Mesej tersirat politik dalam filem Melayu klasik

Maksud tersirat dalam filem ni dah biasa la, lebih-lebih lagi, filem luar negara. Selalunya, mesej tersirat ni berunsurkan gurauan, sarkastik mahupun satira untuk individu atau kumpulan.

Hmmm… tapi kan, filem luar negara tu dah biasa sangat dengar. Sebenarnya, filem kita pun ada juga tau, bukan yang sekarang, tapi klasik. Ye betul, filem klasik Melayu dulu, ada mesej tersirat di mana ia berunsurkan satiran untuk politik dan pemimpin. Apa awak ingat filem kita chokia-chokia ke?

Mu dok undi pas mu musuh isley
Jangan berani hina filem kita!

Antara filem-filemnya adalah:

Kembara Seniman Jalanan (1986): Muhyiddin dalam surat khabar

Kembara Seniman Jalanan, sebuah filem muzikal arahan Nasir Jani pada 1986 yang ditulis oleh M. Nasir sendiri dan diterbitkan oleh ZSA Holdings Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Khatijah Ibrahim, Pyan Habib, Imuda dan M. Nasir.

Filem ini mengisahkan perjalanan seorang pemuda bernama Bujang dalam mengejar impian sebagai pemuzik tersohor di ibu kota. Setiap impian pasti ada cabaran itulah yang dihadapi oleh Bujang semasa berada dalam dunia muzik seperti lagu dicetak rompak dan dipenjaa sebab buat kecoh di majlis pelancaran album seorang penyanyi bernama Fareez.

Bagaimanapun, selepas hujan adanya pelangi kerana Bujang telah ditawarkan menjadi penyanyi di bawah syarikat rakaman drSam bersama band dan penyanyi lain seperti Search, Blues Gang dan Sweet Charity.

Dalam filem ini juga mempunyai mesej tersirat iaitu di mana Khaty sedang membaca senaskah surat khabar. Pada masa yang sama akhbar itu menunjukkan berita bertajuk “Saya tidak berniat untuk menderhaka – Muhyiddin“.

Muhyiddin derhaka akhbar
Tu nampak tak? Imej dari Reddit.
Ni kami zoom sikit.

Kami masih tak tahu lagi apakah isi akhbar itu. Mungkin ia ada kaitan dengan isu Muhyiddin menderhaka kepada sultan. Ingat tak tahu lepas, di mana ramai netizen mengaitkan babak filem ini dengan apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat.

Pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 29 Julai 2021, di mana Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim membacakan kenyataan mengenai tarikh ordinan darurat yang tak menerima keizinan dari Yang di-Pertuan Agong. Hal ini ramai menganggap bahawa Muhyiddin telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tak lama lepas tu, ramai pengguna internet upload babak Khaty sedang membaca senaskah surat khabar di media sosial.

Boleh tengok kekecohan semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di bawah:

Tekan je video ni nanti akan dibawa ke babak kecoh tersebut. Kalau tak, boleh tengok pada masa 2.19.06.

Seterusnya, kita pergi kepada filem P. Ramlee pula, iaitu…

Pendekar Bujang Lapok (1959): ‘Alif Mim Nun Wau, alif tendang wau sarkis’

Pendekar Bujang Lapok merupakan sebuah filem arahan P.Ramlee yang diterbitkan pada 1959. Filem ini mengisahkan tiga orang sahabat (Ramlee, Sudin, Aziz) yang menyaksikan perlawanan hebat antara Pendekar Mustar dengan dua orang samseng di Penambang Sampan Sungai Kemunting.

Mereka berhasrat untuk belajar silat dengan Pendekar Mustar, lalu pergi mencari pendekar di Kampung Pinang Sebatang. Semasa tiba di kampung itu, mereka dapat berjumpa dengan Pendekar Mustar apabila mereka mengejar seorang guru bernama Rosnah (anak Pendekar Mustar) dari Sekolah Umum Buta Huruf ke rumah Pendekar.

Poster filem Pendekar Bujang Lapok
Poster filem Pendekar Bujang Lapok. Imej dari IMDb.

Semasa berada di situ untuk belajar silat, pelbagai perkara pahit manis yang berlaku kepada mereka. Alaa.. rasanya awak semua dah tahu mesej tersembunyi dalam filem ini.

Ingat tak babak di mana mereka berada di depan papan tanda ‘ SEKOLAH UMUM BUTA HURUF‘, lepastu Ramlee bertanya kepada Sudin “Hey Sudin, ini bacanya apa macam?” . Lalu Sudin menjawab “Alif Mim Nun Wau, Alif tendang Wau sarkis“.

Boleh tengok babak video itu di bawah:

Amacam, awak semua terkejut tak?

Dalam ulasan filem oleh Muhaimin Sulam, beliau ada memetik sebuah buku berjudul ‘Seniman Agung P Ramlee’ terbitan Karangkraf (1984) oleh Datuk Abdullah Hussain yang menghuraikan peristiwa dialog itu. Beliau juga ada memetik dialog antara P.Ramlee dengan Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Kebudayaan pada masa tu:

Ghazali: Tahulah, tapi macam mana you boleh menang dan macam mana juri dari Hong Kong, Jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem you sedangkan mereka tak faham bahasa kita?

P Ramlee: Filem dan lagu tidak memerlukan bahasa yang khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua (saya) hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan daripada masyarakat untuk gua. Ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir… Gua pun kutuk lu punya geng juga.. (sambil ketawa).

Ghazali: You kutuk apa? I tak nampak pun..

P. Ramlee: Alif mim nun wau tu lu punya geng la…

Ghazali: Hah.. I tak faham la..

P Ramlee: Alif itu akal, wau itu ugama. Alif tendang wau – sarkis, bermakna akal tendang (tolak) agama maka manusia akan menjadi seperti binatang-binatang sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak untuk (makhluk) bukan manusia saja. Alif min nun wau, kan bunyinya Umno.

Imej dari Reddit.

Pelik juga kenapa P.Ramlee menyindir UMNO dengan sebegitu rupa, sedangkan pada masa itu UMNO dianggap parti yang berjaya membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada ketika itu. Mungkin ada persitiwa hitam yang membuatkan P.Ramlee menyindir parti politik itu?

Semua filem ini menyebabkan kami terfikir…

Adakah mesej tersembunyi dalam filem tidak dibenarkan?

Awak semua nak tahu tak, mesej tersembunyi dalam filem akan membuatkan penonton membuat anggapan sendiri mengenai apakah yang ingin cuba disampaikan. Jadi, adakah ia tidak dibenarkan?

Jika mesej tersembunyi itu berunsurkan hasutan — maksudnya mesej tersembunyi tu membuatkan orang menghina dan membuat jenaka kepada seseorang maka ia jatuh di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, kadangkala ada yang secara tidak sengaja mesej tersembunyi itu boleh muncul seperti filem Kembara Seni Jalanan tu. Jadi, apa pendapat korang mengenai mesej tersembunyi dalam filem serta Akta Hasutan?

Ada juga filem kontroversi mengenai Malaysia

Ingat tak tahun lepas, isu bendera putih? Sebenarnya ada di filem P. Ramlee

Sumber: