Malaysia pernah mendaratkan Proton Wira setinggi 600 meter di Kutub Utara!

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Kitaorang rasa dah banyak kisah menarik mengenai kereta Proton yang kita dah dengar. Proton Saga ada dalam siri drama komedi Mr. Bean, kereta Proton Perdana Mahathir di U.K, pernampakkan Proton Waja di Korea Utara dan macam-macam lagi.

Haaa…tapi sebenarnya ada satu kisah pasal Proton yang ramai tak tahu lagi. Korang tahu tak yang negara kita ada menghantar kereta Proton di Kutub Utara dan korang jangan terkejut la sebab kereta tu boleh survive tau dekat situ. Tapi tu laa, dengar cerita ada kontroversi juga bila Malaysia hantar kereta Proton tu. Korang nak tahu kan? Haaa meh baca dulu.

Malaysia negara Asia pertama yang hantar pasukan payung terjun ke kutub utara

Tun M menyokong pasukan terjun itu. Imej dari Malaysiakita.

Pada 1988, Malaysia melancarkan North Pole Free Fall Expedition Malaysia 1998 dan korang tahu tak, Malaysia antara negara Asia pertama yang pernah menganjurkan lawatan ke Kutub Utara. Eskpidisi initurut disokong oleh bekas Perdana Menteri kita, Tun M, dan dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan serta Persekutuan Payung Terjun Malaysia (MPF). Seramai 16 orang yang menyertai ekspidisi ini.

Ahli-ahli ekspedisi ini termasuk ahli GGK, PASKAU, PASKAL,VAT69, MPF dan Kelab Payung Terjun Sukan Wilayah. Ekspedisi itu turut disertai oleh seorang wanita tunggal dalam pasukan, Nordziah Mohamed Noor (dia ni ibu kepada lima orang anak tau!).

Korang ingat sukan payung terjun ni senang ke? Berisiko besar tau! 16 orang tu telah berhasrat untuk melakukan sukan payung terjun di kutub utara. Mereka ni kira berani juga la kerana situ suhu apabila korang keluar dari kapal terbang ialah di bawah 73°C, dan kelajuan angin boleh pergi setinggi 175 km/j. Korang pun boleh hilang kawalan tau lepastu boleh terjatuh dalam timbunan salji atau air beku (contohnya: air sungai beku).

Nak try jatuh atas air beku? Imej dari giphy.

Mereka ni menjalani latihan instensif selama dua bulan di Malaysia, ia termasuk dengan latihan mental oleh Biro Tata Negara. Sesi latihan mereka dilakukan di Tasik Titiwangsa. Lepastu, mereka pergi ke Moscow, Rusia untuk latihan lebih ekstrem pada April sebelum melakukan lompatan sebenar.

“Kita akan berlatih di kawasan zon pendaratan khas untuk 80km barat laut Moscow.Kami akan menjalani latihan selama tujuh hari berturut-turut, kadang-kadang melakukan sebanyak tiga lompatan sehari.” Abdul Rahim Dahalan, ketua pasukan, dipetik dari NST.

Kalau korang nak tahu, masa ni mereka pergi Russia, mereka campak kereta Proton dari kapal terbang dan…

Kereta Proton tu selamat mendarat dengan ketinggian 600 meter!

Ni laa kereta yang pergi Kutub Utara tu. Imej dari Paultan.

Berdasarkan kajian dari Cilisos mengenai kereta Proton mendarat, ironinya, berasal dari laman web Rusia yang mencatat ekspedisi tersebut. Sebenarnya ekspidisi itu bukan satu usaha malaysia semata-mata tetapi ia adalah sebahagian daripada acara antarabangsa yang diadakan di bawah Sukan Belia Dunia 1998 (dekat Moscow ye). Selain Malaysia, penerjun udara dari Russia, Perancis, Portugal, Great Britain, Kanada, Belanda, Kyrgyzstan, and Ukraine turut mengambil bahagian dalam sukan itu.

Kalau korang nak tahu, hanya Malaysia je yang bawak kereta Proton di sana. Beberapa hari selepas pasukan Malaysia tiba di Moscow, peserta ekspedisi itu berpindah ke bandar lain yang dipanggil Khatanga untuk sesi latihan terakhir mereka.

Gambar sekitar sukan itu. Imej dari Tickets of Russia.

Semasa mereka pergi ke Lapangan Terbang Zhukovsky pada 16 April, mereka melihat Proton Wira tiba. Kereta dan semua peserta diangkut melalui pesawat ke Khatanga.

“Berhampiran pintu udara kami bertemu dengan sebuah trak tentera dengan kargo yang luar biasa – ia adalah platform dengan kereta Malaysia “PROTON” yang bersedia untuk payung terjun ke bawah di Kutub Utara. Ia mengambil masa yang lama. Skydivers Malaysia menggigil dari sejuk dan bertanya sepanjang masa: ‘Adakah ia sejuk di atas Kutub Utara seperti di sini?'” – dipetik dari Tickets of Russia.

Pada 20 April, 7 malam (waktu Moscow), pasukan penerjun udara serta Proton Wira yang menaiki pesawat IL-76 telah terjun di Kutub Utara. Di situ macam tengahari kerana fenomena matahari tengah malam, dan kat situ tiada angin serta suhunya 24°C bawah sifar di permukaan. Setelah buat pemeriksaan akhir, pesawat naik sehingga 600 meter dan Proton yang disokong oleh tiga payung terjun dilepaskan.

Kereta Proton tu mendarat dengan selamat! Imej dari Tickets of Russia.

Selepas pendaratan kereta berjaya, pesawat itu memanjat lebih tinggi lalu melepaskan pasukan penerjun udara setinggi 2,500 meter. Pasukan penerjun udara itu mendarat dengan selamat dan mereka lepak sekejap di situ selama dua jam. Oh ye, mereka start kereta tu tanpa sebarang masalah walaupun jatuh setinggi 600 meter. Walaupun mereka berjaya memandu kereta itu di sekitar Kutub Utara tetapi lepastu mereka tak boleh nak bawa kereta tu sebab salji tebal sangat.

Namun, walaupun misi ni berjaya, sebenarnya…

Rakyat Malaysia tak bangga pun dengan kereta Proton di Kutub Utara tu

Setem yang memaparkan ekspidisi itu. Imej dari Design History Society.

Kalau korang nak tahu, masa ni (pada 1998) Malaysia sedang menghadapi krisis ekonomi. Berdasarkan beberapa laporan, ramai sebenarnya tak bangga langsung dengan ekspedisi itu kerana mereka anggap ia sekadar gimik supaya rakyat lupa dengan krisis ekonomi.

“Sebenarnya benda tu takde apa pun, ia tidak membuktikan apa-apa.” – John Choy, kontraktor, dipetik dari AP News.

“Saya sibuk memikirkan masalah kewangan saya ketika masa susah” – Peter Lee, orang yang dipilih secara rawak untuk ditemu bual, dipetik dari AP News.

Sedih. Imej dari giphy.

Tun M sendiri sedar bahawa ekspedisi itu mungkin tidak sesuai semasa krisis ekonomi, dan ia membuatkan kerajaan seolah-olah seperti mengambil ringan mengenai krisis ekonomi. Bagaimanapun, beliau telah berdolak-dalik mengatakan ia sebenarnya untuk membangkitkan semangat kita. Oh ye, pada waktu ni Malaysia menggunakan slogan “Malaysia Boleh” ye. Ia juga dikatakan rancangan kerajaan untuk mengubah minda kita (supaya kita berbangga sebagai rakyat Malaysia la kot).

“…Kita boleh melakukan apa sahaja jika kita bersedia untuk melakukannya dan bersedia untuk belajar. Rakyat Malaysia digalakkan untuk melakukan imipian yang belum dilaksanakan lagi. Rakyat Malaysia mendaki ke Gunung Evereast, berlayar ke seluruh dunia, dan melaksanakan impian yang menerima rekod dunia…” – Dipetik dari ucapan Tun M di Lebanon pada 2003.

Tapi sebenarnya ekspedisi itu boleh dibanggakan la sebab belum ada negara Asia lain yang buat macam ni. Eh lupa lak, macam mana ye keadaan kereta yang dicampak dari pesawat tu?

Haa…sebenarnya kereta tu berjaya dibawa balik tau tapi berdasarkan kapsyen dari Wikimedia, kereta tu akhirnya menjadi pameran di PROTON Centre of Excellence, Kelana Jaya.

Akhirnya aku menjadi pameran saja :,(. Imej dari Wikimedia.