Orang ramai masuk hutan tanpa adab? Ini kesannya terhadap masyarakat dan alam sekitar

Apabila kerajaan mengumumkan yang status pandemik di Malaysia akan diubah kepada endemik, segala Standard Operation Prosedur (SOP) telah dilonggarkan sedikit demi sedikit supaya dapat mempertingkatkan ekonomi. Disebabkan itu, rakyat mengambil kesempatan berkenaan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Ada yang pergi berkelah, ada yang pergi mendaki, ada yang pergi mandi sungai dan macam-macam lagi. Namun, tular gambar dan video mereka datang ke kawasan rekreasi yang seakan-akan tidak mengikut SOP. Terlalu ramai berkumpul di satu tempat sehingga menaikkan kemarahan sesetengah rakyat Malaysia. Yang menariknya, ada tempat yang mereka pergi tu dikira sebagai hutan simpan.

Jadi kalau dorang masuk hutan simpan pun, apa masalahnya? Memang ada masalah sebenarnya, dia macam ni…

Perlu mendapatkan permit terlebih dahulu

Contoh permit fizikal. Imej dari GeoTraveller

Untuk mereka yang tak tahu, sebenarnya kalau korang nak masuk mana-mana hutan simpan ke apa, korang kena memohon permit daripada pejabat hutan daerah dahulu. Ia dikira sebagai kebenaran dan juga lesen untuk korang masuk ke hutan, dalam proses permohonan permit tu pun korang perlu memberi segala info-info peribadi kepada pejabat hutan.

Seperti nama penuh, nama waris, kontak kecemasan, alamat dan sekian-sekian. Perkara itu diperlukan untuk pihak pejabat hutan meletakkannya dalam rekod mereka, kalau apa-apa jadi at least dorang dah tahu tentang info-info asas. Kepada mereka yang main langgar je masuk ke hutan simpan tanpa permit, korang boleh dikenakan denda yang agak besar tau!

Mungkin ini yang orang Malaysia nak? Imej dari imgflip

Sebab bila-bila masa je penguatkuasa boleh datang dan check permit korang tu, suka diingatkan di setiap hutan simpan pasti akan ada renjer hutan yang menjaga. Paling teruk korang boleh kena adalah dituduh mencerobohi hutan simpan, benda korang datang just nak mandi sungai and camping apa semua je tahu-tahu masuk penjara sebab ‘ceroboh hutan’. Sia-sia je nanti.

Bagaimana pula dengan proses-proses dia? Benda pertama korang kena buat adalah call pejabat hutan daerah tempat korang nak kunjung tu dulu, kena lah tanya dulu boleh ke tak kalau nak mohon permit apa tu semua. Ini penting ye, sebab tak silap kalau ikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) punya SOP, memang tak boleh lagi mohon permit kat pejabat hutan.

Jadi yang korang nampak dalam video-video yang tular kat sungai dalam kawasan hutan simpan tu, dorang tu basically telah menceroboh! Jadi anggaplah korang yang dah pergi tu bernasib baik ye. Itu dari segi undang-undang lah, sebenarnya ada masalah yang lebih besar boleh berlaku. Masalah ni punyalah besar sampai ada boleh risiko kematian! Masalah apa? Macam ni…

Buang sampah di kawasan hutan dan sungai boleh menyebabkan kematian!

Binatang pun tak buang sampah macam ni. Imej dari Twitter

Satu masalah bila sesuatu tempat tu dah viral, ia akan dikerumuni oleh ramai orang. Pada masa yang sama, tak semua orang yang pergi ni jenis pembersih! Tular juga tau kes orang buang sampah dalam hutan ni, bila dah masuk hutan atau pun beriadah di sungai tu mesti lah nak kena bawa kudap-kudap untuk makan. Cuma tu lah, nak bawa rajin tapi bila nak buang tu merata pula.

Ada juga yang kata nak bakar je sampah tu or maybe tanam je kan, tapi tu semua memang dikategorikan sebagai pencemaran! Ada juga ye yang nak salahkan kerajaan sebab tak sediakan tong sampah kat tempat rekreasi, tak kisah lah kerajaan sediakan ke tidak, mentaliti individu tu yang penting. Masalah buang sampah merata-rata ni sangat serius tau, sampai boleh menyebabkan kematian. Sini kitorang terangkan.

Cantik tak sungai kita? Imej dari Twitter

Kita mulakan dengan sampah yang dibakar tu semua, jika korang bakar je segala plastik, polystyrene dan semua tu, ia akan menyebabkan pencemaran udara yang berbahaya. Sebab plastik tu semua bila dibakar ia akan mengeluarkan asap yang toksik! Ia termasuklah polustyrene yang korang guna untuk tapau makanan tu.

Dalam pada itu, kalau sampah korang tu dibiarkan bertimbun, ia akan menarik perhatian tikus liar. Kitorang pasti korang semua pernah dengar tentang penyakit kencing tikus kan? Ye, dalam bahasa saintifik ia digelar sebagai Leptospirosis. Ia merupakan penyakit ‘zoonosis’ kerana ia berpunca dari haiwan yang menjadi penyebab kepada jangkitan tersebut.

Baru seronok tikus-tikus tu. Imej dari imgflip

Bakteria dari kencing tikus tu boleh hidup dalam air selama berbulan-bulan. Paling menakutkan, ia juga dikatakan sebagai penyakit yang boleh membawa maut! Jadi basically sampah yang korang buang tu boleh meningkatkan risiko penyakit kencing tikus dalam hutan, lagi-lagi kat sungai. Semua orang datang nak seronok-seronok mandi sungai, tau-tau terkena kencing tikus pula.

Penting untuk cakna dengan persiapan apabila kunjungi hutan ‘rekreasi’

Fahamkan dulu. Imej dari imgflip

Jadi bila kita semua berfikir menggunakan akal yang diberi oleh tuhan, pasti korang akan sedar yang kita sedang menghadapi risiko besar jika tidak berhati-hati dalam memulihara alam sekitar kita. Even dengan benda yang paling simple seperti mendapatkan permit tu ye! Hanya mereka yang betul-betul cakna dengan perkara ni yang akan mengambil serius tentang alam sekitar.

Sebab hanya mereka kurang siuman je ‘menceroboh’ hutan dengan alasan nak ‘berekreasi’, kalau benda macam tu pun dorang boleh langgar, tak mengejutkan pun kalau mereka senang-senang membuang sampah merata kan. Ini termasuk ‘budaya’ orang kita yang memang tak berapa pembersih sangat. Jangan marah ye, kita semua kena mengaku yang Malaysia ni tak lah bersih sangat.

Kerajaan dah ada inisiatif, kita pula? Imej dari Twitter

Tak lupa juga, penyakit kencing tikus tu bukan sahaja boleh membahayakan manusia, ia juga boleh membahayakan haiwan yang lain! Mereka juga mempunyai risiko untuk mati daripada penyakit itu, sekaligus akan mengurangkan populasi sesuatu haiwan sehingga terjadi ketidakstabilan alam sekitar. Kalau ketidakstabilan tu terjadi, akan ada lebih banyak masalah besar!

Tapi kalau nak cerita pasal ketidakstabilan alam sekitar tu secara lebih mendalam nanti artikel jadi panjang sangat lah pula, mungkin kitorang akan simpan topik tu untuk hari yang akan datang. Dalam pada itu, kepada mereka yang nak melakukan aktiviti di dalam hutan dan di sungai, sentiasa lah menjaga kebersihan dan SOP. Ini kerana even kecuaian yang kecil pun boleh membawa padah.