Kekayaan keluarga Tun Mahathir yang boleh diklasifikasikan sebagai jutawan?

Awal September lepas, Tun M menerbitkan satu kenyataan yang mencetuskan ketidakpuasan hati kepada netizen di laman web Chedet dan Twitter. Tajuknya ialah ‘Perdana Menteri Jutawan‘ dan kandungannya bertulis Perdana Menteri tidak kaya dan tak boleh ada duit yang banyak.

Maka banyaklah reaksi daripada netizen, sampai ada yang kata Tun M patut tengok diri sendiri depan cermin sebab keluarkan kenyataan tak serupa bikin.

Oh ye kami nak bagitahu satu perkara, ada satu laman blog THE DEVOURED SAVIOUR ni membongkarkan kekayaan Tun M dan anak-anaknya dengan melampirkan senarai syarikat yang keluarga Tun M pernah terlibat. Jadi, adakah ia benar? Kami dari SOSCILI akan cuba siasat satu-satu dan nyatakan setakat apa yang kami dapat dalam artikel ni.

*Disclaimer: Artikel berdasarkan kajian dan rujukan yang kami jumpa sahaja.*

1. Tun M: Selain menjadi ‘Bapa Proton’ beliau ialah pengarah syarikat lain

Senarai syarikat yang Tun M pernah terlibat. Imej dari THE DEVOURED SAVIOUR.

Berdasarkan gambar di atas, ia merupakan senarai syarikat yang Tun M pernah terlibat (maksudnya ada share atau jadi director dalam syarikat), tapi adakah ia benar? Mari kita bongkarkan.

*Sebelum itu, kami nak bagitahu yang kami akan bongkarkan beberapa syarikat sahaja untuk keluarga Tun M ni.*

Kalau pasal PROTON ni kita tak perlu explain banyak la, kerana beliau merupakan pengasasnya. Ia adalah salah satu langkah dalam mencapai aspirasi negara perindustrian. Beliau juga pernah menerima gelaran ‘Bapa Proton semasa pelancaran kereta Proton Exora. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau dalam syarikat ialah:

  • Pengasas PROTON.
  • Penasihat PROTON (2003).
  • Pengerusi PROTON & Lotus (2014).

Selain Proton, tahukah korang yang beliau juga pernah dilantik sebagai salah seorang Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Berdasarkan laporan yang kami jumpa, Tun M selepas itu meletakkan jawatan pada 25 Mac 2020 kira-kira sebulan setelah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 23 Februari 2020.

Selain Tun M, Tan Sri Muhyiddin juga pernah menjadi pengarah. Imej dari Khazanah Nasional.

Info tambahan, ada juga menteri lain yang pernah menjadi Pengarah Khazanah Nasional seperti:

  1. Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan).
  2. Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali (Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
  3. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Pengerusi Majlis Pemulihan).

Tak lupa juga, Tun Mahathir pernah menjadi Pengerusi Dairei Asia Sdn Bhd (syarikat yang menjual peti sejuk beku). Kami menjumpainya melalui laporan berita dari Malaysiakini bertajuk ‘Tun Mahathir Sokong Rang Undang-undang Perhimpunan Aman‘. Boleh lihat gambar-gambar di bawah:

Keratan berita dari Malaysiakini. Imej dari Malaysiakini.

Ini cerita Tun M, mari kita lihat cerita anak-anak beliau pula.

2. Mukhriz Mahathir: Menjadi Pengarah dan pemegang saham terbesar dalam syarikat terlibat

Senarai syarikat yang Mukhriz Mahathir pernah terlibat. Imej dari THE DEVOURED SAVIOUR.

Kalau lihat gambar di atas ni, banyak betul penglibatan syarikat dari Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Mahathir ni, sampai 100 lebih. Tapi kami takkan bongkarkan semua la, kalau semua boleh jadi buku gamaknya.

Baiklah, mari kita mulakan dengan syarikat Ajiya Berhad. Tahukah korang yang beliau pernah menyandang jawatan Pengarah bukan Eksekutif di Ajiya Berhad pada 1996. Berdasarkan kajian mendalam kami, beliau mula menerima jawatan tu pada 27 September 1996.

Nama beliau dalam laporan tahunan Ajiya Berhad. Imej dari Ajiya Berhad.

Tak lupa juga, beliau pernah menjadi pemegang saham terbesar bagi syarikat Opcom Holdings Berhad. Namun, beliau telah keluar dari syarikat tersebut pada awal tahun ni dan menjual 24.6 juta saham di syarikat itu.

Bukti beliau pernah menjadi pemegang saham. Dipetik dari Opcom Holdings Berhad.

3. Mokhzani Mahathir: Pengerusi di syarikat yang Mukhriz menjadi pemegang saham

Imej dari THE DEVOURED SAVIOUR.

Kalau lihat tajuk di atas, mesti korang tak percaya bahawa Tan Sri Dato’ Mokhzani bin Mahathir ialah Pengerusi Opcom Holding Berhad dan Opcom Cables Sdn Bhd. Akan tetapi, beliau telah meletakkan jawatannya pada 1 Jun 2019.

Imej dari Opcom Holdings Berhad.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan tertinggi dalam syarikat yang beroperasi sebagai syarikat pemegangan pelaburan iaitu Kencana Petroleum. Ia merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Sapura Energy.

Jawatan yang beliau pegang. Imej dari Kencana Petroleum.

Oh ye, beliau juga pernah disenaraikan dalam Forbes sebagai 40 orang terkaya di Malaysia pada 2007 dengan kekayaan $220 million (kalau tukar dalam matawang Malaysia jadi RM 900 juta+).

Sekarang, beliau ialah Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di syarikat Maxis Communications. Boleh tekan di sini untuk melihat buktinya.

4. Mirzan Mahathir: Ada kaitan dengan Opcom Holdings Sdn Bhd

Imej dari THE DEVOURED SAVIOUR.

Kenapa kami tulis ada kaitan dengan Opcom Holdings Berhad? Kerana Mirzan Mahathir pemegang saham serta pengarah di M Ocean Capital Sdn Bhd (MOCSB) dan MOCSB ialah pemegang saham terbesar untuk syarikat Opcom.

Imej dari Opcom Holdings Berhad.

Beliau juga merupakan pengasas utama Crescent Capital Sdn Bhd. Berdasarkan artikel dari University of Pennsylvania, Cresent Capital Sdn Bhd ialah sebuah firma penasihat pelaburan dan pelaburan strategik dan kewangan Malaysia yang bebas.

Dalam pada itu, jawatan pengerusi dan pengarah bukan Eksekutif di AHB Holdings Berhad pernah disandang oleh beliau sejak 1996. Akan tetapi menjelang 2013, beliau telah menjual semua sahamnya ke AHB Holdings Berhad.

Imej dari AHB Holdings Berhad.

Oh lupa lak, SBI Offshore Limited pernah melantik beliau menjadi pengerusi. Sebelum ni, beliau memegang jawatan pengarah bukan eksekutif pada 29 Oktober 2014 dan dilantik semula dalam jawatan sama pada 18 Mac 2016.

Mirzan Mahathir juga pernah terpalit dengan kontroversi di mana beliau dikatakan pernah memegang saham dalam syarikat Petron Malaysia Berhad. Isu ini mnejadi serius sehingga Petron sendiri mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau tiada kaitan langsung dengan Petron.

5. Marina Mahathir: Selain menjadi aktivis, beliau juga pernah terlibat dalam beberapa syarikat

Imej dari THE DEVOURED SAVIOUR.

Sebagaimana kita tahu, Datin Paduka Marina binti Mahathir ialah seorang aktivis yang selalu mementingkan hak asasi manusia dalam seluruh lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi kaum wanita. Beliau juga pernah menjadi Presiden Majlis AIDS Malaysia — sebuah majlis yang ditubuhkan untuk menyokong badan-badan yang bekerja tentang isu HIV dan AIDS di Malaysia.

Beliau juga ialah Ahli Lembaga Sister In Islam. Sesiapa yang tak tahu lagi, ia merupakan organisasi bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak wanita beragama Islam. Namun, organisasi tersebut terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dicop sebagai sesat.

Baiklah, kalau kita selidik mengenai penglibatan dalam syarikat, beliau menjawat jawatan tertinggi dalam Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra.

Imej dari Dewan Filharmonik Petronas.

Dalam pada itu, beliau juga menjadi Pemegang Amanah untuk Maybank Foundation — platform utama untuk tanggungjawab korporat di seluruh MAYBANK GROUP. Ia juga untuk mengenal pasti program yang akan mempunyai hasil yang paling nyata dan lestari – usaha yang akan membawa perubahan yang dapat diukur dalam jangka panjang dalam pelbagai aspek.

Imej dari Maybank Foundation.

Gaji Tun M sebanyak RM 100K sebulan?

Hmmmm? Imej dari Malaysiakini.

Sebelum ni juga, portal Pengisytiharan Harta dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah mendedahkan jumlah aset Tun dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Nak tahu tak? Jumlah aset mereka berdua sebanyak RM 32.4 juta dan merupakan jumlah aset mereka berada di tempat kedua dalam senarai dari SPRM.

Tak lupa juga dengan jumlah gaji yang diterima oleh Tun M. Pada November 2019, jumlah pendapatan Tun M ialah RM 100,004.32 sebulan (sebelum ni pada 2018, jumlah pendapatan beliau RM 75,861.57).

Kenyataan Tun M mengenai ‘Perdana Menteri Jutawan’ mungkin boleh dianggap terbatal berdasarkan aset dan kekayaan yang dimiliki. Hmmm…mungkin boleh kongsikan pendapat masing-masing di ruangan komen yang disediakan.