan kondominium semakin meningkat

Kenapa permintaan kondominium semakin meningkat? Ada beberapa faktor kenapa hartanah di KK tidak lagi menjadi pilihan. Salah satu sebabnya adalah rumah di Sabah sangat mahal. Malah, merupakan antara salah sebuah negeri yang paling mahal untuk diduduki di Malaysia.

Rumah banglo di daerah Putatan, Sabah. Foto dari www.estate123.com.

Menurut Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Yin Shao Loong, dia berkata rumah di Sabah adalah “dua kali ganda lebih murah daripada purata nasional sebanyak RM251,731”. Dia juga menegaskan yang purata rumah di negeri ni adalah 11 kali lebih tinggi daripada pendapatan tahunan median keluarga sebanyak RM34,320.

Sebagai perbandingan dengan KL, harga perumahan purata adalah RM576,991. Pendapatan isi rumah tahunan median di ibu negara hanya RM70,164 atau RM5,847 sebulan.

Kos perumahan ialah tiga kali ganda pendapatan tahunan rumah median, dan maknanya ia sangat tak berpatutan. Sesiapa yang ada tanah tu memang orang kaya.

“The Loft”, salah satu kondominium baru berdekatan Imago Mall. Imej dari www.skyscrapercity.com

Satu masa dulu, bangunan tertinggi di Kota Kinabalu adalah di sekitar puncak Menara Tun Mustapha (400ft tinggi).

Tapi bila banyak sangat pembangunan yang berlaku sekarang ni, bangunan-bangunan tu dah sampai tutup bukit-bukit hijau semulajadi.

Jesselton Residences, Harrington Suites, The Peak Vista… Kondominium eksklusif dibina mestilah untuk orang-orang yang berada je. Perkara ni la menyebabkan timbulnya isu kekurangan rumah bagi golongan berpendapatan rendah hingga sederhana.

5. Pelancong yang tak putus-putus

Pelancong menunggu di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Gambar asal dari Borneo Today

Sebagai negeri yang dikelilingi banyak pulau yang cantik, tak hairanlah Sabah dapat sambutan pelancongan yang tinggi, iaitu sehingga 3.43 juta pada tahun lepas.

Pelancong China adalah salah satu penyumbang terbesar yang merekodkan peningkatan sebanyak 51.8% sejak 2015. Australia pula adalah antara pelancong baru yang muncul walaupun cuma mempunyai satu penerbangan saja dalam seminggu dari Perth.

“Bukan korang je yang kena ceroboh, tau!” Gambar asal dari www.sydneyaffairs.com

Malah, KKIA merupakan lapangan terbang paling sibuk kedua di negara ini selepas KLIA, seperti yang dinyatakan oleh pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Tapi, pelancong yang ke KL mestilah lebih ramai, iaitu lebih kurang 11 juta pelawat antarabangsa direkodkan melancong ke KL pada tahun 2015, dan yang tertinggi direkodkan ialah setahun sebelum tu, iaitu sebanyak 11.63 juta pada 2014.

6. Dan akhirnya, kesesakan lalu lintas

Sekitar Pasar Filipina di KK. Gambar asal dari www.mygola.com

Dengan pelbagai projek bandar yang berjalan, kebanyakan jalan yang dulunya tenang macam kat Segama, KK Coastal Highway, Gaya dan Sinsuran jadi semakin sesak. Tak hairanlah satu hari nanti kesemua jalan ni akan sesak macam KL.

Menurut Borneo Post, statistik yang direkodkan pada tahun 2000 menunjukkan cuma 77,000 pengangkutan je yang masuk dan keluar bandar dalam masa satu hari. Pada tahun 2016, lebih kurang 140,000 pengangkutan menguasai jalan-jalan di bandar setiap hari dengan peningkatan pemilikan kereta setiap tahun. Kesesakan yang dulunya masih bergerak nampaknya semakin teruk sampaikan tak bergerak langsung lebih kurang 45 minit, malah sampai satu jam di KK.

Kesesakan lalu lintas di Jalan Ampang, KL. Gambar asal dari www.paultan.org

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan World Bank pada 2014, orang KL secara purata menghabiskan lebih kurang 250 juta jam setahun terperangkap dalam kesesakan lalu lintas terutama sekali semasa pagi, iaitu pada waktu puncak.

Pembangunan tak bermakna kalau warisan tak dijaga

Pembangunan bandar ni banyak juga bawa perubahan positif. Kalau macam tu, takdelah sekolah, hospital, dan pengangkutan awam, kedai runcit dan banyak lagi.

Disebabkan perkara ni, ia sedikit sebanyak dah ubah persepsi orang ramai, termasuklah kita yang tinggal di Semenanjung ni, yang satu masa dulu mesti terfikir, “orang di Sabah ni masih ada yang tinggal dalam hutan ke?” .Padahal, bandar Kota Kinabalu dah hampir tak jauh beza dengan bandar Kuala Lumpur. Malah, lebih maju dari negeri-negeri lain.

Pembangunan yang dah memakan ruang hutan. Imej dari .cartoonmovement.com

Tapi, keseimbangan sangat penting dalam apa jua keadaan. Memandangkan Kota Kinabalu tengah membangun dengan pesat, alam sekitar dan warisan budayanya sepatutnya dijaga rapi. Apalah gunanya bandar yang pesat tanpa kehijauan hutan yang membawa kepada ketenangan?

Popular

To Top

Send this to a friend