7 dalil kenapa Pakatan confirm menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti!

[Click here to read this article in English. Dan kalau korang nak baca artikel kita untuk belah sebelah, klik sini!]

April ni full dengan macam-macam benda, selain dari nak tengok Avengers: Infinity War, kita jugak akan hadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Sementara tunggu Parlimen nak dibubarkan ni, kita dah dengar banyak pandangan dari penganalisis politik, NGO, mahupun ahli politik sendiri pasal pihak mana yang akan menang dalam PRU-14 nanti. Barisan Nasional atau Pakatan Harapan?

Inilah masanya mereka akan tahu apa rasanya erti kekalahan. Imej asal dari hypebeast.com

Semua ni mesti jadi tumpuan, sebabnya pihak yang menang inilah yang akan memimpin dan menentukan nasib negara ni untuk lima tahun akan datang. Disebabkan perkara ni sangat penting, kitorang kat sini nak bagitau yang Pakatan Harapan (PH) akan menang dalam pilihan raya tahun ni. Sebabnya…

1. Kesan Mahathir akan menyebabkan tsunami Melayu untuk Pakatan

Berdasarkan berita dan analisis risiko politik terbitan Global Risk Insights, kedatangan semula Tun Mahathir ke dalam dunia politik adalah penting. Malah, perkara ni la yang mungkin antara faktor terbesar di sebalik Pakatan kalahkan BN pada pilihan raya akan datang ni. Dalam laporan tu, mereka puji Mahathir yang menyatukan Pakatan dan akan membolehkan mereka memenangi kawasan luar bandar yang mereka tak boleh masuk. Contohnya macam ni la – anggap je Pakatan berkawan dengan budak-budak popular kat sekolah dan dapat jemputan pergi parti politik.

Tak jemput pun dia pergi juga. Baru boleh popular sama-sama. Imej dari Malaymailonline

Tapi pengaruh Mahathir ni cumalah sebahagian daripada gambaran lebih luas yang dijangka dapat dilihat pada pilihan raya akan datang ni. Ramai meramalkan “tsunami Melayu” pada pusingan kali ini, yang merujuk kepada gelombang sokongan yang besar untuk Pakatan di tempat duduk UMNO yang terdahulu. Walaupun istilah ni pertama kali digunakan oleh Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong pada tahun 2015, terma ni nampaknya dah dihidupkan balik oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, untuk menggambarkan kehilangan sokongan UMNO di kalangan orang Melayu.

GLUB GLUB GLUB. GIF from Giphy.

“Para pemimpin semakin gugup. Mereka tahu rakyat, orang Melayu sendiri, menolak Umno.”- Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti yang dipetik dariThe Malaysian Insight.

Walaupun peranan Mahathir dalam Pakatan dijangka menjadi sebab utama tsunami Melayu ni, antara sebab lain yang terlibat adalah kos hidup yang tinggi, kekurangan pekerjaan, dan masalah ekonomi juga akan menjadi pencetus utama bagi tsunami Melayu. Bercakap tentang sebab utama ni…

2. Pelbagai dakwaan terhadap kerajaan yang semakin banyak dan tak boleh ditutup lagi

Masa laporan pertama pasal 1MDB mula-mula keluar pada tahun 2014 dulu, rakyat Malaysia tak tahu sejauh dan sedalam mana tuduhan pasal rasuah tu akan merebak. Hampir empat tahun lepas tu, kita juga dah tengok sorang pemimpin UMNO ni memfailkan laporan polis terhadap 1MDB di lima negara, seorang Timbalan Menteri dan seorang Peguam Negara dipecat sebab ambik tahu pasal 1MDB, Jabatan Kehakiman AS memfailkan tuntutan undang-undang untuk merampas wang yang dah diambil secara haram dari 1MDB, daaannnnn… Leonardo DiCaprio terpaksa pulangkan balik anugerah Oscar yang diberikan kepadanya oleh seseorang yang terlibat dengan 1MDB.

Nasib baik dia dah ada Oscar sendiri sekarang. Imej dari Know Your Meme.

Tapi, 1MDB bukanlah satu-satunya skandal yang melanda BN sejak lima tahun yang lalu. Dua tahun lepas, ada beberapa soalan dibangkitkan apabila pihak berkuasa tanah persekutuan FELCRA yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen BN, Bung Mokhtar dah membelanjakan RM687 juta dengan membenarkan sebuah projek pembinaan dijalankan. Setahun kemudian, Ahli Parlimen BN, Annuar Musa, digantung sebagai pengerusi MARA sebab didakwa memaksa agensi kerajaan menaja pasukan bola sepak Kelantan. Beberapa bulan lepas tu, syarikat skim tanah, FELDA pula ada buat sebuah pembayaran mencurigakan, yang mengakibatkan penggantungan CEO dan CFOnya.

Sebagai tindak balas kepada skandal ni, pengundi di kawasan Ketereh (kawasan Annuar Musa) dan peneroka FELDA semakin berani menunjukkan rasa tak puas hati mereka dengan BN. Untuk memanfaatkan sentimen ni, salah satu manifesto Pakatan yang dilancarkan pada bulan lepas, berjanji yang mereka akan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat setiap skandal ni dan susun semula pengurusan syarikat yang terlibat.

Ini adalah perkara yang mereka perlukan bagi memenangi pilihan raya ni, terutama sekali bila kita pertimbangkan…

3. BN memang dah semakin kurang popular masa tahun 2013, iaitu sebelum kes 1MDB lagi

Walaupun orang ramai nampak Najib ni sebagai reformis dalam pilihan raya yang lepas, BN sebenarnya masih mengalami kekalahan teruk buat kali pertama dalam sejarah sebab mereka cuma memenangi kurang daripada 50 peratus undi popular. Pada hari ni, kita masih ada PM yang sama, dengan tambahan pelbagai skandal yang takde pada 2013. Perkara ni sedikit sebanyak menerangkan kenapa sokongan untuk BN semakin merosot di seluruh Malaysia, yang dalam masa yang sama dah menyebabkan Pakatan semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Imej dari imgflip

Berdasarkan survey Invoke di mana lebih daripada 200,000 RESPONDEN di seluruh Semenanjung Malaysia terlibat, hanya 29% saja orang Melayu yang sokong BN pada bulan Februari, berbanding 41% pada bulan Disember sebelumnya. Maksudnya, ada pengurangan sebanyak 6% berlaku pada setiap bulan kalau nak dibandingkan dengan Pakatan yang semakin meningkat, iaitu sebanyak 10% pada bulan Disember, dan 14% pada bulan Februari.

Perkara ni turut direkodkan oleh penyelidik lain. Awal tahun ni, Merdeka Centre buat soal selidik terhadap lebih 1,000 responden di Johor, yang dah lama dianggap sebagai kubu kuat BN. Di sana, mereka mendapati sokongan untuk BN di kalangan orang Melayu di Johor jatuh dari 83% pada PRU13, kepada 58%. Tapi sebaliknya, para penyelidik ISEAS-Yusof Ishak Institute dari Singapura meramalkan kalau Pakatan boleh dapat sekurang-kurangnya 35% sokongan Melayu dalam tiga pertarungan penjuru, mereka akan menang sekurang-kurangnya 16 kerusi yang kini masih dimiliki oleh BN.

“Penurunan yang paling ketara (penyokong BN di Johor) adalah daripada pengundi Melayu.” – Pengarah Eksekutif pusat Merdeka, Ibrahim Suffian,  dipetik dari The Malaysian Insight.

Kalau tak percaya, tengok la tudung Pakatan dapat lagi banyak likes berbanding BN. Imej dari Wanny Jibril.

Walau bagaimanapun, kajian Pusat Invoke dan Merdeka hanya memberi tumpuan pada Semenanjung Malaysia. Sebab di Sabah dan Sarawak pula…

4. Sabah and Sarawak mungkin akan bangkit

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh, ada kemungkinan besar yang BN akan kehilangan Sabah dan Sarawak di peringkat persekutuan, walaupun ia akan bergantung pada mereka di peringkat negeri. Katanya, pengundi di negeri-negeri tu semakin kecewa dengan kerajaan disebabkan dasar pilih kasih dan diskriminasi, dan dia percaya yang undi belia akan memberi kesan yang besar terhadap BN.

“Ni bukan soal sama ada rakyat Sabah dan Sarawak yang  kehilangan hak mereka oleh kerajaan persekutuan, tapi sebab rakyat di sini dah dengar banyak perkara. Mereka bimbang dengan apa yang berlaku di KL. “- Harris Salleh, dipetik dari Free Malaysia Today.

Atau, mungkin rakyat Sabah Sarawak ni penat nak bagitahu orang yang mereka sebahagian daripada Malaysia juga? Imej dari twitter

Bukan dia sorang je yang pernah cakap macam tu. Masa tahun 2016, bekas menteri kabinet dan Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal yang menjadi salah seorang daripada anggota UMNO yang ditendang keluar parti tu pun pernah mempersoalkan pasal 1MDB di khalayak ramai. Lepas tu pada tahun yang sama, dia tolak tawaran untuk sertai Bersatu sebab nak buat parti politik sendiri, iaitu Warisan. Walaupun Shafie Apdal dah jelaskan yang Warisan takkan sertai Pakatan, dia sendiri mengesahkan yang rundingan berterusan antara kedua-dua mereka hampir muktamad. Kalau perkara tu tak cukup lagi, beberapa hari lepas, seramai 1,600 orang ahli UMNO keluar parti untuk sertai Warisan.

Kat Sarawak pula, ada ura-ura mengatakan yang mereka nak keluar dari Malaysia, walaupun Ketua Menteri pada masa tu, Adenan Satem menafikan sekerasnnya. Tapi, masih ada yang mengatakan ada tanda-tanda kecewa di negeri-negeri tu, yang dah sekian lama dianggap sebagai sokongan deposit tetap untuk BN. Bekas menteri undang-undang yang kemudiannya jadi ahli DAP, Zaid Ibrahim juga ada buat spekulasi, kalau Pakatan boleh memenangi kerusi yang cukup di Semenanjung, parti komponen BN di Sabah dan Sarawak akan turut menyertai Pakatan dalam PRU14.

Bila kita sebut pasal bank sokongan deposit tetap pulak…

5. Orang bukan Melayu pulak macam mengharapkan Harapan

BERSATU teguh, bercerai roboh. Imej dari FB Liew Chin Tong.

Unjuran data Invoke bagi sokongan untuk Pakatan di kalangan orang bukan Melayu pula mendedahkan yang sokongan pengundi Cina adalah sama seperti tahun 2013, iaitu lebih daripada 80%. Dalam kalangan pengundi India pula, BN ada lebih kurang 60% sokongan pengundi berbanding Pakatan, hanya 40%. Tapi, sokongan terhadap Pakatan nampaknya masih tinggi sebab BN sebelum ni ada 80% penyokong dalam kalangan pengundi berbangsa India. Malah walaupun dengan 40%, Pakatan akan masih mempunyai sokongan yang cukup untuk memenangi kerusi parlimen yang mempunyai penduduk India yang ramai.

Walaupun kumpulan seperti MCA dah suarakan kebimbangan pasal sokongan komuniti Cina terhadap Mahathir, mereka mengakui yang pimpinan Mahathir dalam Pakatan Harapan sangat diterima baik. Pemerhatian ni diberitahu oleh Tun Mahathir sendiri, yang menyatakan keyakinan terhadap pengundi Cina yang menyokong Pakatan walaupun dia memimpin kesatuan tu.

“Saya rasa orang Cina akan menyokong kita … apabila saya bertemu dengan orang Cina, mereka ramah. Mereka lebih mesra kepada saya sekarang berbanding ketika saya menjadi Perdana Menteri. “- Tun Dr Mahathir, dipetik dari Malaysian Chinese News.

“Ingat lagi tak masa awak penjarakan saya selama 18 bulan di bawah Operasi Lalang? Good time, hou? Imej dari Utusan.

Sebab utama pengundi Cina lebih memilih Pakatan berbanding BN adalah faktor ekonomi seperti ringgit yang lemah dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tambahan pula dengan masalah macam salah urus kerajaan, rasuah, dan persepsi MCA sebagai proksi UMNO bermakna pengundi Cina lebih suka Pakatan berbanding BN. Tu tak masuk lagi kes UMNO yang mencabar lelaki terkaya Malaysia, Robert Kuok tu. Ramai yang berpendapat lepas kes tu, lagi la pengundi Cina tak nak sokong BN lepas ni.

6. PAS boleh jadi perkara yang lePAS

Dalam kebanyakan analisis mengenai pilihan raya, PAS secara konsisten selalu je jadi parti politik yang asyik kalah dalam pertandingan tiga penjuru dengan Pakatan dan BN. Contohnya Invoke dah ramalkan yang PAS akan kehilangan setiap kerusi parlimen dan negeri yang mereka ada sekarang, dengan Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan BN. Walaupun kurang pesimis (atau kita boleh kata… PASimistik :P), satu lagi kajian menganggarkan yang PAS akan kehilangan sebahagian besar kerusinya dan Presiden PAS, Hadi Awang akan menjadi salah satu mangsa.

Rasa-rasanya, dia rasa rabak tak lepas tu?

Antara sebab utama kenapa PAS selalu kalah teruk berbanding Pakatan adalah kurangnya sokongan daripada pengundi bukan Melayu yang hanya akan undi masa mereka ni masih lagi sebahagian dari pihak pembangkang. Sejak tu, isu-isu lain macam pengendalian kurang baik terhadap mangsa bantuan banjir, bekalan air bersih, atau pengurusan sisa, serta dasar-dasar pembalakan dan Orang Asli dah menyebabkan sokongan mereka kepada PAS semakin berkurangan.

Selain tu juga, ada ura-ura yang kata  PAS mungkin bekerjasama dengan UMNO. Perkara ni  juga dah menyebabkan masalah dalaman dalam PAS bila ada ahli parti yang anggap mereka mengkhianati kepercayaan pengundi parti tu. Tapi bila kita cakap pasal kekuatan dan halangan Pakatan, sebab PALING UTAMA kenapa PRU14 ni akan menampakkan yang Pakatan membentuk kerajaan baru ialah…

7. Pakatan adalah satu-satunya alternatif lain selain BN

Siapa rasa BN loser angkat tangan! Imej dari FB Pakatan Harapan

Bila kita pertimbangkan semua perkara ni, Pakatan nampaknya dah sedia untuk ambil alih kerajaan daripada BN buat kali pertama dalam sejarah. Dengan krisis ekonomi dan politik dan isu-isu yang tak dapat diselesaikan dengan telus di bawah BN ni, ia akan menjadikan PRU akan datang sebagai masa terbaik untuk perubahan kerajaan. Malah, gabungan Pakatan yang ada sekarang ni juga menampakkan yang inilah pakatan pembangkang yang paling kuat pernah wujud selama ni, dan perubahan kerajaan juga tak mustahil boleh berlaku.

“Kali ni, perpaduan (Pakatan Harapan) lebih baik … Ia bukan 100% sempurna, tetapi ia lebih baik daripada Pakatan Rakyat. Saya yakin kali ini kita dapat kalahkan BN. “- Tun Mahathir, dipetik dari The Malaysian Insight.

Sebagai sebuah kesatuan pembangkang, Pakatan dah membuktikan melalui rekod prestasi yang dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang mereka boleh mentadbir dengan baik. Tambahan pula dengan janji-janji manifesto mereka termasuklah janji untuk menghapuskan GST dan menangguhkan bayaran pinjaman PTPTN, serta pembaharuan institusi seperti had istilah dan mengurangkan kuasa PM. Perkara-perkara ni lah yang menunjukkan mereka mempunyai rancangan tersendiri untuk negara.

Buat masa ni, apa yang penyokong Barisan Nasional (BN) boleh buat adalah berharap yang BN tak kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Malah, kita berharap yang BN masih lagi wujud sementara Pakatan memerintah di mana Pakatan akan bawa banyak perubahan dan kejayaan kepada Malaysia. Semua kejayaan ni pun berlaku sebab BN yang pernah menerajui Malaysia selama enam puluh satu tahun bersama. Lagipun tak dinafikan yang BN dah sumbang macam-macam untuk negara ni, tu pun mungkin kesan dari pengawasan dan perhatian pembangkang selama ni.

Mungkin, visi BN dah tak boleh pakai, dan ni masanya mereka pula jadi pembangkang? Imej dari Astro Awani