Selain Mak Yong dan Menora, kesenian ni juga dikatakan bakal pupus?

Bila sebut negeri Cik Siti Wan Kembang je, mesti korang teringat Nasi Kerabu, Pasar Siti Khadijah, dan juga beberapa seni warisan seperti Mak Yong dan Menora yang hampir pupus. Tapi selain kedua-dua seni warisan ni, seni tradisional yang paling sinonim dengan negeri Kelantan adalah seni wayang kulit Kelantan, yang dikatakan dah wujud sejak 300-400 tahun yang lalu dan semakin dilupakan pada zaman ni. 

Punyalah lama, ia juga dikatakan dah wujud sebelum abad ke-10 lagi. Google Arts

Bagaimanapun, viral sebuah video dari Maxis baru-baru ni tentang kisah Eyo Hock Seng, atau lebih mesra dipanggil Pak Cu yang merupakan salah seorang Tok Dalang terkenal di negeri Cik Siti Wan KembangSekiranya beliau tiada pewaris, maka tamatlah legasi seni wayang kulit yang telah lama dipraktikkan oleh keluarga beliau.

Tapi, mujurlah Pak Cu mempunyai seorang cucu yang berminat dalam seni wayang kulit, iaitu Adam. Dengan menggabungkan seni tradisional ini dengan teknologi moden, Adam berharap agar dia boleh menyambung legasi datuknya dan pada masa yang sama, mempromosikan wayang kulit menggunakan teknologi yang ada di hujung jari.

Okaylah, Adam yang tergolong dalam Gen Z mungkin akan ada idea unik untuk mempromosikan wayang kulit. Tapi kita kurang kesedaran tentang seni ni, atau mungkin tak pernah sedar yang sebenarnya ada banyak jenis wayang kulit yang dipraktikkan di seluruh semenanjung Malaysia. Contohnya…

1. Wayang Kelantan, kisah tradisi India dalam loghat Kelantan

Juga dikenali sebagai Wayang Kulit Siam, Wayang Kulit Melayu Kelantan yang dimainkan oleh Pak Cu dan cucunya Adam ni dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, iaitu Selatan Thailand. Sebabnya satu masa dulu, negeri Kelantan berada di bawah naungan Patani, di mana ia merupakan pusat kesenian yang juga melibatkan Makyung dan Menora.

Cerita wayang ni juga berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama, iaitu himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India, dengan watak penting yang wajib ada termasuklah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana. Walaupun kisahnya adalah dari kisah tradisi India, tapi yang menariknya, bahasanya lebih kepada versi Thailand dan menggunakan loghat Kelantan! 

Disebabkan tu juga ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-patung Patani, dan lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan Thai.

Dari segi pergerakan patung pula, sendi sebelah hadapan patung je yang boleh digerakkan dan memegang sama ada senjata atau alatan kebesaran, dan diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai.

2. Wayang Purwo, kisah epik Mahabhrata dengan nada Slendro Jawa di Selangor dan Johor

Jap, jap. Tadi sebut Ramayana, ni Mahabhrata pulak… Amende tu?

Dipendekkan ceritanya, kedua-duanya adalah kisah epik (a.k.a. kisah yang ada banyak cerita-cerita pendek didalamnya) purba dari India. Epik Ramayana ni berkisarkan kisah Putera Rama, dan Epik Mahabhrata pula berkisarkan pergelutan kuasa antara dua kumpulan sepupu dalam beberapa peperangan. Ianya dibawa masuk ke Tanah Melayu dan mempunyai adaptasi tempatan seperti Hikayat Seri Rama dan Hikayat Perang Pandawa Jaya.

Muka surat awal Hikayat Perang Pandawa Jaya. Imej dari British Library

Okay, jom sembang pasal Wayang Purwo pulak.

Juga dikenali sebagai Wayang Kulit Purwo Suku Jawa, ia selalunya dimainkan oleh penduduk berketurunan Jawa di Johor dan Selangor. Dalam kes ni, Wayang Kulit Jawa biasanya membawa watak kisah epik Mahabharata dan kisah Panji (bangsawan). Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.

Wayang Kulit Purwo Suku Jawa di Indonesia. Imej dari 1001indonesia.net

Alat-alat muzik yang mengiringi permainan Wayang Purwo dipanggil gamelan dengan nada Slendro (bunyi macam Jawa dan Bali). Disebabkan ia dah sebati dengan orang tempatan, Wayang Purwo disampaikan dalam bahasa Jawa, dan diselit bahasa Melayu tempatan.

Walaupun hampir menyerupai patung wayang kulit Kelantan, perbezaan yang boleh dilihat adalah dari segi bentuk mata patung, iaitu mata liyepan (rupanya kecil) untuk watak pahlawan, mata pepelangan (rupanya besar) untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa.

Nampak tak perwatakan yang disampaikan melalui bentuk patung? Imej asal dari Kompasiana

Selain bentuk mata, wayang kulit ni juga ada perlambangan baik dan jahat, di mana peletakan patung yang berperwatakan jahat di sebelah kiri, manakala patung berperwatakan baik di sebelah kanan. 

3. Wayang Gedek, kisah versi moden dengan loghat Utara

Kalau Wayang Purwo terkenal di Selatan tanah air, Wayang Gedek pula terkenal di utara tanah air, terutama sekali di negeri Kedah dan Perlis yang menggunakan loghat utara. Asal-usulnya dikatakan datang dari Orang Siam di negeri Kedah, yang mana merupakan kaum Peranakan Samsam Melayu-Islam di utara negeri tersebut.

Sebab tu jugalah, pengaruh Siam boleh dilihat patung dari segi ukiran patung, pakaian, hiasan, alatan muzik dan corak paluannya.

Pembuatan wayang kulit yang rumit dulunya menggunakan kulit kerbau, dan sekarang digantikan dengan kulit lembu.

Walau bagaimanapun, Wayang Gedek juga ada diubahsuaikan dengan unsur-unsur moden. Selain hikayat lama seperti Ramayana, ia juga biasa memainkan kisah Awang Kudis Buta. Tapi kadang-kadang tu, ada juga babak-babak cerita moden seperti Etong dan Ekau yang menggunakan patung berpakaian moden dan berkebaya pendek.

Wayang kulit yang lebih kemodenan. Imej dari hmetro

Malah, beza Wayang Gedek dengan patung wayang lain adalah ia bersaiz kecil dan kebanyakannya mempunyai pandangan muka dari posisi depan. Dari segi muziknya pula, ia lebih banyak menggunakan serunai, geduk, gedombak, canang dan cing.

Lebih kemodenan dengan perempuannya berkebaya. Imej dari warisankita

4. Wayang Melayu, kedudukan kepala yang menentukan baik buruk sesuatu watak

Wayang Kulit Melayu pula dimainkan oleh masyarakat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Patani. Sama macam Wayang Kelantan, kisah yang dilakonkan adalah dari epik Mahabharata (Padawa Lima) dan Ramayana, tapi selalunya dari hikayat Panji.

Walaupun begitu, bentuk patung wayang kulit ni lebih mirip kepada patung Wayang Purwo dengan beberapa pengubahsuaian yang menjadikannya lebih hampir kepada patung Wayang Gedog dari Indonesia.

Nama Gedog diambil sempena bunyi ketukan sang dalang pada kotak wayang tersebut. Imej dari opini.id

Patung wayang jenis ni juga senang untuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil dan terletak elok. Manakala patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas. Baru la betul dengan peribahasa Melayu, hidung tinggi!

Macam ni la agaknya orang zaman dulu menentukan peribahasa. Imej dari reddit

Kalau nak diikutkan, kebanyakan wayang kulit di semenanjung Malaysia ni boleh dibezakan melalui muzik, dan patung yang dimainkan. Wayang Kelantan dan Wayang Gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala Wayang Purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan.

Kesenian yang tak patut hilang di dunia

Seperti beberapa seni warisan lain, wayang kulit juga merupakan sebuah alat kritik sosial yang bukan saja menceritakan sesebuah kisah, tapi dalam masa yang sama menyelitkan pengajaran kepada penonton. Bagaimanapun, seni ini nampaknya semakin dilupakan oleh generasi zaman sekarang.

Selain itu, pertunjukan wayang kulit juga semakin lama semakin berkurangan, dan salah satu faktor utama adalah bilangan pengamal seni warisan ini juga kian menyusut. Dan disinilah perlunya ada generasi baru yang mewarisi seni budaya ni agar tak hilang dek zaman.

Disinilah kita sebagai generasi celik IT mampu membantu golongan penggiat seni seperti Pak Cu untuk menyebarkan kesedaran tentang seni wayang kulit. Macam mana? Macam penggambaran video Pak Cu dan Adam yang kita tengok tadi. Ia merupakan kolaborasi bersama antara Maxis dan juga Apple yang telah berganding bahu menggabungkan seni tradisional dan teknologi moden! Menarik, kan? Kalau korang nak tahu, Maxis juga ada tawaran hebat iPhone 12 Pro Max dengan pelan Zerolution, dan korang boleh tengok kat sini!

Patutlah Adam pun boleh shoot video Pak Cu dengan cantik, dia guna iPhone 12 rupanya!

Jadi, walaupun mungkin ramai di antara kita yang belum berkesempatan untuk menyaksikan persembahan wayang kulit secara langsung, tapi sekurang-kurangnya dengan teknologi yang ada, kita mampu menyebarkan kesedaran tentang wayang kulit di dunia maya sebelum ianya menjadi sesuatu yang hanya wujud dalam buku sejarah.