Apa jadi pada 1994 yang meranapkan bolasepak kita? Dan 8 lagi fakta sejarah bolasepak Malaysia

 

Kalau korang tak ikut bola sekalipun, mesti korang ada dengar pasal Tengku Mahkota Johor yang mencabar untuk diadakan debat tentang bolasepak negara. Menurut TMJ, prestasi bolasepak kita semakin merosot dan perlu ada pihak yang bertanggungjawab, bukannya asyik pemain yang kena.

Image dari Harimau Selatan
Muhibah sungguh team debat ni.

Tapi… hapebende yang nak diperdebatkan sebenarnya? Kalau korang memang geng Ultras Malaya mungkin korang dah ada semua hujah kenapa bolasepak kita terbantut, siap dalam bentuk karangan rasmi. Tapi kalau korang cumalah rakyat marhaen yang tak tau hujung pangkal cerita, jangan bimbang, sebab SOSCILI akan menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah bolasepak kita. Penuh drama, penuh sensasi. Jom mula!

1. Bola sepak Malaysia pernah ada zaman kegemilangannya yang tersendiri

Sebelum terbentuknya Malaysia, team kita dikenali sebagai pasukan Malaya yang amat digeruni dan muncul antara pasukan terkuat di rantau Asia pada awal 1950-an.

Kalau korang dah tengok filem Ola Bola, korang mungkin tau yang ianya diinspirasikan daripada kisah perjuangan bola sepak Malaysia era 80-an memburu tempat ke Sukan Olimpik Moscow 1980 menewaskan Korea Selatan. Namun kerajaan Malaysia telah memboikot temasya tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Skuad Negara ketika meraih kemenangan menentang Korea Selatan
Skuad Negara ketika meraih kemenangan menentang Korea Selatan

Selain tu, Skuad Bola Sepak Malaysia pernah meraih pelbagai kejayaan termasuklah Pingat gangsa Sukan Asia 1962 dan 1974, layak ke sukan Olimpik 1972 dan 1980, pingat emas Sukan SEA 1989 dan 2009, dan banyak lagi lah. Klik la kat link kat atas tadi untuk senarai penuh.

Pada tanggal 27 Ogos 1962, skuad bola sepak negara telah menarik perhatian dunia dengan kemenangan yang menakjubkan apabila menewaskan Filipina dengan margin jaringan 15-1 di Jakarta, Indonesia.

2. Dengan kehebatan SuperMokh, Malaysia mampu junamkan Arsenal! Seriussli…..

Kalau England ada Bobby Charlton dan Brazil ada Pele, kita di Malaysia ada Supermokh. Siapa yang tak kenal dengan lagenda bola sepak tanah air iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur merupakan bekas penyerang/pemain tengah menyerang untuk pasukan Selangor dan pasukan Malaysia.

Supermokh: Lagenda yang tiada galang gantinya
Supermokh: Lagenda yang tiada galang gantinya

Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik Asia sekitar tahun 1970 sehingga 1980-an. Diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya dengan rekod 125 gol daripada 167 penampilan antarabangsa. Beliau merupakan penjaring dan penyerang terbaik Asia dan telah menjulang nama Malaysia di arena antarabangsa.

Mokhtar Dahari bersama lagenda bola sepak dunia Maradona yang datang ke KL bersama Boca Juniors pada 1983
Mokhtar Dahari bersama lagenda bola sepak dunia Maradona yang datang ke KL bersama Boca Juniors pada 1983

Jolokan ‘SuperMokh’ diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia. Ketika itu jugalah beliau telah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976 dan merupakan pemain bola sepak negara pertama yang menerima penghargaan tersebut.

Pada 11 Mei 1975, Supermokh telah membantu barisan amatur Malaysia untuk menewaskan skuad profesional Arsenal FC dari England dengan menjaringkan dua gol dalam Friendly Game di Stadium Merdeka.

https://www.youtube.com/watch?v=YPzQCJdw2dg

Pada 30 Mei 1978,beliau sekali lagi mewakili Malaysia menentang pasukan kebangsaan England yang berakhir dengan kesudahan seri satu sama hasil jaringan Mokhtar Dahari dan jaringan Paul Mariner.

3. Ranking paling buruk dalam sejarah bola sepak

Tapi sejarah kegemilangan kita dah lama sangat berlalu. Ranking Malaysia terus jatuh ke kedudukan 174 dunia (daripada 209) iaitu kedudukan paling rendah berbanding yang tertinggi pernah dicapai di tangga ke-75 pada tahun 1993. Negara macam Jepun dan Korea Selatan yang dulu bukan tandingan Malaysia telah jauh meninggalkan kita.

Kedudukan Malaysia dalam ranking terbaru FIFA dari www.fifa.com
Kedudukan Malaysia dalam ranking terbaru FIFA dari www.fifa.com

Reaksi orang ramai apabila ranking Malaysia jatuh lagi:

komen-masyarakat-ranking-bola

Kejatuhan bola sepak Malaysia sampai ke kemuncaknya pada 03 September 2015 lalu apabila dibelasah teruk oleh UAE 10-0 dikelayakan Piala Dunia Zon Asia 2015 yang mana menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Malaysia dan ia boleh dikatakan menjadi “Tragedi Negara”.

Menurut TMJ, FAM adalah punca kemerosotan sukan bola sepak negara. Menteri Belia dan Sukan pula menyatakan bahawa ranking bola sepak Malaysia jatuh teruk kerana kualiti pemain yang kurang bermutu. Namun kenyataan yang dianggap lepas tangan itu telah disangkal oleh TMJ.

“Tiada siapa yang benar-benar mengambil berat tentang bola sepak kita. Sebagai menteri anda perlu memastikan FAM dan kelab-kelab memainkan peranan lebih besar dalam meningkatkan lagi bola sepak” – Tengku Mahkota Johor, dipetik dari Malaysiakini.

*UPDATE 8 September 2016:  Menurut dari webside FIFA World Ranking, kini kedudukan bola sepak Malaysia naik ke tangga 167.

4. Politik FAM memang tak bekesudahan ibarat kangkung yang tidak dipotong

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia.

Presiden FAM yang pertama adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Tun Abdul Razak Haji Hussein dan kemudian Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

TS Hamzah Abu Samah, mantan Presiden FAM, Presiden AFC dan Naib Presiden FIFA.
TS Hamzah Abu Samah, mantan Presiden FAM, Presiden AFC dan Naib Presiden FIFA.

Sejak peralihan tampuk kepimpinan Presiden FAM pada 1984 telah diambil alih oleh Sultan Ahmad Shah, dan anaknya Tengku Abdullah selaku timbalan presiden FAM sehingga sekarang, Malaysia tidak lagi ke Olimpik, tidak lagi layak ke Piala Asia secara merit serta tidak lagi melepasi pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia.  Setelah 32 tahun dibawah naungan kepimpinan yang sama, kini penyokong mahukan perubahan pentadbiran FAM.

“…orang yang berada dalam FAM demi sebab-sebab tertentu, dan bukannya untuk memartabatkan bolasepak ” -Tengku Mahkota Johor, dipetik dari AstroAwani.com.

TMJ menyeru uspaya bola sepak tidak dipolitikkan. Sumber dari Malaymail menyatakan bahawa FAM telah mencuri wang dari kelab dan mengamalkan rasuah.

5. Skandal rasuah 1994 telah membawa kehancuran bola sepak Malaysia

Sukan bola sepak negara gempar dengqan isu rasuah pada tahun 1994. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin kejatuhan bola sepak Malaysia.

Ketika itu, lebih 100 pemain serta jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat. Akibatnya sebanyak 58 daripada mereka dikenakan hukuman gantung selama satu hingga empat tahun oleh FAM. Seramai 21 pemain dan jurulatih diberhentikan manakala beberapa pemain dibuang daerah dan seumur hidup tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak kelolaan FAM.

Image dari Kosmo
Image dari Kosmo

Kesannya, Malaysia kehilangan pemain handalan yang ramai. Kelompok pemain yang didakwa pada tahun itu adalah antara yang terbaik pernah dilahirkan oleh negara. Kini, pasukan Malaysia semakin tidak kompetitif ditambah dengan keadaan yang tenat berikutan prestasi yang semakin merudum.

6.Negara lain pun jealous sebab kita ada penyokong fanatik

Ultras Malaya iaitu kelab penyokong terbesar Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Malaysia tak kira menang, seri atau sebaliknya. Oleh  itu, mereka akan sentiasa muncul semasa perlawanan antarabangsa yang melibatkan Malaysia.

Ultras Malaya yang memeriahkan stadium
Ultras Malaya yang memeriahkan stadium

Ia telah ditubuhkan pada 2007 oleh beberapa penyokong tempatan dan penyokong fanatik. Walaupun pasukan kebangsaan Malaysia mengalami prestasi buruk, namun Ultras Malaya masih tetap setia menyokong pasukan kebangsaan! Negara lain ada ke penyokong fanatik yang mempunyai semangat membara-bara bagaikan bebola api macam Ultras Malaya ni……

Kenyataan dari penyokong bola sepak Vietnam mengenai Ultras Malaya semasa perlawanan di Stadium My Dinh, Vietnam.
Kenyataan dari penyokong bola sepak Vietnam mengenai Ultras Malaya semasa perlawanan di Stadium My Dinh, Vietnam.

Video ni menunjukkan nyanyian lagu Ayuh Malaysiaku & Barisan Kita oleh Ultras Malaya ketika Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Bukit Jalil.

7. Kita pun ada pemain yang bernilai… RM1 juta! Homaikottt!

Azrul Amri Burhan, seorang pemain muda yang berbakat dan mempunyai potensi besar dalam bola sepak dan pernah dilabelkan sebagai pemain bernilai RM1 juta.

azrul_rizal-hashim-1juta

Pada 1995 Malaysia dijemput ke kejohanan ‘Espoir D Toulon’. Ia adalah salah satu kejohanan yang menghimpunkan pasukan remaja terbaik dunia. Malaysia diletakkan sekumpulan dengan England, Brazil dan Angola. Aksi Azrul memukau ramai permerhati. Dan seperti biasa, kejohanan sebegini memang menjadi medan scouting team di Eropah untuk mencari talent remaja.

Selepas perlawanan, Azrul telah didatangi oleh lagenda Perancis Michel Platini, menawarkan kepadanya untuk menyertai kelab utama liga, Perancis Montpellier FC. Kelab tersebut bersedia untuk membayar Azrul RM1 juta.

montpellier-azrul-1juta

Namun sayangnya, karier pemain Malaysia bernilai RM1 juta ini musnah kerana pemain Manchester United ketika Malaysia menentang England pada perlawanan kedua.

Azrul beraksi cemerlang dan kerap memberikan masalah kepada England. Mungkin rasa tercabar dan ego melihat Azrul mengcoki-cokikan pemain England setiap kali bola dikaki, datang Gary Neville dan David Beckham yang masa itu masih muda menerjah kaki Azrul dan beliau mengalami kecederaan serius. Montepellier membatalkan usaha untuk mendapatkan beliau dan Azrul tidak dapat menyertai Trial.

Impaknya amat teruk, Azrul berehat panjang daripada padang bola. Azrul dilamar negeri asal beliau dan Karl Heinz Weigang mahu Azul menyertai exciting young talents dalam pasukan Perak.

UPDATE : 12 JANUARI 2017

8. Pemain Asia pertama terima Award Puskas FIFA

Faiz Subri memenangi anugerah Puskas 2016. Imej dari Free Malaysia Today.

Pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri telah merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan paling cantik sepanjang 2016 dan berjaya menewaskan calon lain iaitu Johnath Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Anugerah ni telah disampaikan sendiri oleh legenda bola sepak, Ronaldo di Zurich, Switzerland. So secara tak langsung Malaysia telah mencipta sejarah baru dalam arena sukan bola sepak kebangsaan dan Asia selepas Faiz menjadi pemain Asia pertama yang dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, bekas penyerang Real Madrid.

Ferenc Puskas. Imej dari The telegraph.

Apa yang membanggakan rakyat Malaysia ialah, ia telah menaikkan nama Faiz sebaris dengan pemain bola sepak antarabangsa yang pernah memenangi anugerah seperti Cristiano Ronaldo, Hamit Altintop, Neymar, Miroslav Stoch, Zlatan Ibrahimovic, James Rodriguez dan Wendell Lira. Tahniah!

Jadi… apa hala tuju bolasepak Malaysia lepas ni?

Dah baca fakta-fakta ringkas bolasepak kat atas ni, barulah ada modal nak bersembang bila lepak dengan geng Ultras Malaysia Malaya kat kedai mamak pukul 4 pagi.

Apa yang lebih penting, bolehlah korang siapkan popcorn untuk menonton debat yang dikemukan oleh TMJ tadi, dan setakat ni ia dah mendapat persetujuan Khairy Jamaludin (Menteri Belia dan Sukan), Lim Teong Kim (Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara), dan B Sathianathan (Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara). FAM pulak tak bersetuju dengan debat, sebaliknya ingin mengadakan “perbincangan secara tertutup“.

Dan… apa perasan korang tentang bola sepak kita sekarang? Vote kat poll kat bawah ni!

[socialpoll id=”2351571”]

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)