Kajian saintifik ni buktikan kenapa LELAKI selalu curang dalam perhubungan

Hidup pada zaman serba moden ni, macam-macam benda yang pelik berlaku. Di antara benda-benda pelik ni, benda-benda pasal perhubunganlah yang selalunya jadi perhatian orang ramai. Kalau dulu-dulu, hal rumahtangga orang lain mungkin susah gila kita nak tahu – mungkin sebab diorang ikut satu pesanan orang-orang tua kot; benda-benda dalam kelambu tak payah beria nak beritahu orang.

Ini Aliff Satar ye, bukan Aliff Aziz. Imej dari OhBulan

Baru-baru ni media sosial kecoh apabila kasanova dari Singapura, Aliff Aziz dikatakan sekali lagi curang dengan isterinya. Walaupun dah beberapa kali kantoi, nampaknya isteri dia tetap memaafkan suaminya. Kalau korang nak tahu, kitorang ni sebenarnya tak kahwin lagi, nak bincang lebih-lebih – boleh PM tepi. Oleh sebab dah bujang, kitorang tak fahamlah apa yang ada dalam kepala otak pasangan yang dah kahwin ni…

Tengah kitorang lepak kat media sosial, kitorang ternampak satu kajian tentang KECURANGAN ni…kitorang terkejut bila dapat tahu..,

Wanita akan curang dengan seorang je, lelaki pulak akan curang dengan lima orang…

Dapatan kajian ni kitorang ambik dari Infidelity Statistics 2018: Why, When, and How People Stray yang dikeluarkan oleh Trustify.

Tahun lepas, ada satu website yang dikenali Trustify buat satu kajian tentang CURANG. Diorang lakukan kajian ni terhadap lelaki dan wanita ye, sebab dua-dua pun ada yang curang. Pada awal tahun 2018, diorang temu ramah salah seorang penyiasat persendirian di rangkaian Trustify yang anggarkan 90% kes yang dia kendalikan adalah berkaitan isu curang.

Diorang fikir – dalam dunia yang berada kat hujung jari ni, punyalah senang untuk mana-mana pasangan melakukan kecurangan. Yalah, kalau korang fikir betul-betul, nak curang sekarang ni takdelah susah sangat, korang cuma perlu pergi kat mana-mana media sosial, menguratlah kat sana. Tak macam dulu-dulu, kena hantar surat bagai.

Imej dari Giphy

Disebabkan benda ni Trustify ambik keputusan untuk lakukan kajian (survey) kat pasangan yang dah berkahwin untuk tengok beberapa aspek penting kecurangan.  Kebanyakan dapatan kajian ni akan buat korang terkejut, tapi kalau korang fikir panjang-panjang – sebenarnya logik jugak. Hahhhh…ni beberapa dapatan daripada kajian yang diorang lakukan;

  • 55% lelaki mengaku menipu pasangan diorang dengan lima atau lebih wanita. Memang playboy betul lelaki ni.
  • 50% wanita mengakui menipu pasangan dengan seorang lelaki. Maksudnya, wanita ni, dalam kecurangan ada kesetiaan. Wala-weh.
  • 32% lelaki jumpa skandal diorang dalam talian. Hati-hatilah kalau pasangan korang kuat guna media sosial, jangan-jangan…
  • 22% wanita bertemu dengan skandal diorang dalam beberapa jenis tempat sosial (bar atau apa-apa pesta) atau pernah ada hubungan intim dengan orang tu.
  • 23% lelaki kata penyebab utama diorang cari skandal adalah kerana kurangnya kepuasan seksual.
  • 28% wanita mengatakan punca diorang curang disebabkan oleh kurangnya kepuasan emosi
  • 40% wanita mengakui bahawa mereka tidak akan meneruskan hubungan jika pasangan mereka curang, manakala 60% lelaki mengatakan mereka akan teruskan.
Tempat-tempat si pelaku curang jumpa skandal diorang. Imej dari Trustify

Wanita lebih bersifat positif kalau pasangan diorang curang berbanding lelaki

Diorang tanya hampir 200 orang dalam kajian ni, dengan majoriti responden diorang datang dari mereka yang berusia 25-54 tahun (68% lelaki, 77% wanita). Untuk responden lelaki, 38% masih berkahwin dan 20% telah bercerai, manakala untuk responden wanita pulak 20% masih berkahwin dan 17% kini dah cerai.

Salah satu benda menarik lagi – kebanyakan peserta kajian ni mengaku yang diorang melakukan kecurangan dengan orang yang diorang dah kenal. Tak kisahlah diorang kenal melalui kerja, sekolah, member atau pernah jalinkan hubungan dengan orang tu dulu.

Cuba buat macam ni kat pasangan korang. Imej dari Giphy

Apabila responden ni ditanya – adakah anda pernah melakukan kecurangan semasa masih berkahwin? 36% responden lelaki dan 21% responden wanita menjawab pernah. Bila diorang ditanya – adakah pasangan anda pernah melakukan kecurangan pulak, 58% responden lelaki dan 65% responden wanita menjawab pernah.

Ada satu soalan yang best, diorang ditanya – adakah diorang fikir kalau pasangan tu melakukan kecurangan, perkahwinan akan berakhir? 40% lelaki kata perkahwinan diorang berakhir disebabkan kecurangan, manakala hanya 19% wanita yang fikir macam tu. Oh, tak hairanlah isteri Aliff Aziz masih nak teruskan perkahwinan diorang walaupun dah beberapa kali dicurangi.

Selain daripada masalah kepuasan seksual, ada yang curang untuk balas dendam

Selain daripada kekurangan kepuasan seksual dalam perkahwinan, keinginan untuk perhatian lebih (14%) dan keinginan untuk pengalaman baru (14%) adalah antara sebab utama lelaki ambik keputusan untuk curang. Bagi wanita pulak, 22% mengatakan sebab mereka tidak setia adalah kerana keinginan untuk membalas dendam.

Apa yang pelik takde siapa yang jawab diorang lakukan kecurangan sebab diorang dah tak sayang dengan pasangan. Diorang mungkin masih sayang je dengan pasangan diorang, tapi atas sebab-sebab yang kitorang kata kat atas, diorang pun curang.

Korang curang sebab apa? Imej dari Trustify

Diorang jugak ada tanya, macam mana pasangan yang melakukan kecurangan ni boleh terkantoi. Secara umumnya, 68% lelaki dan 39% wanita yang melakukan kecurangan kata pasangan diorang tak tahu yang diorang curang. Bagi pasangan yang ditipu, separuh daripada pasangan diorang kantoi melalui bukti elektronik: mesej teks, e-mel, atau gambar kat simpanan online.

Macam mana pasangan yang curang boleh terkantoi. Imej dari Trustify

Wanita nampaknya lebih setia, 70% kata takkan curang andainya takde kesan

Definisi curang ni pun sebenarnya tak settle lagi. Ada macam-macam definisi yang kita boleh berikan bila sembang bab kecurangan ni. Adakah ushaa awek kat tepi jalan tu curang? Tak pun adakah mengurat seorang lelaki kat kedai makan tu curang? Hahhh. Paling senang, ramai yang kata bila dah adakan perhubungan seksual, barulah orang tu boleh dikatakan curang.

I tak curang okay? Imej dari Giphy

Pengkaji kecurangan ni ada tanya responden mereka, seandainya kecurangan ni tak akan bawa apa-apa kesan buruk dan dibolehkan, adakah diorang akan berlaku curang? Nampaknya 56% lelaki dan 70% wanita kata diorang tak akan curang. Terbaiklah, nampaknya dunia ni masih banyak orang yang memilih untuk setia.

Ada jugak diorang tanya – adakah mengurat ni boleh dikira sebagai kecurangan? 63% lelaki kata tidak, tapi responden wanita terpecah dua team, 43% kata ya dan 47% katakan tidak.

Buaya darat? Imej dari Giphy

Tapi majoriti responden setuju yang ‘one night stand’ tu adalah kecurangan sebab 92% lelaki dan 95% wanita setuju yang benda tu dikira curang.

Setialah kepada pasangan, baru-baru ni ada orang ‘ditikam’

Macam korang boleh nampak, ramai sebenarnya yang ada keinginan untuk berlaku curang dengan pasangan mereka. Nasihat kitorang, janganlah korang berlaku curang kat pasangan – patut korang bersyukur ada jugak orang yang nak terima korang sebagai pasangan. Masih ramai lagi orang di luar sana yang takde pasangan a.k.a forever alone.

Baru-baru ni ada cerita gila pasal curang ni, ada seorang lelaki ajak isteri dia lakukan persetubuhan bersama skandal dia. Pada mulanya isteri dia acah-acah setuju, apabila tiba masa untuk ‘beraksi’, isteri dia tikam kemaluan suami dan skandal dia dengan pisau. Kan dah jadi isu besar tu…siap libatkan polis dan satu Malaysia tahu.

Kan dah mendapat. Imej dari Surya Malang

Sebagai doktor cinta yang tak bertauliah, kitorang nasihat mereka yang dah berkahwin atau tengah hangat bercinta supaya selalulah ada komunikasi dan toleransi dalam perhubungan. Sedangkan laut pun bergelora, apatah lagi alam perhubungan. Perhubungan ni memang banyak pasang surutnya, bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka