Kisah seorang pemerintah negara Islam menyelamatkan rakyat Ireland yang kebuluran

Negara Ireland merupakan negara yang mempunyai banyak istana-istana yang unik dan cantik. Kalau korang peminat siri drama Game of Thronesdekat sini lah diorang buat sesi penggambaran. Gempak kan? Akan tetapi, Ireland jarang dilawati pelancong mungkin sebab kedudukan negaranya yang terpisah dari tanah besar Eropah.

Season 8 Hbo GIF by Game of Thrones
Game of Thrones. Gif dari Giphy

Selain dari istana-istana yang unik, Ireland juga mempunyai sejarah yang menarik dan masih diingati oleh penduduk sehingga sekarang. Pada abad ke-19, negara tersebut dilanda bencana yang luar biasa iaitu…

The Great Famine atau Kebuluran Kentang Ireland

Mesti korang pelik kan kenapa kentang? Bagi penduduk Ireland, kentang merupakan makanan tambahan, malah harganya lebih murah dari susu, mentega dan bijirin semasa musim sejuk. Tak lama kemudian, ia menjadi makanan utama penduduk miskin Ireland —  sesuai untuk tanah, kurang tenaga kerja dan merupakan tanaman kalori yang padat. Selain itu, semasa British menjajah negara ni, diorang menggunakan banyak tanah penduduk untuk membela lembu.

Apabila British tinggalkan Ireland dengan tanah sekangkang kera, penduduk sana cuba menanam kentang Lumper Ireland. Walaupun tanah terhad dan diorang cuma jual kentang tapi tetap mendapat keuntungan yang tinggi!

Pay Day Money GIF by MOST EXPENSIVEST
Kira duit kejap. Gif dari Giphy

Pada tahun 1840, keuntungan menjadi kerugian yang dahsyat apabila Phytophthora infestans tersebar di seluruh Eropah serta menjejaskan semua tanaman termasuklah kentang. Phytophthora infestanssejenis bakteria yang merosakkan dedaun dan pereputan ubi kentang yang menjadi masalah kepada para petani sebab diorang cuma bergantung pada satu jenis kentang.

Keadaan makin teruk bila pembahagian tanah terpaksa dibahagi lebih kecil untuk menanam keperluan lain, malah hanya cukup untuk memberi makan kepada keluarga sendiri.

Phytophthora pada kentang: tanda-tanda penyakit dan pencegahan
Serangan P. infestans pada ubi kentang dan tanaman. Imej dari wikipedia

Selepas itu, kedatangan Queen Victoria dikatakan menyumbangkan 2000 pound sterling tetapi dalam diam menganiaya penduduk Ireland. Petani Ireland yang miskin tak sempat merasa tanaman yang dihasilkan dari ladang sendiri sebab kerajaan British mengeksport hasil tanaman diorang ke Britain. Perbuatan Queen Victoria membuatkan penduduk Ireland makin benci dengan kerajaan British.

Royal myth exposed: Queen Victoria's 'non-compassionate' fury with Irish over famine | Royal | News | Express.co.uk
Queen Victoria semasa The Great Famine. Imej dari express.co.uk

Populasi Ireland hampir 8.4 juta pada tahun 1844 telah menurun kepada 6.6 juta pada tahun 1851.  Boleh dikatakan sejuta orang mati akibat kebuluran dan ada yang berpindah ke Amerika Syarikat, Kanada, Britain dan Australia untuk mencari perlindungan. Beberapa orang telah menggambarkan kelaparan ni sebagai pembunuhan beramai-ramai sebab kerajaan British lambat buat tindakan.

Akan tetapi, penderitaan penduduk Ireland berakhir apabila diberi bantuan kemanusiaan secara konsisten dan tersembunyi oleh seseorang.

Ireland terhutang budi dengan orang Islam disebabkan Sultan Abdulmejid I

Siapakah Sultan Abdulmejid I? Beliau merupakan Sultan Empayar Uthmaniyyah ke-33 dan kerajaannya pernah digulingkan oleh orang Yahudi, gerakan Zionis serta Pemuda Turki sebab pertahankan Palestin.

Abd-ul-Mejid I - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Gambar Sultan Abdulmejid I. Imej dari wikipedia

Beliau juga menjalin hubungan persekutuan dengan kekuatan besar Eropah Barat — Britain dan Perancis yang berperang bersama Empayar Uthmaniyyah dalam Perang Krimea melawan Rusia. Semasa Kongres Paris tahun 1856, Kerajaan Uthmaniyyah secara rasmi dimasukkan dalam keluarga bangsa Eropah.

Semasa krisis The Great Famine, beliau diberitahu oleh doktor giginya yang berasal dari Ireland tentang keadaan terdesak di sana. Bila dengar je cerita penduduk Ireland, beliau terus hulurkan bantuan yang banyak walaupun beliau berada di kota Uthmaniyyah atau sekarang dikenali sebagai Istanbul.

Why You Need To See This New Documentary About The Great Famine – TricksFast
Penduduk Ireland semasa The Great Famine. Imej dari tricksfast

Pada mulanya, Sultan Abdulmejid I nak bagi dana 10,000 pound sterling untuk membantu negara Ireland tapi penasihat Queen Victoria tak nak terima sumbangan yang melebihi daripada Queen Victoria sebab Queen Victoria hanya menyumbangkan 2000 pound sterling. Jadi terpaksalah Sultan Abdulmejid I bagi 1,000 pound sterling. Mungkin permaisuri tak nak rasa tercabar.

Akan tetapi, Sultan Abdulmejid I bijak mengatur strategi memberi bantuan kepada penduduk. Beliau menghantar 5 buah kapal yang penuh dengan makanan secara rahsia dan kapal tersebut berlabuh di perlabuhan Drogheda. Beliau terpaksa buat macam tu sebab tentera laut British menyekat masuk mana-mana kapal luar negara yang berlabuhan di Dublin/Cork. Tambahan pula, Queen Victoria menghalang usaha orang luar untuk membantu penduduk Ireland.

Image
Laluan rahsia Sultan Abdulmejid l ke Ireland. Imej dari Twitter

Disebabkan peristiwa tersebut, Ireland mengingati usaha yang dilakukan oleh Empayar Uthmaniyah dan orang Turki. Bak kata pepatah…

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Boleh dikatakan jasa dan budi Sultan Abdulmejid I dan orang Turki dihargai sampai sekarang. Selain itu, pelancong yang melawat muzium Dublin akan jumpa sejarah dan maklumat mengenai bantuan yang takkan dapat dilupakan dari Turki Uthmaniyyah dan plak peringatan di dinding bangunan pusat Drogheda. Plak peringatan dilancarkan pada tahun 1995 oleh Datuk Bandar, Alderman Godfrey bersama Duta Turki, Taner Baytok.

Image
Plak peringatan di Drogheda. Imej dari Twitter

Seterusnya, satu artikel bertajuk ‘A Benevolent Sultan’, yang ditulis dalam jurnal agama, memuji kemurahan Sultan Abdulmejid I. Siapa sangka pemerintah negara Islam sudi membantu penduduk Kristian negara lain. 

“Untuk pertama kalinya Mohammedan [Muslim] yang berdaulat, mewakili populasi Islam yang ramai, menunjukkan simpati terhadap negara Kristian. Semoga simpati seperti itu, dalam semua amal kemanusiaan yang sama, ditanam dan seterusnya dikekalkan antara pengikut bulan sabit dan salib.” — penulis artikel ‘A Benevolent Sultan’.

Logo bulan sabit dan bintang Drogheda United F.C (kelab bola sepak yang ditubuhkan pada tahun 1919) — tanda penghormatan kepada Turki bagi mengenang semula sumbangan yang diberikan Sultan Abdulmejid I dulu. Drogheda memang sengaja memasukkan unsur lambang Empayar Uthmaniyah ke dalam logo kelab sebagai tanda terima kasih (kira macam orang berbudi, kita berbahasa gitu).

Drogheda United FC Irish Football Club, logo, emblem, League of Ireland, Premier Division, HD wallpaper | Peakpx
Drogheda United FC Irish Football Club. Imej dari peakpx

Berbuat baik akan memberi manfaat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara

Walaupun kita rasa pertolongan kita tak seberapa kepada seseorang, mungkin ia memberi makna yang cukup besar kepada penerima pertolongan kita tu. Mungkin kita boleh jadi seperti Sultan Abdulmejid I yang membantu seseorang tanpa mengira bangsa dan agama. Perbuatan beliau mewujudkan hubungan yang sangat baik antara negara Ireland dan negara Turki sampai sekarang.

Firman Allah dalam Surah al-Mumtahanah yang bermaksud:

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berlaku adil.” — Ayat 8

Negara Malaysia juga pernah membantu negara lain sehingga berjaya mewujudkan hubungan baik sesama sendiri. Kita ambil contoh yang terdekat —  membantu rakyat Palestin dengan memberi bantuan kemanusiaan dan perubatan tanpa henti.

Selain itu, dikatakan Malaysia mempunyai peranan penting dalam menyokong perjuangan Palestin, maka sebagai tanda penghormatan terhadap Malaysia, Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan — ‘Malaysia Street’.

Palestin Abadikan Nama Malaysia Di Salah Satu Jalan Utama Gaza!
Malaysia Street di Gaza. Imej dari newswav

Tak rugi untuk kita berbuat baik sesama manusia, mungkin pada masa akan datang turn kita pula dibantu. Betul tak korang?