Nak panjang umur? Kajian saintifik ni membukti makanan ni adalah rahsianya…

Sebagai rakyat Malaysia, kitorang mesti kaki makan pedas. Daripada nasi lemak sampai ke asam pedas, semakin kita dera mulut kita, semakin lah kita rasa seronok sambil makan. Tambah-tambahan lagi, suatu kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Universiti Vermont di AS telah mendapati bahawa makanan pedas mampu mengurangkan risiko kematian sebanyak 13 PERCENT, terutamanya daripada penyakit jantung atau angin ahmar!

Takpalah mulut terbakar, asalkan umur panjang. GIF dari TED-Ed.

Sebab nama kitorang pun SOSCILI, mesti lah korang dah tau tahap obses kita dengan makanan pedas. Dan kalau korang pun jenis yang selalu kena pikir apa nak makan satgi…

Ini lah peluang korang cuba ayam goreng PEDAS terbaru kat KL!??️?

Nampak sangat editor kitorang tak tau nak posing.

Baru-baru ni, restoran 4Fingers telah dibuka di Sunway Velocity Mall kat Cheras, menghidang ayam goreng yang rangup serta berperisa. Kalau korang tak pernah dengar, ayam goreng 4Fingers hanya dibuat dengan ayam tempatan yang diternak tanpa antibiotik dan hormon dan dimasak dengan rempah-rempahan semulajadi, tanpa perisa tiruan!

Dimasak dengan begitu penuh kasih kayang, korang kunyah sekali pun kerap-kerup bunyi keranggupan ayam tu.

Ayam goreng ni pula boleh didapati dalam tiga perisa berbeza – ori, kicap (ataupun soy bak kata omputeh), dan PEDAS, jadi kalau korang memang wajib makan tambah pedas macam kitorang, ni tentu lah pilihan terbaik untuk kamu! ?

Tak kira kalau korang nak burger ke salad ke ayam goreng cam tu je, 4Fingers pasti ada sesuatu untuk semua.

Tapi bukan ni je benda pedas yang tengah berlaku kat Sunway Velocity Mall sekarang ni, kerana…

Korang juga boleh jumpa dan cabar watak kartun kegemaran korang tahan pedas!

Dari 25 Oktober hingga 11 November, watak-watak kartun Dreamworks KouKou akan menziarahi Sunway Velocity Mall di Cheras untuk berjumpa dan berseronok dengan warga Malaysia! Antaranya termasuk watak Kung Fu Panda, Po dan Mei Mei; watak Madagascar, Alex dan Skipper; serta juga Shrek, si gergasi hijau!

Eee rasa geram tengok perut panda ni. Imej dari Sunway Putra.

Tapi diorang bukannya duduk termenung je. Sambil berjumpa diorang, korang juga boleh bermain macam-macam permainan dan aktiviti untuk menang hadiah! Dan bersama dengan kartun-kartun ni, Sunway Velocity Mall juga sedang mempamerkan makanan pedas GERGASI di situ, jadi korang boleh la cabar watak-watak kartun ni untuk lihat siapa lagi boleh tahan pedas!

Shrek ni macam tak boleh tahan pedas jer… Imej dari Coub.

Tapi kalau korang tak nak main permainan-permainan yang ada pun, korang masih boleh menang Beg Beli-Belah KouKou dengan pembelian berjumlah RM300 dalam kurang 3 resit (atau RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dari sekarang sehingga 11 November. Dan kalau korang hanya nak datang berjumpa watak-watak Dreamworks ni:

Datang la Sunway Velocity Mall kalau korang nak gambar profil baru dengan watak Kung Fu Panda atau Shrek.

Haaa… menarik kan? KAN? Jadi korang tunggu apa lagi? Mari la ke Sunway Velocity Mall cepat-cepat untuk peluang cuba ayam goreng pedas lagi LAZAT 4Fingers serta berjumpa dengan kawan-kawan KouKou korang dari Dreamworks!