Kronologi Langkah Kajang: Jatuhnya Khalid Ibrahim kerana perebutan kuasa

Masih ingat lagi dengan peristiwa gelap yang berlaku kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim semasa dia menjadi Menteri Besar Selangor? Pada waktu itu, dia jatuh kerana perebutan kuasa dan pergolakkan yang berlaku dalam parti perikatan.

Mungkin ada antara awak semua dah tahu atau ingat-ingat lupa dengan kisah ini. Takpe, mari kami berikan ringkasan atau kronologi mengenai kisah kejatuhan Khalid Ibrahim yang dipanggil ‘Langkah Kajang‘.

Apa tujuan Langkah Kajang?

  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahu Selangor adalah negeri yang paling kaya dan ramai populasi.
  • Jadi, mereka pun membuat satu perancangan iaitu:
  1. Mereka melucutkan jawatan/mengosongkan ADUN Kajang (yang pada waktu itu baru dimenangi oleh Lee Chin Cheh)
  2. Sesiapa yang memegang jawatan ADUN Kajang mahu diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.
  3. Pada masa yang sama, mereka nak mencalonkan DS Anwar Ibrahim untuk ADUN Kajang & seterusnya menjadi MB Selangor.

Apa yang berlaku dan siapa yang terlibat dalam Langkah Kajang?

  • Perancangan ini dipanggil sebagai Langkah Kajang dan dalang besarnya ialah Rafizi Ramli, di mana matlamat utama adalah untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
  • Pilianraya Kecil (PRK) DUN Kajang dijalankan. Khalid Ibrahim menjadi Pengarah PRK Kajang, manakala Zuraida menjadi Timbalan Pengarah.
  • Beberapa pemimpin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub  dan Khalid Ibrahim sendiri yang setuju Anwar Ibrahim  bertanding dalam PRK DUN Kajang.
  • Namun disebabkan keputusan mahkamah, Anwar Ibrahim masuk penjara dan PKR mencalonkan isterinya Dr. Wan Azizah sebagai calon untuk PRK Kajang.
  • Keputusan PRK Kajang keluar. Dr Wan Azizah menang dengan 16,741 undian mengalahkan Chew Mei Fun dengan majoriti sebanyak 5379 undian.
Chew Mei Fun & Wan Azizah. Imej dari mStar.
  • Pada masa yang sama, PKR mahu Khalid Ibrahim meletakkan jawatan MB Selangor untuk digantikan oleh Anwar Ibrahim kerana ia mungkin menjadi pemangkin PKR dalam menjadi kerajaan pusat.
  • Situasi semakin tegang apabila Khalid Ibrahim enggan meletakkan jawatan.
  • Waktu itu juga, Saifuddin Nasution mengedarkan 40 muka surat yang mengandungi senarai salah laku Khalid Ibrahim semasa menjadi MB Selangor. Khalid Ibrahim membuat laporan kepada SPRM.
  • Khalid Ibrahim dilucutkan keahlian PKR atas sebab masalah disiplin. Pada waktu ini, MB Selangor dalam status ‘pemimpin bebas’ (sebab dia dilucutkan keahlian PKR).
  • Khalid Ibrahim cuba bertahan dengan sokongan minoriti dan sokongan besar sultan, untuk mengekalkan jawatan MB Selangor. Sayangnya, dia tewas dan meletakkan jawatan MB Selangor.
Khalid Ibrahim. Imej dari Astro Awani.
  • Cadangan nama Dr. Wan Azizah sebagai MB Selangor tidak dipersetujui oleh Istana Selangor, kerana pihak istana mahu setiap parti menamakan calon untuk jawatan tersebut.
  • PAS mencadangkan tiga nama manakala PKR dan DAP masih berkeras mencalonkan Dr. Wan Azizah saja. Tindakan ini dianggap tidak mematuhi permintaan Sultan Selangor. Dahlah tiada surat rasmi, hanya bagitahu di media saja.
  • PKR dan DAP memohon maaf dan menghantar semula senarai nama, tapi masih lagi letak nama Dr. Wan Azizah.
  • Selepas itu, Istana Selangor mengumumkan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru.
Azmin Ali masa mula-mula pegang jawatan MB Selangor. Imej dari Berita Harian.
  • Hasrat mahukan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor musnah begitu saja. Ia hanya berjaya menjatuhkan Khalid Ibrahim.
  • Saifuddin diarah oleh mahkamah tinggi untuk memohon maaf  secara terbuka selepas kalah kes saman akibat penyebaran 40 muka surat salah laku Khalid Ibrahim tu.
  • Akhir sekali, kerana perebutan kuasa, Khalid Ibrahim menjadi mangsa. Jawatan yang dipegang dengan amanah, difitnah oleh Saifuddin.

Jika anda suka artikel ini, anda mungkin berminat untuk baca: