Tahukah korang s3n4pang gajah dalam filem P.Ramlee tu diharamkan penggunaannya?

Pernah tak korang tonton filem P.Ramlee bertajuk Ali Baba Bujang Lapok. Alaaa…yang pasal Ali Baba seorang papa kedana, lepastu selalu suruh isterinya pergi ke rumah abangnya, Kassim Baba meminjam gandum untuk sumber makanan. Watak P.Ramlee sebagai penyamun juga menjadi watak hebat dalam filem ini, sampaikan ia dijadikan meme satira politik.

Kalau korang perasan, dalam filem ini, ada babak di mana Kassim Baba ditangkap oleh para penyamun kerana ingin cuba merompak barang-barang mereka. Lepastu, Ibrahim Pendek mengeluarkan selaras senapang gajah yang besar dan panjang. Takpe, kami letak video babak itu di bawah supaya senang korang tahu:

Tahukah korang yang senapang gaja itu dipanggil Punt Gun dan P.Ramlee telah menyewanya dari Army Museum Of Singapore. Berat senapang gajah ini dianggarkan antara 40kg ke 50 kg dan sepanjang 8kaki 4inci (2.54m).

Akan tetapi, ada satu perkara pelik dsn menarik mengenai Punt Gun ini iaitu…

Boleh membunuh 50 ekor burung air dengan sekali tembakan

Punt Gun ni dicipta pada era 1800-an dan bukanlah digunakan untuk menembak orang macam filem Ali Baba Bujang Lapok yang korang tengok tu, ia sebenarnya digunakan untuk memburu itik. Dulu-dulu, permintaan itik ni sangat tinggi kerana dagingnya dan bulunya untuk pembuatan topi, maka tercipta la senapang besar gedabak ni.

Macam kami borak tadi, berat Punt Gun ni 40kg ke 50kg dan panjangnya 8kaki 4 inci, tetapi ada juga sumber mengatakan senapang ni panjangnya 8kaki 2 inci. Korang tahu tak, sedas tembakan dari senapang ni boleh membunuh 50 ekor burung air (burung air ni termasuklah itik, angsa, bangau dan sebagainya).

Besar woi, sampai kena dua oranglah kalau nak pegang Punt Gun ni. Imej dari Reddit.

Cara diorang memburu senang je, mereka akan naik perahu, lepastu tembak guna Punt Gun ini dan burung-burung air yang mati ni akan terapung, haa…pastu diorang kutiplah. Cara ni kan mudah daripada guna senapang biasa lepastu tembak satu-satu, hmm…leceh boss.

Punt Gun ni merupakan senjata api tembakan tunggal. Sebenarnya ada je yang jenis tembakan dua kali ganda tapi tembakannya tak sehebat tembakan tunggal.

Walau bagaimanapun, senapang besar gedabak ni pun ada masalahnya iaitu saiznya yang terlampau besar dan tak mampu dikendalikan oleh seorang sahaja. Jadi, pemburu-pemburu ini mencipta satu perahu khas yang boleh menampung berat senapang ni. Tembakannya sangat kuat tau, sekali tembak boleh ke belakang dalam beberapa kaki macam tu.

Korang boleh tengok macam mana diorang guna Punt Gun ni:

Masa tu, selalunya pemburu-pemburu akan menggunakan 8 ke 10 perahu macam tu, jadi dalam beberapa minit je, mereka dah boleh dapat 500 jenis burung air.

Namun, keberkesanan Punt Gun ini menyebabkan…

Populasi burung air dalam bahaya di Amerika Syarikat

Malangnya, Punt Gun ni tidak bertahan lama kerana kilang senjata ni tak mampu nak buat lagi reka bentuk senapang yang besar gedabak dan membebankan ni (nasib bukan beban keluarga).

Bukan itu saja, populasi burung air sudah mula berkurang pada masa tu akibat keberkesanan Punt Gun tu, sampaikan Kerajaan Amerika Syarikat menyekat pemasaran dan pengangkutan untuk sektor perburuan (tapi hanya yang guna Punt Gun tu je). Antara tahun 1900 and 1918, undang-undang persekutuan telah dikeluarkan bagi melarang penggunaan Punt Gun serta perahu khasnya.

Punyalah hebat Punt Gun sampaikan boleh mengurangkan populasi burung air secara mendadak serta memeningkan kepala kerajaan dalam menyelesaikan masalah ni.

Hari ni, Punt Gun ni menjadi sekadar barang perhiasan je. Kalau di Amerika Syarikat, ia menjadi rebutan para pengumpul senjata atau barang-barang lama. Di United Kingdom, ia digunakan untuk menyambut kerabat diraja.

Banyak lagi senjata yang diharamkan penggunaannya lagi-lagi dalam perang

Sebenarnya banyak betul senajata-senjata yang diharamkan lebih-lebih lagi kalau digunakan dalam peperangan. Mari kami berikan satu trivia dan info pendek menarik mengenai satu senjata yang diharamkan penggunaannya dalam peperangan iaitu Cluster Bombs.

Kalau korang nak tahu, Cluster Bombs ni ialah sebuah roket yang menyerupai bentuk peluru dan dalamnya mempunyai banyak bom. Kemudian ia akan dilepaskan lepastu roket tu pecah dan keluarlah bom-bom itu.

Apa yang ada dalam Cluster Bombs. Imej dari Reddit.

Antara salah satu sebab kenapa diharamkan ialah Cluster Bombs ini boleh menyerang secara rawak dan boleh mencederakan orang yang tak bersalah.

Hmm…setakat ni kami hanya menjumpai senjata-senjata yang diharamkan dalam peperangan, agak-agaknya ada ke senjata Melayu yang pernah diharamkan?