Agama

Al Lata, Al Uzza dan Manah, ini kisah berhala yang disembah orang Arab Jahiliyyah

Perbezaan agama dalam dunia ini merupakan salah satu bukti keharmonian manusia setelah sekian lama, begitu juga dalam Islam. Kita diajar untuk menghormati agama lain sama seperti agama kita sendiri, namun setiap perjalanan pasti ada permulaan dan juga sejarah. Seperti Islam sendiri, ia merupakan agama samawi ketiga selepas Judaisme dan Kristian.

Pada zaman yang sama, bangkitnya cerita tentang era Arab Jahilliyah yang dikatakan mengamal penyembahan dan pemujaan berhala. Dalam erti kata lain, mereka menganggap berhala itu sebagai tuhan. Masa kita belajar kat sekolah dulu, banyak je Ustaz atau Ustazah cakap pasal benda ni. Cuma secara spesifiknya itu tiada, jadi mari kita kenali berhala yang disembah oleh mereka…

Masyarakat Arab Jahiliyyah sebelum kewujudan Islam

Gambaran zaman Jahiliyyah. Imej dari Siroh Nabawiyah

Selalu sangat orang sebut ‘Jahiliyyah‘ ni, tapi mungkin ramai terlupa apakah maksud sebenarnya. Masa sekolah menengah dulu ada je dorang ajar benda ni sebenarnya. Jahiliyyah ni datang daripada perkataan arab iaitu jahala yang bermaksud tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

Ia merupakan istilah yang digunakan oleh orang Islam untuk menggambarkan sebuah masyarakat ketika awal kewujudan agama Islam. Lebih tepat lagi gelarannya adalah masyarakat Arab Jahiliyyah, mereka merupakan masyarakat yang hidup di semenanjung tanah arab selepas runtuhnya empangan Ma’rib di Saba’ (sekarang lokasinya adalah di Yaman) pada 300 masihi.

Saki baki empangan purba Ma’arib. Imej dari Dreamstime

Kira mereka sudah wujud jauh sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W (570 masihi) lagi, Ada sebab yang lain mereka digelar sebegitu, dikatakan gelaran Jahiliyyah ni diberi kerana masyarakat itu tidak mengikut langsung ajaran para nabi dan rasul sebelumnya!

Zaman Jahiliyyah ni juga dikira sebagai zaman kegelapan di mana mereka tidak mempercayai tuhan, sampaikan katanya tiada nabi dan rasul atau kitab suci pun yang dapat memberi petunjuk kepada mereka. Banyak gila problem yang jadi pada era tu, even martabat wanita pun sangatlah rendah ketika itu sampa dikatakan bayi perempuan terus dibunuh kerana dianggap jatuhkan maruah keluarga!

Patut dorang ditampar gini je terus. Imej dari imgflip

Tapi cerita tu mungkin kita akan simpan dulu, sebab kita nak tumpukan kepada budaya tahyul mereka. Kebanyakan mereka pada zaman Jahiliyyah ni mengamalkan animisme dan juga menyembah pelbagai jenis berhala. Namun, ada tiga berhala utama yang disembah mereka. Ia adalah…

Terdapat tiga berhala utama yang disembah!

Totem yang didakwa merupakan ukiran Latta, Uzza dan Manah. Imej dari Islam Solutif

Berhala yang dinamakan sebagai Al Latta, Al Uzza dan Manah adalah ‘tuhan’ utama bagi kebanyakan masyarakat Arab Jahiliyyah ni. Siapakah gerangan tiga nama ni? Dikatakan ketiga-tiga berhala ini adalah dewa-dewi yang dah memang biasa disembah di Makkah. Maksudnya pergi je mana-mana nampak lah berhala ni.

Namanya juga telah disebut dalam Al-Quran tau! Dalam Surah An Najm, ayat 19-20 ada menyebut tentang perihal berhala yang diberi nama Latta, Uzza dan Manah ni.

“(Setelah kamu – wahai kaum musyrik Makkah – mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa ‘Al-Latta’ dan ‘Al-Uzza’. Serta ‘Manat’ yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?” Surah An Najm 53:19-20, petikan dari surah.my


Dalam Al-Quran pun dah tertulis pasal penyembahan berhala-berhala yang agak popular ni, apa yang special sangat dengan tiga berhala ni? Jom kita mengenali setiap satu berhala ni dahulu.

Ilustrasi muka 3 berhala tersebut. Imej dari kompasiana

Yang pertama adalah Al Latta, ia dikatakan merupakan dewi perang! Mereka yang menyembahnya juga menganggap ia sebagai salah seorang daripada tiga anak perempuan Allah S.W.T. Itu merupakan claim yang sangat besar! Dikatakan pada awalnya ia disembah oleh Bani Thaqif di Ta’if (sebuah bandar di Makkah) dan lama-kelamaan tersebar jauh, katanya sampai ke Syria.

Seterusnya adalah Al Uzza, dimomokkan sebagai dewi pelindung. Pengaruh Al Uzza ni kebanyakan berada di Nakhla, sebuah kampung yang terletak di sebelah Ta’if. Dah kalau bandar sebelah sembah berhala, mesti jiran pun nak try sekali kan. Orang yang menyembah mereka kebanyakan adalah orang-orang Quraisy, nama yang memang dikenali sebagai puak yang memerangi Nabi Muhammad S.A.W.

Yang terakhir adalah Manah, digelar sebagai dewi yang mengawal takdir. Antara ketiga-tiga berhala yang disebut, dikatakan Manah adalah yang paling tua. Kira otai lah dia ni. Berhala itu terletak di kawasan bernama Al-Mushallal, Qudaid dan dihadapkan ke arah Laut Mati. Ia disembah sepenuhnya oleh Bani Aus dan juga Bani Khazraj.

Design dia sama je. Imej dari imgflip

Kalau korang perasan, ciri-ciri berhala zaman arab Jahiliyyah ni agak sama dengan tuhan daripada mitos tamadun Yunani. Dewi Perang Athena (Latta), Dewi Pelindung Soteria (Uzza) dan Dewi Takdir The Moirai (Manah), boleh dikira setiap tamadun ada berhala versi mereka sendiri.

Mesti ada yang tertanya-tanya di mana berhala-berhala tu sekarang kan, kalau korang nak tahu selepas kemunculan Islam, segala berhala yang wujud di kawasan masyarakat Arab Jahiliyyah telah dihancurkan! Ia dilakukan diatas arahan Nabi Muhammad S.A.W, ini kerana terang lagi bersuluh dalam wahyunya telah mengatakan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Sebab tu lah orang-orang Quraisy ni betul memerangi Muhammad, tetapi semua serangan (dari orang Quraisy) dapat dipatahkan dengan berbekalkan support daripada sahabat-sahabat nabi yang hebat seperti Khalid Al-Walid dan ramai lagi! Jadi tak kira apa halangan, confirm akan ada backup yang kuat untuk mempertahankan Islam.

Banyak lagi berhala yang ada cuma tidak disebut dalam Al-Quran

Hubal, salah satu berhala yang disembah. Imej dari Booksfact

Walaupun nama ketiga-tiga berhala ni yang disebut dalam Al-Quran, masih ada banyak lagi berhala yang wujud di sekitar era Jahiliyyah ni. Salah satu nama yang besar adalah Hubal iaitu dewa yang disembah oleh orang Quraisy, mereka ni lah yang berperang dengan pengikut Nabi Muhammad S.A.W iaitu Perang Badar (624 masihi).

Kedudukan Hubal ni dulu betul-betul berada di Ka’abah tau! Ia dikira sebagai berhala utama yang disembah oleh orang-orang di Makkah. Namun, berhala itu telah dihancurkan oleh Nabi Muhammad selepas baginda berjaya memasuki Makkah pada 630 masihi. Sekaligus memberi kemenangan kepada umat Islam ketika itu.

Biarlah semua cerita ini dijadikan pengajaran kepada semua umat Islam pada hari ini, kadang-kadang ada yang menuntut ilmu sampai tersesat dan juga mendua-duakan Allah. Ada juga yang terlalu mengidolakan dan juga taksub dengan seseorang alim ulama tu sampaikan orang ramai ibarat tidak boleh mengkritiknya. Tapi kritik pun biar pakai fakta, kalau tak betul nanti takut jadi fitnah.

Oleh itu, mari kita semua muhasabah diri untuk tidak menduakan Allah S.W.T.

Popular

To Top

Send this to a friend