Tengok bulan dapat tentukan puasa dengan raya? Ini pandangan ketua ulama dunia!

Penentuan tarikh permulaan puasa dan hari raya menjadi isu yang sering dibincangkan oleh alim ulama dan ahli Astronomi Islam. Kira dorang dah debat tentang benda dari dulu lagi dan ia masih lagi diperdebat hingga kini. Ada yang kata penentuan tarikh tu kena guna cara hisab (kiraan) dan ada juga yang kata kena guna rukyah (cerapan).

Masing-masing ada ada hujah dan nas syarak yang boleh diterima umum, tetapi perkara tu akan mewujudkan perbezaan pendapat dalam amalan dan cara yang digunakan oleh orang Islam seluruh dunia. Dalam erti kata lain, tiada centralized idea dalam menentukan permulaan tarikh dua bulan suci dalam Islam ni. Oleh itu, mari kitorang cerita sikit berkenaan pandangan ulama Dr. Yusuf Al-Qaradawi tentang perkara ni.

Tarikh puasa dan raya mengikut vision Al-Qaradawi

Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Imej dari Middle East Monitor

Sebelum nak mulakan cerita ni, mari lah kami kenalkan serba-serbi tentang Dr. Yusuf Al-Qaradawi ni. Dia merupakan seorang ulama kontemporari (ulama yang membahas mengikut fiqh semasa) yang berasal daripada Mesir. Sekarang ni juga, dia adalah chairman kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia (International Union of Muslim Scholars).

Dia juga sudah mengeluarkan lebih 120 buah buku dalam pelbagai bidang seperti aqidah, sumber hukum Islam (berasaskan Al-Quran dan Sunnah), usul al-fiqh, bidang ibadat, hal ehwal wanita dan banyak lagi. Sumbangan dia kepada dunia Islam hari ni hingga melayakkan dirinya dinobat sebagai tokoh tajdid dan mujaddid kontemporari.

Antara buku dari Al-Qaradawi. Imej dari Facebook

Disebabkan semua tu, Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menjadi rujukan kepada umat Islam di seluruh dunia, tak kisah lah dari negara Islam ataupun daripada luar negara Islam. Oleh itu, dengan segala pandangan daripada dia, kami akan cuba menceritakan berkenaan penentuan puasa dan hari raya mengikut perspektif Ilmu Falak.

Ketika membahaskan tentang kaedah menentukan permulaan puasa dan hari raya, Al-Qaradawi telah merujuk hadis berikut:

“Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari raya) sekiranya melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka sempurnakanlah 30 hari Syaaban,” (hadis riwayat Abu Hurairah)

“Janganlah kamu berpuasa sebelum melihat hilal (anak bulan), dan jangan kamu berbuka (hari raya) sebelum melihat hilal. Jika mendung menyeliputi kamu, maka perkirakan hilal itu,” (hadis riwayat Ibnu Umar)

Dari hadis yang tertera, Al-Qaradawi telah menetapkan cara menentukan awal Ramadhan dan Syawal dengan tiga cara iaitu merukyah hilal (cerap/lihat anak bulan), menyempurnakan bulan Syaaban menjadi 30 hari (istikmal) apabila hilal tidak kelihatan dan yang terakhir adalah mentakdirkan hilal iaitu menggunakan kaedah hisab (pengiraan astronomi atau ilmu Falak).

Tapi kan, macam pening pula segala istilah-istilah ni. Takpe, kitorang cuba terangkan slow-slow. Kita mulakan dulu dari segi ilmu Falak.

Ilmu Falak yang dilengkapi kaedah Hisab dan Rukyah

Lihat anak bulan? Imej dari UtusanTV

Sebelum nak terangkan secara menyeluruh, kitorang nak bagi korang faham dulu apa tu ilmu Falak. Ia merupakan ilmu yang mempelajari tentang posisi benda-benda langit, matahari, bulan, bintang. Ilmu ini juga merupakan perbincangan mengenai jasad-jasad samawi khususnya bulan, matahari, bintang dan planet pada orbit masing-masing.

Senang cerita, zaman sekarang orang panggil ilmu Falak ni sebagai astronomi lah kiranya. Skop bidang Falak ni terlalu luas tau, sebab ia merupakan kajian yang melibatkan alam cakerawala keseluruhannya. Namun, kat Malaysia, skop ilmu Falak khususnya Falak Sya’rie di jabatan-jabatan mufti hanya tertumpu bagi tujuan penyempurnaan sesuatu ibadah je.

Antara bidang yang berkaitan adalah penentuan waktu solat, penentuan arah kiblat, penentuan takwim hijrah, penetapan anak bulan dan gerhana matahari serta bulanMindblowing kan! Kiranya kalau korang tahu ilmu Falak ni, korang memang padu lah cerita dia. Kalau ikut Al-Qaradawi, dia memang lebih cenderung menggunakan ilmu Falak ni.

Hal ini kerana dia melihat jalan penyelesaian untuk menentukan kedua-dua tarikh penting tu sepatutnya menggunakan kaedah hisab (pengiraan) dan rukyah moden (cerapan). Dua kaedah tu pun masing-masing termasuk dalam bidang ilmu Falak. Rukyah ni menggunakan peralatan moden yang sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi bagi menggantikan rukyah dengan mata kasar.

Lukisan abad ke-16 tentang ilmu Falak. Imej dari Magister Ilmu Falak

Namun, hisab pula menggunakan kaedah matematik sehingga menghasilkan perisian astronomi yang memudahkan proses untuk menentukan kedudukan hilal dan matahari ketika terbenamnya matahari. Penggunaan sains dan teknologi sekarang ni pun banyak membantu dalam hitungan astronomi tu sendiri, ia sekaligus mengukuhkan kaedah lama dan dapat menangani keraguan dan kesilapan kaedah rukyah lama (guna mata kasar).

Walau bagaimanapun, teknologi dan sains masa kini masih belum mampu mereka cipta satu kaedah dan peralatan yang mampu merukyah hilal di atas ufuk pada ketinggian yang minima ketika terbenamnya matahari atas faktor cuaca dan persekitaran yang tak menentu. Sebab tu lah Al-Qaradawi menekankan supaya masukkan juga kaedah hisab.

Cuaca tak menentu menyukarkan pemerhatian ilmuan falak. Imej dari Bernama

Semua tu bagi mendapat kiraan yang tepat supaya takde lah nanti orang Islam silap tarikh puasa dengan raya nanti. Tapi kan, segalanya terletak kepada keadaan sesuatu negara tu. Hal ini kerana setiap tempat mempunyai pengalaman hisab dan rukyah yang berlainan disebabkan cuaca dan iklim yang berbeza.

Perkembangan Sains Teknologi dalam ilmu Falak

Teknologi yang semakin membangun? Imej dari AJAR

Ramai ilmuan Islam zaman dulu telah menyumbang kepada penyelidikan dalam bidang Astronomi ni, kesemuanya mengikut kesesuaian perkembangan sains dan teknologi semasa (masa zaman dorang lah). Segala sumbangan ahli astronomi Islam telah memberi kesan langsung kepada ilmu Falak ni. Jangan salah sangka pula, walaupun ilmu Falak ni ada ciri-ciri bidang Astronomi tapi keduanya bukanlah sama.

Sampai sekarang, penyelidikan dalam bidang ni semakin berkembang. Tidak lupa juga dengan teknologi komputer pada zaman sekarang, para ilmuan berjaya memanfaatkannya dengan mewujudkan sistem komputer yang dapat membantu menentukan awal bulan Islam. Ia merupakan ciptaan yang seiring dengan bidang Astronomi moden.

Banyak dah software astronomi yang korang boleh download kat internet sekarang ni seperti Moon Calculator dan Accurate Times yang telah dihasilkan bagi menentukan puasa dan hari raya. Takde lah susah-susah nak tengok langit je kan. Ada juga aplikasi astronomi ciptaan sainstis barat yang agak special seperti Starry Night Pro, Stellarium, Star Calc dan banyak lagi.

Kenapa special? Sebab semua aplikasi tu boleh memberi bantuan kepada para ilmuan Falak untuk melakukan hisab dan hilal dengan ketepatan yang lebih tinggi. Dipendekkan cerita, ia sekaligus memberi manfaat kepada umat Islam yang tak perlu tunggu sampai nampak anak bulan baru nak bagitahu esok puasa. YEET!

Dikala gembira, ada ahli Falak sedang bekerja. Imej dari Sinar Harian

Kita pergi balik kepada pendekatan dan pandangan Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Dia cenderung untuk menggunakan  kaedah hisab sebagai jalan penyelesaian ketidakseragaman kaedah bagi menentukan tarikh Ramadhan dan Aidilfitri. Dalam tulisannya dalam Fiqh Muasir (Fiqh semasa/Fatwa semasa), dia telah menyimpulkan bahawa usaha dalam penyatuan orang muslim dalam puasa dan hari raya adalah dituntut.

Kesepakatan dalam menggunakan kaedah rukyah mahupun hisab perlu dicapai agar tidak berlaku perbezaan hari yang nampak sangat ketara. Ahli Falak dan alim ulama akan terus bermuzakarah (berbincang) dan melakukan penyelidikan dari semasa ke semasa bagi menghasilkan rumusan yang boleh diterima bersama oleh negara-negara umat Islam di dunia.