Nak dapat daging lembu yang sama kualiti lembu Kobe Jepun, Kelantan perdengarkan lembu sado ayat Quran

Baru-baru ni kecoh tentang lembu sado kat Kelantan nak dibacakan ayat suci Al-Quran, korang pun bukan main sukalah kalau ada benda-benda macam ni keluar. Ada yang siap komen penunggang agamalah, ada yang kata tak logiklah, dan macam biasa akan ada cakap ini untuk agama! Oleh kerana SOSCILI ni selalu jadi rujukan korang, kami pun buatlah research pasal benda ni.

Al-Quran ni panduan umat Islam, jadi kalau ada yang nak guna untuk kepentingan diri sendiri, dah sah-sah orang akan marah. Kalau korang lupa, dalam Al-Quran ada 6,236 ayat dan 114 surah. Cehh…dah macam kelas Pendidikan Agama Islam lah pulak kan? Saja je nak ingatkan korang, sebab biasalah kita selalu terleka di dunia yang fanaaaa…

Lembu pun pergi gym…Imej dari BHarian

Tadaaa…inilah hasil research kami, sampai termimpi-mimpi lembu kami buat research pasal artikel ni.

Daging lembu Kobe berkualiti sebab lembu tu kena urut dan diberi minum sake

(Bahagian ini merujuk artikel Japan’s Kobe Beef: What Makes It Special, terbitan Notes of Nomads)

Sebelum kitaorang cerita pasal lembu yang bakal mendengar Quran tu, korang kena tahu dulu pasal daging lembu Kobe kat Jepun. Menurut laporan Awani – diorang bukan nak jadikan lembu tu boleh hafal Quran atau daging lembu tiba-tiba bertambah zat. Sebenarnya, diorang nak jadikan daging lembu tu lembut, lebih kurang macam daging lembu Kobe ni.

Dengar cite, daging Kobe ni lembut dan sedap gila babs…Imej dari Giphy

Dekat Malaysia ni, ada je restoran yang tawarkan daging Kobe. Apa yang lebih menarik, nak masak daging ni pun mesti ikut syarat-syarat dia. Tapi kalau korang tahu ayam kat nasi lemak tu tak boleh crispy, mungkin korang boleh masak daging Kobe ni. Kalau nak dapatkan rasa yang gempak, korang kena masak daging ni medium-rare.

“Makruh memakan daging lembu Kobe yang diberi minum arak (sake).” – Dipetik dari laman web JAKIM

Lemak kat daging Kobe ni ada kadar lebur yang lebih rendah daripada kebanyakan daging lembu, sebab tu korang kena masak pada tahap medium-rare je. Kalau masak lebih-lebih, cairlah lemak tu, tak sedaplah daging tu.

Jadi apa kaitan daging Kobe ni dengan lembu sado kat Kelantan? Kalau korang nak tahu, ada beberapa kaedah penjagaan yang kena dipatuhi untuk pastikan lembu-lembu ni hasilkan daging yang lembut. Antaranya;

  1. Lembu-lembu ni akan diberi minum arak untuk meningkatkan selera makan. Lembu-lembu ni tak mabuk ke?
  2. Setiap hari lembu-lembu ni akan diberi urutan, kadang-kadang siap diurut dengan sake lagi. Best jugak jadi lembu ni, kecuali masa jadi steak lah.
  3. Lembu-lembu bertuah ni akan diperdengarkan muzik-muzik klasik. Diorang percaya muzik klasik ni dapat tingkatkan selera makan lembu. Agak-agaknya, diorang ni layan lagu rock tak?
Kami juga layan lagu hip hop! Imej dari Giphy

Lembu sado di Kelantan dibacakan ayat Al-Quran supaya dagingnya berkualiti

Kalau korang perasan, idea nak dengarkan ayat Quran ni untuk bagi lembu tu relaks. Kalau kat Jepun diorang bagi lembu ni minum arak, kat Kelantan, apa lagi – Quranlah! Sebenarnya ada je kajian yang kaitkan lembu dengan muzik. Contohnya ada kajian yang kata lembu yang dengar muzik akan hasilkan lebih banyak susu.

“Penyelidik mendapati bahawa lembu tenusu menghasilkan lebih banyak susu apabila mendengar muzik santai, dan mendapati bahawa setiap hasil susu lembu meningkat 0.73 liter sehari secara purata apabila mendengar muzik perlahan.” – Dipetik dari artikel Interlude

Tapi kami tak jumpa lagilah kajian yang kata dengarkan bacaan Al-Quran akan lembutkan daging, mungkin Kerajaan Kelantan nak buat eksperimen kot. Kitaorang rasa mesti korang dapatkan idea diorang? Beri dengar ayat Quran sebab nak lembu tu relaks, bila dah relaks diorang harap akan dapat hasilkan lembu yang ada daging yang gempak! Daging lebih kurang macam daging Kobe gitu.

“Cadangan memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada lembu itu merupakan sebahagian dari pelan tindakan kerajaan untuk menghasilkan daging yang lembut dan bermutu tinggi.” – Datuk Che Abdullah Mat Nawi, dipetik dari AWANI

Ini bukan lembuuu…ini bayi tengah tunggu nak dengar lagi klasik. Imej dari Giphy

Kalau korang nak tahu, baru-baru ni Kelantan perkenalkan daging yang bermutu tinggi – namanya daging tu Naim Beef. Kami rasa dapat dari Kelantan Darul “Naim” kot. Kalau ikut laporan AWANI, Kelantan ni negeri kedua terbanyak eksport ke luar daging lembu.

“Naim beef ini merupakan program penyusunan sistem petani mengikut sistem dirancang ke arah mengeluarkan daging yang baik.” – Datuk Che Abdullah Mat Nawi, dipetik dari AWANI

Ya Allah, berikanlah kesihatan pada lembu ini…Imej dari MMO

Isu guna ayat Al-Quran untuk lariskan produk pernah popular dulu

Beberapa tahun lepas, isu jual produk guna ayat quran ni bukan main famous. Berbeza dengan isu lembu kat Kelantan ni, diorang bukan gunakan ayat Al-Quran untuk jual lembu, tapi nak tingkatkan kualiti daging. Korang pun, kalau tengok produk-produk yang macam ni, jangan terus percaya. Korang kena siasat dan tanya orang-orang yang arif tentang agama.

“Ada orang yang nak untung cepat jadi dia peralatkan Quran kerana dia tahu orang kita ni mudah percaya bila sebut bab Islam.” – Datuk Hassan Mahmud, dipetik dari AWANI

Baju ni kalis api neraka ke? Imej dari Cerita92

Lepas ni mesti ada orang akan cuba dengan ayat-ayat Al-Quran dekat pelbagai binatang ternakan. Kitaorang harap Kerajaan Kelantan dapatlah buat satu kajian saintifik untuk buktikan yang kaedah ni dapat tingkatkan mutu daging. Takdelah orang tengok benda ni macam sia-sia.

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka