Najib cakap pelancong China makin berkurang, apa yang berlaku sebenarnya?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Mesti ramai tak perasan, ada benda pelik berlaku pasal berita tentang pelancong China yang datang ke Malaysia. Sebahagian sumber berita ada bagitahu bahawa bilangan pelancong China yang melawat Malaysia berkurang. Sumber berita lain ada bagitahu juga macam mana bilangan ni boleh berkurang.

Walaupun Najib dipersalahkan dalam banyak benda, untuk hal ni dia terselamat. Sebaliknya, dia menyalahkan kerajaan sekarang. Kalau korang tengok, tajuk berita atas tu saling bertentangan. Mata korang pun boleh juling sebab mengelirukan. Kali ni kami dari SOSCILI akan terangkan dengan mudah.

Pelancong China makin sikit ke Malaysia sebab kena melancong kat negara sendiri?

Apa yang paling tepat, kurangnya pelancong China datang ke Malaysia terjadi sewaktu negara diaorang tengah cuti bergaji peringkat kebangsaan. Eh, orang China dapat gaji untuk pergi bercuti?

Rakyat China (nampaknya, Jepun juga) memiliki satu aktiviti yang dipanggil sebagai Golden Week atau 7 hari cuti kebangsaan China yang pertama kali dilaksanakan pada tahun 2000. Dan ya, mereka dapat TIGA hari cuti bergaji, di samping hujung minggu mereka disusun sampai pekerja sana dapat lebihan cuti selama tujuh hari.

Imej dari Nextshark.

Apa yang menjadi isu apabila bilangan pelancong China berkurang dari 30-35% dari tahun lepas. Pada tahun 2017, kita menerima lebih kurang 180,000 pelancong China. Kalau gunakan ilmu matematik tanpa sempoa, bilangan pelancong China yang datang pada tahun ni lebih kurang 117,000.

Ini mungkin tak bagus kerana Malaysia menjangkakan untuk menerima sejumlah besar pelancong China pada separuh penggal kedua tahun ni kerana Golden Week! Tambahan pula, negara kita mensasarkan ketibaan 33.1 juta pelancong tahun ni. Macam mana benda ni boleh terjadi?

Tun Mahathir mendakwa ini mungkin berlaku kerana pelancong China memilih untuk melancong dalam negara sendiri. Lebih kurang Cuti-Cuti Malaysia China lah. Tambahan pula, Menteri Seni, Pelancongan & Budaya menyokong kenyataan ni dengan mengatakan bahawa polisi baru yang diperkenalkan China dah menggalakkan rakyatnya untuk melancong secara domestik. Ini dah menyebabkan kejatuhan bilangan pelancong dari China.

Bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia akan melihat bilangan pelancong China akan berkurang sedikit tapi hanya untuk seminggu,”- Mohammaddin, petikan dari The Sun Daily.

Bila kami kaji dengan lebih mendalam, kami dapati…

Thailand adalah negara paling ramai dilawati pelancong China walaupun ada insiden kapal karam

Menurut kajian dari Ctrip, ramai pelancong China datang ke Thailand walaupun selepas kejadian kapal karam yang berlaku pada bulan Julai lepas. Insiden di Phuket tu dah mengorbankan 41 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 28 orang pelancong China. Mula-mula tu berkurang lah sikit, tapi Thailand sawadikap tetap menjadi pujaan hati mereka.

Ditambah pula apabila kerajaan Thai cuba mendapatkan balik kepercayaan mereka dengan meningkatkan keselamatan pelancong melaui kerjasama tentera laut. Keselamatan bukanlah satu-satunya faktor yang menarik pelancong China untuk datang ke Thailand. Ctrip juga ada mendedahkan usaha Thailand yang menyediakan laluan khas untuk memudahkan pelancong China datang.

Bayangkan, pelancong China boleh masuk ke Thailand melalui lima lapangan terbang antarabangsa di Bangkok! Kira ada lima pintu masuk lah ni.

Dari ufuk Timur, Utara, Barat & Selatan ku datang. Imej dari Wikipedia

Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia yang masih kekurangan dari perhubungan dari satu poin ke satu poin penerbangan ke resort pelancongan. Tak lupa juga pembatalan penerbangan yang menyusahkan penumpang. Berbeza di Thailand apabila pelancong China  diberi double entry atau multiple visa yang semestinya buat diaorang selesa gila. Tapi, Malaysia kan buat visa online?

Walaupun kerajaan sebelum ni melaksanakan visa online (e-visa) untuk pelancong China, para pelancong ni tak fikir yang visa itu bagi keselesaan kat mereka berbanding Thailand punya. Ada juga dakwaan mengatakan polisi visa Thailand lebih baik berbanding negara kita sebagaimana mudahnya pelancong China nak masuk Thailand. Tun Mahathir pun ada bagitahu bahawa proses membuat visa Malaysia memerlukan perubahan dari segi kepantasan.

Opss. Lambat pulak!

Bercakap pasal visa, boleh jadi penurunan bilangan pelancong China ni disebabkan kerajaan sekarang yang membuat keputusan untuk menangguhkan pemberian visa bagi pelancong China. Kami tahu mesti ramai yang fikir benda-benda ni semua tak bagi kesan pun kepada kita sebagai orang Malaysia.

Penjual Durian Musang King semakin rugi kerana kurangnya pelancong China

Menurut Najib Razak, penurunan bilangan pelancong China memberi kesan kepada penjual Durian Musang King. Mereka ni memang sangat suka durian macam yang disebut Presiden Xi Jinping, ianya ‘sedap dan luar biasa’. Ditambah pula, agensi-agensi pelancongan sebenarnya ada masukkan sekali pelancongan durian (durian tour) dalam pakej mereka!

Imej dari The Star

Disebabkan industri pelancongan adalah industri ketiga terbesar di Malaysia, nak tak nak mesti lah bagi kesan. Najib mengatakan bahawa industri pelancongan Malaysia ni dah mencipta sebanyak 1.73 juta pekerjaan. Tengok betapa penting industri ni.

Selain dari penjual durian dan industri pelancongan, peniaga runcit juga ada merungut pasal perniagaan mereka. Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua mengatakan pelancong China memenuhi 25 peratus pelancongan dunia, jadi mereka ada kuasa membeli. Ini bermakna, kalau pelancong China sikit yang datang Malaysia, maka keuntungan peniaga runcit jatuh.

Apa yang pelik, platform Alipay mendapati Malaysia sebenarnya negara ke-8 yang dilawati pelancong China ketika ini. Dilaporkan juga yang Malaysia disenaraikan negara lain sebagai tempat pelacongan utama.

Imej dari Vulcanpost.

Alipay juga bagitahu yang pelancong China sebenarnya menghabiskan lebih kurang RM817 sekepala semasa bercuti di sini yang mana jumlahnya semakin meningkat. Walaupun makin sikit pelancong China datang, mereka sebenarnya berbelanja lebih banyak di negara kita berbanding Singapura dan Thailand!

Jadi, apa akan berlaku sekarang?

Tun Mahathir rasa akan ramai balik pelancong China pada tahun depan

Macam yang kami tulis di bahagian pendahuluan, Najib sebenarnya menyalahkan kerajaan baru. Pelancong China berkurang kerana serangan politik yang dibuat terhadap kerajaan mereka. Serangan tu adalah melalui semua projek yang dibatalkan kerajaan sekarang.

Dakwaan Najib tu macam menampakkan yang kerajaan sekarang tak buat apa-apa. Sebenarnya, demi menyambut Golden Week, kerajaan sekarang melaksanakan beberapa inisiatif untuk memancing pelancong. Caranya dengan mengambil dan menempatkan pegawai tempatan yang boleh bercakap Mandarin di lapangan terbang dan menerbitkan buku panduan khas dalam Mandarin bagi mereka.

Tapi tu lah. Tak semua menjadi. Inisiatif niu pun macam tak berfungsi sejak bilangan pelancong China jatuh menjunam.

Wo ai ni! Imej dari World of Buzz & China Daily

Selepas menyaksikan kejatuhan pelancong ni, pengarah MATTA, Datuk Tan Kok Liang mencadangkan agar kedua-dua pihak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta sektor swasta perlu memfokuskan usaha mereka untuk mengubah trend dan pilihan pelancong China untuk menarik semula mereka. Tun M juga ada menambah agar bayaran visa dikurangkan dan memperbaiki perkhidmatan permohonan visa.

Pada tahun 2014, pelancong China tak nak datang ke Malaysia kerana tragedi MH370. Tahun berikutnya, Malaysia menyaksikan kenaikan bilangan pelancong China pada tahun 2015 dan kenaikan diluar jangkaan pada tahun 2016 sebanyak 26.7%. Malaysia juga mencatatkan bilangan tertinggi pelancong China pada tahun 2016. Boleh cek graf kat link ni kalau korang tak percaya.

Berdasarkan fakta-fakta ni, Malaysia mungkin kekurangan pelancong China sekejap je kot! Nanti naiklah balik tu.

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT