
- 550Share sekarang!
- Facebook526
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email24
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)
Jadi nampaknya pasangan paling popular Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan masing-masing. In case korang tak follow sangat pasal kes-kes mahkamah ni, kitorang permudahkan segalanya dalam artikel ni, dan korang juga boleh baca kat sini dan sini.


WOW. Siapa je yang pernah kena tahan sampai 57 kali ni?
Kebanyakan dakwaan ni berkaitan dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram… jadi kitorang nak kira…- berapa banyak kos yang perlu ditanggung rakyat dengan kesemua pendakwaan terhadap Najib ni?
Oh, dan disebabkan kitorang tak nak terkait dengan mana-mana ahli politik nanti, jadi kitorang akan gunakan perkataan ‘DIDAKWA’ sebab ini bukannya tuduhan, tapi apa yang telah didakwa. Jadi korang faham-faham je la, ok?
Kita mulakan dengan tuduhan kecil dulu.
1. Meminta syarikat sewa kereta untuk membina… panel solar untuk sekolah-sekolah terpencil di Sarawak?
Kos yang didakwa diperuntukkan kepada Rakyat: RM 0 (Jepak Holdings dakwa ia belum dibayar) kepada RM 1,250,000,000
Dakwaan duit yang masuk dalam poket Najib & Co: RM 6,500,000 (Dokumen mahkamah)
Berlainan dengan sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia, sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak biasanya dapat elektrik daripada penjana diesel. Jadi pada tahun 2015, kerajaan sebelum ni dah memulakan projek tenaga solar untuk menggantikan penjana diesel dengan panel solar untuk menjana tenaga elektrik ke sekolah-sekolah kat sana dengan cekap. Sekitar 369 sekolah terlibat dalam projek ni.
Tapi apa yang pelik pasal kes ni adalah bagaimana projek tersebut dilaporkan telah diberikan kepada syarikat sewa kereta yang berpusat di Bintulu? Syarikat yang dipanggil Jepak Holdings Sdn Bhd ni juga didakwa telah diberikan projek RM1.25 bilion selama tiga tahun sebab pemiliknya, Saidi Abang Samsudin, dikatakan ada hubungan dengan Rosmah. Jadi, apa yang Rosmah dapat?
Rosmah pula didakwa menerima RM1.5 juta sebab bagi projek ni kepada Jepak Holdings. Syarikat ni bukan saja bertanggungjawab membina panel solar untuk sekolah, tapi juga mengambil alih bekalan dan pengurusan penjana diesel.
Bagaimanapun, projek tu nampaknya macam takde sebarang perkembangan dalam tempoh 18 bulan pertama. Bukan tu je, syarikat tu juga dilaporkan, dipanggil tak bertanggungjawab sebab mereka dah menyebabkan 30 sekolah black out pada hari pertama sekolah tu disebabkan kekurangan bekalan diesel.
Semasa artikel ni ditulis, Rosmah buat masa ni didakwa mahkamah, sebab meminta RM187.5 juta daripada Saidi untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan projek tu dan menerima RM1.5 juta daripada projek ni. Dan baru-baru ni, dia dilaporkan, dituduh menerima lagi RM5 juta dari Jepak Holdings atas sebab yang sama.
Walaupun dengan tuduhan ni, Saidi mendakwa yang syarikatnya tak menerima apa-apa bayaran daripada kerajaan.
Selain kes Rosmah…
2. KWSP membeli tanah yang terlalu mahal dan membina ‘hospital berhantu’
Kos yang didakwa diperuntukkan kepada Rakyat: RM 800,000,000 (belum dipulangkan kepada Lembaga Getah Malaysia) kepada RM 7,400,000,000 (kes kedua belum disiasat lagi)
Dakwaan duit yang masuk dalam poket Najib & Co: RM 6,600,000,000 (dokumen bocor)
Sebenarnya ada dua kes berasingan yang melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dalam skandal pertama, KWSP didakwa membeli tanah yang terletak di antara Sungai Buloh dan Kota Damansara, dari Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada tahun 2010. Tapi, ia bukanlah semudah tu.
Sebabnya, rupa-rupanya, ada ORANG TENGAH!
Aset Tanah Nasional Berhad (ATNB), yang merupakan entiti khas di bawah Kementerian Kewangan, dikatakan memaksa LGM menjual tanahnya dengan harga RM1.5 bilion. Dua tahun kemudian, ATNB didakwa menjual tanah yang sama kepada KWSP dengan harga RM2.28 bilion, dengan keuntungan mencecah RM800 juta daripadanya. Macam mana harga tanah boleh naik mendadak dalam tempoh yang singkat? ATNB mendakwa yang harga tu adalah munasabah sebab terdapat beberapa pembangunan di atasnya.
Walaupun dengan tuduhan sebegitu, duit tersebut mungkin tak masuk dalam poket sesiapa pun. Sebabnya menurut Najib, duit tu boleh didapati dari Menteri Kewangan.
Kes kedua pulak sebenarnya agak menakutkan, sebab ia adalah jumlah yang sangat besar, iaitu sebanyak RM6.6 bilion! Tapi kebanyakannya berdasarkan beberapa dokumen yang dibocorkan oleh Sarawak Report. Tapi disebabkan tiada siasatan semasa yang berlaku, jadi kita tinggalkan kat sini untuk korang fikir, ye?

Jadi pada tahun 2012, KWSP didakwa memindahkan bonnya yang bernilai RM10.64 bilion kepada sebuah syarikat asing bernama Limage Holdings SA, yang dimiliki oleh Dr Gyorgy Matrai. KWSP didakwa melakukannya untuk membiayai projek hospital tapi lambat laun, projek tu tak jadi pun.
Walau bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku menurut dokumen yang dibocorkan, adalah Dr Gyorgy didakwa telah diminta untuk menaikkan nilai bon tu kepada USD4 bilion (RM16 bilion). Laporan Sarawak juga menerima maklumat tambahan di mana sejumlah USD1.6 bilion (RM6.6 bilion) didakwa disalurkan kepada Barisan Nasional (BN) sebelum PRU14 untuk membiayai kempen pilihan raya.
Semasa penulisan dilakukan, KWSP dilaporkan telah membuat TIGA laporan polis yang mendakwa bahawa Sarawak Report membentangkan dokumen palsu. Walau bagaimanapun, Sarawak Report percaya yang kes ni adalah benar disebabkan beberapa sumber yang terlibat dalam kes ni telah sampai ke portal berita lain, macam Canberra Times.
3. Projek kereta api ECRL melabur untuk…. Jho Low?

Dakwaan duit yang masuk dalam poket Najib & Co: RM 19,680,000,000 (jumlah yang dibayar kepada CCCC) – RM 1,000,000,000 (CCCC dikembalikan kepada kerajaan) = RM 18,680,000,000
Kos yang didakwa diperuntukkan kepada Rakyat: RM 1,300,000,000 (dokumen ECRL yang bocor mengenai pelaburan dalam syarikat Jho Low)
Jadi pada tahun 2016, kerajaan dilaporkan menandatangani projek dengan syarikat China, China Communications Construction Company (CCCC), untuk membina keretapi dari Lembah Klang ke Kelantan. Berdasarkan dokumen yang dibocorkan oleh Sarawak Report, kos asal projek itu ialah RM30 bilion. Walau bagaimanapun, kerajaan dan CCCC didakwa bersetuju untuk menaikkan kos projek tu…sampai RM60 bilion!
Berdasarkan dokumen ECRL yang bocor, sebahagian besar daripada lebihan RM30 bilion didakwa digunakan untuk membayar hutang 1MDB (kita cerita pasal tu kejap lagi). Sebilangan daripada USD315 juta, RM1.3 billion, sebaliknya didakwa digunakan untuk membeli saham daripada dua syarikat yang dimiliki… Jho Low. Syarikat-syarikat ni dikenali sebagai Putra Perdana Berhad dan Loh & Loh Corp Bhd.
Walaupun kos projek tu didakwa dinaikkan kepada RM60 bilion, Lim Guan Eng baru-baru ni mendedahkan yang jumlah sebenar ECRL adalah RM80.92 bilion dan bukannya jumlah yang mungkin telah dibentangkan. Dan daripada jumlah kos ECRL, Guan Eng menyebut yang kerajaan telah dilaporkan membayar RM19.68 bilion sehingga Februari tahun ni.
Dan nasib baiklah CCCC baru-baru ni bersetuju untuk mengembalikan RM3.1 bilion secara berperingkat dari pembayaran yang dibuat untuk projek ni. Pada masa penulisan ni dibuat, hanya RM1 bilion yang telah diberikan kembali, manakala jumlah baki akan dikembalikan tiga bulan selepas potongan pertama dibuat.
4. Kes kapal selam yang tak dapat ditenggelamkan walaupun selepas 17 tahun
Dakwaan duit yang masuk dalam poket Najib & Co: RM 3,700,000,000 kepada RM 4,700,000,000 (jumlah bayaran dua kapal selam yang tak boleh menyelam-_-)
Kos yang didakwa diperuntukkan kepada Rakyat: RM 166,000,000 (William Bourdon, Peguam Perancis)
Ingat lagi skandal Scorpene? Kapal selam tentera dibeli masa Najib masih lagi merupakan Menteri Pertahanan pada tahun 2002? Yeaaah, kes tu dibuka semula pada 2018. Sejak Najib didakwa dengan pelbagai pertuduhan, penyiasat memutuskan untuk melihat semula sama ada tindakan balas saman yang diberikan apabila mereka mendapat kapal selam.
Pada tahun 2002, Najib mendakwa mereka membeli kapal selam tu dengan harga RM 3.7 bilion dalam satu sidang akhbar. Walau bagaimanapun, laporan baru-baru ni mendakwa yang pembelian dari limbungan DCN International adalah kira-kira RM 4.7 bilion.
Dan ya, kapal selam ni gagal diselamkan semasa tempoh jaminan mereka, dan kita sebenarnya tak jumpa apa-apa pautan yang menunjukkan mereka akhirnya berjaya.
Dan nampaknya, seorang peguam Perancis, William Bourdon kata akses kepada akaun bank syarikat shell Hong Kong (Terasasi) didakwa boleh memberikan petunjuk tentang kes ni tapi dia tak dapat masuk ke akaun-akaun ni sampaikan dia buat aduan rasuah bagi pihak Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Dia kata yang Terasasi didakwa telah digunakan untuk mengalihkan RM 166 juta sebagai kickback. Bagaimanapun pada masa penulisan, siasatan yang dibuka pada tahun 2018 telah terhenti seketika sampai ada maklumat baru mengenai kes ni sekarang.
5. Dan semestinya, 1MDB
Dakwaan duit yang masuk dalam poket Najib & Co: RM 11,002,000,000 – RM 514,140,000 (jualan Equanimity) + RM 1,200,000,000 (dana Khazanah) = RM 11,687,860,000
Kos yang didakwa diperuntukkan kepada Rakyat: RM 2,464,400,000 (dokumen mahkamah)
Okay, memandangkan kita dah cover 1MDB banyak kali sangat, kita fokuskan terus kat part yang best. Kalau korang nak baca pasal artikel-artikel yang berkaitan 1MDB, korang boleh klik kat sini, sini, sini, sini, sini (ye banyak lagi ni) sini, sini sini situ sana dan sini. (Baru kitorang perasan, banyak gila artikel pasal 1MDB yang kitorang pernah tulis sebenarnya :P)
Berbalik kepada kisah asal, jumlah yang telah disalur keluar berdasarkan pertuduhan Najib ialah RM 11,002,000,000. Tapi tunggu japppp. Kerajaan baru-baru ni berjaya menjual Equanimity kepada Genting untuk mendapatkan kembali wang dari 1MDB untuk RM 514.14 juta. Kalau korang lupa betapa mewahnya kapal terebut, korang boleh baca kat sini.
Kalau korang masih tak rasa duit tu cukup banyak, kita kira pulak wang dana kerajaan yang didakwa diambil untuk 1MDB.
4.1 KWAP pinjamkan duit kepda 1MDB
Dakwaan duit yang masuk dalam poket Najib & Co: RM 4,000,000,000
Jadi, mesti ramai antara korang yang dah tahu dakwaan yang dikenakan ke atas Najib dengan kaitannya dalam SRC International. Ye, dakwaan pasal penyalahgunaan RM42 juta tu. Tapi apa yang korang tak tahu adalah Kumpulan Wang
Menurut satu siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland, KWAP dah meminjamkan sebanyak USD800 million (RM3.2 billion) kepada SRC International dan dana ni nampaknya didakwa telah disalahguna. Pada tahun 2016, pihak berkuasa Switzerland tak keluarkan laporan pun pasal kes ni. Tapi nampaknya baru-baru ini, Najib dilaporkan terlibat dengan keputusan KWAP untuk memberi pinjaman RM4 bilion kepada SRC International.
4.2 KLIA, BR1M, ECRL, Khazanah dan Bank Negara bagi duit untuk bayar IPIC
Dakwaan duit yang masuk dalam poket Najib & Co: RM 6,600,000,000 + RM 1,200,000,000 billion (Khazanah) = RM 7,800,000,000
Nampaknya, bukanlah semua duit yang didapati dari dana awam ni didakwa masuk dalam poket Najib & co. Ada daripadanya didakwa telah digunakan untuk membayar kembali duit 1MDB kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Jadi nampaknya di antara 2016 – 2017, kedua-dua Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah, didakwa menyalahgunakan dana kerajaan dan peruntukan yang diamanahkan kepada mereka contohnya macam KLIA (RM220 juta) dan juga BR1M (RM1.3 bilion) untuk membayar IPIC.
Awal tadi kitorang ada sebut pasal duit lebih dari ECRL yang dah digunakan untuk bayar balik 1MDB, kan? Nampaknya, Najib dan Irwan dituduh menyalahgunakan RM1.26 bilion dari dana yang sepatutnya digunakan untuk ECRL untuk membayar kembali IPIC. Korang boleh tengok pasal dakwaan bayaran yang dibuat CCCC daripada dokumen bocor ECRL yang dilaporkan oleh Sarawak Report.
Selain tu, ada juga beberapa laporan yang menunjukkan Najib dan Irwan yang dituduh menggunakan RM 2 bilion yang didapati dari penjualan perjanjian tanah dengan Bank Negara Malaysia untuk membayar beberapa hutang dengan IPIC.
Satu lagi dana yang mungkin digunakan tapi tak disebutkan dalam infografik Malaysiakini ialah Khazanah. Kerajaan didakwa menggunakan dana Khazanah untuk membayar RM1.2 bilion kepada IPIC. Walaupun Khazanah mendakwa mereka tak dapat berbuat demikian sebab Kementerian Kewangan merupakan pemegang saham tunggal untuk dana, ia sebenarnya tak menjawab sama ada duit tu betul-betul digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Dengan kesemua jumlah tersebut…
Berapa banyak wang rakyat yang didakwa hilang??
Kalau nak diikutkan berapa banyak dakwaan yang dikenakan dan duit yang terlibat, memang tak cukup nafas dibuatnya. Memang kena guna kalkulator yang banyak angka! Just to be clear, Najib & co belum habis didakwa macam apa yang kitorang tulis kat atas. Jadi maknanya, daripada kesemua jumlah yang kitorang cakap tu, tak semua yang masuk dalam poket mereka. Jadi, kitorang bagi dua kemungkinan.
Pengiraan yang ideal termasuklah jumlah wang yang Najib & Co dituduh ambil, berdasarkan dokumen mahkamah, iaitu…
RM 0 (projek solar) + RM 800,000,000 (KWSP) + RM 18,680,000,000 (ECRL) + RM 3,700,000,000 (kapal selam) + RM 11,687,860,000 (1MDB) = RM 34,867,860,000
Bahagikan jumlah ni dengan populasi di Malaysia (31.62mil) = RM 1102.70 setiap rakyat
Dengan duit sebanyak ni, kerajaan sebenarnya boleh membayar setiap rakyat, termasuk bayi dan orang tua, gaji minima sebanyak RM1,100! Dan kalau nak diikutkan, Najib & Co didakwa dah ambil sebanyak RM 2,470,900,000 dari projek solar dan 1MDB.
Tapi tunggu, kita mungkin tak hilang duit sebanyak ni sebab ada kemungkinannya kerajaan dapat kembalikan duit tu daripada:
- The Goldman Sachs dengan bantuan US Department of Justice,
- IPIC,
- Singapore,
- Falcon bank
- dan juga parti politik (kalau ada mana-mana parti politik ni ambil duit daripada dana ni (kalau nak ikutkan dakwaan sedia ada)
Tapi cuba tengok dari sisi worst case scenario pulak. Kalau kesemuanya betul, DAN kita tak dapat duit balik (kecuali Equanimity. Terima kasih Genting sebab beli!) Jadinya…
RM 1,250,000,000 (projek solar) + RM 7,400,000,000 (KWSP) + RM 18,680,000,000 (ECRL) + RM 4,700,000,000 (kapal selam) + RM 11,687,860,000 (1MDB) = RM 43,717,860,000
Bahagikan jumlah tu kepada penduduk Malaysia (31.62mil) = RM 1,382.60 setiap rakyat
Wow. Dengan duit sebanyak tu pada zaman ni, korang boleh dapat sebuah TV sebesar 55-inch UHD LED untuk setiap rakyat Malaysia tanpa mengira usia! Dan Najib & Co pulak mungkin boleh masukkan RM 10,536,900,000 dalam poket sendiri daripada kesemua kes ni.
Sejujurnya, kitorang tak rasa yang kitorang cover KESEMUA skandal ni. Kalau kitorang ada tertinggal apa-apa, bagitahu la kitorang kat ruang komen nanti.
Dan buat masa ni, Najib dan Rosmah masih lagi dibicarakan di mahkamah walaupun dengan pelbagai penangguhan sebelum ni. Jadi mungkin tak lama lagi kita tahu la berapa jumlah sebenar, harapnya?
(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)
- 550Share sekarang!
- Facebook526
- Twitter0
- LinkedIn0
- Email24