Kita Uji Kelajuan Wi-Fi Universiti Awam di Malaysia

Kelajuan Wi-Fi Universiti Awam Malaysia

Mahasiswa/mahasiswi sekalian, korang pernah tak duduk dekat dewan kuliah, tengah buat kuiz tapi internet korang LEMBAB GILA!? Lah, jangan risau, sebab bukan korang je yang pernah hadap benda ni. Malah, dah ada kajian yang membuktikan bahawa Wi-Fi universiti lembab boleh jatuhkan prestasi akademik pelajar.

Bukan tu je. Bayangkan korang nak bayar kakak kat warong pakai QR tapi Wi-Fi lembab. Sebagai pelajar universiti, saya sendiri dah hadap benda-benda ni. Jadi soalannya sekarang… berapa bagus sebenarnya tahap akses internet di universiti-universiti awam kat Malaysia?

POV: Time nak hantar assignment lepas terpaksa hadap internet lembab seluruh malam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ok, dah boleh dengar orang mengamuk pasaipa tak check kelajuan Wi-Fi kat universiti swasta sekali. Tapi logik la – kalau yuran tinggi pon dak-dak swasta boleh bayar no hal, apa je la harga ciput data fon sebulan? Tapi benda ni tak semestinya antara kalangan pelajar-pelajar universiti awam.  Lagipun, apa function ambil pelajar dari pelbagai latar belakang seluruh Malaysia kalau universiti tu takde fasiliti untuk sokong pembelajaran akademik diorang?

Jadi, untuk check sama ada Wi-Fi kat universiti-universiti ni elok ke tak, kitorang buat speed test kat 20 universiti awam di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Macam mana kita buat tu?

 

Kita dapatkan pelajar dari setiap universiti untuk tolong test Wi-Fi

Ni memang bukan kerja sorang je. Jadi, daripada buang duit banyak kat minyak kereta dan tiket flight untuk cuba lawat semua universiti ni, kitorang buat survey online untuk pelajar dari setiap universiti awam tolong jawab. Ni cara kita buat:

  • Kita buat survey guna Google Forms. Focus kita adalah pada kelajuan, kebolehpercayaan, kebolehaksesan, dan kepuasan keseluruhan terhadap perkhidmatan Wi-Fi.
  • Kita pilih pelajar dari pelbagai program dan peringkat akademik secara random supaya kita dapat pendapat yang neutral dan tak bias dari setiap uni.
  • Kita hantar survey ni online melalui media sosial.
  • Lepas tu, pelajar-pelajar yang serta eksperimen ni buat ujian kelajuan di pelbagai tempat kat kampus diorang.
  • Dorang juga cerita tentang pengalaman diorang, yang kita kemudian baca.
  • Akhirnya, kita nilai setiap universiti berdasarkan data yang kita kumpul dari pelajar-pelajar tu.

Pelajar bila kena isi survey lagi dan BUKAN untuk assignment be like:

Disebabkan peserta-peserta eksperimen kita buat speed test pada waktu dan tempat yang berbeza, kita tak boleh nak pastikan kalau internet lembab ni sebab lokasi atau masa. Lagi pun, kita cuma ada sorang dari setiap universiti buat benda ni, so result tu mungkin tak sepenuhnya tepat dan ni cuma bertejuan untuk bagi gambaran umum pasal kelajuan Wi-Fi setiap universiti. Jadi, kalau korang tengok list ni dan kata, “Eh, mana ada! Wi-Fi universiti aku lagi teruk dari tu,” sorry la ye… jangan marah.

Tapi lepas seminggu mengumpul maklumat, kita akhirnya dapat tahu…

 

Universiti awam Malaysia mana yang ada Wi-Fi paling laju dan yang paling slow?

Atas ni adalah senarai penuh universiti berdasarkan hasil speed test yang kita dapat. Kita tak nak buat korang bosan dengan semua perincian, so kita akan cerita pasal yang 3 paling laju dan 3 paling lembab je lah.

3 universiti teratas dengan Wi-Fi paling laju:

1. UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) – 8pm, Sarawak

“Wi-Fi kat UNIMAS memang laju gila, senang betul la nak siapkan assignment.” – Responden dari UNIMAS

Mengagumkan betul tengok universiti awam yang terletak 1,257km jauh dari ibu negeri dapat tempat pertama dalam senarai kita. Sebagai perbandingan, purata kelajuan internet tetap kat SELURUH Malaysia ialah 133mbps, yang bermaksud kelajuan internet di UNIMAS berdasarkan speed test ni lebih daripada DUA KALI ganda purata kebangsaan. Kita tak boleh nak pastikan macam mana diorang boleh menang, tapi mungkin UNIMAS dah melabur dalam infrastruktur rangkaian yang canggih untuk sediakan sambungan internet pantas di seluruh kampus?

2. UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) – 10pm, Kuala Lumpur.

“Pihak pengurusan universiti saya sediakan sambungan WiFi yang sangat bagus di kampus. Purata kelajuan WiFi di universiti saya ialah 250mbps. Tapi kalau nak dapat kelajuan tertinggi, pelajar biasanya pergi ke Blok Bestari.” – Responden dari UPNM

Tempat kedua ialah UPNM di Sungai Besi. Ni mungkin sebab kampus diorang berdekatan dengan bandaraya KL. Lagipun, sebagai akademi utama Malaysia untuk angkatan tentera, mungkin diorang paksa Wi-Fi diorang masuk latihan tentera yang sama macam pelajar diorang kena lalui.

3. USM (University Sains Malaysia) – 8pm, Penang.

“USM memang terkenal dengan perkhidmatan Wi-Fi yang power. Wi-Fi dia memang bagus kat seluruh kampus. Ada beberapa tempat tertentu macam perpustakaan, dewan kuliah, dan asrama. Dengan sambungan internet ni, pelajar boleh hadir kelas online dengan lancar dan akses internet tanpa sebarang gangguan.” – Responden dari USM

Memang pelik la kalau universiti SAINS Malaysia tak ada kat bahagian atas senarai ni. Pengurusan yang berkesan dalam kawalan trafik rangkaian dan peruntukan bandwidth mungkin menyumbang kepada kelajuan keseluruhan Wi-Fi di USM. Tapi sebab dia kat Penang, kita pun terteka yang Wi-Fi diorang laju semata-mata sebab nak nak berlumba dengan pemandu negeri diorang yang memang lejen antara pemandu seluruh Malaysia.

3 universiti dengan Wi-Fi paling slow:

3. UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) – 10 pagi, Johor.

Tempat ketiga dari bawah ialah UTHM di Batu Pahat dengan 10.8mbps. Untuk bagi korang faham, negara dengan internet paling slow di dunia adalah Yemen dengan kelajuan 11mbps. Ni bermaksud, keputusan ujian kelajuan untuk tiga universiti paling bawah ni lagi rendah daripada negara yang tengah BERPERANG. Kita tanya sorang student dari sini berapa markah dia bagi kelajuan internet universiti dia. Dia cakap 1/5 dan kitorang pon tak boleh nak salahkan dia.

2. UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) – 8 malam, Perlis.

“Wi-Fi ni agak slow la, bro. Ada kelas online, tapi kadang-kadang tak boleh nak connect pun untuk kelas online.” – Responden dari UNIMAP

Tempat kedua dari bawah ialah UniMAP dengan 8.23mbps. Kita jumpa satu post kat Lowyat dari tahun 2012 di mana pengguna tu terangkan Wi-Fi UniMAP lembab disebabkan infrastruktur yang lapuk dan kampus yang besar. Kitorang tak pasti la kalau situasi tu masih sama hari ni, tapi bayangkan kena hantar assignment dengan kelajuan Wi-Fi macam siput. Stress bro!

1. UiTM (Universiti Teknologi MARA) – 1 tengah hari, Shah Alam.

Sebagai pusat kampus utama universiti terbesar di Malaysia dari segi saiz dan populasi, kita boleh husnuzon yang keputusan kelajuan Wi-Fi kat sini mungkin sebab ada ramai student yang cuba connect pada satu Wi-Fi network yang sama, kat tempat yang sama, dalam masa yang sama? 😅 Dalam apa jua kes, kalau dah kurang dari 5 Mbps untuk universiti kat Shah Alam ni, benda tu agak membimbangkan. Tapi untuk tutup kata, apa yang kita boleh simpulkan dari semua ni?

Lebih daripada 50 peratus pelajar rasa internet yang teruk menyebabkan stres

Kita tak perlu buat kajian pon untuk tahu benda ni, tapi hasil penyelidikan memang dah tunjuk bahawa internet yang tak stabil boleh mempengaruhi tahap stres. Dan benda tu jadi lagi jelas bila kita tengok aduan pelajar-pelajar. Sementara ada beberapa universiti yang mempunyai Wi-Fi power, kelajuan Wi-Fi yang tak konsisten antara universiti-universiti ni memang suatu masalah yang perlu diatasi. Tentu, boleh jadi sebab lokasi atau masa, tapi juga mungkin beberapa universiti awam perlu upgrade internet untuk pastikan pengalaman pendidikan yang memuaskan dan memperkayakan untuk pelajar-pelajar diorang.

Walau bagaimanapun, kelajuan Wi-Fi hanyalah satu ciri-ciri sebuah universiti yang bagus dan senarai ni bukannya untuk nilai universiti awam mana paling hebat kat seluruh Malaysia. Malah, dua universiti kat atas dengan kelajuan Wi-Fi paling slow pun ada dalam ranking sedunia antara universiti terbaik di negara ni (benda ni pon mungkin tak mencerminkan kualiti diorang betul-betul, tapi paham-paham je la). Setiap universiti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Dalam masa yang sama, kita harap artikel ni dapat memberi pencerahan tentang isu ni untuk pihak pengurusan universiti dan… eh, baru perasan… macam mana kalau diorang tengah baca artikel ni pastu tiba-tiba internet dorang putus? 💀