- 16Share sekarang!
- Email3
- Facebook13
- Share
(This article is a translation from our sister site, CILISOS)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) ni senang cerita banyak benda mereka tolong seperti menyumbangkan dana kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan latihan dalam talian percuma untuk usahawan semasa PKP.
Tapi walaupun mereka kata ‘menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera’, MARA ni tak boleh lari daripada pelbagai kontroversi, salah satunya isu penipuan harta Australia.
Sekarang ni, timbul pula isu lain. Hari tu, kami ada terima satu kenyataan dari Syed Muhammad Faiz, seorang pemilik perniagaan dari Cyberjaya yang mendakwa dirinya ‘mangsa MARA’. Jadi, kami cuba hubungi dia dan minta dia dedahkan segalanya.
Segalanya bermula dari iklan MARA yang menawarkan bantuan RM20K untuk syarikat bumiputera
Seperti orang lain, bisnes Faiz terjejas semasa kemelesetan kewangan PKP. Lepsastu, dia terjumpa iklan poster yang menawarkan bantuan kewangan RM20,000 untuk untuk pemilik perniagaan digital Bumiputera dan tanpa ragu-ragu dia memohonnya. Katanya ia sebahagian daripada program BASE (Business Advancement and Standard Development) MARA.
Walaupun melalui apa yang disifatkannya sebagai proses ‘manual dan membosankan’, beliau kagum dengan profesionalisme pegawai MARA itu, yang seterusnya meyakinkan beliau.
Pada masa yang sama, Faiz ni kagum la dengan profesionalisme pegawai MARA itu sehingga meyakinkan dia. Tapi ada benda tak best berlaku, semasa bahagian butiran terperinci perjanjian itu, dia terkejut kerana dia kena bayar RM10,000 sebagai ‘caj perkhidmatan/caruman syarikat’:
“Komitmen ni tak disebut masa tawaran dibuat; MARA hanya bagitahu kami tentang hal tu semasa kami benar akan menandatangani perjanjian” – Faiz
Masa ni Faiz dah rasa semacam dengan MARA ni, lagi-lagi bila MARA minta wang secara langsung dan bukan melalui kontraktor pihak ketiga, yang didakwanya sering berlaku dengan perjanjian seperti ini:
“Memang saya pernah dengan Cradle, MOSTI, SKMM sebelum ni mengenai geran, tapi takde la macam ni…. Saya rasa walaupun dengan agensi lain mereka takkan pernah ambil wang daripada mana-mana syarikat, mereka akan cakap ‘bolehkah anda membayar kepada kontraktor awak?’ dan sebagainya. Mereka takkan minta wang kat korang untuk dibayar kepada mereka dan agensi.” – Faiz
Dia pun bertanya maca ni “Kenapa syarikat perlu bayar 50% daripada dana bantuan?” dan “Kenapa pula bayaran tak disebut dalam iklan”. Tapi, dia bersetuju dan membayar RM10,000 kepada MARA.
Di sebalik pembayaran caj perkhidmatan, Faiz mendakwa MARA tak pernah hantar bantuan kewangan itu
Berbulan-bulan tunggu, tapi tak dapat apa-apa. Faiz pun kecewa dengan MARA.
Satu perkara pasal MARA ni, kalau korang dah daftar dengan mereka, projek korang akan progres punyalah. Usahawan ni perlu kena capai target tertentu, tapi dah MARA minta wang dulu, Faiz terpaksa la untuk hentikan projeknya lagi.
Jadi, bila pegawai MARA telefon Faiz mengenai kekurangan kemajuan projeknya, dia tak lagi berminat:
“Masa tu, mereka risau kerana mereka berasa seperti ‘ oh, saya rasa dah jatuh dalam perangkap, sebab dah ambil wang usahawan, tapi mereka tak dapat manfaat daripada MARA’. Mereka agak bimbang waktu tu, kerana kami memang tak berminat untuk jalankan projek tu lagi.” – Faiz
Pada 27 Ogos 2021, lebih setahun selepas Faiz menemui iklan MARA, Faiz membuat keputusan muktamad untuk minta balik duit balik dari MARA:
“Mereka tak bayar pun RM20,000 tu seperti diiklankan, mereka sepatutnya bayar RM20,000 tu kepada kontraktor yang dilantik, tapi disebabkan kami tulis aduan seperti ‘tengok ni, kitaorang dah bayar RM10,000 kepada korang dan takde apa berlaku, jadi kami minta duit tu dan kami tak dapat satu sen pun dari MARA.” – Faiz
Buat masa sekarang, MARA dah sedar mereka telah serabut!
Sebagai angensi, korang tak sepatutnya ambil duit orang lepastu tak buat apa-apa. MARA lepastu serta-merta mengeluarkan Faiz bayaran baliknya, dan itu sahaja.
Satu perkara mengejutkan, MARA didakwa mengambil tindakan terhadap dua pegawai MARA yang bagi Faiz mereka ni tak bersalah pun dalam isu ni kerana pejabat utama MARA Selangor yang berkuasa untuk memutuskan cagaran RM10,000.
“Salah seorang pegawai datang berjumpa saya di pejabat untuk memulangkan cek sebanyak RM10,000 dan dia ada bagitahu kedudukannya dalam bahaya. Saya pun cakap la “tak la, ia takde kaitan pun dengan awak”. Kemudian keesoakan harinya, MARA memindahkan dia dan pehawai lain. Saya berasa kesian dengan mereka dan inilah sebab saya memilih nak bergaduh dengan MARA.” – Faiz
Semua ni berlaku tanpa rundingan dengan Faiz. Dia percaya yang kedua-dua pegawai tu dijadikan kambing hitam untuk atasi pihak atasan MARA:
“Tingkah laku mereka seperti kartel. Budaya tikam belakang sifat kedua di MARA. Ia adalah etika kerja dan mentaliti yang rosak. Cara mereka lapuk, tapi mereka sengaja tak mengendahkannya.” – Faiz
Lebih-lebih lagi Faiz mendakwa dia cuba menghubungi semua orang untuk melaporkan isu itu, daripada Pengarah MARA Selangor Mohammad bin Yatim, kepada Ketua Pengarah MARA, kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan juga Perdana Menteri Ismail Sabri sendiri. Tapi semua keras je!
Malah, dia juga mengeluarkan kenyataan:
“Saya ingin diberi peluang untuk bertemu MARA secara depan-depan, tapi mereka cuba lari daripada menangani sebarang laporan. Semoga berjaya kalau nak MARA respon. Mudah-mudahan diorang respon la!” – Faiz
MARA berisiko untuk hancur disebabkan isu ini (walaupun banyak benda baik MARA buat)
Macam kami sebut di atas, MARA ni banyak benda baik mereka buat seperti bantu mereka yang nak mulakan perniagaan. Tapi isu-isu macam ni la yang mencemarkan nama baik mereka dalam kalangan masayarakat kita. Malah, walaupun isu ini dianggap minoriti, kekurangan komunikasi mereka tidak membantu mereka sedikit pun. Tak hairan la ada panggilan untuk suruhanjaya diraja untuk melihat kekurangan MARA.
“Sekurang-kurangnya mesti ada semakan, walaupun mengambil masa lima tahun untuk menjalankan semakan. Kita mesti berani untuk melihat semula MARA.” – Tun Arsyad Ayun, Pro-Canselor UiTM.
Semasa artikel ni ditulis, MARA masih keras lagi semasa kami nak hubungi mereka. Tapi kami alu-alukan mereka untuk huraikan segala salah faham ni.
- 16Share sekarang!
- Email3
- Facebook13
- Share