Siapa sebenarnya ahli politik yang ada iras Tun M ni?

Korang tau tak Kerala ni letak kat mana? Bagi jarang tengok cerita Tamil ataupun tak berkesempatan lagi travel ke India, meh sini kami nak cerita. Kerala adalah sebuah negeri yang mempunyai banyak penduduk daripada etnik Malayali (yang ramai telah berhijrah ke Malaysia). Baru je semalam, Kerala dapat seorang Ketua Menteri baru iaitu Pinarayi Viyajan yang72 tahun, apabila dia memenangi 58% undi dalam pilihanraya Kerala.

Cuba korang tengok dekat-dekat muka Ketua Menteri Kerala yang baru ni… jangan sampai tercium monitor sudah.

Pinarayi Vijayan pic
Imej dari Wikipedia.

Makaih muka sebijik macam Tun M!!

mahathir kerala
Cuba carik Tun. Screenshot dari Google.

Ofkos bila keluar je berita, ramai cakap yang muka dorang memang iras termasuklah Obe dari Blog serius. Dah la baru je lagi kita lantik Sammo Hung sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru, la ni bekas PM kita adalah Ketua Menteri Kerala pulak.

Tapi selain daripada menjadi kembas seiras-tapi-terpisah dengan Tun Mahathir…

Apa lagi persamaan Tun M dan ketua menteri Kerala?

Sebelum kita mula, perlu dinyatakan perbezaan besar di antara mereka adalah Pinarayi Viayajan merupakan seorang ahli parti komunis, manakala Tun Mahathir selalunya dipanggil sebagai seorang kapitalis.

Bila sebut pasal komunis je mesti korang terbayangkan gerila dalam hutan yang dok bunuh orang je kan. Sebenarnya, komunisma adalah satu ideologi tentang sistem ekonomi yang menentang pemilikan individu. Mengikut komunisme, apa-apa hasil dari sesebuah negara sepatutnya dimiliki oleh semua rakyat. Antara objektif utama komunisma adalah menolong rakyat yang susah dengan menaikkan taraf hidup masing-masing. Kerajaan akan ‘memiliki’ semua hasil perniagaan untuk diagihkan kepada rakyat.

Kalau nak penerangan bagi ideologi-ideologi ni secara ringkas, boleh klik pada infografik kat Bored Panda ni.

cows economic system
Imej dari boredpanda.com

Tapi selain daripada perbezaan besar akan prinsip ekonomi, Tun Mahathir dan Pinarayi Viayajan ada beberapa persamaan:

Kannur: CPI-M leader Pinarayi Vijayan celebrates party's performance in the recently concluded Kerala Assembly polls in Kannur on May 19, 2016. (Photo: IANS)
Imej asal daripada IANS di newsworldindia.in

Ada lagi ke ahli-politik atau orang kenamaan yang muka sebijik sejibon?

muhammad ibrahim lookalikes
Boleh buat reunion dorang nih.

Mula-mula Zeti dikatakan iras Ratu Elizabeth, lepas tu Sammo Hung pulak jadi gabenor, dan sekarang ni Ketua Meteri Kerala pulak! Kitorang rasa lah, ramai lagi kembar lebih-kurang-seiras ni di kalangan orang kenamaan di Malaysia, cuma tak masuk berita je lagi.

Apa kata korang tolong SOSCILI? Kalau korang tak siapa-siapa tokoh luar yang muka sebijik macam mana-mana pemimpin kita, bagitau kat ruangan komen!

This article is translated from CILISOS, read the English version here.)