Insiden rasuah bola sepak tempatan tahun 1994, di mana silapnya?

Bola sepak, ia merupakan sukan yang paling digemari di seluruh dunia. Tak kisah dari negara yang paling kaya, hingga ke negara yang berpendapatan rendah sekali pun semuanya pasti ada sukan bola sepak ni. Sampaikan ada pergaduhan di media sosial tentang nama sukan tu dalam bahasa inggeris, nak panggil football atau soccer. Korang yang mana satu?

Namun, kali ni kitorang nak buka cerita tentang insiden rasuah yang melibatkan scene bola sepak tanah air kita suatu ketika dulu. Masa ni mungkin ramai peminat fanatik Harimau Malaya tak lahir pun lagi, benda ni juga merupakan insiden yang telah meranapkan bola sepak negara pada masa tu. Macam mana rasuah boleh meranapkan bola sepak? Ini sebabnya.

Lebih 100 pemain dan jurulatih digantung sampai ada yang dibuang daerah!

FAM pun menafikan awal-awal dulu. Imej dari Facebook

Korang tahu tak pada tahun 80-an dan awal 90-an, negara kita boleh dikatakan adalah antara gergasi di Asia. Setakat Korea Selatan, Jepun, Australia semua tu ibarat makanan je untuk Harimau Malaya ketika tu. Boleh tengok dari segi perbezaan ranking skuad negara pada zaman tu dengan sekarang. Pada tahun 1993, kita menduduki tangga ke-79 dunia tau!

Nak dibandingkan dengan sekarang memang jauh beza gila kot, pada tahun 2021 kita berada di tangga ke-153 je. Korang rasa bagus ke tu? Tak lupa juga kita pernah menduduki tangga ke-174 dunia, boleh dikatakan tu kedudukan paling teruk Malaysia pernah duduk. Punca kejatuhan ranking ni juga sedikit-sebanyak berpunca daripada kes rasuah yang berlaku di Malaysia suatu ketika dulu.

Korang rasa cukup bagus ke ni? Imej dari Cakap Sukan

Pada 1994, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan rasuah besar-besaran yang berlaku dalam bola sepak tempatan. Dikatakan ramai pemain dan jurulatih telah dibayar untuk mengatur perlawanan. Mengatur perlawanan tu apa sebenarnya? Ia merupakan tindakan sengaja sesuatu pihak atau individu untuk memberi kelebihan kepada pihak berkepentingan.

Dikatakan lebih 100 pemain dan jurulatih telah disiasat bagi kesalahan mengatur perlawanan dalam Liga Perdana dan Piala Malaysia ketika itu! Kebanyakan pemain pula katanya adalah aset pasukan kebangsaan juga, tu yang sampai ranking jatuh dah kalau pemain hebat semua kena gantung seumur hidup dari terlibat dengan apa-apa aktiviti bola sepak.

Mesti gelabah dorang masa kantoi dulu kan. Imej dari imgflip

Antara nama bintang yang terpalit dengan rasuah terbesar ni adalah Malek Rahman, salah seorang pemain yang membarisi skuad kebangsaan semasa menumpaskan Korea Selatan di Pestabola Merdeka 1993! Rugi betul lah, mungkin bola sepak Malaysia dapat main Piala Dunia dah kalau pemain-pemain yang hebat ni tak buat hal.

Punya teruk kes ni sampai ada yang dibuang daerah tau! Ye lah kan, nak buat apa kita simpan pemain yang menghancurkan bola sepak tempatan ni. Tak best pun kalau kita datang jauh-jauh ke stadium tapi team kalah sebab ada sorang dua pemain yang sengaja bermain tak bersungguh-sungguh.

Hukuman yang dikenakan tu pun dianggap munasabah dan ia kira nak bagi pengajaran kepada semua pemain lain supaya tak buat kesalahan yang sama. Walau bagaimanapun, semua pemain yang digantung telah dibebaskan dari segala kesalahan mereka pada tahun 2016 oleh Football Association Malaysia (FAM).

Ni masa dorang nak buat rayuan pengampunan pada 2016. Imej dari mStar

Mereka semua diberi kebenaran untuk kembali menyertai segala aktiviti bola sepak di bawah kendalian FAM. Sekarang ni, korang ada terfikir tak kenapa pemain dengan jurulatih masa tu mengatur perlawanan? Semua sebab judi atau orang bola sepak memanggilnya sebagai bookie!

Kewujudan bookie untuk perjudian dalam bola sepak

Peminat pun lebih cakna pasal benda ni. Imej dari La Bola Malaya

Kita memang tak boleh nafikan lagi, memang judi dengan sukan tak boleh dipisahkan sebenarnya. Ia sangat popular di luar negara tau, dorang gelar benda ni sebagai sports betting. Ia meliputi aktiviti meramal pasukan mana akan menang, pemain mana akan score, berapa jumlah jaringan dan banyak lagi kategori yang ada.

Malaysia tak lari daripada benda ni, walaupun kita tak ada perjudian bola sepak yang ‘dihalalkan’ tapi benda ni agak berleluasa juga. Betting bola sepak dekat negara kita masih ada dan ia dijalankan secara haram! Tapi yang menjadi masalah adalah kewujudan individu yang buat kerja sebagai bookie. Apa tu bookie?

Bukan bola je ada bookie ni tau. Imej dari Facebook

Bookie ni adalah pihak yang menerima duit pertaruhan atau lebih tepat lagi pihak yang manage sesuatu pertaruhan tu, ia tak limit dekat bola sepak je. Semua sukan boleh ada bookie ni, nama lain bagi aktiviti ni adalah pertaruhan sukan.

Mungkin kalau kita tengok konsep nak bertaruh ni macam okay kalau memang ikut nasib je kan, tapi yang menjadi masalah adalah bila bookie mendekati pemain dan pasukan! Dari situlah terjadinya kes mengatur perlawanan ni, selalunya bookie akan mendekati pasukan yang mempunyai masalah kewangan supaya senang dorang nak buat kerja.

“Jadi mereka (bookie) akan mendekati pasukan yang menjadi sasaran mereka dengan menawarkan ganjaran yang sukar untuk ditolak oleh pemain atau individu dalam pasukan itu. Mereka juga akan bekerjasama dengan ‘orang dalam’ untuk memudahkan urusan termasuk pemain, pegawai pasukan atau individu yang terbabit dengan pengurusan mereka,” Dr. Za’im Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kerajaan, petikan dari Berita Harian

Kata bookie kepada pemain itu. Imej dari imgflip

Benda ni lebih parah apabila dalam liga tempatan juga ada isu tak bayar gaji lah, gaji sikit lah, pemain tak happy dalam pasukan lah. Banyak sebab boleh menjadi punca rasuah dalam bola sepak ni berlaku, kalau muncul lagi benda macam ni kita tak boleh nak salahkan satu individu je. Sebab ia merupakan kegagalan secara kolektif!

Tetapi pemain pun harus ingat, betapa susah pun hidup jangan sampai makan duit rasuah! Lagi tak berkat hidup tu nanti. Pertaruhan sukan bola sepak dalam negara pun semua tak berlesen tau, hanya lumba kuda je ada lesen yang sah dalam Malaysia ni lepas kerajaan zaman Tun Mahathir memberi kebenaran kepada Tan Sri Vincent Tan untuk menjalankan aktiviti tu.

Insiden yang tak patut berlaku dan harap tidak berulang

If kes rasuah ni takde, kita mungkin di Piala Dunia dah. Imej dari Poskod.My

Rasuah dalam negara ni bak kata orang ia ibarat lalang dan cendawan, korang potong macam mana pun dorang still akan tumbuh baru. Mungkin kalau rasuah dalam politik tu agak susah nak dihalang, tapi dalam sukan ni memang kita semua kena lawan secara kolektif. Benda ni secara terang telah menghancurkan sukan dalam negara kita.

Kalau nak berjudi pun tak perlu sampai mengatur perlawanan. Kalau korang nak tahu di negara kita ni pun dah lama dah ada judi ni, yang best nya benda tu kerajaan kita sendiri yang mula wujudkan tau! If korang berminat untuk baca dengan lebih lanjut, boleh lah klik di sini.