Sejarah & Politik

Ini SEBENARNYA pengaruh raja-raja terhadap kerajaan

(This article is translated from CILISOS, read the English version here.)

Majlis Raja-Raja merupakan satu perjumpaan di mana semua sultan-sultan kat Malaysia datang berbincang dan diadakan tiga kali setahun. Dan kalau korang perasan sejak kebelakangan ni, sultan-sultan makin kerap menyuarakan pendapat mereka tentang isu-isu negara.

sultan1

Salah satu artikel dari Malaysian Insider, tekan gambar untuk baca!

sultannst

Petikan dari NST, tekan gambar untuk baca!

Nama (dan muka) Agong ni sebenarnya banyak muncul dalam hidup kita sehari-hari. Perkara kedua dalam Rukun Negara adalah “Kesetiaan kepada raja dan negara”. Pastu kalau korang bukak wallet, sure boleh nampak muka kat atas duit kertas:

malaysia-ringgit-copy

Korang tau ini Agong kita yang pertama kan. Gambar dari Famous Wonders.

Kat dalam perlembagaan Malaysia sendiri, perkataan Agong telah disebut sebanyak 249 kali bila menyebut hal berkaitan hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia. Malah, korang tak boleh print pun Perlembagaan Persekutuan ni tanpa keizinan Agong.

perlembagaan malaysia

Takyah buka jauh-jauh, kat depan tu dah kasi warning. Tekan kat gambar ni untuk baca.

Macam mana pulak dengan pengaruh Sultan dan Agong terhadap negara kita? Ok mula-mula sekali, kita kena tahu:

Konsep Agong ni sebenarnya baru

Bagi yang rajin belek buku teks Sejarah, mungkin korang tau yang konsep Agong di Malaysia ni baru dicipta pada Majlis Raja-raja yang pertama tahun 1948, kemuediannya diundi dan dilantik secara rasmi pada Hari Merdeka 1957.

Ratu Elizabeth pun terkujat.

Ratu Elizabeth pun terkujat.

Seperti yang diketahui ramai, sultan dari negeri-negeri di Malaysia bergilir-gilir untuk menjadi Agong. Perlantikan Agong ni perlulah mendapat persetujuan oleh Majlis Raja-raja. Malah, Majlis Raja-raja juga ada kuasa untuk memecat Agong.

“Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa untuk memecat Yang di-Pertuan Agong.  Walaupun tak pernah berlaku, kuasa di bawah Perkara 38(6) [dalam Perlembagaan Persekutuan] menggalakkan Agong untuk menghormati pandangan sultan-sultan yang lain.” – Shad Saleem Faruqi, dipetik oleh The Malaysian Bar

Dengan kata lain, Agong bukanlah ketua kepada sultan-sultan yang lain, sebaliknya WAKIL bagi keseluruhan Majlis Raja-raja. Dalam perjumpaan Majlis Raja-raja sendiri, kesemua mereka dianggap setara, dengan para sultan bergilir untuk mempengerusikan majlis. Kira macam demokrasi di kalangan kerabat la :)

Apa yang selalunya disembangkan dalam Majlis Raja-raja?

sultanmalaysiachronicle

Gambar dari Malaysia Chronicle

Sebenarnya kat Majlis Raja-Raja ni dorang boleh bincang pasal apa-apa je, tak kiralah betapa sensitif pun isu tu.


“Memandangkan Perlembagaan Persekutuan sendiri membenarkan Majlis Raja-Raja untuk membincangkan soalan-solan berkaitan polisi negara dan juga “apa-apa hal yang perlu” membolehkan mereka untuk meminta pihak kerajaan untuk memberi maklumat dan penjelasan akan polisi pentadbiran.” – Shad Saleem Faruqi, dipetik The Malaysian Bar

Antara hasil daripada perbincangan seperti ini adalah perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk memperbaiki nasib Melayu selepas insiden 13 Mei, dan juga pengampunan diraja kepada Lim Kit Siang supaya beliau boleh terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

kuasa-vegeta

Walau bagaimanapun, kuasa sultan telah dihadkan pada tahun 80-an bila sebilangan rakyat bertanya kenapa kita perlukan raja, kenapa mereka terkecuali daripada undang-undang, dan juga perselisihan dengan Tun Mahathir. Semua benda ni lah yang membawa kepada kuasa raja-raja yang kita ada sekarang.

Salah satu kesan yang paling nyata adalah Agong tak lagi berkuasa untuk menolak undang-undang baru yang diluluskan Parlimen, tapi hanya boleh menangguhkannya, seperti yang terjadi pada “Akta Diktator” milik PM Najib hujung tahun lepas.

Tapi Majlis Raja-raja masih lagi berpengaruh sampailah sekarang

najibsalam

Sultan tak memihak pada mana-mana parti politik pun, jadi mereka dianggap sebagai “moral campass” yang terbaik untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Dan mereka juga masih sangat dihormati dan disayangi oleh masyarakat Melayu:

“Sultan mempunyai pengaruh kuat terhadap orang Melayu di kawasan kampung di mana mereka dilihat sebagai tunjang penjaga agama dan budaya” – Dipetik dari The Straits Times.

“Walaupun Agong menerima nasihat dari pakar, untuk sesuatu undang-undang diluluskan ia masih memerlukan tandatangan Agong dan ini memberi impak yang besar kepada masyarakat Melayu.” – Fatimah Zainab binti Dzulkifli & Nazrul Daziruddin bin Mohd Zameri, Political Managements and Policies of Malaysia

Memandangkan kebanyakan pengundi BN juga berasal daripada kawasan Melayu luar bandar, BN tidak mampu untuk hilang kepercayaan atau keyakinan daripada Majlis Raja-Raja ni.

jibbyagong

Screenshot dari laman sesawang Malay Mail Online

Ketua DAP, Lim Kit Siang ada mengatakan yang ucapan Agong yang menyebelahi PM Najib adalah ditulis oleh pihak kerajaan. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia ada mengesahkan perkara ni, dia juga kata yang benda ni sebenarnya dah lama buat dan bukannya hal besar pun.

“Dah ini kerajaan [milik Agong]. Malah parlimen pun diketuai oleh baginda. Jadi Lim Kit Siang nak kata Agong ni boneka kerajaan?” – Tan Sri Pandikar, dipetik dari Malaysia Today

Tapi memang sejak kebelakangan ni, para sultan semakin kerap memberi pandangan berkenaan isu politik dan ekonomi negara, contohnya 1MDB:

“Raja-raja Melayu setelah berbincang bersama, merasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan persoalan dan kontroversi yang sedang melanda negara ketika ini, iaitu isu 1MDB. … Jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.” – Kenyataan dari perjumpaan yang ke 239 Majlis Raja-Raja

dan juga perbelanjaan kerajaan

“[Saya] tertanya-tanya, kalau lah betul, kenapa [JAKIM] nak budget sampai RM1 billion? Kat perjumpaan Majlis Raja-Raja yang akan datang nanti [saya] nak mereka tunjuk secara mendalam perbelanjaan mereka.” – Sultan Ibrahim, dipetik dari Malaysian Insider.

*Nota kecil: Menurut seorang commenter kami kat Facebook, Sultan Ibrahim jarang membahasakan diri baginda sebagai ‘beta’. Maafkan kami kalau silap translate!

jibbbbyhurt

Petikan dari The Straits Times.

Dan dengan semakin banyaknya suara yang cuba disenyapkan kebelakangan ini, makin ramai yang merasakan bahawa raja-raja adalah tembok terakhir untuk mengimbangkan kuasa kerajaan..

*Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ying Shao Loong dari Institut Rakyat dalam membantu kami menulis artikel ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

Popular

To Top

Send this to a friend