Berapa sebenarnya jumlah duit rakyat yang DIDAKWA diambil Najib?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

Jadi nampaknya pasangan paling popular Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan masing-masing. In case korang tak follow sangat pasal kes-kes mahkamah ni, kitorang permudahkan segalanya dalam artikel ni, dan korang juga boleh baca kat sini dan sini.

Dakwaan Najib. Infografik dari Malaysiakini
Dakwaan terhadap Rosmah. Infografik dari MalayMail

WOW. Siapa je yang pernah kena tahan sampai 57 kali ni?

Kebanyakan dakwaan ni berkaitan dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram… jadi kitorang nak kira…- berapa banyak kos yang perlu ditanggung rakyat dengan kesemua pendakwaan terhadap Najib ni?

Oh, dan disebabkan kitorang tak nak terkait dengan mana-mana ahli politik nanti, jadi kitorang akan gunakan perkataan ‘DIDAKWA’ sebab ini bukannya tuduhan, tapi apa yang telah didakwa. Jadi korang faham-faham je la, ok?

Kita mulakan dengan tuduhan kecil dulu.

1. Meminta syarikat sewa kereta untuk membina… panel solar untuk sekolah-sekolah terpencil di Sarawak?