Ini muka depan akhbar Malaysia lepas kalahnya BN yang dah memerintah lebih 60 tahun

Lepas segala khabar angin dan drama, akhirnya Pakatan Harapan diumumkan menang dalam PRU-14 menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini selama lebih 60 tahun. Ketua Setiausaha Negara pulak dah umumkan yang 10 Mei dan 11 Mei sebagai cuti umum bersempena dengan kemenangan PH ni.

Apa reaksi akhbar Malaysia dengan kemenangan ini? Kami cuba ambil gambar muka depan akhbar-akhbar Malaysia. Dan ini dia…

1. Utusan Malaysia

“Gabungan PKR Umum Menang”

2. Berita Harian (BH)

“Mahathir Isytihar Menang PRU-14”

3. Harian Metro

“PRU-14 Milik PH”

4. New Straits Times

“Pakatan Claim Victory”

5. The Star

“PH claim win”

6. Kosmo

“Tsunami rakyat tenggelamkan BN”

7. China Press

Kiri: “Pakatan Harapan telah menang dengan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen, dan tawan 6 negeri. Tapi SPR tidak mahu tandantangan Borang 14. Kanan: Senarai negeri-negeri yang dimenangi oleh PH dan PH.

8. Sin Chew Daily

“Tsunami rakyat menghentam BN – Johor, Negeri Sembilan, Melaka, KL, Terengganu akan bertukar kerajaan. Najib akan sediakan kenyataan hari ini.

Itulah muka-muka depan akhbar Malaysia lepas PRU-14. Apa pula pandangan korang? Bagilah pendapat kat bahagian komen.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.