Pelantikan politik dalam GLC? Ini senarai mereka yang dapat jawatan masa zaman PN

Bila bercerita tentang politik, pasti ada seninya tersendiri. Berkecimpung dalam dunia politik ni pun bukan hanya boleh berbekalkan semangat yang jitu sahaja, kira untuk survive dalam arena seperti ini seseorang itu memerlukan cara untuk mendapatkan sokongan orang ramai.

Sokongan tu bukan daripada pengundi sahaja, ia juga lebih kepada sokongan ahli parlimen (MP) yang lain terhadap kerajaan. Hal ini supaya dapat mengekalkan kuasa kerajaan dan dalam masa yang sama mengukuhkan kedudukan mereka dalam politik. Itu sebabnya ada MP yang dilantik untuk menjawat jawatan besar dalam Government Linked Company (GLC) dan Badan Berkanun.

Ini termasuk juga kerajaan kita sekarang iaitu Perikatan Nasional (PN), banyak sebenarnya pelantikan politik di bawah PN ni. Ini senarainya…

Seramai 38 individu telah dilantik di bawah PN!

Ramai betul MP UMNO. Imej dari Ekonomi Rakyat

Ye betul! 38 MP telah dilantik masuk kedalam GLC dan badan berkanun di bawah Perikatan Nasional (PN), kira senang-senang je lah dorang dapat jawatan lepas PN naik jadi kerajaan. Yang menariknya, senarai itu majoritinya dipenuhi oleh MP daripada United Malays National Organization (UMNO) iaitu seramai 14 orang.

Manakala selebihnya diisi oleh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/BERSATU) dan Sarawak United Bumiputera Heritage Party (GPS-PBB).

Ni yang selebihnya. Imej dari Ekonomi Rakyat

Antara MP yang terlibat ialah:

United Malays National Organization (UMNO)

  • MP Machang – Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
  • MP Padang Teras – Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • MP Jerantut – Malaysian Rubber Board (LGM)
  • MP Kimanis – Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)
  • MP Jempol – Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA)
  • MP Besut – Federal Land Development Authority (FELDA)
  • MP Tanjung Karang – National Entrepreneurs Corporation Berhad (PUNB)
  • MP Pasir Salak – Prasarana Sdn. Bhd.
  • MP Cameron Highland – Amanah Raya Berhad
  • MP Jelebu – UDA Holdings Berhad
  • MP Gerik – Syarikat Perumahan Negara Berhad
  • MP Rompin – Pengurusan Aset Air Berhad
  • MP Parit – National Population and Family Development Board (LPPKN)
  • MP Arau – PR1MA Corporation Malaysia (PR1MA) & National Housing Corporation (NHC)

Parti Islam SeMalaysia (PAS)

  • MP Pasir Mas – Skills Development Fund Corporation (PTPK)
  • MP Pasir Puteh – Farmers Organization Authority (LPP)
  • MP Setiu – TEKUN Nasional
  • MP Kemaman – Kemaman Port Authority
  • MP Dungun – National Water Services Commision (SPAN)
  • MP Jerai – Malaysian Institute of Translation & Books (ITBM)

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/BERSATU)

  • MP Teluk Gelugor – FELCRA Berhad
  • MP Sipitang – FELCRA Berhad
  • MP Libaran – Perbadanan Nasional Berhad (PMS)
  • MP Sabak Bernam – Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA)
  • MP Bukit Gantang – Fisheries Development Authority of Malaysia (LKIM)
  • MP Beufort – Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Sarawak United Bumiputera Heritage Party (GPS-PBB)

  • MP Batang Lupar – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
  • MP Sibuti – Sustainable Energy Development Authority (SEDA)
  • MP Betong – Bintulu Port Authority
  • MP Kota Samarahan – Malaysian Handicraft Development Corporation (Kraftangan Malaysia)
  • MP Igan – Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
  • MP Tanjung Manis – Construction Industry Development Board (CIDB)
  • MP Hulu Rajang – National Institute of Occupational and Health (NIOSH)
  • MP Baram – Malaysia Cocoa Board (LKM)
  • MP Lubok Antu – Malaysian Timber Industry Board (MTIB)
Mungkin ini yang difikirkan semua wakil rakyat tu. Imej dari imgflip

Betul ramai tu, tapi kalau masuk cerita UMNO ni pula, dorang ibarat mahukan lebih daripada itu. Walaupun kebanyakan mereka tidak berada di dalam kepimpinan tertinggi kerajaan, ahli-ahli mereka tetap mendapat paling banyak jawatan dalam GLC berbanding MP yang lain!

Cara untuk mengukuhkan kedudukan dalam kerajaan

“Ini adalah scheme of things,” Imej dari mStar

Mungkin ada yang fikir kenapa benda macam ni ada dalam politik negara, adakah benda ni legal dalam sisi undang-undang negara kita? Tak ke benda ni ibarat ada unsur rasuah juga? Dari segi logik mungkin macam rasuah tapi sebenarnya ia tak salah pun.

First of all, lantikan politik ke dalam GLC dan Badan Berkanun ni memang satu perkara yang dah lama terjadi dalam arena politik ni. Ia juga dianggap perlu kerana ia menjamin kedudukan kerajaan untuk berada dalam keadaan yang lebih kukuh, ia sekaligus dapat confirm kan sokongan MP yang diberi jawatan tu kepada kerajaan.

Seperti kita semua tahu, dalam Parlimen ada 222 kerusi dan sesebuah parti memerlukan majoriti mudah (at least menang 112 kerusi) untuk membentuk sebuah kerajaan. Jadi dengan memberi jawatan kepada ramai MP ni, ia dapat ‘gam’ mereka untuk sentiasa bersama dengan pihak kerajaan dan tak cuba untuk lompat ke pihak lain.

MP korang macam ni ke? Imej dari imgflip

Bak kata Perdana Menteri, Mahiaddin Yassin dalam satu rakaman suara semasa mesyuarat BERSATU, ini adalah scheme of things! Maksudnya ia memang satu benda yang perlu dilakukan, semuanya demi mengukuhkan kedudukan.

Tapi, walaupun kebanyakan pihak yang terlibat (seperti UMNO) ni menyokong benda-benda seperti ini, masih ada yang menolak mentah-mentah budaya pelantikan politik. Perkara itu disuarakan oleh orang UMNO sendiri iaitu bekas MP Johor Bahru, Shahrir Samad. Dia yang juga bekas Pengarah FELDA menyatakan yang dia tak akan menyokong scheme of things dari kerajaan Muhyiddin.

Riak wajah Sharir Samad yang hmm. Imej dari News Straits Times

“Satu atau dua orang pemimpin UMNO negeri ada menyatakan sokongan mereka terhadap Muhyiddin, tapi itu merupakan negeri yang mereka (UMNO) tidak memegang kerusi dalam jumlah yang signifikan. Mungkin mereka terlalu selesa sebab boleh mengelak kes di mahkamah. Jadi untuk kekal relevan (dalam kerajaan), suara mereka perlu lebih kuat melawan parti,” Shahrir Abdul Samad, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, petikan dari FMT

Dalam erti kata lain, scheme of things ni tak lah dapat menarik penyokong begitu sahaja dan ada juga yang menentang secukup-cukupnya. Benda macam ni ibarat boleh memecah-belahkan sebuah parti, ia terjadi disebabkan ahli-ahli parti yang mungkin ada agenda tersendiri. Siapa yang dapat offer lebih baik, pasti akan menyokong!

Telus dalam memimpin, bukan hanya kerana jawatan!

Kenapa Syed Saddiq? Sebab dia menolak jawatan kerajaan. Imej dari MalaysiaNow

Jika kita melihat kepada perkara seperti ini berlaku, adakah mereka yang memimpin tu betul-betul ikhlas dalam kerja mereka? Atau mereka hanya mahukan jawatan? Sampaikan senang-senang je bertukar pihak. Tapi apakan daya, yang mengundi mereka pada PRU lepas juga adalah rakyat.

Mungkin pada PRU akan datang nanti, rakyat boleh ubah mereka-mereka yang tidak kompeten. Pelantikan politik ni memang dah dikira macam norma dalam arena politik Malaysia, kita mungkin tak dapat mengubah budaya sedia ada tapi kita masih mampu memilih wakil rakyat yang lebih baik pada masa akan datang.

Sebaiknya kita pilih yang lebih muda dan ada kredibiliti untuk upgrade diri mereka, sebab sekarang ni purata umur dalam parlimen kita adalah agak tua. Bukan nak kata mereka yang lebih tua ni tak kompeten dah, cuma mungkin sekarang masa yang tepat untuk memberi peluang kepada tenaga muda dalam memimpin negara!