Agama

Diari seorang Cina bukan Islam berpuasa di bulan Ramadhan [Bahagian 1]

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Pada tahun 2014, aku dah berpuasa untuk dua hari dan aku nak mengaku apa benda lah yang aku buat ni, jadi ia satu proses sukar. Aku nak berterima kasih, ramai tukang komen dari orang Muslim dan bukan Muslim bagi tips yang harapnya dapat membantu selepas percubaan puasa pada tahun 2014. Jadi pada tahun 2015, aku dah bersedia secukupnya untuk berpuasa sepanjang satu minggu.

Tapi aku ubah sikit benda ni untuk tahun 2015…untuk setiap hari puasaku, aku akan berbuka puasa dengan orang yang berbeza. Kali ini, aku akan dapat lebih banyak tips daripada diorang dan mungkin dapatkan pandangan diorang mengenai puasa dan Ramadan. Aku memang berusaha lebih untuk kali ini.

Jadinya, aku nak cerita sikit pasal diri aku untuk naikkan sikit nama CILISOS dan SOSCILI ni:

PASAL DIRIKU: UiHUa
  1. Aku tak boleh hidup kalau tak dapat kopi. Aku minum sekurang-kurangnya 3 cawan kopi sehari.
  2. Aku hisap rokok
  3. Aku terlibat dengan aktiviti teater
  4. Aku selalu makan gula-gula Ricola perisa strawberry
  5. Otak aku berfungsi macam auto-innuendo. Maknanya kalau benda aku sebut tu kotor. Aku akan rasa lain macam.

SKOP PUASAKU

  1. Aku akan berpuasa menurut pemahamanku mengenai puasa dalam Islam: termasuk menjauhi hubungan seksual, menyumpah-seranah orang, memfitnah, menangguh kerja dan berfikir serta berniat buruk.
  2. Aku berpuasa selama tujuh hari – Dari 6 Julai hingga 12 Julai (Isnin dari Ahad).
  3. Aku dapatkan maklumat berdasarkan pemikiran dan pemerhatianku terhadap orang yang aku interviu.
  4. Mungkin ada pandanganku akan berbeza tapi kalau korang ada pandangan lain, cuba letakkan perbincangan dalam komen secara berhemah. Bak kata orang, komen yang murni-murni je. Lagi pun, ni bulan Ramadhan kan?

Isnin, 6 Julai: Bersyukur kerana berpeluang untuk mencuci mulut

1:20am: Pengajaran yang aku dapat dari tahun lepas , mengingatkan aku untuk tapau makanan bagi sahur. Oh yeah!

8:20am: Aku terlajak tidur dan terlepas sahur  -_-

10:30am: Kalau ikut nasihat tahun lepas pasal bau nafas, aku datang ke pejabat dengan persediaan…

Air Colgate tak boleh minum.

12:12pm: Salah seorang penulis sambilan Cilisos waktu itu, iaitu Hanna, dia datang dan berseronok untuk kacau aku berpuasa. Cis!

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

3:27pm: Ini adalah kali kelima aku pergi ke bilik mandi. DARI MANA DATANGNYA SEMUA AIR NI?

6:45pm: Tinggalkan pejabat untuk berbuka puasa dengan Hana (bukan Hanna yang aku cakap awal-awal tadi). Walaupun aku menulis artikel pasal Greece seharian, aku hanya mampu menulis dalam dua ayat je.

7:30pm: Aku tiba di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC), tempat aku berlatih teater. Aku buka sebotol air dan gulung rokok sendiri.

Buka Puasa dengan Hana (bukan Hanna freelancer CILISOS)

Jadi Hana adalah salah seorang pelakon dalam teater Indicinelive!, satu persembahan yang ditayangkan di KLPAC. Sangat menarik untuk tengok orang yang berada dalam jadual kerja untuk ambil masa berbuka kerana aku berada di situasi yang sama. Awal hari ini, Hana ada mesej aku dan bagitahu yang dia tak dapat berpuasa sebab…isu perempuan, tapi dia tetap akan berbuka denganku. Aku tapau makanan sikit, air dan kopi lalu pergi ke KLPAC.

Hana bagitahu yang dia takkan dapat berbuka betul-betul kalau ada latihan teater. Biasanya dia akan tapau makanan dan bedal dalam kereta. Makanan pilihan biasanya adalah KFC dan air. Hana bersahur hanya dengan air (“tapi aku minum banyak betul air. Hee hee”) kerana dia bekerja dalam persekitaran air-conditioned, jadi dia akan jadi lebih kering.

Apabila aku tanya dia pasal perasaan mengenai Ramadhan, Hana cakap yang minggu pertama puasa adalah “feel good week,” yang mana ianya adalah kegembiraan awal untuk memulakan habit yang baik bagi sepanjang tahun serta pergi tunaikan solat Terawih. Tapi bila kawan ajak berbuka sekali dengan mereka, ia akan jadi “kurang Terawih, lebihkan kawan” katanya dengan satu senyuman. Korang takkan dapat tengok senyuman dia sebab dia sorok muka macam gambar di atas.

Selasa, 7 Julai: Buka Puasa dengan Sisa-Sisa

6:50am: Bangun bila dengar alarm yang bising sejak pukul 6:00am. Tak rasa macam nak makan., jadi aku minum air sikit dan sambung tidur.

11:44am: Aku tak rasa sesegar semalam. Tapi kesegaran yang ada itu semuanya tipu. Otak masih tak berfungsi.

2:57pm: Ok lagi untuk kawal dahaga, hisap rokok dan minum kopi, tapi sebenarnya hari ini aku lapar. Nak pasta!

4:32pm: Aku rasa tiap kali aku berjalan, orang akan tertanya-tanya kalau aku pergi hisap rokok senyap-senyap. Memang aku akui, aku rasa “kalau aku minum atau hisap rokok, seorang pun takkan tahu.”

6:38pm: Aku rasa ada benda yang kelakar. Makin dekat dengan waktu berbuka, makin kurang minat nak makan. Memang pelik.

6:43pm: Tinggalkan pejabat lebih awal berbanding orang lain untuk berbuka. Takde siapa pun bertanya. Ianya satu benda yang baik. Suka.

7:20pm: Aku bertemu dengan Aiman dekat mamak berdekatan KLPAC untuk berbuka puasa.

Buka Puasa dengan Aiman

Aku berlakon dengan Aiman dalam satu dari empat short plays dalam teater Sisa-sisa. Kami tak ada masa yang cukup kerana waktu latihan akan bermula pada pukul 8 malam. Cara Aiman berbuka puasa lebih kurang macam aku je, tapi dengan sebab yang berbeza. Dia taknak ambil makanan yang berat terus, sebaliknya memulakan dengan air, kurma dan kuih, katanya “hanya untuk rasa je”. Dia akan makan betul-betul antara pukul 10 hingga tengah malam.

Aiman cakap, dia tak nak jadikan badannya lebih stress dengan makan banyak selepas berpuasa, dia juga mengingatkan yang berpuasa tak patut seseroang tu tertunggu-tunggu dan berkira-kira masa sampai berbuka.

“[Puasa] tak patut diterangkan dalam kiraan masa. Jika anda mengira jam, maka ia tak bermakna…Puasa anda, tapi awak menunggu waktu berjalan. Ianya tak memberi makna.”

Baginya, Ramadhan adalah masa untuk muhasabah diri – suatu masa untuk memulihkan diri dan melakukan sedikit perubahan pada diri sendiri dan dunia tanpa mengganggu orang lain. Ia adalah peringatan bagaimana seorang Muslim akan jadi untuk sepanjang tahun itu…ianya semacam peringatan untuk menjaga mereka dari sesat. “Ianya satu cabaran diri,” katanya.

Rabu, 8 Julai: “UiHua sedapnya”

1:44am: Aku terlalu penat untuk kerja, puasa dan latihan yang buat aku terbaling charger atas Magic trackpad-ku. Sekarang namanya Magic Crackpad.

6:30am: Lepas secara tak sengaja mengikut tips Hana untuk bersahur dengan air sahaja semalam, aku nampak yang ianya sangat sesuai denganku. Lagi pun, tak makan dan tak merokok mudah untuk dikurangkan…terutamanya bahagian merokok tu.

11:00am: Aku sedang menyiapkan artikel pasal Greek yang memakan masa tiga hari setengah. Nak dibandingkan dengan tahun lepas, aku kurang terkesan secara fizikal tapi kekuatan fokusku memang sangat terganggu.

3:13pm: Lydia (staf CILISOS) makan McDonald’s. Benda pertama yang dia cakap “Mmm…UiHua sedapnya”. Aku tahan diri dari cakap benda-benda mencarut.

6:40pm: Trafik sangat s**t! Aku sangat mengagumi orang-orang Islam yang boleh melalui Ramadhan dengan kesesakan trafik tanpa batalkan puasa. Aku rasa aku menyumpah lagi banyak dari semua sumpahan yang ada dalam tujuh buku Harry Potter.

7:15pm: Aku bagitahu Omar untuk belikan KFC yang sepatutnya aku dapat, tapi sebab kesesakan trafik $%^&$%#$.

Buka Puasa dengan Omar (dan tetamu isitmewa)

Dalam perjalanan, aku bertembung dengan Joe Hasham dan Faridah Merican (legenda teater dan pengasas KLPAC) yang berbuka puasa dengan sebahagian staf dan pelakon. Omar terganggu sikit (atau mungkin aku yang buat) dan berakhir dengan aku menemu ramah Faridah.

Faridah cakap untuk Sahur, dia akan minum segelas air suam dan panas pada pukul lebih kurang 5am dan masak makanan kalau dia rasa nak makan. Dia selalunya berbuka buasa dengan segelas air panas dan sebiji kurma, diikuti dengan sama ada makanan yang dimasak sendiri atau makanan yang dibeli atau makan disalah satu dari dua restoran di kawasan KLPAC. Dia bagitahu yang mereka akan makan makanan ringan, tapi Joe akan minum Nescafe O lepas tu.

Waktu ni Joe mengganggu perbualan dengan bertanya kepada Faridah kalau dia nak kopi. Faridah menggangguk, pandang balik kepadaku dan berkata “Tengok?”

Apabila aku bertanya kepadanya apa yang paling dia suka sangat berkaitan Ramadhan, Faridah cakap yang dia tentu sekali cintakan bulan Ramadan kerana “aura ketenangan yang dikurniakan”. Sementara itu, dia tak sokong untuk lihat aspek negatif Ramadhan yang mungkin ada, tapi ianya “lebih baik kalau kita boleh ambil keindahannya – terutamanya bila anda mendengar seruan azan di masjid”.

“Ianya menjadi seronok bila dekat dengan hari Raya dan mendengar lagu raya. Walaupun anda seorang yang pentingkan diri, anda tak boleh bantu diri anda tapi mendengar lagu-lagu dan merasa nostalgia pasal ibu, ayah, adik-beradik…sebahagian dari mereka yang dah tak ada lagi.”

Khamis, 9 Julai: Kesesakan trafik patut diharamkan ketika Ramadhan

6:45am: Aku sekarang ada simpan sebotol air dalam bilik, jadi bila bangun, minum air sikit dan sambung tidur. +1 poin Puasa.

6:47am: Selamat malam.

9:50am: Aku terlajak tidur. Terkejar-kejar nak pergi kerja buat aku terasa haus.

11:20am: Hari ini agak mudah sebab dah siap artikel Greek tapi masih mencari-cari dekat mana nak buka puasa malam ini. Aku berjumpa dengan Ridwan, seorang yang ringan tangan untuk membantuku menukar tayar pancit sebulan yang lalu.

12:00pm: Aku susun masa untuk berjumpa dengan Ridwan berdekatan tempat kerja di The Mines.

1:24pm: Menyertai krew CILISOS makan petang di IKEA. Ia sangat menggoda sebab aku dah lama tak makan di sana, aku hanya merenung meja -_- Lydia (staf CILISOS) datang dengan satu bekas makanan dan cakap “Eh, UiHua, order dulu lah!” Dua kali. Grrr. Tapi, dia baru teringat yang aku puasa dan memohon maaf. Hahaha.

1:28pm: Sejujurnya, bau makanan lebih menggoda berbanding rupanya. Lagi-lagi sos marinara milik Hans (staf CILISOS)

4:08pm: Mereka buat kopi…Lepas tu salah seorang intern (Letitia) tanya kalau aku nak. (╯°□°)╯︵ ┻━┻

7:55pm: Lepas tersangkut dalam trafik hampir 2 jam untuk berjumpa Ridwan, aku boleh simpulkan yang aku akan batal puasa setiap kali aku memandu.

Mana ada Drive Thru depan tu.

Grrrrr….

Buka Puasa dengan Ridwan

Mengenang balik memori bulan Mei dulu, aku dan Hans (staf CILISOS) dalam perjalanan pulang dari Palace of The Golden Horses lepas sertai pelancaran Parti Ikatan Bangsa Malaysia. Nampaknya ada sekeping besi menyinggah di tayar. Aku berhenti tepi untuk tukar tayar, tiba-tiba Ridwan pun turut berhenti dan tolong aku.

Aku bertemu dengan Ridwan di Nando’s (dia berbuka dulu dengan dua botol air sementara tunggu aku, minta maaf sangat!) hingga selesai makan, kemudian kami keluar untuk hisap rokok. Baru aku tahu rupanya dia berasal dari Negeri Sembilan dan dia baru sahaja lima bulan di sini. Ridwan cakap yang dia akan buka puasa dengan berdoa. Seterusnya, dia akan makan kurma atau kismis dahulu serta air dan bertahan hingga lepas solat Terawih. Barulah dia makan nasi. Untuk Sahur, dia makan nasi atau apa-apa makanan berat.

Kami bersembang pasal elemen-elemen puasa macam strategi untuk bagi kekuatan melalui seharian puasa (baca Quran dan solat) serta ada satu malam dalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan iaitu Lailatul Qadar. Malam yang mana “kebaikan satu malam lebih daripada seribu bulan,”. Kita juga boleh lakukan kerja amal untuk kawan-kawan dan ahli keluarga yang tak mampu berpuasa.

Satu benda yang dia sebut pasal Ramadhan, ramai orang laju je beli barang-barang yang tak diperlukan waktu ini – sama je lah dengan pembaziran. Terutamanya ia boleh dilihat di bazar Ramadhan, di mana ramai orang “lapar, lihat, beli”. Ridwan cakap yang puasa sepatutnya menjadi peringatan untuk orang yang kurang bernasib baik…mereka yang tiada makan dan minum.

“Perbezaannya kita dapat berbuka puasa dengan makanan dan minuman yang bagus. Orang miskin tak.”

Nantikan sambungan kedua diari puasa ni…

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend