Agama

Apa yang rakyat Malaysia fikir pasal Hudud? 7 individu bagi jawapan ikhlas

(Nota: Imej di atas adalah hukuman sebatan yang dijalankan di Acheh. Baca di sini untuk berita lanjut.)

Tahun lepas, pindaan ke atas undang-undang syariah Kelantan telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan sendiri. Tapi kelulusan kerajaan negeri ni hanyalah peringkat pertama, sebab mereka masih kena dapatkan kebenaran daripada Parlimen.

Hudud guy

Imej asal dari Malaysiakini.

Peringkat kedua telah dimulakan minggu lepas apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU Persendirian sebab Hadi bukan seorang menteri kabinet) sewaktu sidang Parlimen pada 26 Mei. Maka ramailah yang kecoh sebab UMNO dilihat seperti bekerjasama dengan PAS dengan membenarkan pembentangan ini dipercepatkan walaupun banyak pihak dalam BN sendiri yang tak bersetuju, tak kurang juga pihak UMNO sendiri yang memperlekehkannya.

PAS dan PM Najib sendiri ada menyatakan yang perbentangan ni bukannya pasal Hudud, tapi pasal kuasa mahkamah syariah di Kelantan. Namun begitu, masih ramai yang risau ia akhirnya masih akan membawa kepada perlaksanaan Hudud di Malaysia.

Jadi kami tanya orang ramai tentang apa yang mereka fikir pasal Hudud

Kami tanyakan beberapa soalan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang mereka tahu, apa yang mereka fikir, dan samada mereka sokong Hdud ataupun tak. Kami interview 15 orang individu di kawasan Lembah Klang, 3 daripadanya adalah non-Muslim. Dan ini rumusan ringkas:

  • 8 kata ‘ya’, 5 kata ‘tidak’, dan 2 lagi yang tak termasuk dalam ‘ya’ atau ‘tidak’
  • Kesemua 3 non-muslim kata ‘tidak’

Tapi apa yang lebih menarik adalah jawapan terperinci yang diberikan, dan ini merupakan 7 daripadanya…

1. “Siapa yang akan duduk dalam Majlis Hudud? Harapnya mereka pilih seorang yang dan adil dan tidak ekstremis” – Ali

Sokong Hudud: Ya, tapi bersyarat

JediHighCouncil

Imej hanyalah untuk ilustratsi, daripada Star Wars Wikia.

Ali mengatakan yang Hudud adalah undang-undang yang diturunkan Allah melalui Al-Quran dan hadis. Ia berasal daripada perkataan ‘had’, di mana hudud mengenakan had dan menghalang manusia daripada melampaui batas.

“Sebagai contoh, kereta saya pernah kena pecah masuk beberapa tahun lepas sewaktu solat Jumaat. Saya hilang semuanya. Dalam sebulan lepas tu, mereka dapat tangkap penjenayah tersebut.

Apa yang dia dapat? 7 bulan penjara. Tapi saya kehilangan harta intelek (time tu takde Google Drive/Dropbox), gaji, kena tanggung interest daripada bank, dan sebagainya.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Kalau hudud dilaksanakan, saya boleh maafkan dia (takkan saya sanggup nak tengok dia potong tangan kan) tapi mengikut undang-undang, dia kena bayar balik semua kerosakan yang dia dah lakukan.”

Dalam masa yang sama, Ali juga khuatir akan kefahaman kita tentang Hudud serta kemungkinan ianya akan disalahgunakan:

“Ada banyak syarat yang perlu dipenuhi sebelum undang-undang tersebut dilaksanakan kepada seseorang, terutamanya hukuman mati. Syarat dia punyalah detail, hampir mustahil untuk sesiapa pun dijatuhkan hukuman mati. Samalah dengan pencuri – kalau seseorang mencuri sebab dia ada anak yang lapar, dia tidak akan dihukum sebaliknya perlulah dibantu masyarakat (bagi kerja, dsb).

Satu lagi yang saya risau adalah penyalahgunaan kuasa. Melihatkan macam mana kerajaan menguruskan negara, perlaksanaan hudud boleh (dan akan) membawa kepada kemusnahan.

2. “Boleh tak kerajaan tak campurkan Hudud dengan politik?” – Jo

Sokong Hudud: Ya, tapi bersyarat

ReligionPolitics

Imej dari CatholicinBrooklyn

Bagi Jo, dia menyokong Hudud asalkan ianya diteliti terlebih dahulu memandangkan kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T akan kerosakan kepentingan masyarakat umum (berzina, menuduh orang berzina, minum arak, mencuri, murtad, merompak dan memberontak).

Tambah Jo lagi, dia sendiri adalah seorang yang khilaf jadi Hudud sudah tentu akan mempengaruhi hidupnya sehari-hari tapi ke arah kebaikan. Namun satu benda yang buatkan Jo risau pasal perlaksanaan ini adalah…

“Boleh tak kerajaan tak campurkan Hudud dengan hal-hal politik sampah mereka?”  

3. “Quran datangnya daripada Tuhan, tapi undang-undang di dalamnya dilaksanakan oleh manusia” – Maryam

Sokong Hudud: Hanya intipati Hudud, bukan perlaksanaannya

478354

Menurut Maryam, takde masalah pun untuk kita menerapkan unsur-unsur Islam dalam sistem perundangan dan pentadbiran, sebab dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi kita dah mengamalkannya. Contohnya adalah Undang-undang Laut (rujuk fail PDF) dan juga Batu Bersurat Terengganu.

“Undang-undang laut Melaka pada dasarnya adalah undang-undang Islam yang telah membawa kepada pentadbiran maritim yang baik, membuka jalan kepada perdagangan dan memajukan Melaka. Bila Hudud dilaksanakan macam tu, saya ok.”

batubersurat01

Tapi apa yang merisaukan Maryam adalah macam mana ia dilaksanakan dan siapa yang akan mentafsirkan Hudud, nak lagi jika Hudud digunakan untuk tujuan politik.

“Saya khuatir dengan orang yang berkata hanya “orang berilmu” sahaja yang boleh bercakap tentang Hudud dan hanya mereka ada kuasa untuk menekankan pemahaman mereka kepada Muslim. Ini akan membuka jalan bagi penyalahgunaan kuasa. Semua orang berhak bersuara tentang undang-undang yang melibatkan mereka.”

Dia juga mempersoalkan sokongan PAS terhadap cara Arab Saudi melaksanakan Hudud, satu negara di mana kanak-kanak dikahwinkan terlalu awal dan wanita tidak mempunyai hak untuk mengundi. Selain itu, dia juga membangkitkan isu keadilan:

“Adakah kerabat diraja dan ahli politik akan tertakluk di bawah undang-undang hudud yang sama? Jika tidak, adakah ia adil? Undang-undang yang tidak adil akan membawa kepada pentadbiran yang korup.”

Dan bersembang pasal keadilan, bukan Maryam sorang je yang tertanya-tanya pasal hal ni…

4. “Adakah Hudud akan dilaksanakan secara adil kepada semua?” – Mardhy, Farhan

shutterstock_Symbol-of-law-and-justice-1

Sokong Hudud: Tidak (Mardhy), Ya (Farhan)

Kedua-dua individu ni mungkin berbeza pendapat tentang samada Hudud perlu dilaksanakan atau tidak. Tapi kedua-duanya tertanya-tanya, adakah Hudud akan dikuatkuasakan kepada semua orang?

“Corruption yang berlaku sekarang dengan Bank Negara, 1MDB, duit curi, menjadikan negara miskin dan sekarang ni saya pulak yang kena bayar cukai lebih.

Jadi kalau Hudud dilaksanakan, yang curi duit rakyat tu akan kena potong tangan tak? GST akan dimansuhkan tak?”

Bagi Farhan yang menyokong perlaksanaan Hudud, dia pun ada persoalan yang sama.

“Adakah undang-undang ini tertakluk kepada semua orang termasuk Agong.”

Dr MAZA sendiri mengulas hal ni dengan lebih lanjut:

5. “Rakyat Malaysia ni faham ke pasal Hudud?” – Nur

kesian-picard

Sokong Hudud: Ya

Bagi Nur, Hudud adalah satu konsep menyeluruh yang boleh memberi manfaat kepada semua golongan Islam dan bukan Islam. Tambah Nur lagi, ramai yang tak berapa faham akan konsep, amalan, serta undang-undang ni untuk siapa.

“Hudud bukanlah sekadar ‘mata dibalas dengan mata’ dan ‘tangan dibalas dengan tangan’. Konsep dan pengertian Qisas (mata dibalas mata) boleh melindungi mereka yang tidak bersalah. Dan takzir (hukuman oleh hakim), membenarkan hakim untuk mempertimbangkan samada hukuman perlu dikuatkuasakan atau tidak.

DAN yang paling penting, kalau ada FAKIR MISKIN di negara tersebut, Hudud TAK BOLEH dilaksanakan. Masyarakat perlulah berada di satu tahap di mana semua orang ada keperluan yang cukup, supaya tiada sebab pun untuk mencuri atau melacur.”

6. “Ia mungkin akan di(salah)gunakan terhadap aktivis dan pemimpin parti pembangkang” – Sim

silenced

Sokong Hudud: Tidak

Sim kata, dia lebih risau akan kerajaan yang jarang tetapi janji bila melaksanakan apa benda pun. Contohnya bila GST hendak dilancarkan, kerajaan janji yang rakyat akan kurang bayar cukai, tapi tahun ni kata hasil kutipan berganda pulak. Kalau kurang bayar, macam mana kutipan boleh berganda? Begitu jugak dengan janji nak mansuhkan Akta Hasutan.

“Saya risau jika (a) apa-apa yang kerajaan janjikan tak sama dengan perlaksanaan sebenar dan (b)  undang-undang akan digunakan terhadap pemimpin parti pembangkang dan juga aktivis.

Setakat ni, apa-apa perubahan terhadap agensi kerajaan telah membawa kepada serapan badan tersebut ke dalam jabatan Perdana Menteri, yang mana melanggar prinsip pengasingan kuasa yang sangat penting terhadap demokrasi. Jadi semakin banyak perubahan yang dibuat oleh kerajaan, semakin hampir kita kepada sistem kerajaan bersifat totalitarian.”

7. “Non-Muslim akan berasa takut untuk mendekati Islam” – Nadia

Imej dari AscertainTheTruth.

Imej dari AscertainTheTruth.

Sokong Hudud: Tidak

Sebenarnya kami kat SOSCILI/CILISOS kagum jugak sebab kebanyakan orang yang kami interview memang banyak pendapat masing-masing. Tapi kami juga sangat menghargai kejujuran yang ditunjukkan Nadia apabila dia beritahu yang dia tak tahu sangat pasal hukum Hudud.

“Saya tak tau sangat pasal Hudud, melainkan ia membenarkan hukuman seperti potong tangan kalau seorang Muslim ditangkap mencuri serta sebatan dan rejam untuk jenaya-jenayah lain di bawah undang-undang Syariah.”

Kata Nadia lagi, dia merasakan yang hukuman yang dikenakan Hudud extreme sangat untuk dijadikan penyelesaian terhadap jenayah.

“Perlaksanaannya akan membuat kacau-bilau dalam masyarakat. Non-Muslim akan takut untuk mendekati Islam. Yang Muslim pun akan takut jugak.”

Kita perlukan lebih perbincangan terbuka – dan bukan pasal Hudud je

ThinkstockPhotos-160231452-580x386

Imej dari Emagister.

Seperti yang kami kata tadi, RUU Persendirian yang Hadi Awang bentangkan tu adalah berkaitan dengan kuasa mahkamah syariah di Kelantan, tapi sekarang ni tiba-tiba perhatian teralih kepada Hudud. Alang-alang dah bukak topik, elok jugak kalau kita buat perbincangan dengan hati yang terbuka mengenai hudud sambil mendalami topik ini dengan lebih lanjut. 

Screenshot dari Facebook.

Screenshot dari Facebook.

Status Facebook kat atas ni mengajak non-Muslim dan golongan sekular untuk memahami dulu undang-undang Hudud sebelum nak komen.

Dan bagi yang Muslim pun boleh pakai prinsip yang sama bila bersembang sesama Muslim ataupun bukan Muslim. Macam tak syok kalau bila kena tanya je kita jawab dengan “Eh ni agama aku apa kau sibuk”, tak pun “Aku tak tau tapi jangan disoal!”. Sebaliknya, kan lagi manis kalau kita semua boleh berbincang dengan tenang dengan hujah yang berasas :)

(This post is co-written with the good folks from CILISOS, click here to read the English version.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend