Malaysia negara yang tak sihat? Ini 5 makanan ‘super’ yang korang boleh amalkan

Baru-baru ni viral tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin yang Malaysia boleh dikategorikan sebagai negara yang tidak sihat. Kenyataan itu dikeluarkan kerana Khairy berpendapat yang negara kita mempunyai statistik penyakit jantung dan obesiti yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Perkara ni memang agak susah diterima tetapi perkara yang dibangkitkan Khairy itu adalah fakta, kesedaran dalam aspek kesihatan di Malaysia ni sangatlah rendah. Tu yang Khairy terus berkata begini…

Saya kata betul ni. Imej dari Astro Awani

“Kalau tanya saya sebagai menteri, adakah Malaysia negara sihat sekarang? Tidak. Kita antara negara kadar tertinggi dari segi obesiti, sakit jantung dan antara penyebab punca kematian COVID-19 di negara ini sebahagian besarnya daripada pesakit mengalami komorbiditi atau kronik,” Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, petikan dari Berita Harian

Jadi, korang dalam golongan yang mana? Tak kisahlah mana satu pun, kali ni kitorang nak kongsi sedikit tip hidup sihat dengan mengamalkan 5 makanan ‘super’ ni. Nak tahu makanan apa tu? Teruskan membaca guys

1. Segala jenis sayuran, susah sangat ke nak makan sayur?

Sedap je kot sayur ni. Imej dari Hello Doktor

Ye kitorang faham, ni memang paling obvious. Tapi sayur ni lah yang semua orang terlepas pandang, mereka ibarat menganak-tirikan sayur. Kalau korang nak tahu, sayur ni sangat tinggi dengan khasiat, lebih-lebih lagi antioksida. Apa itu antioksida?

Sebenarnya antioksida ni bukanlah satu zat pun, ia adalah bahan yang berfungsi untuk mengurangkan, meneutral serta melindungi sel badan daripada radikal bebas. Dalam erti kata lain, antioksida ni boleh dianggap sebagai barisan pertahanan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Ada yang berani lawan? Imej dari imgflip

Ni belum masuk dengan kandungan vitamin, fiber dan macam-macam lagi yang korang boleh dapat dalam sayur. Mungkin ada antara korang memang tak suka sayur, tapi kalau boleh cuba lah slow-slow makan sayur. Sekarang pun banyak je hidangan sayur yang sedap, lagi-lagi masak kicap, tu paling terbaik!

2. Oat, mungkin tak berapa sedap tapi sangat menyihatkan

Ni lah rupa dia guys. Imej dari Real Simple

Oat ni ada banyak tau, ada instant oatquick oatrolled oat dan juga steel-cut oat. Setiap satunya mempunyai bentuk yang berbeza tapi yang pasti, semuanya sangat bagus untuk korang tau. Kelebihan yang paling popular adalah, oat ni dikatakan boleh mengurangkan kolesterol dengan sangat efektif.

Cuma ada juga oat yang tak berapa bagus, ia adalah 3 in 1 oat, ini disebabkan kandungan gula yang agak banyak dalam satu hidangan 3 in 1 oat tu sendiri. Tapi yang terbaik adalah rolled oat dengan steel-cut oat lah kot, sebab kadar indeks glisemik dalamnya dikatakan agak rendah atau dalam erti kata lain, sederhana.

Ni lah cik Quack tu kan? Imej dari imgflip

Jadi, korang sepatutnya mengamalkan oat ni secara kerap. Bukan sahaja ia buatkan korang kenyang, ia akan memastikan korang sihat dan mungkin bebas daripada penyakit diabetes.

3. Ubi kentang, makanan masa zaman perang

Kegilaan penggemar burger. Imej dari Hello Doktor

Orang-orang dulu selalu makan segala jenis ubi ni, modal dia just tanam and tunggu beberapa minggu tu korang akan dapat hasil lebih-lebih lagi ubi kentang. Salah satu sebab nenek moyang kita jadikan ubi kentang ni makanan utama adalah disebabkan masa zaman perang dulu susah gila nak dapat bekalan makanan, kentang je lah yang boleh dapat pun.

Kelebihan ubi kentang ni adalah dia mempunyai high satiety index, dalam erti kata lain, hanya dengan makan sedikit ubi kentang ni korang akan rasa kenyang dan puas. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan korang kenyang dalam masa yang lama. Jadi korang tak ada lah sentiasa rasa lapar kalau makan ubi kentang ni, cuma elakkan kentang goreng lah kalau boleh.

Kandungan karbohidrat yang agak banyak dalam kentang itu juga dapat memberi tenaga kepada korang untuk melakukan aktiviti seharian, mungkin juga dapat membantu dalam exercise korang kan.

4. Telur ayam, ramai salah anggap dengan telur ni sebenarnya

Jaga telur korang, senang pecah ni. Imej dari Impiana

Telur ayam ni merupakan satu sumber protein yang sangat baik, mungkin ada antara korang yang nak elakkan dari makan ayam, daging dan ikan secara berlebihan tu mungkin boleh jadikan telur sebagai sumber protein utama. Cuma tu lah, terdapat laporan yang menyatakan telur ni juga mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, lagi-lagi bahagian kuning dia tu. Betul ke?

Jawapannya adalah ya dan tidak, kalau nak cakap tinggi sangat dengan kolesterol tu agak keterlaluan sebenarnya. Memang ada je kolesterol dalam telur tapi tidak lah terlalu banyak, dipendekkan cerita, telur ni mempunyai lebih banyak kebaikan dari keburukan. Zat seperti omega-3, protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin!

Errr. Imej dari imgflip

Ada yang buang kuning telur tu sebab banyak kolesterol dalam tu, sepatutnya jangan di buang! Kuning telur tu mempunyai zat yang paling tinggi tau, rugi je kalau korang buang. Dengan harganya yang murah dan mempunyai khasiat yang tinggi, boleh dikatakan telur ni ibarat ‘makanan super’ yang terbaik korang boleh dapatkan kat luar sana.

5. Kopi dan Teh, kenapa? Tak percaya?

Yang mana satu, idaman kamu? Imej dari Her World

Mungkin akan ada yang pertikaikan benda ni, tapi sebenarnya benda ni betul. Kopi dan teh adalah benda yang korang boleh amalkan untuk boost kesihatan korang, cuma jangan berlebihan lah. Sebab apa tau, dalam kopi dan teh ni ada sejenis ‘dadah’ iaitu kafein. Kafein ni boleh meningkatkan kadar metabolisma korang tu, ia juga dikatakan boleh menyekat selera makan korang.

Jadi kalau dia dah sekat selera makan korang, tak ada lah korang rasa nak makan berlebihan je kan. Dalam minuman kopi dan teh ni juga ada antioksidan yang tinggi tau. Tambahan lagi, dengan mengambil kopi atau teh sebelum sesi exercise, ia dikatakan dapat membantu dari segi performance. Dalam erti kata lain, dia akan boost performance korang semasa bersukan.

Cuma korang kena sentiasa ingat lah, mengamalkan kopi dan teh ni jangan sampai berlebihan. Sebab pengambilan kafein tu sendiri perlu dikawal, side effect yang mungkin terjadi adalah susah tidur (insomnia). Perlu diingat juga untuk tidak konsumsinya ketika perut sedang kosong, ini kerana terdapat juga sedikit asid dalam kopi dan teh ni.

Semua jenis makanan adalah baik kalau diambil secara berhemah

Beringat-ingat bila nak makan tu ye. Imej dari Berita Harian

Macam ni, korang boleh je makan makanan yang berminyak, berlemak atau senang cerita yang tidak sihat semua tu. Cuma ia harus diambil secara berhemah lah, jangan lah makan banyak sangat makanan macam tu kan.

Even makanan yang dianggap sihat pun, kalau diambil secara berlebihan, ia takkan menyihatkan korang pun. Lagi satu, pemakanan sahaja tidak akan menjadikan korang sihat secara total. Perkara yang korang perlu fokuskan juga adalah exercise dan bersukan, keluarkan peluh korang. Itu baru lah gaya hidup yang sihat.

Cuma perlu ingat juga, bersukan tu pun ikut lah kemampuan badan korang. Kalau boleh jangan lah push sangat, takut nanti badan korang terkejut pula nanti. Hanya naikkan intensiti exercise korang bila badan korang sudah bersedia, sebab kita ni bukan atlet yang dibayar pun kan. Maju lah sukan untuk negara, road to negara sihat!