Pernah suruh Sultan diam? Ini antara kontroversi Annuar Musa dulu

Kepada mereka yang sudah terbiasa dengan arena politik negara pasti mengenali Tan Sri Annuar Musa, dia sekarang sedang menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Ketereh dan memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Annuar Musa ni sentiasa dikaitkan dengan cerita tentang gosip, masalah dalaman parti, civil war dan macam-macam lagi.

Jadi untuk kali ni kitorang akan ceritakan tentang siapakah Annuar ni dan apa yang dia telah lakukan sepanjang berada dalam politik negara kita ni. Kalau korang jenis yang tak berapa minat politik pun, takde masalah pun untuk tahu semua ni sebab segala apa yang diulas nanti kemungkinan besar ada kena mengena dengan korang, teruskanlah membaca ye.

Telah tiga dekad berada dalam kancah politik tempatan

Perjuangan Annuar. Imej dari MYKMU

Kalau nak dilihat kepada pengalaman, memang Annuar Musa ni dikira antara yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia politik dengan hampir 10 tahun berkhidmat dalam pentadbiran Kabinet kerajaan pusat. Dia juga sudah 3 dekad berada dalam kancah politik tempatan dan pernah menyandang dua jawatan menteri iaitu Kementerian Belia dan Sukan (1990-1993) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1993-1999).

Tidak lupa juga, sebelum dia menjadi Ahli Parlimen Ketereh, Annuar juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peringat dan ADUN Kok Lanas. Kira kalau dalam politik ni, orang lain memang tak boleh sangkat dah kehebatan dia. Itu kalau cerita pasal sejarah dia apa semua lah kan.Kalau kita cerita yang sekarang pula, Annuar Musa sekarang sedang menjawat jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan selepas Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan.

Annuar dan kawan-kawan semasa ‘Sheraton Move’. Imej dari Twitter

Sepanjang dia menjadi Menteri Wilayah, banyak juga benda dia dah buat seperti Program Sungai Nadi Kehidupan (RoL) 2.0, memperbaharui Pasar Dato Keramat dan yang paling baru adalah rancangan untuk menanam beratus ribu pokok di Wilayah Persekutuan dibawah selenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Putrajaya Corporation dan Labuan Corporation.

 “Inisiatif Penghijauan Malaysia ini akan dapat memastikan pembangunan di Wilayah Persekutuan ini sentiasa mampan disamping mempertahankan kekayaan alam semula jadi negara bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar rendah karbon (Low Carbon City) dan Bandar Hijau (Green City),” Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh, petikan dari Malaysia Gazette

Ada lagi satu perkara besar yang telah dilakukan oleh Annuar iaitu kempen Wilayah Bebas Berniaga, kempen itu membenarkan para peniaga untuk melakukan aktiviti perniagaan penjaja di mana sahaja di Kuala Lumpur untuk tempoh 6 bulan bermula pada 15 November hingga 15 April 2021. Perkara itu pasti akan memberi kesan yang sangat positif kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sekaligus merancakkan ekonomi negara. Tapi, dalam perjuangan pasti akan ada rintangan (seperti musuh) kan?

Sayembara dengan Presiden UMNO

Zahid Hamidi vs Annuar Musa?. Imej dari Putera Daily

Dikatakan sekarang Tan Sri Annuar Musa dengan Datuk Seri Zahid Hamidi ni dalam keadaan yang sangat tegang. Sebab apa tau, pada awal tahun ni, Annuar Musa telah dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN). Yang menariknya, keputusan pemecatan itu dibuat oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO pada 5 Januari 2021.

Pemecatan itu berlaku selepas terdapat pelbagai situasi di mana Annuar dengan lantang mengkritik pemimpin-pemimpin UMNO secara terbuka, dalam masa yang sama dia juga dilabel sebagai ‘broker’ kepada Bersatu dalam UMNO. Hal ini kerana dia dikatakan lebih cenderung dalam memperjuangkan parti lain berbanding UMNO, sekaligus membangkitkan ketidakpuasan hati pemimpin tertinggi UMNO yang lain.

Presiden UMNO yang tampak serius. Imej dari Malaysia Top News

“Saya meminta ahli UMNO, pejuang dan penyokong parti ini jangan terlalu bimbang. Seperti saudara-saudari, saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan. Muslihat dan tipu daya mereka, segala hipokrasi serta helah dalam pemantauan dan radar. Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima,” Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO, petikan dari Berita Harian

Perkara ni jadi lagi panas bila Annuar dituduh sebagai pengkhianat. Hal ini disebabkan terdapat poster yang menunjukkan gambar bekas Setiausaha Agung BN itu dengan perkataan ‘Annuar Musa pengkhianat UMNO telah disebarkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Poster yang tersebar di PAU. Imej dari Agenda Daily

Tapi ia tak terhenti kat situ je, Annuar pun ada mengeluarkan statement yang ditujukan kepada sesiapa yang mempersoalkan kesetiaan dia kepada UMNO. Lebih menarik lagi, dia siap menyebut nama Zahid Hamidi sekali dan itu membuatkan ramai menganggap mereka ni memang dah tak sebulu dah.

“Tanpa takbur, tanpa riak, saya nyatakan, saya lebih senior daripada Presiden UMNO. Waktu saya menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tahun 1990, Presiden UMNO belum menjadi ahli MKT. Waktu saya menjadi anggot jemaah menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir, Presiden UMNO belum menjadi ahli jemaah menteri. Jadi jangan pertikaikan soal kesetiaan saya,” Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh, petikan dari Astro Awani

Yang pasti, pertelingkahan ni takkan berhenti macam tu je. Kalau nak diikutkan, perkara yang terjadi ni akan berlarutan sehinggalah pemilihan parti dilakukan. Tapi tu lah, ramai ahli UMNO sendiri yang tak nak pemilihan parti dipercepatkan kerana katanya nak fokus dengan Pilihan Raya Umum dulu. Tu yang ramai cakap UMNO sekarang ni macam dah tak sebulu, Khairy pun request supaya pemilihan tu terus dijalankan untuk hentikan segala kemelut sekarang ni.

Pernah menyuruh Sultan diam

Kenyataan Annuar tentang Pindaaan Perlembagaan 1993. Imej dari Facebook

Sebenarnya, Annuar ni memang selalu ‘bertelagah’ dengan orang-orang penting ni. Kalau korang nak tahu, pada 1993 kerajaan UMNO pernah meminda Perlembagaan untuk menghapuskan kekebalan keluarga diraja daripada undang-undang. Pada masa itu, Annuar telah mengeluarkan kenyataan di mana dia menyuruh Sultan untuk tidak berpolitik.

“Kita minta dengan menjunjung kasih kepada Sultan. Kalau Sultan kita memilih untuk memihak kepada mana-mana parti, Sultan mesti bersedia menerima risikonya. Mudah-mudahan Sultan Kelantan tidak membabitkan diri dalam politik dan memihak kepada sesiapa,” Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh, petikan dari Berita Harian 1993

Tidak lupa juga, pindaan Perlembagaan pada 1993 tu diketuai oleh bekas Perdana Menteri kita sendiri iaitu Tun Dr. Mahathir. Keputusan ini dibuat susulan ramai yang tidak berpuas hati dengan layanan istimewa terhadap kerabat diraja, mereka meminta supaya individu dari keluarga diraja akan diberi layanan yang sama sekiranya mereka membuat salah. Kira takde lah kebal dengan undang-undang negara sangat.

Pernah melakar nama dalam arena bola sepak tempatan

Annuar Musa semasa dengan Kelantan FA. Imej dari Goal.com

Kita masuk ke pencapaian Annuar Musa pula. Peminat bola sepak tempatan pasti akan ingat akan kejayaan Annuar Musa semasa bersama dengan Kelantan FA. Annuar sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan berjaya memimpin pasukan Kelantan untuk muncul sebagai juara treble (juara Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia) pada 2012.

Perkara itu sekaligus menjadikan Kelantan FA sebaris dengan Selangor FA (treble 2005), Kedah FA (treble 2007 dan 2008) dan JDT FC (treble 2016). Perkara itu menjadikan Annuar Musa salah satu nama besar dalam arena bola sepak negara, sehinggakan peminat-peminat Kelantan tak putus-putus mengenang kenangan semasa Annuar memegang tampuk pimpinan KAFA.

Kelantan juara Piala Malaysia 2012. Imej dari SemuanyaBola

Dia juga pernah menggalas jawatan sebagai Timbalan Presiden Football Association Malaysia (FAM) tetapi sedikit tak best lah sebab dia kena gantung tugas pada 2012. Benda tu jadi pun sebab dia dikatakan mengkritik skuad kebangsaan, perkara tu melanggar Artikel 88, Statut FAM Edisi 2010-2014. Kerana dikatakan hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM sahaja yang boleh mengeluarkan komen berkenaan skuad kebangsaan.

FAM ni pun satu, hati tisu sangat ke apa tak boleh orang kritik dia. Macam mana nak maju weh kalau kena kritik sikit tak boleh, lagi-lagi masa tu Malaysia kalah dengan Thailand pula masa semi final Piala AFF Suzuki. Tapi takpe lah, kita pegi balik kat cerita pasal Annuar Musa. Mari kita selami sikit apa yang Annuar Musa pernah buat masa dengan Kelantan sampai jadi ‘skandal’ dalam bola sepak negara. Katanya dia guna duit rakyat untuk selamatkan bola sepak Kelantan ni, betul ke?

Kalau korang nak tahu skuad Kelantan pernah di sponsor Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UniKL pada 2012 tau. Benda tu agak kontroversi sebab pada masa tu Annuar Musa merupakan Pengerusi MARA dan pada masa yang sama memegang jawatan sebagai Presiden KAFA. Itu yang membuatkan ramai orang pelik, Kelantan FA pada masa itu diselubungi dengan masalah gaji (yang masih berlarutan sehingga sekarang) tetapi boleh mendapat sponsor dari syarikat kerajaan. Mesti korang pun pelik kan?

Cop UniKL atas jersi Kelantan. Imej dari Old Football Shirt

Disebabkan perkara tu, MARA telah menggantung tugas Annuar dengan serta-merta selepas melakukan mesyuarat tergempar. Mana taknya, kronologi cerita Kelantan FA tu macam nampak sangat macam dana MARA tu digunakan untuk kepentingan sesuatu pihak. Benda duit rakyat tu, takkan lah kena labur untuk menaikkan bola sepak satu negeri je kot. Kalau macam tu semua pasukan negeri nak juga!

Tapi nampaknya, isu yang berbangkit tu akhirnya ditutup selepas pihak SPRM mendapati tidak cukup bukti untuk mengaitkan Annuar atas dakwaan salah guna kuasa. Dari seorang pejuang politik sehinggalah pejuang dalam sukan bola sepak, tapi dia masih lagi seorang ahli politik. Dengan keadaan UMNO yang semakin penuh konflik ni, nampaknya macam-macam perkara boleh berlaku. Adakah akan ada kejutan politik selepas ini?