Kerajaan Selangor baru je kalahkan SPR yang nak ubah sempadan mengundi

(This article has been translated from our sister’s website, Cilisos)

Korang dah daftar mengundi? Kalau dah daftar mestilah pernah dengar nama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPRM tu untuk rasuah. Baru-baru ni, tersebar berita yang SPR nak buat persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Macam biasa, kebanyakan parti pembangkang akan bagi reaksi negatif kepada media termasuklah kerajaan negeri yang bukan bawah BN.

Kerajaan negeri Selangor dan negeri lain mula menunjukkan perasaan kurang senang tu melalui tindakan undang-undang. Apa yang menarik, kerajaan negeri Selangor berjaya menang melawan SPR dalam kes ni di mahkamah yang telah menghalang sebarang persempadanan semula kawasan pilihan raya di Semenanjung Malaysia. Oh Yeah!

Bila dah menang kat court. Sumber dari Giphy.

Sebelum kita pergi jauh, eloklah kitorang terangkan dulu tiga fungsi utama SPR untuk panduan korang:

  1. Membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;
  2. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan
  3. Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Secara mudahnya, SPR membahagikan  Malaysia kepada beberapa kawasan Parlimen (sekarang 222 kerusi) dan kawasan Dewan Undangan Negeri atau DUN (sekarang 587 kerusi). Siapa yang dah daftar mengundi tu akan mengundi untuk pilih seorang wakil Parlimen untuk ke Dewan Rakyat dan seorang wakil DUN untuk Dewan Negeri. Proses pemisahan mengikut Parlimen dan DUN ni dinamakan sebagai persempadan kawasan pilihan raya.

Sempadan-sempadan ni kalau korang nak tahu boleh diubah setiap 8 tahun dengan cara persempadanan semula. Tujuan persempadanan semula sebenarnya untuk menjadikan sistem pemilihan lebih adil dengan mengambil kira perkembangan populasi sesuatu kawasan. Sejak pertama kali sempadan kawasan pilihan raya diwujudkan di Malaysia, SPR dah buat 6 kali persempadanan semula di Sabah dan Sarawak. Kali ni SPR nak buat benda yang sama di Semenanjung.

SPR terangkan kat website diorang yang persempadanan semula kerap dilakukan sebab nak mudahkan perjalanan pilihan raya yang akan datang serta nak mudahkan pendaftaran pengundi-pengundi baru. Tapi sebahagian orang Malaysia tak suka benda ni. Sebabnya…

Persempadanan semula akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya

Sebelum ni korang mesti pernah dengar ada parti politik atau calon yang bertanding menang undi popular tapi kalah pilihan raya. Contoh macam Pakatan Rakyat dapat 50.9% undi tapi tak menang banyak kerusi Parlimen. BN pulak dapat 47.4% undi tapi menang banyak kerusi Parlimen. Benda ni terjadi sebab cara pengagihan pengundi mengikut kawasan masing-masing yang tak semuanya ada bilangan pengundi yang sama. Atau bilangan penyokong setiap parti yang tak seimbang di sesuatu kawasan.

Benda ni kadang-kadang menjadi kesempatan untuk sesetengah pihak apabila boleh membahagi-bahagikan kuasa pengundi. Ada dua cara bagaimana persempadanan semula ni boleh ambil kesempatan iaitu melalui Gerrymandering dan Malapportionment. Apa benda tu? Boleh tengok video kalau nak tahu. Kalau tak nak boleh sambung baca.

https://youtu.be/D1QuExfzHXI?list=FLt0D3sG8aR5W9Ri0wGgWerQ

Gerrymandering (persempadanan tidak sekata)adalah satu cara bagaimana sempadan mengundi dimanipulasikan untuk bagi kelebihan kepada satu pihak. Perkataan Gerrymandering ni berasal dari nama Gabenor Gerry iaitu  seorang ahli politik pada tahun 1800 yang telah mengubah bentuk atau garisan kawasan dia bertanding untuk bagi menang pilihan raya seterusnya. Kawasan dia tu diubah sampai jadi bentuk macam Salamander yang menyebabkan para pemberita menamakan proses tu sebagai Gerrymander.

Ada dua cara nak buat Gerrymandering ni:

  • Packing: Memadatkan pengundi lawan di sesuatu kawasan, jadi di kawasan lain akan bagi peluang kita menang. Dan..
  • Cracking: Memecahkan undi dengan membahagikan kawasan yang memang pihak lawan kuat dan digabungkan dengan kawasan yang kita kuat. Jadi kuasa mengundi pihak lawan makin berkurang.
Kalau tak faham Gerrymandering tadi. Imej dari Wikipedia.

Malapportionment ni pula adalah dengan mengubah nisbah (ratio) pengundi mengikut kawasan supaya tak sekata. Mesti kita ingat yang setiap kawasan mengundi ni ada bilangan lebih kurang sama atau pun rationya 1:1 kan? Setiap kawasan ada populasi yang berlainan. Ada yang sikit, ada yang ramai. Contohnya macam di kawasan-kawasan kecil di Sabah yang mana pembahagiannya sering dipergunakan. Malapportionment ni akan menggunakan kawasan-kawasan kecil macam kawasan pedalaman di mana bilangan pengundi yang sikit supaya cenderung kepada satu pihak.

Kalau tak faham lagi. Imej dari Bersih.

Contohnya di kawasan Kapar ada 144 159 pengundi manakala di Putrajaya ada 15 791 pengundi yang mana masing-masing pegang satu kerusi dalam Parlimen. Maknanya pengundi di Putrajaya 10 kali lebih berpengaruh berbanding di Kapar.

Kebanyakan negara lain, biasanya maksimum 4 kali gandalah paling tinggi pun beza bilangan pengundi dari satu kawasan dengan kawasan lain. Tapi, Malaysia sampai 10 kali ganda bezanya macam kes Kapar dan Putrajaya. Ni dah terlebih maksimum ni.

Benda macam ni yang buat orang tertanya-tanya pasal…

Pencapaian SPR masih kurang baik di peringkat antarabangsa

Badan yang mengurus pilihan raya di Malaysia memang ramai yang pertikai ketelusannya. Projek Integriti Pilihan Raya yang merupakan sebuah projek akademik gabungan Universiti Harvard dan Sydney mendapati badan yang mengurus pilihan raya Malaysia mempunyai kualiti yang rendah dengan skor 35.

Itu meletakkan Malaysia berada dalam kedudukan 4 terbawah di kalangan 28 negara di Asia-Pasifik. Tapi sebenarnya kita boleh berbangga sebab lebih baik dari  Afghanistan kot! Tapi diorang bergolak? Negara yang mempunyai skor yang tertinggi pula adalah Denmark dan Finland dengan nilai skor 86.

Hijau maknanya teruk. Tengoklah negara sendiri. Imej dari The Electoral Integrity Project.

Kedudukan Malaysia yang rendah ni adalah disebabkan masalah Malapportionment tadi. Macam beza pengundi Kapar dan Putrajaya sampai 10 kali ganda, tapi setiap kawasan mewakili satu ahli Parlimen. Ini bukanlah kes-kes terpencil. Di peringkat antarabangsa kebiasaannya perbezaan pengundi satu kawasan dengan kawasan lain adalah antara 10% hingga 15% tapi di Malaysia mungkin mencecah beratus peratus!. Bila perbezaanya terlalu besar, ia menyebabkan nilai undian seseorang di suatu kawasan akan lebih besar berbanding pengundi di kawasan lain.

Pada asalnya, Perlembagaan Persekutuan menghadkan perbezaan bilangan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain tak boleh lebih 15% di antara negeri. Tapi sekarang nampaknya ianya sudah dibenarkan hingga ke tahap 33%. Namun, masih ada beberapa kes ianya tetap melebihi had tersebut.

Untuk Gerrymandering pulak, ianya terbukti seperti digunakan apabila BN hanya mendapat 47% undi popular pada pilihan raya yang lepas, tetapi berjaya menguasai 60% dari 222 kerusi Parlimen hingga menjadi majoriti. Tapi kami taklah tuduh yang BN hasut SPR untuk persempadanan semula supaya diorang menang. Mungkin nasib BN baik . Kita tak tahu.

Kenapa BN menang?. Sumber dari Giphy.

Selain Gerrymandering dan Malapportionment, ada lagi satu cara lain yang boleh dilakukan iaitu dengan mewujudkan kawasan mengundi yang baru. Pada tahun 1965, kawasan Parlimen di Malaysia berjumlah 144 kerusi sahaja dan sekarang sudah berjumlah 222 kerusi. Bertambahnya jumlah kerusi ni adalah kerana meningkatnya bilangan populasi. Dr. Wong Chin Huat (Felo Penang Institute) turut menerangkan beza antara persempadanan semula dan mewujudkan kerusi baru.

“Ianya dua proses yang berbeza. Semua idea mengenai persempadanan semula bukanlah untuk kita mewujudkan kerusi yang baru. SPR sepatutnya melakukan persempadanan semula berdasarkan bilangan yang sudah ada (menurut) tapi mereka telah melakukan sebaliknya” – Dr Wong Chin Huat, ketika ditemu ramah oleh The Star.

Dr. Wong cakap macam tu sebab baginya permohonan untuk persempadanan semula hanya memerlukan undi majoriti mudah di kalangan ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat. Manakala permohonan untuk menambah kerusi memerlukan pindaan Artikel 46 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana memerlukan persetujuan 2/3 ahli Parlimen untuk mengubahnya. Jika penambahan kerusi dilakukan juga tidak mengikut cara ni maka ianya melanggar perlembagaan.

Inilah sebabnya kerajaan Selangor menang di mahkamah hari tu terhadap SPR…

Selangor berjaya kalahkan SPR di mahkamah dan halang proses persempadanan

Cadangan persempadanan semula ni nampaknya mendapat bantahan di beberapa buah negeri dan pengundi di Semenanjung. Pada permulaannya, SPR telah menerima 425 bantahan daripada rakyat di Semenanjung. Setiap satu bantahan bukanlah datangnya dari seorang sahaja, tapi ianya dikira satu bantahan apabila datang dari “kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan 100 orang awam atau lebih yang mana nama mereka ada dalam daftar pengundi”.

Selain bantahan, ada banyak juga dari kalangan rakyat dan negeri yang mencabar persempadanan semula di mahkamah. Ianya termasuklah 2 ahli Parlimen, 3 pengundi dari Perak, 7 pengundi dari Melaka, 4 pengundi dari Johor dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang.

Walaupun begitu, kes kerajaan Selangor nampaknya lebih mendapat perhatian kerana telah mencabar SPR beberapa minggu setelah langkah persempadanan semula dimulakan. Kemudiannya kerajaan negeri mengenakan saman terhadap SPR untuk membatalkan permohonan persempadanan semula dan segala kajian sempadan di Selangor dihentikan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan (Seksyen 8 Jadual ke-13) menyatakan yang laporan persempadanan semula hanya boleh dihantar kepada PM selepas selesai kajian terhadap 11 negeri di Semenanjung. Mahkamah Tinggi membenarkan Selangor menghalang SPR dari menghantar laporan sempadan pililhan raya sebab SPR tak boleh lawan Seksyen 8 tadi.

Kalau tak nak bantan takpe. Imej dari Knowyourmeme.

7 pengundi dari Melaka pula ingin menghentikan SPR daripada meneruskan kajian untuk persempadanan semula dengan mangatakan permohonan SPR tersebut tak sah dan tak mengikut perlembagaan. Antara sebabnya adalah kerana ada beberapa alamat pengundi yang tidak dimasukkan sekali berjumlah 44, 190 pengundi di Melaka.

Perkembangan bantahan ni telah memberi peluang yang baik untuk mengelakkan sempadanan diubah untuk pilihan raya seterusnya. Had masa yang diberikan mengikut perlembagaan untuk persempadanan semula adalah dua tahun dari tarikh permohonan SPR. Kalau dalam isu ni, SPR mesti menghantar laporan kepada PM sebelum September 2018.

Jika laporan ni tidak berjaya dihantar kepada PM, maka segala proses berkaitan persempadanan semula akan terhenti. Sebab kalau PM tak dapat laporan kajian tu, maka tak bolehlah nak masuk dalam Parlimen untuk diterima.

Lama dah Pm tunggu. Imej dari The Malaysian Insight.

Piliharaya Umum seterusnya kalau diikutkan mesti diadakan sebelum 24 Ogos 2018, Pengerusi SPR, Mohd Hashim Abdullah mengatakan yang ia akan menggunakan sempadan kawasan pilihanraya dan nama yang lama jika proses persempadanan semula ni tak berjaya. Walau bagaimana pun, dia menyangkal beberapa sangkaan parti politik yang diorang dah pun menghalang SPR dari melakukan kajian terhadap sempadan. Sebabnya mahkamah hanya menghalang laporan daripada dihantar kepada PM sahaja.

Kenapa Sabah dan Sarawak mudah je diubah sempadan oleh SPR?

Oh lupa pulak pasal Sabah dan Sarawak. Ingat tak kami cakap yang ada persempadanan semula setiap 8 tahun? Persempadanan semula pernah dilakukan di Sarawak pada tahun 2015 dan Sabah pulak tahun lepas. Apa yang menariknya, masa SPR rancang untuk persempadanan semula kat sana ianya tak berapa dapat perhatian. Sebabnya ada sikit je bantahan di Sabah. Disebabkan bantahan yang sikit, SPR kaji bantahan tu dari kawasan mana dan buat sikit pertukaran dalam permohonan diorang untuk persempadanan semula. Benda ni kawan kami CILISOS tanya sendiri pada BERSIH.

 

“Sewaktu pertukaran dilakukan hanya ada terlalu sedikit beza antara permohonan pertama dan permohonan kedua untuk negeri Sabah. Sesetengah kawasan ada perubahan nama, selain itu jumlah mengundi untuk 6 kerusi DUN sahaja berubah (tiada perubahan untuk kerusi Parlimen pada permohonan pertama dan kedua)” – BERSIH

Bila sebut BERSIH, diorang telah memainkan peranan yang penting dalam mengurus bantahan ni dan mengumpulkan tandatangan untuk bantahan contohnya macam kes Sabah. Walau macam mana pun, sumbangan kerajaan negeri Selangor lebih mendapat perhatian SPR.

Bukan Dart biasa-biasa ni. Imej dari Bersih 2.0.

Jadi kalau korang betul-betul nak jalankan tanggungjawab terhadap SPR, BERSIH ada buka satu website untuk korang terlibat dalam sebarang bantahan terhadap persempadanan semula iaitu DART. Daftar sekarang!

 

 

 

 

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT