Pesawat pejuang Malaysia terhempas? Berapa kerap benda ni berlaku sebenarnya

Minggu lepas, sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Aermacchi MB339CM terhempas berhampiran sawah padi kat Pahang akibat masalah teknikal semasa menjalani penerbangan latihan. Kedua-dua juruterbang pesawat (seorang pelatih) dilaporkan selamat apabila berjaya eject daripada pesawat, malangnya seorang daripadanya patah kaki.

Imej dari mStar.

Pesawat berkenaan membuat panggilan kecemasan selepas mengalami masalah enjin sebelum terhempas. Kedua-dua mereka terlibat melakukan penerbangan pertunjukkan sempena program demontrasi keupayaan sistem network centix operation dan satelit XBand ATM yang dirasmikan Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein di Pangkalan Udara Kuantan.

pilot TUDM cedera terhempas
Imej dari mStar.

Apa yang kita tahu tentang model pesawat ini

Aermacchi MB-339CM adalah sebuah pesawat keluaran Itali yang dibina khas untuk Malaysia sekitar tahun 2008, so kira baru jugak la lagi dalam perkhidmatan TUDM.  Malaysia beli lapan buah pesawat jenis ni pada USD140 juta termasuklah alat ganti, peralatan krew landasan dan juga latihan. Ia merupakan pengganti kepada MB-399AM yang kita dah pakai selama 20 tahun.

Pesawat TUDM model Aermacchi MB-339CM. Image dari MODDB.
Pesawat TUDM model Aermacchi MB-339CM. Imej dari MODDB.

Aermacchi MB-339CM ni datang daripada keluarga MB-339 iaitu pesawat jenis trainer yang digunakan untuk tujuan latihan. Selain daripada Malaysia, MB-339 juga digunakan di Argentina, Dubai, Ghana, Italy, New Zealand, dan Nigeria.

Dan menurut senarai kat Wikipedia, sebenarnya ini bukanlah kali pertama pesawat dalam keluarga MB-339 terhempas:

  • 1985, Aermacchi MB-339A terhempas berdekatan TUDM Kuantan
  • 1996, Aermacchi MB-339 kat Laut China Selatan berdekatan Kuantan
  • 2002, Aermacchi MB-339 terhempas berdekatan Pulau Tiga, Mersing

Tapi dalam senarai yang sama, banyak lagi model lain yang keluar berkali-kali, contohnya Sikorsky S-61A4 dan CL-41G Tebuan. Jadi masalah mungkin bukan pasal modelnya je.

Oleh kerana TUDM masih lagi menyiasat punca MB-339CM terhempas, jom kita tengok sikit sebab-sebab yang biasa menyumbang kepada kemalangan bagi pesawat pejuang.

Punca-punca pesawat pejuang terhempas

Tiap kali pesawat terhempas mesti banyak je spekulasi yang akan muncul dari netizen siap ada yang kaitkan dengan misteri yang tertentu. Tapi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang bertanggungjawab mengawal sistem penerbangan ni cakap biasanya empat faktor ni adalah punca pada terjadinya kemalangan, iaitu:

1) Pesawat yang dah berusia

Ada yang mempersoalkan pembelian aset-aset ATM yang terpakai dari negara-negara luar. Sebelum ini, TUDM telah membeli 80 buah pesawat Skyhawks yang dah expired. Lepas beli, dorang try repair tapi 40 buah je yang dapat guna. Lepas tu banyaklah kes pesawat Skyhawks terhempas kat Malaysia dan akhirnya pesawat tu pun digantung penerbangannya.

Kes Leftenan Wahi yang lenyap bersama pesawat Skyhawks.

2) Masalah teknikal 

“…faktor pesawat terhempas yang berpunca daripada mekanikal akan mencemaskan juruterbang dan membuatnya terkejut. Mereka terpaksa berfikir pantas untuk menyelesaikan masalah berkenaan…” – Ketua Inspektor Kemalangan Udara DCA, Idrus Abdul Rahman, dipetik dari Utusan.

Menurut beliau lagi, antara masalah yang pernah berlaku adalah rotor blade (kipas helikopter) berhenti secara tiba-tiba dan bila ia terjadi, pesawat akan terhempas. Bagi kapal terbang pulak, juruterbang perlu berfikir untuk lakukan pendaratan cemas.

buzz-woody-meme

Bagi kes pesawat Aermacchi MB-339 ni pulak, Bahagian Perhubungan Awam TUDM kata ia mengalami masalah teknikal ketika membuat latihan penerbangan lalu terhempas. Ada penduduk kat situ cakap dia nampak dengan jelas enjin pesawat tu meletup sebelum terhempas.

3) Cuaca yang tak dapat dijangka

zamani-slam-gerimis-berpanjangan

Ada kes kat Sarawak, juruterbang terperangkap dalam cuaca buruk, terpaksa menerbangkan pesawat mengikut arahan menara kawalan sebelum dapat mendarat.

“…meskipun pesawat dilengkapi dengan peralatan pengesan cuaca di sekitar kawasan penerbangan, namun perubahan cuaca secara mengejut akan mendatangkan kemudaratan…”- Ketua Inspektor Kemalangan Udara DCA, Idrus Abdul Rahman, dipetik dari Utusan.

Menurut beliau lagi, biasanya yang ‘menyerang’ pesawat adalah angin lintang dan ribut di altitud tinggi yang akan menyebabkan pesawat hilang kawalan pastu melayang jatuh.

4) Juruterbang yang ingin mengambil risiko

tom-cruise-kelate

Terdapat jugak sikap juruterbang yang sanggup memperjudikan keputusannya hingga membawa maut.

“Sebagai contoh, seorang juruterbang tahu bahawa dia tidak boleh meneruskan perjalanan kerana kabus tebal dan angin kuat tetapi perkara itu tidak dihiraukan” – Ketua Inspektor Kemalangan Udara DCA, Idrus Abdul Rahman, dipetik dari Utusan.

Dorang anggap benda-benda ni sebagai cabaran untuk dijadikan pengalaman, tapi tak pikir keputusannya mereka boleh berakhir dengan tragedi.

5) Kegagalan komunikasi

Pengkalan sila jawabb!!
Pengkalan sila jawabb!!

Biasanya proses perhubungan antara menara kawalan dengan juruterbang mengalami gangguan atau kesilapan percakapan yang tak jelas untuk difahami.

“… juruterbang yang terperangkap dalam cuaca buruk terpaksa menerbangkan pesawat mengikut arahan menara kawalan hingga menyebabkan pesawat itu akhirnya merempuh puncak bukit dan mengorbankan beberapa nyawa,” – Ketua Inspektor Kemalangan Udara DCA, Idrus Abdul Rahman, dipetik dari Utusan.

Kemalangan pesawat pejuang bukanlah satu benda yang jarang berlaku kat negara-negara lain sekalipun

Status FB daripada Tentang Dunia Celoreng.
Status FB daripada Tentang Dunia Celoreng.

Sebenarnya benda-benda nibiasa terjadi kat negara-negara jiran jugak. Macam kes jet pejuang Golden Eagle T50 milik Indonesia terhempas dan dua pilotnya terkorban masa tengah lakukan pertunjukan udara. Sebelum tu pun dorang pernah terhempas masa latihan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi.

Manakala jet pejuang milik Vietnam pernah terhempas semasa bertembung menyertai latihan kat Laut China Selatan. Bagi Thailand pulak, dua buah jet pejuang F16S miliknya terhempas ketika menyertai latihan tentera bersama Cobra Gold 2011 dan seorang pilot pesawat pejuang F16 milik tentera udara Thailand terkorban sewaktu latihan.

Tapi berlainan pulak dengan Singapore yang lebih banyak jet pejuangnya, tak pernah lagi kita dengar terhempas, mungkin ada tapi dah lama sampai kita pun lupa bila kali terakhir jet tenteranya terhempas.

Korang boleh check out sendiri senarai kemalangan pesawat kat Global Incident. Tahun ni je, eksiden berkaitan pesawat pejuang berlaku di Amerika, Korea Selatan, Russia, Jordan, Indonesia, dan banyak lagi.

Jadi apa tindakan yang kita lakukan untuk mengurangkan kes-kes macam ni terjadi?

Kementerian Pertahanan bagitau yang tak lama lagi diaorang akan buat audit menyeluruh kat semua aset milik TUDM bagi pastikan semuanya dalam keadaan baik.

“Kita mengambil maklum kejadian-kejadian yang membabitkan pesawat milik TUDM dan sebab itu kita kena teliti rekod penyelenggaraan dan latihan berterusan juruterbang.” -Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan, dipetik dari Utusan.

Dorang tengah pikirkan camne nak naik taraf pesawat Charlie 130, pesawat Nuri dan jet pejuang Hawks termasuk jugak degan jet VIP bagi elak kemalangan camni berlaku lagi.

Dan sebenarnya jet-jet pejuang yang ada kat Malaysia ni pon tak lah cikai sangat sebab kalau korang nak tau, jet yang TUDM ada sekarang ni pon (Su-30 MKM) merupakan salah satu pesawat tempur kelas berat yang tercanggih kat Asia Tenggara.

Nah kitorang belanja video sebijik pasal macam mana rasanya pilot kita duduk dalam pesawat Su-30 MKM.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)