Kenapa tentera Amerika Syarikat ceroboh negara kita kat Pulau Langkawi?!

Beberapa bulan lepas, pada hujung Mac, kami di SOSCILI telah dijemput oleh pihak Malaysia Airports untuk menghadiri Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi atau juga dikenali sebagai Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) Exhibition.

Boleh pekak kitorang masa tengok persembahan aerobatik udara pasukan Russian Knights.

Kalau korang tak tau, pameran LIMA ni dihadiri oleh pakar-pakar industri pertahanan dan pengangkutan, pegawai-pegawai kerajaan, serta ramai lagi. Tahun ni, ia telah disertai oleh 12 negara yang termasuk Australia ??, Belarus ??, China ??, Perancis ??, Jerman ??, Jepun ??, Rusia ??, Slovakia ??, Turki ??, Ukraine ??, UK ?? dan Amerika ??. Masa kat situ, kitorang pun terasa macam kat luar negara pulak ?

Walaubagaimanpun, kitorang pun dapat mempelajari lebih tentang pameran LIMA ni dan macam mana benda ni boleh diadakan kat Langkawi. Namun, fakta yang paling MENGEJUTKAN kita adalah…

LIMA ni merupakan pameran maritim dan aeroangkasa TERBSAR di rantau Asia Pasifik!

Tahun ni, ia dianggarkan bahawa lebih 42 RIBU pelawat telah menghadir pameran ni… termasuk la kitorang :D Imej dari NST.

Dimulakan pada tahun 1991, tujuan asal pameran LIMA ini adalah untuk mempromosikan rantau ASEAN sebagai suatu destinasi perjalanan udara paling dinamik di dunia. Kata Dr Mahathir pada ucapan pembukaan LIMA yang pertama:

“Sekarang di Malaysia, ia menjadi perkara biasa untuk seorang petani terbang dari negerinya ke Kuala Lumpur pada belah bagi, sebelum memulang pada waktu malam. Ia mungkin untuk dia melawat saudara-mara yang sakit, menghadiri mesyuarat dengan pegawai kerajaan, atau apa-apa sahaja.

Yang jelas, perjalanan udara telah menjadi suatu cara berjalan yang diterima juga oleh golongan pendapatan rendah.” – dipetik dari ucapan pembukaan pameran LIMA Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, pada tahun 1991.

Sejak pelancaran pameran LIMA yang pertama pada tahun itu, ia telah menjadi antara pameran aeroangkasa dan maritim yang paling berpengaruh di dunia, dengan lebih RM2 BILLION tawaran kontrak dan perjanjian perdagangan dijanakan pada tahun 2003 kepada lebih RM3 billion pada tahun 2017, dan lebih RM4 billion pada tahun ni.

Antara peserta pameran LIMA yang hadir pada tahun ni termasuklah lebih 400 syarikat seperti pengeluar pesawat Airbus, syarikat-syarikat pengeluar peralatan pertahanan, syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines dan AirAsia, serta ramai-ramai lagi! Malah ada juga penghadir-penghadir daripada Angkatan Tentara Udara Malaysia yang telah menunjuk kehandalan diorang menembak pesawat musuh yang berterbangan di langit ?

Nampaknya memang selamat la negara kita dari ancaman-ancaman luar angkasa.

Lagi-lagi, apabila pameran itu dibukakan kepada para penghadir awam, hampir 150 RIBU pengunjung telah memasuki dewan pameran LIMA itu sehingga terjadi nya kesesakan di pintu masuk tempat tu. Tu tak sebut lagi pun kesesakan kat jalan raya kalau memandu ke dewan pameran LIMA ni.

Walaubagaimanapun, masa kitorang hadir, pengalaman kitorang pun termasuklah…

Berjumpa dengan tentera udara AS dan menaiki kapal terbang filem Mission Impossible!

Duduk dalam pesawat tu pun rasa macam nak muntah semacam. Tak tau camne diorang ni kerja dengan ni sebagai pejabat diorang.

Sampai-sampai dekat dewan pameran LIMA tu, kitorang dapat tahu bahawa terdapat ramai peserta-peserta daripada tentera-tentera asing yang turut hadir, termasuklah tentera udara Amerika Syarikat dan juga Rusia. Lagi-lagi yang kitorang gedik tengok adalah pesawat Boeing C-17 Globemaster III milik tentera udara Amerika Syarikat, iaitu jenis pesawat sama yang digunakan dalam filem Mission Impossible, lakonan Tom Cruise.

Kasi la chan kat kitorang nak rasa ada gaya perisik antarabangsa sikit.

Akibat saiz kapal terbang itu, kitorang dapat tahu bahawa pesawat ni mampu digunakan untuk pelbagai tujuan serbaguna yang termasuk penyelamatan mangsa bencana alam seperti yang telah mengalami gempa bumi di Kashmir, pemindahan kenderaan tentera darat seperti kereta-kereta kebal dan lori-lori besar, dan juga menghadir pameran-pameran antarabangsa seperti pameran LIMA dekat Langkawi ni!

Tambahan pula kepada peluang-peluang syok sendiri untuk kitorang adalah apabila suatu syarikat pengeluar pesawat jet pejuang mengajak kami bergambar dalam salah satu jet diorang.

Ada gaya Kapten Marvel tak? Ada tak? Ada tak?

Di samping itu, pameran LIMA ni juga telah mengadakan persembahan-persembahan udara oleh tentera-tentera udara negara-negara yang hadir. Cuma yang kitorang tak sangkakan adalah betapa kuatnya bunyi pesawat jet pejuang yang digunakan dalam persembahan-persembahan ini, walaupun berada jauh dari kawasan pameran tu!

Serius, diri dekat sini pun dah rasa macam boleh pekak tau.

LIMA merupakan antara tarikan pelancong TERBESAR untuk Langkawi

Macam mana taknya, kalau boleh tengok lanun-lanun pengganas kena serbu dan ditangkap polis? Klip dari Naval News.

Kata pengurus-pengurus hotel-hotel dan resort di Langkawi, kebanyakannya akan ditempah sepenuhnya sepanjang minggu LIMA itu. Malah, suatu pasar artisanal bernama HIMPUN yang diadakan oleh salah satu penganjur pameran LIMA ini, Malaysia Airports, telah berjaya membawa jualan bernilai hampir RM100 RIBU untuk pedagang-pedagang kecil pada minggu tu.

“MAHB berharap produk-produk ini akan memberikan ‘rasa Malaysia’ kepada tetamu dan pelancong di lapangan terbang Malaysia, sejajar dengan strategi kami untuk mengubah lapangan terbang daripada menjadi hub pengangkutan ke destinasi gaya hidup.” – Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Perdagangan MAHB, En. Mohammad Nazli Abdul Aziz, dalam persidangan media.

Sampai menari-nari orang Langkawi ada pameran macam LIMA ni dua tahun sekali.

Bagi Malaysia Airports juga, ia diharapkan bahawa acara-acara seperti ni, serta juga pembukaan penerbangan Phuket-Langkawi oleh Malindo Air mampu menjadikan Langkawi suatu hab penerbangan dan destinasi percutian taraf global.

Antara usaha Malaysia Airports yang lain untuk mencapai matlamat tersebut termasuklah melancarkan sebuah dana pemasaran dan promosi Langkawi bernilai RM5 JUTA, dan pemberian pengecualian caj operasi untuk tahun pertama syarikat-syarikat penerbangan baru mendarat di lapangan terbang Langkawi. Nampaknya cara-cara ni berjaya juga, dengan lapangan terbang Langkawi melihat pertumbuhan 30 PERATUS pergerakan trafik pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya serta menerima pengiktirafan “sangat dipuji” oleh majlis Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2019 di Filipina.

Jadi kalau korang pun tengah pikir mana nak pergi untuk cuti korang yang seterusnya, kenapa nak pergi jauh-jauh kalau boleh lawat Langkawi Permata Kedah yang berdekatan ni je? ;)

Kitorang cuma tengah tunggu masanya bila kitorang boleh terbang ke Langkawi menggunakan burung helang gergasi ciptaan sains fiksyen. Imej dari Langkawi Info.

About Iqbal Fatkhi 10 Articles
Pandai buat meme je. Tulis artikel beshe-beshe je.