Ibrahim Pendek: Anak Melayu pertama jejak dunia Hollywood

Baru-baru ni, berita termuncul bahawa pelakon Malaysia dari Sarawak, Henry Golding, bakal mengganti pelakon British Daniel Craig sebagai watak perisik terkenal, James Bond. Namun, walaupun khabar itu telahpun dilaporkan oleh beberapa sumber berita seperti Astro Awani, New Straits Times, dan Metro UK, bintang filem Crazy Rich Asians itu masih berdiam buat masa sekarang.

Kalau Michelle Yeoh pernah berlakon sebagai ibu Henry Golding dalam Crazy Rich Asians, dan kekasih James Bond dalam filem Tomorrow Never Dies, maksudnya kalau Henry Golding jadi James Bond… Imej dari Astro Awani.

Tapi kali ni Soscili bukan nak cerita pasal Henry Golding (korang boleh baca pasal dia dalam artikel kita sebelum ni). Kitaorang nak cerita pasal pelakon lama zaman dulu-dulu yang pasti bila sebut nama dia je mesti korang ingat kan. Malah, dia merupakan seorang anak Melayu dan anak seni yang dah pernah berlakon sampai Hollywood waktu awal-awal kemunculan industri filem kat Malaysia. Tapi siapa dia ni?

(Psst… kalau korang minat baca cerita-cerita sejarah yang tak diketahui, join la group Salam Sejarah-tera kitorang kat Fesbuk!)

Kisah Ibrahim Pendek, seorang buruh yang terus menjejak kaki ke dunia perfileman

Eh kucing ni jadi tokey? Imej dari Giphy

Korang layan tak cerita lama dulu-dulu? Cerita P.Ramlee ni kalau tengok banyak kali pun mesti kita terhibur lagi kan walaupun kita dah hafal dah jalan cerita tu macam mana. Punyalah torbaik kualiti filem dulu-dulu walaupun waktu tu hitam putih je yang ada.

Dulu Soscili dah pernah cerita kat korang pasal 8 Bintang Filem Klasik di Zaman Kegemilangan Filem Melayu yang Dikenang, dan salah seorang anak seni yang akan diceritakan dengan lebih mendalam lagi tergolong dalam artikel yang sebelum ni. Cuma kali ni lebih dekat dan mendalam lah supaya korang betul-betul kenal dan hargai lakonan dia. 

Anak seni dan pelakon yang akan diceritakan ni orang kenal dia sebagai Ibrahim Pendek. Nama sebenar dia bukanlah Ibrahim Pendek, tu cuma nama glamour je. Nama sebenar dia Ibrahim bin Hassan dan berasal dan dibesarkan dari Kampung Simpang Empat, Taiping, Perak. Dan kalau sekarang dia masih hidup, umur dia sekarang dah 87 tahun. Jadi kalau kita buat kira-kira matematik kat sini, dia lahir pada tahun 1932.

Ibrahim Hassan. Imej dari Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia

Disebabkan tubuh badan dan fizikal dia yang kecil molek, dan mempunyai ketinggian hanya 130cm, sebab tu dia digelar dan dipanggil sebagai Ibrahim Pendek. Comel kan? Dan dia tak pernah rasakan itu sebagai kekurangan dia tapi dengan aspek yang macam tu lah jadikan dia popular.

“Walaupun saya lahir pendek dan berbeza dari orang lain, saya tidak benarkan ia menjadi sebagai halangan. Dengan kejayaan yang saya dah capai, saya dah cukup bangga dan gembira. “– Ibrahim Pendek, sumber dari New Straits Times. 

Waktu sekolah dulu, dia sangat aktif dan banyak sertai aktiviti sukan berbanding dengan kawan-kawan dia yang lebih tinggi dari dia. Jadi siapa-siapa yang kecil molek tu jangan cepat rasa rendah diri tau, tunjukkan bakat korang!

“Hidup saya akan jadi tak seronok dan tak tentu arah kalau saya asyik fikir dan tak bersyukur dengan fizikal saya. Daripada kagum dengan orang lain, saya pilih untuk melihat sisi positif dalam hidup saya dan gunakan kelebihan dan kekuatan saya untuk berikan kebahagiaan bukan untuk diri saya saja tapi untuk orang lain juga.” Ibrahim Pendek waktu interview pada tahun 1962 sumber dari New Straits Times.

Sebelum dia masuk dalam dunia lakonan dan seni, dia sangat berdikari. Umur 17 dah bekerja sebagai buruh di ladang sayur kat Cameron Highlands. Lepas tu, waktu dia dengan kawan-kawan dia tengah bercuti kat Singapura, Run Run Shaw terserempak dengan dia. Run Run Shaw ni pemilik syarikat produksi Shaw Brothers dan Malay Film Production Studio.

Hai! Sayalah Run Run Shaw tu. Imej dari Mubi.

Run Run Shaw ni pun tertariklah dengan bentuk fizikal dia dan jemput dia buat audition dekat Studio Jalan Ampas, Singapura. Dan dalam audition tu dia berjaya dan melayakkan diri dia untuk jadi pelakon disebabkan bakat dia dan dia ni pandai melawak. Dan sejak dari situlah dia jadi aktif berlakon dan popular dalam dunia perfileman ketika itu.

Sebab tak dapat visa, kariernya di Hollywood terhenti

Hah? Kena berhenti? Imej dari Giphy

Untuk siapa-siapa yang pernah tengok cerita Panggilan Pulau, mesti korang perasan kan kemunculan dia dalam cerita tu. Waktu tu tahun 1954, di mana dia dipanggil untuk berlakon dalam cerita tersebut yang dia berlakon sekali dengan pelakon hebat yang lain macam P.Ramlee, Latifah Omar dan Normadiah. Dari cerita tu lah nama dia kerap disebut oleh masyarakat Malaya ketika itu sebab dia pandai mainkan watak yang dia kena lakonkan tu.

Lepas dari cerita tu, dia jadi popular dan banyak berlakon dalam filem-filem dan cerita-cerita lain dan dia juga bekerja dengan pelakon lain yang handal. Dia juga ada mengaku yang dia tak reti pun berlakon tapi disebabkan bakat melawak yang dia ada tu, lakonannya jadi lagi senang.

Dan lepas dari filem tu hits dan meletup, dia banyak terima tawaran lakonan sebelum dia diambil oleh pihak Universal International. Waktu tu dia tengah berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, dan kebetulan pihak Universal International, Hollywood tengah buat lawatan kat Studio Jalan Ampas. Jadi bila tengok babak-babak lakonan tu, dia tertarik dengan lakonan Ibrahim Pendek dan offer Ibrahim untuk berlakon sebagai pembantu doktor dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962 yang dilakonkan juga oleh Rock Hudson dan Burl Ives.

Cerita The Spiral Road tu. Imej dari Wikipedia

Menerusi tawaran lakonan Hollywood tu, dia dah pecahkan sejarah yang jadi pelakon Melayu pertama yang berlakon dalam filem Hollywood. Dan dia juga ada terima offer lakonan filem Hollywood lain. Tapi malangnya, tanpa sebarang sebab yang sahih pihak produksi filem kat sana menolak untuk perbaharui visa kerja dia dan dia pun terpaksa pulang ke tanah air untuk menyambung karier seninya.

Lepas dia balik tu, banyak tawaran yang dia dapat. Dan dia pun teruskanlah berlakon dan pandang ke hadapan tanpa meratapi apa yang dah jadi. Antara filem-filem yang dia pernah lakonkan adalah Pendekar Bujang Lapok (1959), Lela Manja (1960), Nasib Si Labu Labi (1963), Penyamun Tarbus (1981) dan filem Melanchong Ka Tokyo (1964) merupakan filem pecah panggung dan lebih 20 filem lain.

Antara babak lakonan Ibrahim Pendek dalam Ali Baba Bujang Lapok. Imej dari Arkib Negara

Sebab kesihatan dia terus menyepi

Lepas Malay Film Production Studio tutup pada tahun 1967 atas sebab banyaknya filem-filem asing dan dah ubah citarasa penonton, jadi produksi tu mengalami kerugian. Jadi lepas dah tak dapat tawaran berlakon lagi, dia pun buat keputusan untuk buat business dan buka kedai baju dekat Geylang Serai Singapura tapi business dia tak maju dan dia terpaksa tutup dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk jadi pelakon bebas. Tuah masih menyebelahi dia dan dia berjaya berlakon dalam filem tempatan sehingga tahun 1992.

Disebabkan tahap kesihatan dia makin merosot, dia pun habiskan masa dia dengan jual makanan dekat dengan rumah dia di Cheras. Dan kehidupan dia agak susah lepas tu. Yelah dulu bukan macam sekarang, berlakon pun dapat bayaran cukup-cukup je. Dia ada juga ditawarkan untuk berlakon, tapi dia tolak sebab dia dah tak sihat.

Ada siapa-siapa nak beli tak? Saya jual ni. Imej dari Giphy

Apa yang menyedihkan lagi, bila semua orang semua gembira berhari raya, dia meninggal dunia waktu tu pada 25 November 2003 dan sempat berlakon dalam telemovie terakhir dia iaitu Selamat Hari Jadi Abah.

Lepas dia meninggal, kehidupan keluarga dia bertambah susah dan anak dia ada bagitahu yang ayah dia tak ada tinggalkan apa-apa jadi dia terpaksa bersusah payah untuk menyambung kehidupan ditambah lagi dengan bilangan keluarga yang ramai.

Pelakon legend sekarang ada juga beraksi di pentas antarabangsa. Korang tahu tak siapa?

Hello kitaorang dah popular dah. Imej dari Giphy

Korang jangan tak tahu, Ibrahim Pendek ni nama dia dah tersenarai sebagai tokoh lakonan kat Arkib Negara tau. Bukan biasa-biasa ye. Memandangkan Ibrahim Pendek ni merupakan pelopor pelakon Melayu yang dah berlakon dalam filem Hollywood, sekarang ni ada juga pelapis dia yang dah bawa nama dalam lakonan antarabangsa. Tapi diaorang ni legend-legend dalam dunia lakonan dan perfileman lah.

Kalau kita lihat diaorang ni, diaorang sangat berkredibiliti dalam lakonan diaorang. Kalau ada je diaorang yang berlakon, confirm filem dan cerita tu akan jadi best. Nak tahu tak siapa?

Okay, antaranya macam Dato Michelle yeoh, Dato Rosyam Nor dan Tiara Jacquelina.

Dato Michelle Yeoh. Imej dari The Verge

Dato Michelle Yeoh ni bina nama dia waktu dia menang Miss Malaysia pada tahun 1983. Kitaorang pun tak lahir lagi tau. Mungkin dia lahir-lahir dah cantik dan bekebolehan? Lepas tu dia mulakan karier seni dan lakonan dia dekat Hong Kong. Dan dah banyak filem la yang dia berlakon. Ha sebelum tu, kalau korang tengok cerita Crazy Rich Asian, dia juga ada berlakon tau. Siapa yang tak tengok lagi, kena tengok okay. Dan lepas tu, dia ada berlakon dalam filem Hollywood contohnya macam Kung Fu Panda dan Mechanic: Resurrection.

Siapa yang cakap pasal aku tu? Imej dari Twitter @IamRosyam

Siapa dah pernah pergi ST Rosyam Mart? Apa yang best ye kat situ?

Kalau tengok Rosyam Nor ni banyak benda yang dia boleh dan dah buat. Ramai yang kagum dengan dia sebab dia berkebolehan dalam banyak aspek. Kira multitask lah. Dan untuk siapa yang tak tahu, dia juga ada berlakon dalam filem antarabangsa, berlakon dengan Rajinikanth. Tajuk cerita tu Kabali. Cerita tu ada lawan-lawan waktu tahun 2016.

Tiara Jacquelina. Imej dari Top10Malaysia

Kalau korang masih ingat lagi cerita Puteri Gunung Ledang, mesti terus terbayang-bayang keayuan dia. Filem tu pun pecah panggung sampai orang overseas pun tengok. Dan filem tu tercalon dalam anugerah Oscar. Tahu tak anugerah Oscar tu bukan yang calang-calang tau. Lepas Ibrahim Pendek, dia pun berlakon dalam filem Hollywood waktu tu tahun 1995 dalam cerita Beyond Rangoon. 

Jangan biarkan filem lama terus hanyut

Sebenarnya industri filem kat Malaysia ni dah banyak naikkan ekonomi negara, tapi kita jangan lupa pula filem-filem yang dulu ni lah yang menerajui perkembangan industri filem kat Malaysia yang di pelopor oleh Tan Sri P Ramlee. Pelakon-pelakon lama ni lah yang bantu kembangkan industri filem dan janganlah kita terus lupakan dan ketepikan mereka sebab jasa merekalah industri filem Malaysia berjaya. Tak lupa juga filem Melayu klasik ni mempunyai kualiti yang tinggi dan dah bantu bawa negara Malaysia lebih jauh pada ketika dahulu.

“Allahyarham Tan Sri P Ramlee idola saya dan idola kepada jutaan orang lain. Beliau adalah ‘tanda’ kepada golongan seni yang tinggalkan bakti kepada masyarakat dengan karya yang berjiwa dan bukan hanya hiburan semata mata. Ceritanya dekat dengan jiwa masyarakat, lawaknya tembus ke hati dan sedihnya menusuk kalbu setiap orang.” – Rashid Sibir, pengarah filem sumber dari BH Online.

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)