Diejek “bau masakan India”, pelajar PhD Malaysia di universiti US bunuh diri

Setiap hari mesti kita akan dengar kes jenayah dan secara terperincinya kes bunuh diri kat negara kita mahupun kat seluruh dunia ni. Dan baru-baru ni kitaorang ada tulis artikel pasal remaja ramai yang bunuh diri sebab stigma masyarakat yang selalu menyebabkan kesihatan mental masyarakat terganggu. Dan seterusnya menyebabkan remaja ramai yang menghadapi masalah depresi dan tekanan mental.

Bila cakap pasal tekanan mental ni, macam-macam perkara yang boleh menyebabkan masalah tu berlaku. Antaranya kes pelajar Malaysia yang bunuh diri sebab tekanan daripada kawan-kawan dia yang bersifat diskriminasi dengan warna kulit dia. ?

Statistik sehingga tahun 2010. Imej dari Berita Harian

Setiap hari asingkan tempat duduk dengan kawan

“Setiap hari saya takut untuk pergi ke kelas, dan sebab tu sekarang saya duduk 3 kaki dari pembuli kulit putih saya,” – Jerusha Sanjeevi, pelajar Malaysia dari Utah State University, sumber dari mesejnya kepada kawannya. 

Jerusha Sanjeevi merupakan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di peringkat PHD di Utah State University dalam program psikologi yang berusia 24 tahun. Dia merupakan keturunan berdarah China dan India tapi dilahirkan dan dibesarkan kat Malaysia yang berkulit gelap. 

Jerusha Sanjeevi. Imej dari The Salt Lake Tribune

Disebabkan warna kulit dia, dia dibuli oleh rakan sekelas dia sendiri selama 8 bulan berturut-turut sebelum dia buat keputusan untuk bunuh diri pada April 2017. Kes buli tu bukan pukul-pukul tau, tapi penderaan secara lisan. Kes ni jadi heboh lepas boyfriend dia, Matthew Bick buat laporan mengenai kes kematian dia dan menuntut kebenaran supaya berpihak dekat dia.

Berdasarkan tuntutan mahkamah persekutuan yang difailkan bagi pihak keluarganya beberapa minggu lepas; kat universiti tu lebih kurang 83% pelajar kat sana berkulit putih. Dan walaupun diaorang ni semua orang yang berpelajaran, diaorang selalu burukkan Jerusha Sanjeevi ni. Contohnya, diaorang ejek nama dia pelik, dia bau macam makanan India, dan mengejek warna kulit dia sampai membuatkannya tak layak mendapat kedudukan dalam program penyelidikan. 

Jerusha Sanjeevi lagi tertekan bila kawan-kawan dia panggil dia bodoh. Diaorang burukkan dia dengan hebohkan cerita yang dia takkan buat program PhD tu kalau dia tak diberikan “handout” sebagai pelajar antarabangsa. Dia bekerja dekat makmal profesor sebagai pembantu pengajar. Tapi orang selalu merendahkan kebolehannya waktu dia mengajar, bagitahu yang kulit gelap sebenarnya adalah “tanda rendah diri” dan sebarkan khabar angin yang dia ada masalah mental dan bipolar. 

GIF dari Giphy

Oleh kerana sikap pilih kasih dengan masyarakat kulit putih kat sana, dia sampai nak berhenti belajar waktu dia semester pertama kat universiti tu. Sekalipun, prestasi akademiknya yang baik.

Pihak universiti tak buat apa-apa tindakan

Dia bertambah tertekan dengan situasi macam tu dan takde perlindungan dan tindakan yang diberikan walaupun dia dah buat banyak aduan mengenai situasi tu. Dalam tuntutan mahkamah tu mendakwa yang kekurangan respon daripada pihak universiti melanggar hak sivilnya. Dan sebenarnya sikap pilih kasih dan perkauman wujud kat program psikologi kat situ sejak dulu lagi. Sebab tu pihak universiti buat tak tahu je.

Pelajar antarabangsa selalu berdepan dengan situasi perkauman ni tapi ahli fakulti yang tahu pasal benda tu sengaja buat tak tahu. Dan ia mengkritik pihak universiti yang gagal campur tangan dalam selesaikan isu tu walaupun lepas kematiannya. Aduan yang dibuat tu mendakwa tentang kecuaian, kematian yang tak sepatutnya, dan gangguan emosi yang disengajakan.

“Jabatan di universiti tersebut dengan sengaja membenarkan salah seorang pelajarnya didera secara lisan, ditakut-takutkan dan dikaitkan dengan diskriminasi budaya dan perkauman oleh pelajar tempatan selama lapan bulan, ketika dia diperlakukan sedemikian, emosinya terganggu dan rasa putus asa sehingga menyebabkan dia bunuh diri,” – dakwaan tuntutan mahkamah. 

Boyfriend dia yang tolong buat laporan saman tu. Imej dari HJ News

Kes saman tu difailkan kat Mahkamah Daerah U.S, saman yang difailkan tu dimasukkan sekali beberapa bukti e-mel dan mesej antara profesor psikologi yang menunjukkan diaorang tak pasti macam mana nak bertindak terhadap aduannya yang berterusan tu. Dalam saman tu mendakwa yang profesor dan pihak universiti tak pernah bertindak dan tangani aduan yang dilaporkannya tu. Ish…ish…ish…

Sebelum dia akhirkan perjalanan hidup dia disebabkan keracunan karbon monoksida, dia ada bagitahu kawan dia dan sediakan nota terakhir …

“Saya akan tinggalkan makmal saya sebab saya dah tak tahan lagi. Dia tahu saya berjuang dengan ketakutan untuk dihantar pulang sejak pilihan raya kemenangan Trump. Dia tahu saya tak ada kuasa kat sini sebagai pelajar asing. Saya tak faham kenapa manusia boleh jadi sangat kejam dan tak berperikemanusiaan.

Menghadapi masalah perkauman walaupun dalam sekolah siswazah di jabatan psikologi mengajar saya satu pelajaran yang bermakna dalam hidup saya: saya boleh pakai pakaian yang elok, tapi saya tak boleh tanggalkan kulit saya.” Dalam nota Jerusha Sanjeevi.

Masyarakat perlu beri kerjasama tangani masalah ini

Bila kita perhatikan daripada kes yang terjadi ni, ternyata masih ramai orang yang anggap masalah kesihatan mental yang dihadapi seseorang tu adalah remeh. Penyakit mental yang bernanah dalam individu tertentu disebabkan kurang kesedaran daripada masyarakat sekeliling jugak.

Masyarakat yang lain pun kena alert dengan perkara ni. Imej dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Tapi sekarang ni, selain pihak NGO seperti BeFrienders, pihak kerajaan pun dah wujudkan inisiatif untuk membendung isu macam ni terus berlaku. Iaitu dengan wujudnya Mentari Malaysia dengan Yayasan Kesihatan Malaysia dapat bagi pendekatan yang lebih mendalam kepada yang memerlukan.

“Masyarakat boleh berhenti melabel golongan yang menghidap masalah kesihatan mental ini sebagai “gila” ataupun istilah penghinaan lain yang menyebabkan mereka mengasingkan diri daripada mencari bantuan dan rawatan disebabkan rasa malu.

“Kita mesti bantu tangani masalah kesihatan ini dan stigma yang menghantui mereka bersama-sama sebagai sebuah komuniti.” – Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, sumber dari Malaysia Kini. 

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)