Pada 1997, hampir 700 kanak-kanak diserang sawan disebabkan episod Pokémon ni

Korang ingat lagi tak, masa awal tahun 2000 macam tu, entah sapa-sapa la dah buat fitnah mengatakan Pokémon bermaksud, ‘Jadilah Yahudi’ masa awal kemunculan siri animasi ni kat Malaysia. Berdekah jugalah ingat balik satu rakyat Malaysia kena tipu hidup-hidup sampai ramai budak-budak diharamkan tengok Pokémon terutamanya dari mak ayah yang kaki masjid.

Sekarang ni ada lagi yang bangkitkan isu ni. Macam tu je Yahudi kena fitnah…

Sekitar tahun 2016, aplikasi Pokémon Go pula pernah diharamkan mufti-mufti di Malaysia atas faktor kemudaratan, di mana terlibat unsur perjudian, kemalangan dan kelalaian.

Tapi selain beberapa pengharaman yang berlaku di Malaysia, ada sebuah kes kontroversi Pokémon yang betul-betul serius sampai diharamkan di Jepun kerana dah menyebabkan…

Hampir 700 kanak-kanak Jepun dikejarkan ke hospital sejurus selepas habisnya episod ni

Sampai sekarang pun orang masih tergilakan siri Pokémon ni. Imej dari sound cloud.

Merupakan singkatan dari “Pocket Monsters”, siri Pokémon yang dicipta Satoshi Tajiri (yang sebenarnya merupakan seorang autism) pada tahun 1996. Setahun lepastu iaitu pada 16 Disember 1997, ada sesuatu berlaku yang dah menyebabkan pengharaman Pokémon di Jepun.

Pada waktu kejadian, dianggarkan, sebanyak 55% kanak-kanak Jepun dari dalam kalangan tadika, sekolah rendah dan menengah wajib tonton siri Pokémon ni pada setiap hari tayangan.

Pada hari tu, lebih daripada 37 stesen TV menyiarkan episod ke-38 Pokémon, Dennō Senshi Porigon, yang diterjemahkan sebagai ‘Electric Soldier Porygon’, atau “Askar Elektrik Porygon”.

Kalau korang nak tahu, Porygon ialah Pokémon buatan pertama yang dibuat sepenuhnya daripada kod pengaturcaraan komputer.

Episod tersebut menunjukkan Ash, Misty dan Brock yang menerokai sistem pemindahan Poké Ball untuk mencari Porygon, Pokémon digital yang telah diculik oleh Team Rocket dalam percubaan untuk mencuri Pokémon jurulatih lain dari dalam ruang siber. Kiranya macam Team Rocket ni nak hack sistem Poké Ball la.

Semasa lebih kurang minit ke-21 tayangan tersebut, Pikachu melancarkan serangan petir terhadap sebuah anti-virus dan bertembung di udara. Pertempuran tu juga menyebabkan terhasilnya cahaya lampu merah dan biru yang berkelip dengan terang dan cepat bersilih ganti tanpa henti, dikatakan kesan seperti strob yang dipanggil “paka paka”.

Disebabkan visual yang mengejutkan tu, ratusan kanak-kanak Jepun yang menonton pada ketika itu terus dikejarkan ke hospital. Mangsa-mangsa yang terlibat telah mengadu mual-mual, sakit kepala dan sakit mata, sesak nafas, muntah, malah sawan, atau epilepsi.

Francais Pokémon yang hampir lingkup hanya kerana episod ni

Oleh kerana begitu ramai mangsa yang terlibat, lebih-lebih lagi terdiri dari kanak-kanak, syarikat penerbit Pokémon mendapat kecaman kuat oleh media. (Kalau ada media sosial masa tu, mesti dah kena #cancel terus.)

Dalam tempoh semalaman je, jenama Pokémon kehilangan 5% daripada nilai pasaran saham Jepun. Pemilik kedai video juga menurunkan kesemua produk berkaitan Pokémon untuk mengelakkan sebarang riot disebabkan kejadian yang hampir membuatkan kanak-kanak buta.

Kementerian Kesihatan & Kebajikan Jepun pada waktu tu kemudian terus buat mesyuarat tergempar, dan siri Pokémon ditangguhkan serta-merta sementara kerajaan Jepun cuba menyiasat apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Detektif Pikachu kena siasat who?

Pihak polis juga telah diarahkan untuk menyoal siasat animator siri Pokémon. Polis melancarkan siasatan untuk memastikan kalau ada terdapat kecuaian dari Television Tokyo, rangkaian penyiaran yang bertanggungjawab menyiarkan siri tersebut.

Presiden Nintendo pula pada masa tu, Hiroshi Yamauchi menyalahkan stesen TV Tokyo yang menghasilkan rancangan tu. Tapi penerbit program tersebut, Takemoto Mori, mendakwa yang ia dah pun di pra-tayangkan oleh penerbit dan stesen TV sebelum disiarkan, tanpa sebarang masalah. Manakala media Jepun terus-terusan memberi pelbagai tekanan, yang menyebabkan siri Pokémon ni hampir lingkup.

Bagaimanapun setelah beberapa bulan, siasatan mendapati mereka yang terlibat dalam siri Pokémon takde niat buruk pun. Pihak hospital bersama kerajaan Jepun  mendapati…

1 dari 4000 orang boleh mengalami sawan disebabkan fotosensitif

Eh, salah. Ni meme fotosintesis.

Rupa-rupanya, cahaya yang dipaparkan pada masa tu adalah dalam frekuensi yang tinggi, antara 10 dan 30 hertz dalam bilangan kitaran sesaat, terutamanya dengan rangsangan warna merah. Apabila cahaya beralih daripada warna kepada hitam dan kembali semula, sel-sel saraf di dalam otak boleh melancarkan impuls elektrik dengan cepat, yang membawa kepada sawan. Ini sering dirujuk sebagai epilepsi fotosensitif, di mana rangsangan visual tertentu boleh menyebabkan sawan.

Tak cukup dengan tu, berita di stesen TV mengenai kes epilepsi tu memainkan semula klip tersebut, yang menyebabkan terjadinya gelombang kedua, di mana kanak-kanak yang menonton berita tersebut dan melihat siaran klip tersebut diserang epilepsi serta-merta!

Bagi yang tak tahu, ia merupakan gangguan otak apabila sel-sel saraf dalam otak kadang-kala mengeluarkan isyarat luar biasa. Corak aktiviti neuron terganggu dan menjejaskan perasaan, tingkah laku dan emosi atau kadang-kala menyebabkan kejang otot dan pengsan, seperti yang berlaku kepada individu fotosensitif, iaitu kanak-kanak tadi, yang merupakan sebuah gangguan neuron.

Imej dari myhealth.gov.my

Kenapa episod ni menyebabkan ramai gila yang terjejas? Ini kerana, setiap 1 dari 4000 orang boleh mengalami sawan akibat fotosensitif dan dengan hampir empat juta orang menonton rancangan itu di Jepun, tak hairanlah yang seramai beratus orang dah terjejas – atau mungkin, lebih lagi sebenarnya.

Trigger warning: Sebenarnya penulis sendiri dah cuba tengok episod yang dikatakan tu. Tak lama lepas tengok tu, penulis mengalami loya-loya dan sakit kepala seharian. Jadi sahlah, memang penulis pun salah seorang manusia yang fotosensitif. Dan kitorang tak galakkan untuk tengok, terutamanya bagi budak-budak.

Siri Pokémon yang berjaya ‘dikembalikan’ kipas-susah-matinya

Disebabkan kemalangan yang tak disengajakan tu, para peminat memaafkan mereka dan menulis surat kepada rangkaian TV Tokyo yang merayu agar Pokémon kembali disiarkan. Mereka juga menunjukkan sokongan terhadap Pokémon dengan mengadakan perhimpunan kecil di pekan dan bandar di seluruh negara dan menyanyikan lagu tema Pokémon sekuat hati sebab tipulah, semua orang pernah mengaku yang diorang…

Kerajaan Jepun akhirnya memilih untuk mendengar suara rakyat, di mana mereka tak mahu Pokémon terus diharamkan. Ini menyebabkan siri Pokémon kembali selepas 4 bulan lamanya tak disiarkan, dan dengan intro baru dan penerangan bagi mengurangkan peratusan untuk terkena sawan lagi.

Bagaimanapun, episod ‘Electric Soldier Porygon’ ni kemudiannya dilarang daripada disiarkan lagi, walaupun dalam apa-apa bentuk suntingan (editing), dan watak tersebut – Porygon (dan evolusinya) telah diharamkan terus bagi mengelakkan trauma.

Lebih kepada pory-gone. Imej dari knowyourmeme.com

Bagaimanapun tahun lepas, Pokémon mengeluarkan statement di Twitter:

Tapi kemudiannya dipadam.

Ini kerana pertembungan yang menyebabkan cahaya tu adalah dari Pikachu, dan bukannya Porygon. Tapi, Porygon pula yang tak semena-mena diharamkan. Korang rasa macam mana?