Ramai jurutera berhenti kerja untuk jadi… ejen insurans?! Kitorang tanya diorang kenapa

[Nota: Artikel ni merupakan sebahagian daripada 4 siri artikel mengenai industri insurans sebagai kerjaya, dengan kerjasama penaja kitaorang kat AIA. Klik sini untuk siri 1, siri 2. Artikel ini asalnya disiarkan pada September 2019.

Cuba bayangkan, orang yang tak tahu apa-apa pasal insurans macam kitaorang ni tiba-tiba dijemput ke persidangan ejen insurans dengan ejen-ejen hebat yang lain… Dan kitaorang di kelilingi RIBUAN ejen insurans dan ejen takaful, yang kebanyakannya penerima anugerah dalam Persidangan AIA Elite Academy tu. 

…dan kitaorang hanya mampu selfie dalam tandas je…

Mungkin sama macam korang, kitaorang pun ada satu tanggapan pasal ejen insurans ni. Macam, kenapa diaorang ni TERLALU positif? Apa rasanya kalau selalu ada idea pasal ‘bisnes’ kat fikiran diaorang? Dan tentunya, KENAPA diorang pilih kerjaya ni?! (Team Soscili langsung tak reti jual apa-apa … ).

Jadi kat sana, kitaorang sempat bersembang dengan dan tanya diaorang pasal tu. Apa yang buatkan kitaorang lagi terkejut bila dapat tahu kebanyakan daripada diaorang datang daripada latar belakang yang hebat. Kitaorang jumpa dengan ejen insurans yang pernah jadi jurutera, penjawat awam, dan daripada bidang hospitaliti dan perubatan serta ada jugak individu yang berkelulusan PhD!!! Jadi… kenapa diaorang sanggup tinggalkan kerja diaorang untuk sertai industri insurans ni??? Oleh itu, kita mula dengan …

1. Bekas jurutera jadi ejen insurans sebab nak tarik perhatian girlfriend dia ?

Membesar dalam keluarga yang jalankan agensi insurans lebih daripada 20 tahun, membuatkan Ng Wei Lun sememangnya nak jauhkan diri daripada industri yang sama. Walaupun dia dipujuk untuk ikut jejak langkah mak, dia tetap nak kerja dalam bidang yang dia minat. Dan akhirnya dia jadi jurutera pemprosesan (dia buat ujian kat produk yang dihasilkan).

Walaupun dia enjoy je waktu bergelar sebagai jurutera, Ng rasa bidang kejuruteraan tu bukanlah sesuai dengannya. Dan dia jugak bukanlah satu-satunya jurutera yang pilih untuk tinggalkan kerjayanya dan cari kerja yang bukan berkaitan dengan bidang diaorang. 

Pernah ke korang dengar pasal peng-anggur berjaya? GIF dari Giphy

Tapi dia mungkin berpendapat dengan cari kerja yang baru untuk pastikan sumber kewangan yang stabil untuk menampung girlfriend dia yang sekarang ni dah jadi isteri dia dan jugak untuk keluarga dia.  

“(Bila anda berkahwin dengan seorang gadis, mereka akan…) Ingin pindah rumah sendiri (bila kamu bersama). Itulah sebabnya saya perlu fikir tentang masa depan.” – Ng ketika sesi temubual bersama SOSCILI. 

Benda paling ketara yang dia perasan bila dia bandingkan rutin harian dia dengan maknya (ada agensi insurans sendiri), dengan kakaknya (ejen insurans). Bila dia tengok kerjaya mak dengan kakak dia yang jauh lebih seronok sebab selalu dapat pergi melancong kat banyak tempat dan dia tak habis-habis kena buat kerja lebih masa (OT). Ng bagitahu kitaorang yang syarikat tempat dia kerja dulu aplikasikan terma Undang-Undang Buruh yang ketat untuk kepentingan diaorang sendiri.

“Waktu kerja lebih lama daripada orang lain. Waktu makan tengah hari saya hanya dalam 45 minit, dari 9 jam bekerja dalam sehari. OT perlu 3 jam (jika kurang, tidak dikira). Saya perlu pastikan ujian dijalankan sebelum saya boleh pulang ke rumah.” – Ng.

Ng waktu dia sebagai jurutera (gambar kiri), Ng dengan isteri, mak dan kakak dia (gambar kanan). Imej dari Ng

Bosan dengan rutin yang tak berkesudahan, Ng buat keputusan untuk berhenti kerja dan akhirnya ikut jejak langkah mak dia untuk jadi ejen insurans. Ia nampak macam tak hairanlah kalau dia join industri ni sebab ia merupakan benda yang dah didedahkan daripada kecik. Dan lagipun, keluarga dia happy lah sebab dia akhirnya teruskan legasi yang mak dia dah wujudkan tu.

“Saya sertai AIA sebab saya rasa saya boleh belajar dan capai lebih banyak sebagai seorang life planner, memandangkan AIA mempunyai life planners dengan pengiktirafan MDRT tertinggi di Malaysia.” – Ng. 

Bila cakap pasal legasi ni …

2. Bekas pekerja kerajaan berhasrat untuk kembangkan legasinya melalui insurans…

Bila sebut pasal kerja kerajaan je semua orang mesti ternanti-nantikan tawaran tu. Faedah yang ada dalam sektor kerajaan yang penjawat awam dapat tak sama macam faedah yang ada bagi yang bekerja dalam sektor swasta ni. Kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang (dengan banyakkk waktu rehat), duit pencen untuk seumur hidup dan faedah perubatan percuma kat hospital kerajaan yang ahli keluarga korang jugak dapat rasa!

Dan kitaorang pun terkejut bila kitaorang jumpa dengan Nurazam Azra’ai, yang merupakan bekas penjawat awam sebagai penolong pegawai perubatan kat Hospital Sultanah Aminah, JB. Akhirnya tinggalkan kerja yang dah stabil dengan pangkat yang tinggi serta gaji yang tinggi semata-mata untuk jadi ejen insurans (ejen takaful). 

Nurazam waktu dia bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Imej dari Nurazam

Waktu belajar jugak, dia ditaja oleh kerajaan untuk sambung pengajian dia kat luar negara. Bila dia dah kerja, dia memang menyerlah sampai berjaya tubuhkan satu unit di bawah jabatan kat tempat kerja dia dulu. Tapi apa yang membuatkan dia nak tukar kerja tu?

“Saya nak jadi ejen takaful sebab saya nampak masa depan saya kat situ. Kerja kerajaan memang boleh bagi kita pendapatan, tapi struktur ekonomi sekarang dah tak releven untuk jumlah yang saya dapat. Dalam insurans, anak-anak saya dapat mewarisi legasi bisnes saya juga.” –  Nurazam ketika sesi temubual bersama SOSCILI. 

Contohnya, kalau dia dah takde (meninggal) hanya isteri dia je yang akan dapat duit pencen dia, tapi anak dia tak dapat. Dan lagi satu, kalau dia kerja kerajaan, anak dia takkan dapat mewarisi kerja dia tu, tapi melalui industri dan perniagaan takaful ni, dia akan dapat kembangkan legasi dia dan anak-anak dia dapat mewarisi apa yang dia ada tu. Macam jadi ejen bawah dia jugak. Dia jugak bagitahu, walaupun kerja dalam sektor kerajaan, pendapatan yang dia dapat tu belum tentu dapat menjamin kehidupan keluarga dia dalam keadaan ekonomi yang sekarang ni.

Tapi, Nurazam takdelah maksudkan yang kerja kerajaan ni takde masa depan. Apa yang dia maksudkan dalam industri insurans, dia boleh ada empayar perniagaan sendiri bila dia buka agensi takaful dia sendiri. 

Dalam industri insurans ni, melalui AIA Elite Academy khususnya, setiap ejen takaful boleh tubuhkan bisnes diaorang sendiri dan ambik orang bekerja di bawah diaorang untuk tubuhkan satu team agensi takaful diaorang sendiri. Dan dari situlah, empayar bisnes boleh berkembang dan diwarisi.

Kalau korang taknak jadi perancang hayat, korang boleh jadi bos jugak. Imej dari AIA

Jadi, Nurazam nak anak-anak dia boleh sambung legasi dia untuk akan datang, dengan sertai agensi yang akan dia tubuhkan sama macam Ng yang jadi ejen bawah agensi mak dia.

Okay lepas ni boleh teruskan bisnes Ayah. GIF dari Giphy

Bagi Nurazam, dia takde masalah pun nak sesuaikan diri dengan industri insurans takaful ni, sebabnya latar belakang dia ada kaitan dengan bidang-bidang insurans takaful. Walaupun semua orang pandang rendah kat dia pada mulanya, tapi sekarang ni kebanyakan kawan dia dan ketua jabatan kat tempat kerja dia dulu JADI KLIEN dia dan jadi ejen takaful jugak. 

“Kawan-kawan bagitahu yang bila kita join insurans ni, orang terdekat kita yang akan reject dulu. Dan itu realitinya. Tapi saya jadikan tu sebagai pembakar semangat. Sekarang ni, saya dah berjaya buktikan kat mereka semua.” – Nurazam. 

3. Bekas wakil jualan nak kerjaya dengan adanya model perniagaan yang baik

Fong Sin How (Nicholas) dari kecik berangan nak bukak bisnes sendiri. Lepas dia habis belajar, dia kerja sebagai wakil jualan kat firma kejuruteraan yang membuat lif. Tapi, sebagai graduan yang baru je habis belajar, dia berminat nak tahu dan nak buat banyak benda.

“Bermula dari fresh grad, tujuan utama saya adalah untuk belajar dan timba pengalaman. Walaupun dengan pendapatan terhad. Saya sanggup untuk buat lebih daripada apa yang saya boleh (skop kerja).” – Nicholas ketika sesi temubual bersama SOSCILI. 

Nicholas, wakil jualan … yang juga juruteknik betulkan lif. Imej dari Nicholas

Namun, lepas dia buat macam tu, dia baru sedar yang syarikat dia tak akan bayar lebih dengan tugasan yang dia buat tu. Dan kerja tambahan yang dia buat tu adalah sebenarnya memang tersasar daripada skop kerja dia yang asal, iaitu jualan. Dia kena buat kerja pentadbiran, urusan jualan dan jugak … kerja sebagai JURUTEKNIK!! Dan ni perkara biasa bagi orang yang buat kerja luar daripada skop asal kerjanya. Jadi, dia buat keputusan untuk tinggalkan kerja tu.

Waktu dia tengah cari kerja, ayah dia dah sediakan modal sebanyak RM50k untuk buka kedai mi kat Puchong. Dia boleh penuhi impian dia untuk ada bisnes sendiri dengan membuka kedai tapi dia buat keputusan untuk tak teruskan rancangan tu sebab dia percaya persaingan kat Puchong agak sengit.

“Saya mohon (kerja) lebih daripada 20 syarikat sebelum saya tinggalkan industri yang sebelum ini, separuh daripadanya memberikan jawapan dengan panggil saya untuk interview, saya hanya menghadiri 6 daripadanya. Lepas saya menghadiri interview yang keenam, saya dah dapat tahu yang interview seterusnya adalah sama. Hanya bagi kamu soalan yang sama: gaji yang diharapkan, apa jangkaan, dll” – Nicholas. 

Dia langsung tak terfikir yang dia akan jadi ejen insurans. Nicholas tahu tentang AIA melalui kawan baik dia, yang pakcik kawan dia ada agensi insurans. Dia yang jadikan kejayaan pakcik kawan dia dalam industri perniagaan sebagai inspirasinya, terus buat keputusan untuk jadi ejen insurans sebab dia nampak diri dia boleh pergi lebih jauh dalam industri insurans. Dia nampak diri dia sebagai model perniagaan berbanding dengan mengejar duit.

Bijak bukan?

Dan… timbulnya plot twist dalam kerjaya insurans dia.

“Lepas saya buat keputusan untuk bekerja dalam industri ni, saya tak dapat jualan daripada bekas rakan sekerja saya sebab mereka semua jadi ejen insurans secara sambilan.” – Nicholas.

Dan, bekas kawan sekerja dia pun ambik peperiksaan kelayakan insurans sama macam dia! (Ye, diaorang kena ambik peperiksaan khas).

Dia mengaku yang jadi ejen insurans ni bukanlah senang. Dia terpaksa kerja lebih lama daripada kerja dia yang sebelum ni! Nicholas jugak bagitahu yang jadi ejen insurans secara sambilan sebenarnya lagi susah daripada ejen insurans sepenuh masa. Jadi, ada di antara ejen yang diberhentikan daripada industri insurans ni. Dan tu betul, ejen insurans sebenarnya ada kriteria tertentu yang perlu dicapai setiap tahun, dan ia dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Ia dikenali sebagai Balanced Scorecard, dan kitaorang pernah cakap pasal tu kat sini. 

Dan kebanyakan ejen insurans sambilan susah nak capai kriteria tersebut dan diaorang terpaksa melalui fasa macam kawan Nicholas tu, dan bila benda tu jadi, diaorang jadikan Nicholas sebagai tempat rujukan.

4. Bekas jurutera kilang pilih kerjaya insurans sebab nak tengok anak membesar ?‍?‍?‍?

Waktu Razi bekerja sebagai jurutera. Imej dari Razi

Muhamad Razi yang merupakan bekas jurutera kat kilang buat polimer paip selama 15 TAHUN dan gaji dia dah mencecah sampai 6K hingga 7K, dia berhenti kerja sebab dia rasa masa dia tak cukup untuk keluarga dia. Tapi sebelum tu, Razi bagitahu kitaorang yang selama dia bekerja kat sana, dia langsung takde apa-apa masalah. Sebab kerja tu memang betul-betul kena dengan jiwa dan minat dia, iaitu mekanikal, elektrikal dan elektronik.

Tapi, lepas beberapa tahun kerja, dia disahkan menghidap penyakit kritikal yang menyebabkan hempedu dia pecah sampai dia KOMA!!! Doktor nasihatkan dia supaya buat pembedahan segera tapi waktu tu dia takde backup apa-apa dari segi kewangan dan perlindungan. Dan dia terpaksa berhabis banyak untuk kesihatan dia sendiri. Dengan antibodi dia yang semakin lemah disebabkan kesan sampingan tu, doktor nasihatkan dia untuk tukar kerja yang lain sebab persekitaran kerja dia yang terdedah pada habuk dan bahan kimia yang merbahaya. Macam drama Melayu pulak. Hmm.

Drama petang-petang. Imej dari FB MGAG

Tapi sebelum tu, untuk dapatkan pendapatan sampingan dan nak kongsi pengalaman dengan orang lain, dia jadi ejen takaful sambilan lepas dia pulih daripada pembedahan hempedu tu. Jadi, bila doktor dah nasihatkan macam tu, dia pun buat keputusan untuk jadi ejen takaful sepenuh masa.

Dia bagitahu kitaorang yang pada mulanya bos dia tak terima dia nak berhenti kerja, bos dia siap nak pastikan dia bekerja dalam persekitaran yang lebih baik, ada satu tahap sampai koyakkan surat resign dia, nak bawak dia PERGI MAHKAMAH. Tapi dia tetap dengan keputusan dia. Kawan-kawan dia sendiri pun pandang rendah kat dia, dengan cakap ‘alah dunia insurans ni kejap je.’

Apa perasaan korang kalau kena macam ni? Imej dari Maukerja.my

“Kehidupan saya sebelum ni macam ‘katak bawah tempurung’, saya dengan kerja saya sahaja. Masa saya habis kat tempat kerja. Kadang-kadang saya terpaksa bawa anak dan isteri saya ke tempat kerja.” – Razi ketika sesi temubual bersama SOSCILI. 

Ia sememangnya jadi dilema untuk setiap orang yang bekerja, sama ada nak korbankan masa dengan keluarga ataupun duit. Dan Razi rasa dia buat pilihan yang tepat sebab waktu dia berhenti kerja tu anak dia masih bersekolah dan semuanya dalam lingkungan umur 5 tahun ke 10 tahun.

Jadi, dia dapat jalankan tugas sebagai seorang ayah sepenuhnya dan dalam kajian ia sangat penting sebabnya prestasi anak-anak akan lebih menyerlah. Walaupun sebenarnya ada banyak je kerja yang boleh bagi masa yang fleksibel tapi kerjaya ejen takaful sesuai dengannya.

“Bila saya jadi ejen insurans takaful ni, saya tak terikat dengan hal kerja yang lain, contohnya kalau jumpa klien tu mengikut kelapangan waktu kami, bukanlah serta merta macam bekerja dalam syarikat sebelum ni. Saya boleh pilih masa saya sendiri.

Daripada tu, saya dapat kepuasan sendiri bila saya dapat tengok anak membesar, dapat hantar mereka pergi sekolah. Bila jadi ejen insurans ni juga, saya dapat pastikan keselamatan anak saya melalui polisi insurans perlindungan untuk mereka.” – Razi. 

Dan pada masa yang sama, dia bagitahu kitaorang yang, mana ada industri yang boleh bagi bonus, ganjaran dan naik gaji setiap bulan tapi industri insurans lah jawapannya. 

Yayy dapat anugerah (kitaorang hanya mampu tengok je). Imej dari Razi

5. Graduan PhD dan bekas jurutera cuma mahukan … pengiktirafan setimpal dengan kerjanya

Lim Hui Keem (Keem) berkelulusan PhD dalam Molecular and Cellular biology, dan merupakan pakar aplikasi dalam syarikat peranti perubatan. Kalau korang tertanya-tanya apa kerja dia tu, kitaorang pun pada mulanya macam tu jugak. (Hehe). Dan sebab tu lah dia nak tukar kerjaya.

Sebenarnya, dia menguruskan alatan perubatan macam termometer dan jugak pam infuse. Dia merupakan orang yang bertanggungjawab dalam masalah peranti yang tak berfungsi. Kalau dia tak dapat betulkan masalah tu, dia kena berhubung dengan juruteknik dan jurutera yang boleh betulkan masalah tersebut. Kerja dia mainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan. 

Dia mengaku yang beban kerja dia lebih berat daripada agensi jualan tapi dia tak dapat pengiktirafan yang sepatutnya daripada syarikat tersebut. Walaupun gajinya stabil, dia tak dapat komisyen daripada syarikat tu setimpal dengan apa yang dia buat! Dan sebab tu dia pilih untuk jadi ejen insurans.

Keem waktu hari graduasi PhD dia. Imej dari Keem

Sama kes macam Keem, Muhammad Rinal (Rinal), yang merupakan jurutera kimia bagitahu yang dia jugak tak nampak masa depan dia sebagai jurutera walaupun kerjaya tu merupakan impian dia. Rinal memang minat nak jadi jurutera dari dia zaman sekolah lagi dan dia ditawarkan jadi jurutera muda waktu dia dalam tahun akhir waktu dia masih belajar.

Dia cuma ambik masa selama empat tahun untuk dinaikkan pangkat dari jurutera muda kepada pembantu pengurus projek. Antara pencapaiannya yang paling besar dalam pekerjaan dia yang sebelum ni ialah bila dia berjaya dapatkan projek untuk syarikat dia. Tapi bila dia dah usaha untuk dapatkan projek tu, syarikat dia tak bagi apa-apa penghargaan kat dia dan dia rasa tak dihargai.

Rinal (berbaju coklat) waktu majlis makan malam syarikat dia yang sebelum ni. Imej dari Rinal

Tapi tak sama macam Keem, yang join industri insurans sebab suami dia jugak merupakan ejen insurans, Rinal disarankan oleh kawan dia untuk cari kerja dalam bidang jualan sebab bidang tu selalunya akan bagi pulangan lumayan. Jadi dia senaraikan semua industri jualan, unit amanah, harta, jualan langsung dan insurans, dan menghadiri ceramah untuk mengetahui industri mana yang sesuai dengannya.

“Ada dua sebab kenapa saya pilih untuk jadi ejen insurans: kewangan – berapa lama dan cepat saya akan capai pendapatan saya berdasarkan apa yang saya buat – dan klien. Jika saya boleh buat klien saya happy, jadi saya pun akan happy.” – Rinal, ketika sesi temubual bersama SOSCILI. 

Tapi, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sebenarnya keluarga Keem dengan Rinal tak setuju dengan keputusan diaorang untuk jadi ejen insurans. Kawan-kawan Keem jugak bagitahu Keem yang dia sia-siakan tahap belajar dia sampai PhD. Kawan Rinal pulak, sampai tak ikuti dia dalam semua media sosial! (Hmm macam BBNU pulak hehe).

Sejujurnya … ia bukanlah kerja yang senang bila berada dalam industri ni…

YAAA!!! Walaupun artikel ni ditaja, kitaorang nak bagitahu korang yang pada siapa-siapa yang nak masuk dalam industri ni, korang KENA betul-betul bersedia. Ada kriteria yang dah sebati dalam ejen insurans ni waktu kitaorang jumpa diaorang haritu, contohnya – kerja keras, bersemangat, menjadi pendorong, dan mempunyai mental yang kuat.

Ada ejen insurans macam Rinal dengan Ng bagitahu kitaorang yang sebenarnya diaorang tak minat pun untuk jumpa orang dan jual produk. Keem pulak tak tahu apa-apa pasal insurans dan perancangan kewangan sebelum dia sertai industri insurans ni. Jadi macam mana diaorang boleh ada pada tahap yang sekarang ni???

Ia semuanya berdasarkan latihan yang AIA berikan. AIA berikan latihan khas melalui AIA Elite Academy dan berikan ejen-ejen tersebut dengan kemahiran yang mencukupi. Daripada belajar tentang undang-undang kepada hal perubatan, membuka bisnes kepada cara-cara untuk atasi penolakan, modul yang diberikan membantu korang untuk berjaya dalam industri ni. (Dan maksudnya tak kiralah sesiapa pun yang daripada latar belakang berbeza).

“Waktu saya datang sini (AIA), latihan yang dia berikan sangat bagus. Mereka mengandaikan kami tak tahu langsung pasal bidang insurans, jadi mereka latih kami sehingga kami jadi “pakar” bidang ni.” – Rinal.

Dan… sekadar maklumat tambahan, macam yang kitaorang ada bagitahu sebelum ni, AIA Elite Academy bukanlah terhad kat orang yang nak jadi perancang hayat (life planner) je. Kalau korang nak mulakan empayar bisnes sendiri macam Nurazam dengan Nicholas, korang pun boleh buat jugak melalui AIA Elite Academy tu. Malah, salah sorang usahawan dan hartawan terkenal pun mulakan empayar dia dengan jadi ejen insurans AIA

Dan yang kitaorang cakap tu adalah … Tan Sri Vincent Tan. Imej dari MForum

Mesti semua orang tahu dengan empayar bisnes Tan Sri Vincent Tan ni, yang sebelum ni pernah jadi ejen insurans kat AIA dan merupakan pengurus agensi insurans termuda kat AIA. Jadi korang yang bercita-cita nak ada empayar sendiri, mungkin boleh sertai AIA. Sebab AIA beri kemahiran keusahawanan berkaitan yang mampu membuatkan sesiapa sahaja membina empayar perniagaan sendiri.

Jadi, kalau korang rasa nak ubah kerjaya korang ataupun nak jadi macam Vincent Tan, sertailah AIA!