Pendidikan & Kesihatan

5 cabaran terbesar bagi cikgu-cikgu yang mengajar semasa PKP

Kadang-kadang, cemburu juga kita bila tengok budak sekolah zaman sekarang yang dah berbulan-bulan duduk rumah je. Tengok cikgu pun cemburu juga, sebab lama tak payah pergi sekolah kan…

Bestnya tak kena berdiri masa perhimpunan. Imej dari Sirap Limau

Tapi sebenarnya, walaupun mereka tak perlu ke sekolah, bukannya boleh syok-syok berehat di rumah je. Nak atau tak nak, cikgu-cikgu terpaksa melakukan pembelajaran secara dalam talian. Dan sebenarnya banyak ujian yang mereka hadapi ketika melakukan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Jadi, bagi mengenang jasa guru, kami bersama rakan kami dari McDonald’s telah menemu bual 4 orang cikgu untuk mengetahui cabaran-cabaran yang mereka lalui ketika PdPR, seperti…

1. Tunggu pelajar masuk kelas, tapi tak muncul-muncul

Kalau korang pernah ada mesyuarat online, korang sendiri mesti pernah merasa betapa susahnya nak melayan karenah daripada rakan sekerja. Sorang lupa mute lah, sorang lewat la, dan macam-macam lagi. Jadi, cikgu yang mengajar berpuluh orang murid mestilah lagi susah melayan banyak karenah.

Kasihanilah cikgu, penat tau diorang buat kelas online. Imej dari Berita Harian.

Menurut cikgu Hariz yang mengajar subjek Sejarah (nama sekolah dirahsiakan atas kehendak cikgu), beliau pernah mengalami pengalaman pahit bersama guru lain di mana mereka membuat kelas online tapi jumlah yang masuk tak sama dengan jumlah pelajar dalam kelas.

“Jumlah pelajar kurang apabila kita melaksanakan PdPR ini. Kadang-kadang jumlah pelajar dalam kelas 35 orang, tapi yang menyertai hanya 3 atau 4 orang sahaja. Jadi, ia merupakan satu perkara menarik untuk diperdebatkan, iaitu apakah keberkesanan belajar online ni jika tidak diiringi dengan beberapa perkara lain seperti syarat kewajipan pelajar sekolah untuk menyertai kelas online.” – Cikgu Hariz

Pastu ada pulak murid yang terlena kan.. Imej dari Femina

Selain itu, cikgu Aalia Shahira, seorang cikgu Bahasa Inggeris dari SJKC Pin Hwa juga ada berkongsi beberapa pengalaman yang melucukan sepanjang beliau mengajar kelas online.

“Banyak pengalaman yang seronok, sedih dan kelakar semasa menjalankan kelas secara atas talian. Sometimes students terlupa nak turn off mic selepas jawab soalan. Jadi, boleh dengar suara-suara sedang bergaduh, mak duduk sebelah anak-anak semasa kelas online, mak ayah tolong anak-anak untuk jawab soalan, kejutkan anak untuk jawab soalan dan suapkan makanan untuk anak tanpa menyedari camera is on. Rasa seperti mengajar ibu bapa dari mengajar students, dan semua itu akan dijadikan memori yang sangat indah untuk dikenang.” – Cikgu Aalia

2. Cikgu sukar mengetahui sama ada pelajar faham atau tak dalam PdPR

Kalau korang nak tahu, sebenarnya banyak perbezaannya apabila mengajar di sekolah berbanding online. Kalau di sekolah, mereka boleh berkomunikasi secara face to face, dan pelajar juga lebih senang nak tangkap apa yang diajar. Tapi kalau kelas online, agak susah untuk cikgu kenal pasti tahap pemahaman pelajar mereka.

*Bukan dialog sebenar*. Imej asal dari Pendidik & BH SG.

Menurut cikgu Aalia, mengajar anak murid di sekolah ni sebenarnya jauh lebih efektif.

“Mengajar di sekolah lebih efektif berbanding mengajar dalam talian. Kita boleh melihat sama ada pelajar faham dengan apa yang di ajar melalui gerak badan dan mimik muka mereka semasa di dalam kelas. Tetapi melalui atas talian, sukar untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman mereka dengan topik yang di ajar.” – Cikgu Aalia

Cikgu Aalia lengkap dengan pakaian PPE ketika mengambil buku latihan untuk pelajar.

3. Cikgu akan korbankan lebih masa untuk mengajar slow learners

Baiklah, korang pun tahu kan lain orang, lainlah cara pembelajaran mereka. Mungkin ada pelajar tu yang jenis fast learner, cikgu ajar je terus dia boleh faham. Namun, korang pun kena ingat di sekolah juga ada pelajar yang jenis slow learner, iaitu banyak kali cikgu terangkan pun masih kurang faham.

Semua pelajar tidak sama! Imej asal dari Berita Mediacorp.

Cikgu-cikgu yang kami temu ramah semua mengatakan bahawa mereka ada teknik sendiri untuk memastikan pelajar yang jenis slow learner tidak ketinggalan.

Contohnya, cikgu Nabila Adam yang mengajar Matematik Tambahan di STARS International School menjelaskan bahawa beliau menggunakan konsep berkumpulan, iaitu kumpulan besar untuk mengajar topik asas, dan kumpulan kecil untuk mengajar topik secara lebih mendalam.

“Saya akan membuat kumpulan besar (big group), di mana saya akan mengajar dari awal topik itu atau mengajar topik basic yang diperlukan oleh pelajar. Selepas itu, saya akan membuat kumpulan kecil (small group), dan kebiasaannya saya akan bagi tugasan untuk sesuatu topik yang spesifik kepada individu dan mengajar secara individu. Kiranya sesi 1 on 1 (seorang guru & seorang pelajar).” – Cikgu Nabila

Cikgu Nabila di sekolah.

4. Pelajar selamba je mesej cikgu macam mesej dengan kawan

Tak baik tau mesej dengan cikgu macam ni. Imej dari penulis.

Semestinya waktu PKP ni cikgu dan pelajar akan berhubung melalui aplikasi mudah alih seperti WhatsApp dan Telegram. Selain tu, cikgu juga akan bagi kerja rumah dalam kumpulan WhatsApp.

Namun, ramai dari kalangan cikgu sekarang menghadapi pelajar yang kurang adab bermesej dengan guru. Kadangkala ada segelintir pelajar yang mesej mereka macam member.

Menurut cikgu Izzati, seorang guru Matematik dari Sekolah Taman Nusa Damai:

“Ia merupakan satu perkara biasa. Sesetengah pelajar ni bermesej dengan saya seperti kawan dan kadangkala tu mereka ni bluetick saya.” – Cikgu Nur Izzati

Cikgu Izzati sedang susun meja untuk kemasukan semula pelajar ke sekolah.

5. Cikgu menerima tuduhan netizen yang mengatakan mereka makan gaji buta

Semasa PKP, cikgu-cikgu juga telah menerima tuduhan makan gaji buta dari netizen. Hal ini kerana mereka menganggap cikgu ni tak pergi sekolah pun, sekadar mengajar kelas online sahaja.

Luahan cikgu bila netizen cakap mereka makan gaji buta. Imej dari Norafizah.

Tapi seperti yang kitorang tunjuk tadi, sebenarnya PdPR ni jauh lebih mencabar kerana cikgu-cikgu perlu bekerja dengan lebih keras untuk memastikan para pelajar tak ketinggalan. Sambil-sambil tu, mereka pun sibuk juga menguruskan hal rumah seperti menjaga anak dan memasak.

Walaupun menerima tuduhan seperti ni, ramai cikgu tetap beristiqamah dalam tugas mereka. Menurut cikgu Aalia:

“Sebagai seorang guru, selagi kita melaksanakan PdPR dan kerja-kerja sekolah semasa dalam tempoh PKP, tidak perlu untuk terasa dengan komen-komen netizen di media sosial. Tiada istilah makan gaji buta dalam tempoh PKP kerana selain menjalankan pembelajaran atas talian, saya menyemak kerja murid-murid yang dihantar, dan guru-guru juga perlu menghadiri kursus yang dijalankan atas talian juga.” – Cikgu Aalia

Cikgu Hariz pula berkata masing-masing mempunyai peranan, cikgu perlu bersungguh mengajar anak murid, serta ibu bapa dan netizen perlu memberikan sokongan positif kepada cikgu.

“Persepsi ini satu perkara yang tak boleh dielakkan kerana netizen berhak untuk cakap apa sahaja. Jadi, peranan masing-masing itu ada. Netizen ada peranan, ibu bapa ada peranan dan guru pun ada peranan. Ibu bapa perlu mendorong anak untuk belajar bersungguh-sungguh, cikgu perlu menyediakan instrumen-instrumen supaya pelajar faham dan netizen perlu memberikan sokongan moral kepada cikgu.” – Cikgu Hariz

Nasib baiklah cikgu-cikgu tak macam ni. GIF dari giphy.

Haaa…nak jadi guru ni bukan senang tau. Walaupun dimaki oleh netizen, kita boleh lihat komitmen cikgu-cikgu untuk memastikan anak bangsa kita tak ketinggalan dalam pelajaran. Malah, ada banyak lagi usaha cikgu yang tak sempat kami cover dalam artikel ni, seperti menguruskan logistik untuk menghantar buku teks kepada pelajar dan juga membantu pelajar yang tiada internet.

Jadi, kalau korang ada cikgu tersayang yang korang nak bagi penghargaan, mungkin korang boleh…

Calonkan guru tersayang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Mana tau, boleh bagi hadiah besar untuk cikgu.. Imej dari McDonald’s.

Haa… tak payah tunggu Hari Guru untuk tunjukkan penghargaan buat cikgu korang. Kalau korang nak tahu, McDonald’s Malaysia melancarkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s, di mana pelajar atau ibubapa boleh mencalonkan cikgu-cikgu untuk peluang memenangi wang tunai RM5,000! Kalau cikgu korang menang, korang yang mencalonkan pun akan menang baucar McDonald’s sebanyak RM200 tau!

Kan seronok tengok cikgu tersenyum riang…

Jadi, macam mana nak calonkan cikgu untuk anugerah ni?

Korang semua boleh semak laman web rasmi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dan pergi ke laman ‘calonkan guru anda‘.

Cara-caranya:

  1. Letakkan butiran penuh korang.
  2. Tuliskan kisah inspirasi tentang guru korang (tak kurang dari 100 perkataan dan tak lebih dari 1500 perkataan).
  3. Letakkan butiran penuh dan gambar cikgu korang.

Haaa…sempat lagi nak calonkan guru korang tu. Imej dari McDonald’s.

Jadi tunggu apa lagi, calonkan cikgu-cikgu korang sekarang. Sambil-sambil tu, bolehlah buatkan cikgu korang terharu sikit. Ecehceh…

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik sini dan juga check out video di bawah.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend