Nilai matawang Malaysia jatuh teruk? Ini apa yang akan terjadi…

Tahun ni berlaku fenomena inflasi di seluruh negara dan mengalami kenaikan harga melampau. Baru-baru ni, IMF (International Monetary Fund) memberi amaran peningkatan inflasi memberi kesan kepada beberapa negara termasuklah Malaysia.

Buat masa sekarang, prestasi ringgit jadi tak menentu dan pakar jangka tak mustahil kalau ringgit akan jatuh sehingga RM5.70 berbanding dollar menjelang hujung tahun 2022. Masalah ni juga menyebabkan harga barang keperluan naik dan merosotkan nilai wang, dimana kita kena bayar lebih untuk barang serta perkhidmatan sama.

POWERGOLDi: INFLASI SIFAR DENGAN SIMPANAN EMAS
Contoh apa yang akan berlaku. Imej dari powergold-i.blogspot

Kalau nilai matawang Ringgit Malaysia jatuh, semestinya rakyat yang berpendapatan rendah akan lebih terjejas. Antara kesan-kesan buruk penurunan nilai matawang Ringgit Malaysia adalah…

1. Berlakunya inflasi di Malaysia

Korang mesti dah familiar dengan ayat inflasi kan? Andai kata inflasi terjadi, barang yang dapat dibeli oleh setiap ringgit akan berkurangan sebelum terjadinya inflasi. Bukan itu je, inflasi juga mengurangkan kuasa beli pengguna sebab kita tak dapat beli barang dengan harga yang sama seperti semalam.

Apa itu inflasi? - Utusan Digital
Semua ni kita guna dalam kehidupan harian. Imej dari utusan

Pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos. Jadi, diorang akan bergantung kepada penurunan nilai untuk meningkatkan daya saing! Yang perlu kita risaukan sekarang ni, penurunan nilai jangka panjang boleh menjadi produktivi yang lebih rendah.

Punca Kejatuhan Nilai Ringggit – Hizbut Tahrir Malaysia
Nilai dolar akan mengukuh disebabkan permintaannya yang tinggi. Imej dari mykhilafah

Selain itu, inflasi meningkatkan kos sara hidup dan mengurangkan kuasa beli pengguna. Kalaulah pendapatan rakyat Malaysia tak seiring atau lebih tinggi daripada peningkatan inflasi, confirm akan menjejaskan kehidupan seharian serta ekonomi negara.

2. Semestinya barangan import akan menjadi lebih mahal

Barangan import akan jadi lebih mahal manakala eksport akan jadi lebih murah kalau matawang negara tersebut tinggi. Contohnya, kalau USD lebih tinggi daripada RM, akan menjadi murah bagi Amerika Syarikat untuk mengimport barang daripada Malaysia.

No Way What GIF by NBC
Dah boleh standby panadol. Gif dari Giphy

Dari sini kita tahu, barang-barang import yang dijual dalam Malaysia akan jadi lebih mahal sebab Malaysia terpaksa keluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tu. Untuk mengelakkan pembekal barangan menanggung rugi kesan kejatuhan nilai ringgit, maka beban tersebut akan dipasskan kepada pengguna… (pengguna pun jadi makin stress!)

Selain pembekal barangan import terpaksa tanggung kerugian, penjual ayam mentah jadi terhimpit untuk naikkan harga dan mungkin akan berlaku situasi stagflasi dan hiperinflasi di Malaysia.

3. Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang

Siapa yang nak shopping sakan atau melancong di luar negara kalau nilai matawang Malaysia jatuh? Nak pergi bercuti pun kena keluarkan perbelanjaan yang banyak, maka kuasa membeli barangan di luar negara akan jadi berkurang (melainkan kalau korang golongan T20 gitu).

Jangan Terlalu Gembira! Ini Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara - Murai MY
Bersabarlah rakyat Malaysia. Imej dari murai

Di samping itu, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberi kesan kepada pelajar yang sedang belajar di luar negara, malah ada segelintir pelajar yang menggunakan biasiswa untuk membayar yuran pengajian. Kalau nilai matawang jatuh teruk, macam mana diorang nak survive dekat sana?

4. Malaysia mengalami kejatuhan harga minyak

Apabila nilai USD menaik, harga minyak turun dan nilai matawang Malaysia mengalami penurunan. Bagi rakyat Malaysia, kejatuhan harga minyak boleh dikatakan satu berita gembira, namun bukan pada kerajaan sebab ia memberi kesan serta mengurangkan lagi pendapatan kerajaan.

Frentistadancando GIF - Frentistadancando GIFs
Jangan gembira sangat ye. Gif dari tenor

Akan tetapi, terdapat dasar kawalan harga yang dikenakan oleh kerajaan dan subsidi diperuntukkan untuk petroleum RON95.

Emas merupakan pelindung inflasi wang yang terbaik

Emas bukan untuk perhiasan diri je sebab pakar-pakar pelaburan juga menyarankan untuk memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan — ia boleh menjadi pengimbang yang baik untuk berhadapan dengan kos sara hidup dan kadar inflasi yang berlaku setiap tahun.

Apabila terjadinya inflasi, nilai matawang akan mengalami kejatuhan. Bagi pelabur atau orang yang nak lindung nilai harta daripada dipengaruhi inflasi, diorang akan mencari sesuatu untuk dijadikan cagaran nilai harta tu. Dannnn… cagaran yang paling sesuai adalah emas!

Russia umum vaksin, harga emas jatuh mendadak
Pelaburan emas untuk jangka masa panjang bukan pendek! Imej dari bharian

Semasa nilai matawang jatuh, harga emas akan naik! Emas sesuai dijadikan sebagai simpanan jangka masa panjang menggantikan simpanan duit dimana nilainya akan jatuh. Majoriti pelabur menukar emas diorang kepada matawang selepas inflasi berkurangan.

Anthony Adams in Yellow Suit Rubbing Hands meme
Scammers be like… Imej dari makeameme

Zaman sekarang ni, ramai scammer pelaburan emas yang tunggu masa nak ‘makan’ duit orang. Korang jangan tertipu dengan scammer pelaburan emas yang menawarkan ayat-ayat manis tentang keuntungan berlipat ganda dalam masa terdekat! Kalau korang kurang berminat untuk menyimpan emas, korang juga boleh…

Mulakan perancangan kewangan dengan membina tabung kecemasan

Kitorang tahu ni antara saranan paling cliché tetapi penting untuk masa depan. Pakar kewangan menyarankan untuk menyediakan tabung kecemasan yang jumlahnya bersamaan dengan 6 bulan pendapatan korang.

Pada awalnya memang susah dan mengambil masa untuk menyimpan lebih-lebih lagi kalau pendapatan rendah. Akan tetapi, lebih baik menyimpan sekarang daripada tak ada langsung kan? Sekiranya berkemampuan, korang boleh cuba menyimpan RM 5 – RM 10 seminggu dan tambahkan nilai simpanan sikit demi sikit mengikut pendapatan masing-masing.

Bagaimana Menyimpan Duit Dengan Konsisten Dan Disiplin – Daily Rakyat
Sikit-sikit lama lama jadi bukit. Betul tak? Imej dari dailyrakyat

Seterusnya, buka akaun simpanan yang baru dan jangan gunakan duit dalam akaun tersebut kecuali dalam keadaan terdesak! Simpan kad debit akaun tersebut di tempat yang tersembunyi supaya korang tak menggunakannya kecuali waktu kecemasan!

Season 4 Episode 6 GIF by The Office
Jangan sampai jadi macam ni… Gif dari Giphy

Apabila dah tetapkan niat untuk simpan setiap hari, secara tak langsung korang sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan — ibarat tengah membuka empangan untuk mengalirkan air masuk.

Susah nak meramal bila krisis ekonomi akan berakhir, malah kita juga tak boleh nak jangka tentang keadaan krisis ekonomi akan semakin membaik atau memburuk. Walaupun begitu, kita dah ada usaha untuk membuat sesuatu untuk masa akan datang. Mungkin diantara korang ada persediaan yang lain untuk menghadapi perkara macam ni?