Uncategorized

“Nak ke rumah kawan jap, bagi resepi”. Apa pula alasan korang untuk keluar?

TEKAN SINI untuk ambik Survey Duduk Rumah 2020 sekarang!

“Bila tah nak habis MCO ni? Penat dah duduk rumah lama-lama”.

Ni la rata-rata ayat yang kita dengar setiap kali borak dengan keluarga, mahupun kawan. Tapi buat masa ni, ni adalah perkara terbaik yang korang boleh buat bukan untuk kerajaan, tapi juga untuk diri sendiri dan orang sekeliling untuk kurangkan penyebaran virus ni. Buat masa ni, dah lebih daripada 850,000 orang di seluruh dunia disahkan positif Covid-19, dan angka tersebut makin naik setiap hari. Sama juga di Malaysia, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan yang kes ni akan naik lagi pada pertengahan April.

Dan disebabkan tu jugalah kita semua berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), atau juga dikenali sebagai RMO dan MCO. Dan kalau korang ni jenis yang selalu berada di bawah tempurung (mungkin tempat paling selamat sekarang), kita dikenakan perintah di sejak 18 Mac 2020, manakala 1 April merupakan MCO fasa kedua, yang juga lebih tegas di mana kita tak dibenarkan untuk pergi ke mana-mana lebih daripada 10 km, perniagaan dan penghantaran makanan pula hanya boleh dibuka selama 12 jam, semuanya untuk memastikan kes dan wabak ni dapat dikurangkan.

Siapa perlukan April Fool bila kita boleh ada 2020 fool…

Sebenarnya, MCO juga dah beri kesan serius kepada rakyat Malaysia…

Kebanyakan dari kita bernasib baik sebab masih ada atap untuk berteduh, buat kopi mewah yang viral, beli bahan masakan secara online, atau buat roti sendiri kat rumah. Bunyinya macam tak la teruk sangat MCO ni. Tapi macam mana pula dengan mereka yang mengalami gangguan mental disebabkan pergerakan yang terbatas, pekerja yang kais pagi makan pagi, atau mungkin ada peniaga yang akan gulung tikar?

Jadi atas sebab tu jugalah KITORANG nak tahu macam mana korang, pembaca SOSCILI atasi apa yang berlaku masa MCO ni.

Berapa ramai antara korang yang ada makanan lebih dari cukup? (Atau mungkin, TAK cukup?)

Yang mungkin hilang mata pencarian?

Dan berapa ramai pula yang sanggup keluar senyap-senyap untuk dapatkan ketenangan walau sekejap?

Atau mungkin… ada yang dah bertukar jadi Doraemon?

Kalau korang pun nak tahu, ambiklah Survey Duduk Rumah Covid-19 ni sekarang! Keputusan akan disiarkan dalam masa seminggu, jadi korang boleh tengoklah betapa berbezanya – atau mungkin samanya korang -berbanding rakyat Malaysia yang lain.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Lagipun korang duduk kat rumah tak pergi mana-mana kan…. layan la kitorang pls🥺🥺🥺

TEKAN SINI untuk ambik Survey Duduk Rumah 2020 sekarang!

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend