- 203Share sekarang!
- Email5
- Facebook198
- Share
Tak kisah la korang duduk negeri mana pun, mesti korang pernah nampak kedai Nanostix kan? Ia adalah antara jenama vape yang paling popular di negara kita sampailah ramai orang (termasuk penulis ni sendiri) yang ingat ni adalah jenama luar negara.
Tapi rupa-rupanya, jenama ni diasaskan oleh seorang anak jati Kedah pada tahun 2017, dan kini telah menjadi pengeluar vape terbesar di Malaysia dan juga Asia Tenggara.
Tertarik dengan bagaimana mereka mampu bersaing dengan jenama luar negara, kami menghubungi Nanostix untuk menemu ramah pengasasnya, Encik Shahabudeen Jalil bagi mendapatkan 5 fakta menarik tentang syarikat tempatan ni.
1. Mereka mengeluarkan 500,000 kotak perisa setiap bulan
Menurut Encik Shahabudeen, pengeluaran bulanan Nanostix adalah sebanyak 400,000 hingga 500,000 kotak perisa (flavour), yang bersamaan dengan RM18 – RM22 juta sebulan di pasaran runcit, ataupun sebanyak RM200 juta setahun di level Asia Tenggara!
Menurut testimoni yang mereka terima, permintaan yang tinggi ni ialah kerana “throat hit” nya sama macam rokok, jadi ia mampu membantu perokok menghilangkan ketagihan mereka.
Kata Encik Shahabudeen lagi, produk mereka berbeza dari produk vape lain kerana ia tak menghasilkan asap yang tebal dan flavour juga tidak terlalu manis.
Keupayaan pasukan tempatan ni dalam mengeluarkan perisa yang menarik bukan saja membantu mereka berjaya di Malaysia, malah…
2. Nanostix berjaya melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa
Selain Malaysia, mereka juga mendapat permintaan yang tinggi dari negara luar seperti Australia. Setakat ni, Nanostix juga dah bertapak di negara lain seperti Indonesia, UK dan Rusia.
Di Indonesia je, Nanostix dah buka 15 buah kedai di bandar-bandar utama.
Diorang juga ada buka kedai di London, Birmingham dan Leicester. Inilah salah satu kedai di UK tu:
Dan juga di Rusia:
Antara satu sebab ia mendapat sambutan di pasaran antarabangsa adalah resipi perisa eksotik yang kena dengan tekak Mat Salleh. Perkara ni diakui sendiri oleh Encik Shahabudeen melalui maklumbalas yang mereka terima sewaktu menyertai ekspo vape luar negara.
3. Mempunyai rangkaian pengedaran vape terbesar di Malaysia
Di Malaysia pula, tidak dinafikan kalau pergi mana-mana je, pasti korang akan jumpa kedai Nanostix ni. Takpun, kalau pergi kedai mamak atau kedai runcit mesti akan ada display rack dekat kaunter pembayaran.
Nanostix mempunyai rangkaian pengedaran vape terbesar di Malaysia, di mana mereka mempunyai 94 buah kedai eksklusif dan lebih daripada 600 pusat jualan. Mereka juga ada membuat jualan online melalui laman web rasmi serta platform e-dagang.
4. Bilangan tenaga kerja terbesar dalam industri vape Malaysia.
Setakat ini, lebih 5,000 orang bekerja dalam ekosistem Nanostix yang terdiri daripada pekerja syarikat, staf pengurusan, pekerja kilang, pengedar dan penjual runcit.
Namun jika industri ni diiktiraf oleh kerajaan melalui pengenalan cukai eksais nanti, mereka ada menceritakan bahawa peluang pekerjaan mungkin akan diluaskan lagi, terutamanya dalam bahagian pengurusan, pentadbiran dan juga quality control.
5. Mereka selesa dikenakan lebih banyak cukai?!
Bunyinya pelik, tapi benar. Pengenalan cukai eksais yang disebut tadi adalah sesuatu yang amat mereka nanti-nantikan, kerana ia bukan saja boleh menyumbang kepada pendapatan negara, malah boleh membantu membendung penjualan e-cecair ciplak.
Nanostix dikatakan telah membayar cukai sebanyak RM80 juta sepanjang 4 tahun lepas. Tapi mereka anggarkan akan menyumbang sebanyak RM100 juta pada tahun 2022 jika kerajaan mewartakan pengenaan cukai eksais tahun ni. Bukan sikit tu, dah boleh beli hampir 800 buah Honda Civic.
Bermula dari kedai kecil, kini mampu bersaing dengan produk luar negara
Tidak dinafikan yang industri vape ni memang ada buruk dan baiknya, dan ia pasti akan mengundang pendapat berbeza dari pelbagai pihak. Jadi perlu kitorang tekankan yang kitorang tidak menggalakkan korang mula hisap vape, terutamanya sebab kesan jangka panjangnya belum lagi difahami sepenuhnya sebab produk ni masih baru di pasaran.
Namun pada masa yang sama, syarikat seperti Nanostix ni memberi alternatif lain kepada perokok tegar, dan tidak dapat dinafikan yang industri ni sedang rancak berkembang. Malah saiz pasaran global industri vape dijangka akan mencecah RM360 billion menjelang 2025. Jadi agak menarik untuk melihat macam mana syarikat tempatan yang bermula secara kecil-kecilan ni pun mampu bersaing dengan syarikat-syarikat mega dari luar negara.
- 203Share sekarang!
- Email5
- Facebook198
- Share