Sejauh mana pendapatan korang terjejas berbanding rakyat M’sia yang lain? Jawab survey ni

Klik sini untuk ambil Survey Dompet Lockdown!

Banyak yang dah berubah sejak tahun 2020, dan banyak juga dugaan yang kita semua tempuhi, terutamanya dari segi kewangan. Ramai antara kita yang menerima potongan gaji (termasuklah sebahagian daripada kitorang); malah lebih teruk lagi, ada juga yang hilang pekerjaan.

Tapi dalam kesusahan ni, ramai juga rakyat Malaysia yang mengambil berat, termasuklah kitorang kat sini yang nak tahu sejauh mana sebenarnya kita semua terjejas.

Bila nak beli kasut baru pun, perasaan tu macam duit ni, 50:50. Imej dari AskLegal

Jadi dalam survey ni, kitorang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai situasi kewangan korang sekarang, seperti:

  • Adakah kerjaya korang terjejas disebabkan pandemik ni?
  • Pernah tak korang keluarkan simpanan KWSP?
  • Pernah tak korang buat kerja part-time untuk tambah pendapatan?
  • Berapa lama agaknya korang boleh survive dengan wang simpanan yang ada sekarang?

Itu cuma beberapa persoalan yang kitorang nak tahu, jadi…

Klik sini untuk menjawab Survey Dompet Lockdown

Demi Malaysia yang normal kembali. Imej dari Yahoo News

Jadi jangan tunggu lama-lama! Survey akan berakhir pada 13 Ogos 2021, dan kitorang akan kongsi hasil survey pada pada akhir bulan Ogos ni. Sementara tu, jaga diri baik-baik, dan jaga kesihatan fizikal dan mental korang, ok?