Siapakah ahli politik selain DS Najib yang tersenarai dalam data SPRM?

Semalam, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM 210 juta terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang didapati bersalah atas 7 pertuduhan penyelewengan RM 42 juta dana milik SRC International Sdn. Bhd.

Sebelum ni, Najib juga dikatakan telah tersenarai dalam data pesalah rasuah di laman web SPRM atas kesalahan tersebut. Tapi enn…

Ye, sabar nak borak la ni. GIF dari giphy.

Pernah tak terfikir siapa je selain Najib yang pernah tersenarai dalam data pesalah rasuah di laman web SPRM? Kalau takde takpe la, biar kami fikirkan untuk korang. Jika korang cari dalam data pesalah rasuah tu agak susah sebab ramai sangat orang dalam tu.

Korang nampak apa kami nampak? Imej dari laman web SPRM.

Dah tak perlu serabutkan diri, mari kami senaraikan ahli politik yang pernah masuk dalam data pesalah rasuah SPRM selain jaib. Kita mulakan dengan the and only legend in Malaysian politics which is (minta maaf speaking saja test)…

1. Ku Nan: Menerima rasuah sebanyak RM2 juta

Nama Ku Nan dalam data pesalah SPRM. Imej dari laman web SPRM.

Baiklah, dalam artikel ni kami akan explain sikit bagaimana mereka ni boleh masuk dalam data SPRM (kiranya kami borak sikit pasal kesalahan yang mereka telah lakukan).

Kami berikan kronologi supaya senang sikit nak baca:

15 November 2018: Ku Nan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas dua pertuduhan iaitu menerima rasuah berjumlah RM1 juta daripada Tan Eng Boon melalui cek milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd dan menerima rasuah RM2 juta daripada Chai Kin Kong melalui cek milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd.

3 Julai 2019: Ku Nan mendakwa dana RM2 juta yang diterimanya adalah dari seorang pemaju dan merupakan derma politik.

17 Julai 2019: Tan Sri Chai Kin Kong memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tandatangan pada resit rasmi pembayaran RM2 juta sumbangan politik beliau kepada UMNO adalah milik Ku Nan.

19 Julai 2019: Mahkamah Tinggi diberitahu resit pembayaran RM2 juta sumbangan politik kepada UMNO yang diberikan Datuk Seri Ku Nan kepada Tan Sri Chai Kin Kong dipercayai daripada buku resit rasmi UMNO yang digunakan pada 2018, sedangkan pemberian RM2 juta itu berlaku pada 2016.

14 Oktober 2019: Ku Nan diminta untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ku Nan di mahkamah. Imej dari Suara Merdeka.

17 Januari & 5 Mac 2020: Prosiding pembelaan Ku Nan diadakan selama dua hari. Beliau mengaku menerima cek bernilai RM2 juta dari Tan Sri Chai Kin Kpng untuk perbelanjaan kempen pilihan raya Barisan Nasional pada 14 Jun 2016. Tetapi, dia tidak melaporkan hal ini kepada hierarki parti kerana wang itu tidak ada kaitan dengan UMNO.

30 Jun 2020: Tengku Adnan adalah saksi pembelaan pertama dan pihak pembelaan menutup kesnya setelah memanggil empat saksi.

21 Disember 2020: Hakim Mohamed Zaini Mazlan mengatakan pihak pembelaan gagal untuk membantah bukti yang dibawa oleh pihak pendakwaan. Ku Nan didapati bersalah atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM2 juta. Beliau didenda RM2 juta dan dipenjara 12 bulan.

16 Julai 2021: Ku Nan bebas dari tuduhan rasuah RM2 juta selepas rayuannya dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan. Hal ini secara serta-merta, beliau juga bebas dari hukuman saman RM2 juta dan penjara 12 bulan.

GIF dari giphy.

Ini bermakna, Ku Nan terlepas dari hukuman 12 bulan penjara dan denda sebanyak RM2 juta. Mana tak tahu lagi, kesalahan dia mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

2. Loh Chee Heng: buat kesalahan tuntutan palsu dengan Kerajaan Selangor

Ada sesiapa kenal? Imej dari laman web SPRM.

Mesti korang tak kenal sangat kan dengan Loh Chee Heng ni. Takpe, jangan risau dan kena gembira kerana kami akan terangkan siapa beliau serta kesalahannya.

Beberapa tahun lepas (2019), seorang bekas ADUN Telok Datuk, Loh Chee Heng dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan membuat tuntutan palsu daripada kerajaan Selangor.

Loh Chee Heng dipecat serta-merta daripada DAP pada Mei 2016 didakwa mengemukakan tuntutan palsu bagi mengadakan program Pesta Tanglung pada 2015. Nilai tuntutan sebanyak RM20, 000.

Dia juga didakwa membuat permohonan dana sebanyak RM13,380 bagi mengadakan sambutan Hari Guru 2015 bagi kawasannya. Apa yang peliknya di sini, kedua-dua majlis tersebut tidak diadakan.

Namun, dia mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Loh Chee Heng ketika dibawa ke mahkamah. Imej dari FMT.

Penafiannya terhadap dua pertuduhan itu tidak berjaya dan dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun dan didenda RM66,900 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Menurut Hakim, Roziah Salleh:

“Saya harap ia menjadi panduan dan tidak berulang lagi.” – Roziah Salleh, Hakim, dipetik dari Berita Harian.

*Artikel ini tiada penutup, kerana kami inginkan korang kongsikan pendapat mengenai ahli-ahli politik yang tersenarai dalam data pesalah rasuah SPRM.*