SPONSORED

Banyak mana keuntungan orang berniaga sebenarnya? Kita tanya!

Pertama kali kita diperintahkan untuk ‘duduk rumah’, korang mesti tak jangka yang ia akan jadi sangat panjang, sampai ke hari ni. Bermula hanya dua minggu, kita sekarang dah masuk 6 minggu, nampaknya banyak perniagaan yang dah terkesan, apatah lagi Mak Cik Kiah.

Malah disebabkan ni juga, banyak syarikat yang terpaksa mengambil langkah berjimat cermat terhadap aliran tunai mereka. Dari pemotongan gaji pekerja hingga diskaun besar-besaran, pelbagai syarikat sanggup melakukan apa saja yang diperlukan untuk bertahan pada masa yang tak diduga ni. Dan nasib baik jugalah bila PM kita kemudiannya umumkan sebuah pakej rangsangan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKS) dalam masa gawat ni.

Memandangkan kitorang sendiri adalah sebuah PKS dan dapat merasakan beban disebabkan cuti yang dipanjangkan lagi ni, kitorang terfikir juga, macam mana perniagaan kecil-kecilan tangani benda ni? Lebih-lebih lagi, macam mana perusahaan mikro macam Mak Cik Kiah yang disebut-sebut PM kita tu?

Siapa Mak Cik Kiah, dan apa peranan mereka dalam ekonomi kita?

Bagi korang yang duduk bawah tempurung, PM kita, Muhyiddin gunakan “Mak Cik Kiah”  sebagai contoh untuk seorang pengusaha gerai pisang goreng. Apa yang korang mungkin tak perasan adalah, kita mungkin kenal lebih RAMAI ‘Mak Cik Kiah’, tanpa kita sedar. Malah kebanyakannya mungkin dalam kalangan kawan kita sendiri yang buka business fotografi, perkhidmatan katering, pusat jagaan harian, dan macam-macam lagi lah.

Dalam kata lainnya, Mak Cik Kiah boleh didefinisikan sebagai PKS mikro, yang bermaksud mereka yang menggaji kurang daripada 5 pekerja ATAU mempunyai perolehan kurang dari RM300k setahun.

Jadi, kitorang borak dengan 3 pemilik PKS mikro dari pelbagai industri untuk memahami, berapa teruknya perniagaan mereka terkesan. Tapi sebelum tu, apa kata kita fahamkan dulu macam mana PKS ni mempengaruhi ekonomi Malaysia.

Menurut kawan kitorang di Axiata, hanya 38% PKS je yang mempunyai wang mencukupi untuk menampung diri mereka sehingga Mei 2020. Jadi korang bayangkan je la, kalau 62% PKS tak dapat bertahan selepas bulan Mei, sebanyak 562 ribu perniagaan akan ditutup, dan lebih banyak lagi orang yang akan kehilangan pekerjaan!

Jadi, sebanyak mana perusahan mikro ni dah rugi setiap hari?

1. Pasangan yang sayangkan haiwan ni rugi RM500 sehari…

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Tahun lepas, pasangan Tommy dan Joanne dah buat keputusan untuk teruskan minat mereka dengan membuka Pets Repawblic. Perniagaan mereka di PJ merupakan sebuah perkhidmatan penjagaan, grooming, daycare dan juga asrama untuk haiwan peliharaan, bersama dengan bahagian kecil untuk runcit. Setelah menghabiskan masa membina perniagaan bersama-sama, mereka berjaya mendapatkan 2 orang pekerja separa masa untuk membantu, di mana perniagaan mereka juga berjalan dengan lancar!

Sampailah baru-baru ni, mereka boleh menjana pendapatan sehingga RM500 sehari! Tapi disebabkan wabak yang melanda, mereka terpaksa menangguhkan operasi. Untuk memastikan perniagaan mereka masih berjalan, mereka terpaksa membayar sekitar RM7k-RM8k sebulan yang datang dari duit poket mereka sendiri untuk membayar sewa dan beberapa kos lain. Nasib baiklah pasangan muda ni bijak dengan kewangan mereka dan ada simpanan kecemasan.

“Nasib baik kami ada simpanan untuk kecemasan macam ini, kalau tak saya pun tak boleh tidur! Kami juga tak ada bayar gaji untuk diri sendiri (Tommy & saya) sejak PKP ni.” – Joanne

Joanne & Tommy (ketiga dan keempat dari kiri) semasa pembukaan kedai mereka.

Sebenarnya ni adalah perkara biasa bagi perniagaan kecil untuk menggunakan simpanan peribadi mereka pada waktu-waktu sebegini. Menurut Axiata, 45% syarikat bersaiz mikro biasanya menggunakan wang mereka sendiri untuk membiayai perniagaan mereka.

2. Kakak jual ayam penyet feveret kitorang pun rugi sehingga RM200++ sehari

Setiap hari, pukul 8 malam je, geng Cilisos dan Soscili memang akan ke gerai ayam penyet feveret kitorang yang dikendalikan oleh Kak Imah. Punyalah sedap sambal penyet dia, kitorang sampai beli satu balang terus!

Kawan kitorang sampai ratah sambal macam tu je!

Kak Imah ni asalnya dari Indonesia, dan dia dah usahakan gerai ni sejak 2017 dengan suaminya, orang Malaysia. Sebelum ni, Kak Imah boleh jana sampai RM500 sehari, dengan untung bersih sebanyak RM200 lebih. Tapi sejak apa yang terjadi ni, dia tak boleh buka kedai macam biasa dan… TAKDE PENDAPATAN LANGSUNG :(

“Kalau restoran sekurang-kurangnya boleh buka lagi, tapi gerai macam kami ni tak boleh. Nak buat delivery pun tak boleh sebab siapa je sanggup bayar RM5 cas delivery. Ayam penyet pun baru RM7.50. Susah, saya kena cari kerja lain.” – Kak Imah

Masa tengok gambar ni… kitorang nangis gak ah

Nasib baiklah kos overhead mereka rendah, iaitu cuma RM200 sewa di lot di mana mereka beroperasi. Bagaimanapun, mereka kata mereka akan menghadapi masalah sebab PKP disambung sampai Mei. Lagipun cuma suaminya saja yang layak dapat bantuan kerajaan, dan mereka hampir kehabisan simpanan sendiri. Bukan tu je, mereka juga tak tahu kat mana lagi mereka boleh dapatkan bantuan.

“Paling teruk pun, saya terpaksa pinjam dengan kawan. Paling banyak RM300, sebab kawan pun bakanlah banyak duit. Kalau pinjam dari bank pulak, saya pun tak reti nak isi borang.” – Kak Imah.

Axiata bagitahu kitorang yang meminjam dari rakan dan keluarga juga adalah sangat biasa dalam kalangan PKS, sebab 14% perniagaan mikro biasanya mendapat pembiayaan dengan cara ni. Kak Imah juga asyik tanya kitorang, berapa lama agaknya PKP akan berterusan? Dan disebabkan kitorang pun tak dapat bagi jawapan bila ia akan berakhir, kitorang cuma boleh janji yang kitorang akan serbu gerai Kak Imah bila semuanya dah berakhir!

3. Pemilik salun kuku ni pulak kerugian RM1,000 sehari!

November lepas, Yin Wei berjaya buka salon kuku sendiri, NailBox Tropicana, yang dijalankan bersama rakan kongsinya. Perniagaannya berjalan lancar, dan dia merancang untuk mengupah beberapa orang freelancer untuk membantu. Tapi tak sampai 5 bulan beroperasi, tiba-tiba wabak makin teruk dan kita terpaksa selamatkan diri sendiri dan duduk rumah je.

Yin Wei di sebelah kanan. Kuku sape je cantik macam ni?

Biasanya, mereka dapat menjana sekitar RM1k sehari, dan jumlah tu boleh mencecah sekali ganda pada musim puncak macam Tahun Baru Cina. Tapi sekarang, salun kuku ni juga tak ada pendapatan langsung, tapi Yin Wei masih perlu membayar kos overhead yang besar, seperti sewa dan komisen perkongsian, yang jumlahnya hampir RM4k sebulan!

Tapi nasib baik jugalah dia ada pun ada simpanan kecemasan. Dia juga bersyukur sebab dia kerja office di samping buka salun kuku, yang sekurang-kurangnya ada membantunya walaupun dalam kerugian. #duakerja

“Perniagaan kami ni ada keuntungan dalam 5 bulan sejak dibuka. Tapi memandangkan perniagaan kami belum sampai 6 bulan, kami tak layak memohon Pakej Prihatin. Nasib baiklah saya ada kerja lain.” – Yin Wei

Dan sekiranya dia memerlukan bantuan kewangan, adalah penting baginya untuk mencari penyedia kewangan yang takkan mengenakan faedah selama 6 bulan hingga setahun. Kalau tak, macam pemilik perniagaan kecil lain yang kitorang temu ramah, dia terpaksa meminjam duit daripada ahli keluarganya.

PKS mikro sangat memerlukan pertolongan, tapi mungkin tak tahu macam  mana cara untuk mendapatkannya

Macam yang korang boleh tengok, tak semua Mak Cik Kiah ada nasib yang sama. Walaupun sebahagian daripada mereka mempunyai latar belakang kredit yang baik dan tahu cara untuk dapatkan bantuan kewangan, ada juga yang berasal dari latar belakang kurang bernasib baik dan tak tahu di mana dan macam mana untuk dapatkan bantuan.

Kebanyakannya terpaksa pinjam dari keluarga dan kawan, dan ada sebahagian yang mungkin terpaksa pinjam dari lintah darat kalau terdesak sangat.

Sebab tu la kawan kitorang di Axiata Group Berhad melancarkan Program Bantuan COVID-19 mereka, untuk membantu pemilik perniagaan kecil yang kurang berkemampuan untuk dapatkan khidmat bantuan kewangan yang diperlukan. Untuk membantu PKS mikro, mereka telah memperuntukkan dana sebanyak RM150 juta dan rupanya, mudah je untuk dapatkan bantuan kewangan ni!

Lawati website mereka, Aspirasi.co

Axiata juga nak memudahkan proses ni dengan menghapuskan proses permohonan yang rumit dan menjadikannya lebih mesra pengguna bagi perniagaan kecil. Tak perlu borang atau kertas kerja yang rumit, malah tak perlu beratur di bank sebab segalanya dilakukan secara online melalui platform digital Aspirasi Assist. Platform ini disokong oleh Aspirasi, penyedia perkhidmatan kewangan digital Axiata.

Program ini juga disokong oleh Kementerian Kewangan, terbuka untuk semua PKS mikro di Malaysia. Ini bermakna walaupun perniagaan korang bukan di bawah ekosistem Axiata (macam kakak ayam penyet kitorang), korang juga boleh memohon!

Pemilik PKS mikro yang berjaya mendapat pinjaman!

Jadi bagi korang peniaga yang dalam ekosistem Axiata (macam Aspirasi, Boost Merchants dan Celcom Vendors), korang akan menerima jemputan untuk memohon. Sekiranya korang tak termasuk dalam kategori ni, berikut adalah panduan ringkas macam mana korang boleh mohon:

  • Pergi ke laman web Aspirasi di sini
  • Mulakan proses permohonan selama 3 minit untuk menentukan kelayakan korang
  • Berikan maklumat IC dan maklumat perniagaan korang (termasuk nombor pendaftaran perniagaan), serta selfie untuk tujuan pengesahan. Itu je!
  • Sekiranya layak, dana akan dimasukkan ke dalam akaun bank pilihan korang dalam masa 48 jam (2 hari)

Proses permohonan juga sangat pantas! Kalau korang nak tahu, program pembiayaan mikro Aspirasi Assist juga sangat membantu sebab:

  • Korang boleh pinjam dari RM1,000 sehingga RM10,000
  • Kadar keuntungan adalah 0.5%, tapi tak perlu bayaran balik bagi 6 bulan pertama
  • Tempoh bayaran balik adalah 15 bulan
  • Layak kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18-65
  • Tak perlukan penjamin
  • Mematuhi syariah

Selain tu, korang juga boleh pilih perlindungan insurans mikro tambahan di atas pembiayaan mikro Aspirasi Assist untuk melindungi diri sekiranya berlaku kecemasan. Ini bermaksud, korang akan dilindungi sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, atau mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan, atau korang terkena jangkitan Covid-19.

Korang juga boleh dapatkan lebih banyak maklumat di sini atau di FAQ mereka.

Kalau korang ada kenal sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan ini, sampaikanlah berita ni kat diorang. Masa kitorang bagitau kakak ayam penyet pasal bantuan ni pun dia punyalah happy, bayangkan juga kawan-kawan yang betul-betul memerlukan maklumat ni. Hari ni mungkin hari mereka, mana tahu nanti hari kita pula, kan?

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend