4 teori Melayu yang mungkin buat korang terkejut & ternganga besar

Jap-jap, korang masih ingat lagi tak video yang viral kat Facebook ni?

Kalau korang malas nak tengok video ni atau nak tengok jap lagi, meh kami terangkan. Dalam video ni, seorang penulis dan pensyarah, Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail menghuraikan tentang asal-usul nama Gunung Himalaya. Menurut beliau, nama gunung tersebut berasal dari dua perkataan iaitu “Hi” bermaksud gunung manakala “Malaya” bermaksud Melayu.

Kenyataan beliau telah membangkitkan kemarahan serta dianggap sebagai bahan jenaka. Hal ini kerana kalau korang cari kat Google, maksud Gunung Himalaya ialah “kediaman bersalji”, takpela kami letak rujukan asal-usul nama Gunung Himalaya tu di sini.

Rasanya kalau borak pasal konspirasi ni mesti ramai suka en? Meh, kami huraikan empat teori konspirasi Melayu yang mungkin korang tak tahu atau dah tahu. Ayuh teruskan!

Tapi…kami nak bagitahu beberapa perkara dahulu:

  1. Dalam teori konspirasi, kesahihannya tidak tahu sama ada ia betul atau tidak. Jadi, jangan percaya bulat-bulat, anggap je sebagai ambil info baru.
  2. Bila kita cerita pasal “Melayu”, kita explain pasal Melayu/Kepulauan Nusantara, bukan oorang Melayu Malaysia ye.
  3. Kami bukan palatao, ini memang ada ye.

Teori 1: Melayu pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria & Atlantis

Korang mungkin akan terkejut kerana Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian dari kaum Lemuria dan Atlantis. Haaa….terkejut kan? Takpe, mari kami huraikan kisah Lemuria & Atlantis ni dulu.

Lemuria ialah satu peradaban kuno yang sampai sekarang para sejarawan masih mendebatkan kewujudannya. Kalau Atlantis ni pula, ia wujud selepas kewujudan Lemuria tetapi pada zaman yang sama.

Bukaannn…yang tu Lemur, ni Lemuria la. Imej dari giphy.

Kalau korang nak tahu, Lemuria merupakan sebuah kerajaan yang telah wujud sejak 75,000 tahun S.M hingga era 11,000 S.M. Namun, kerajaan ini dikatakan hancur atas dua faktor iaitu diserang oleh Atlantis dan dilanda banjir besar.

Berkenaan dengan dilanda banjir itu, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh A.S yang ingkar dengan ajaran Islam untuk menyembah Allah S.W.T dan tinggalkan aktiviti penyembahan berhala serta matahari.

Menurut kajian, bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud ‘rumpun Melayu’ atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian.

Kawasan Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ia merupakan wilayah yang memang kita kenal sebagai Kepulauan Melayu Nusantara pada hari ini.

Peta Kepulauan Melayu zaman dulu. Imej dari NST.

Teori 2: Melayu merupakan keturunan dari Kerajaan Aroi Matahari

Dikatan selepas kaum Lemuria dan Atlantis dilanda banjir, terdapat sebilangan kecil orang Lemuria yang menubuhkan sebuah kerajaan bernama Aroi Matahari di Kepulauan Pasifik. Dikatakan juga pengasas kerajaan tersebut didirikan oleh Tangoba.

Berdasarkan penyelidikan, Kerajaan Aroi dikatakan telah diambil alih oleh Dinasti Nan Madol. Dinasti ini ialah dinasti Kerajaan Aroi yang dimajukan oleh orang Melayu. Terdapat bukti peninggalan dinasti ini iaitu sebuah bandar yang sampai sekarang masih ada lagi.

Bandar dari Dinansti Nan Madol. Imej dari Pinterest.

Bandar dari Dinasti Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei, Negara Bersekutu Mikronesia. Ia dikatakan telah dijumpai sekitar tahun 1800-an. Sebenarnya bandar tersebut bukan saja peninggalan berharga orang Melayu, malah teknologinya juga hebat. Contohnya, Kerajaan Aroi Matahari mampu membina terowong bawah laut yang boleh menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya.

Fakta menarik yang korang kena tahu, Kerajaan Aroi Matahari ialah sebuah Kerajaan Maritim yang paling awal kerana kerajaan lepastu dikatakan bersifat maritim dan menjalankan aktiviti perdagangan seperti Kerajaan Srivijaya dan Melaka.

Teori 3: Melayu merupakan suku kaum Is real yang hilang?

Kalau korang masih tak tahu mengenai suku-suku Is real yang hilang, pada asalnya Is real yang asli mempunyai 12 suku (ada yang mengatakan 13), tetapi sepuluh daripadanya diserang oleh beberapa orang Asyur. Selama bertahun-tahun, ramai orang mengkaji siapakah mereka yang telah hilang dan diserang ni, tapi perkara yang mengejutkan ialah terdapat bangsa Melayu!

Mungkin cam ni la kalau kat sana. Imej dari CTV News.

Menurut kajian dari internet, isteri ketiga Nabi Ibrahim A.S adalah seorang wanita Mala bernama Keturah. Anak-anak mereka, yang mengandungi garis keturunan Nabi Ibrahim A.S dan bangsa Mala, kemudian bangsa itu dikenali sebagai Melayu.

Ketika mereka melarikan diri dari Is real, orang Melayu mengambil ‘Laluan Sutera‘ dan tiba di sebuah gunung di utara India, yang kemudian diberi nama Himalaya.

Setelah tinggal di sana sebentar, mereka berpindah ke Asia Tenggara dan menetap di sana. Dari sepuluh suku yang hilang, orang Melayu dikatakan sebagai orang Manasseh, fakta mengatakan bahawa mereka memeluk agama Islam dan tidak tahu bangsa asal mereka.

Terdapat beberapa teori mengenai kisah di atas ini:

  1. Satu kajian tempatan mendapati ‘27% varian Mediterranean dalam DNA Melayu ‘, yang dikatakan sebagai bukti asal usul Is real.
  2. Persamaan antara budaya Melayu dan Is real, seperti menggunakan gendang untuk meminta doa, songkok, dan tengkolok menjadi bentuk sederhana dari turban Is real.
  3. Sebuah tempat di Negeri Sembilan disebut Juasseh, yang merupakan penggabungan Jusuf (apa yang disebut oleh orang Yahoodi (terpaksa tulis macam ni, awak faham-faham jela) Yusuf) dan Manasseh (anak Yusuf).
  4. Kewujudan orang Melayu yang cantik dan tampan, sebagaimana Nabi Yusuf (Yusuf), bapa Manasseh, dikatakan cantik secara tidak berperikemanusiaan.

Teori 4: Bani Tanim ada kaitan dengan Tanah Melayu?

Sebenarnya, kami ada tulis mengenai kaitan Bani Tanim dengan Tanah Melayu. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca di sini.

Baiklah, habis!

*sila mainkan video di bawah*

Apa yang perlu kita lakukan dengan teori konspirasi ini?

Kalau nak berbincang mengenai teori konspirasi ni sangat rumit kerana ia sebenarnya sudah menjadi bualan masyarakat dunia sejak dulu lagi. Kita juga sering ditakut-takutkan dengan teori konspirasi ni sampai kita merasakan takut dan tak mahu keluar bilik. Takpe, meh kami bagi contoh.

Ingat lagi tak dengan teori konspirasi kiamat 2012? Ia dikatakan pada tahun itu akan berlakunya satu bencana alam yang besar dan dunia akan musnah pada 21 Disember 2012. Mengapa tahun 21 disember 2012? Hal ini kerana didasarkan pada apa yang didakwa sebagai tarikh akhir dari kalendar Pengauditan Panjang Maya.

Ada palatao mengatakan kiamat 2012 ini akan benar-benar berlaku kerana ia jatuh pada hari Jumaat. Macam yang korang tahu, dalam islam menyatakan hari Jumaat ialah hari kiamat.

Kiamat 2012 ini sebenarnya telah membuatkan semua orang paranoia dan takut untuk keluar rumah. Mereka juga merasakan “buat apa nak hidup kalau dah nak kiamat?”.

Baiklah, jadi apa nak buat dengan teori konspirasi ini? Menurut video dari Ajar, kita ni kena jadi orang tengah, jangan percaya dan tolak secara bulat-bulat.

Nah, kami letak video Ajar mengenai teori konspirasi di bawah:

Banyak lagi mengenai bangsa Melayu yang kita tak tahu, seperti

Ada juga kisah penjajah British tulis buku pasal orang Melayu melatah

*Artikel ini diterbitkan pada 3 Ogos 2021*